Ingin bayar PTPTN guna KWSP? Ketahui syarat kelayakan, langkah permohonan dan perkara penting sebelum membuat pengeluaran simpanan KWSP untuk bayaran pinjaman pendidikan.
Ramai peminjam PTPTN masih mencari cara terbaik untuk menyelesaikan hutang pendidikan. Salah satu pilihan yang sering menjadi perhatian ialah menggunakan simpanan KWSP Akaun 2 untuk membuat bayaran.
Namun sebelum membuat keputusan, penting untuk faham syarat dan implikasinya.
Boleh Ke Bayar PTPTN Guna KWSP?
Ya, anda boleh membuat pengeluaran daripada Akaun 2 KWSP bagi tujuan bayaran balik pinjaman PTPTN.
Kemudahan ini disediakan bagi membantu pencarum mengurangkan beban hutang pendidikan, sama ada untuk diri sendiri atau anak.
Jumlah pengeluaran bergantung kepada baki Akaun 2 dan jumlah hutang PTPTN.
Cara Mohon Bayaran PTPTN Guna KWSP
Secara asasnya, proses melibatkan:
Ads
Semak baki Akaun 2 melalui i-Akaun KWSP
Dapatkan penyata baki hutang PTPTN
Buat permohonan pengeluaran melalui saluran rasmi KWSP
Bayaran akan dibuat terus kepada PTPTN
Pastikan semua dokumen lengkap untuk mengelakkan kelewatan.
Perlu Atau Tidak Gunakan Simpanan KWSP?
Ini persoalan penting.
KWSP adalah simpanan hari tua. Menggunakannya untuk membayar hutang boleh mengurangkan komitmen bulanan, tetapi pada masa sama mengurangkan simpanan persaraan.
Ads
Pertimbangkan:
Adakah ansuran bulanan terlalu membebankan?
Adakah anda mempunyai simpanan lain?
Berapa baki yang tinggal untuk persaraan?
Keputusan kewangan bukan tentang cepat, tetapi tentang bijak dan seimbang.
Bayar PTPTN guna KWSP memang dibenarkan dan boleh membantu mengurangkan hutang. Namun ia perlu dibuat dengan pertimbangan teliti kerana melibatkan simpanan persaraan.
Makin kurus tapi muka nampak tua, jangan salahkan umur tapi ini puncanya. Ramai orang tidak sedar perkara ini berlaku selepas berat susut. Fokusnya cuma angka penimbang berubah tetapi terlepas pandang soal perubahan wajahnya.
Namun menurut Coach Ho Yah Wen, apabila bila berjumpa klien yang ikut diet bertahun-tahun dan buat cardio panjang setiap hari, satu corak yang sama selalu muncul.
1. Badan makin ringan, tapi muka nampak lebih tua.
2. Kulit makin menggeleber, pipi cengkung, mata nampak letih.
Dalam kes ini bukan salah umur atau menopaus. Ini kesan fisiologi daripada pengambilan kalori terlalu rendah dan cardio berlebihan secara berpanjangan.
Bila badan terlalu lama berada dalam keadaan defisit kalori (contohnya hari-hari OMAD), ini masuk mode survival.
Hormon seperti testosteron, estrogen dan IGF-1 akan turun. Sudah tidak cukup sumber khasiat, badan hanya fokus untuk kelangsungan hidup, bukan untuk kesuburan dan pembiakan.
Stress hormon Cortisol pula cenderung naik. Gabungan ini mempercepat kehilangan otot, kolagen dan lemak bawah kulit yang sebenarnya bagi wajah kita nampak “penuh” dan muda.
Cardio berlebihan pula tambah tekanan sistemik dan stress oxidatif. Lagi tinggi cortisol, lagi susah badan nak pulih dan bina tisu baru. Bagi kaum wanita, keguguran rambut dan kesan kepada kitar haid berlaku.
Masalah utama bukan cardio atau defisit itu sendiri tetapi terlalu lama, tanpa fasa pemulihan dan latihan rintangan yang mencukupi.
Masalah muka cengkung pula biasanya berlaku sebab kalori tidak cukup, lemak sihat terlalu rendah, protein tak mencukupi, dehidrasi dan elektrolit drop, atau kemungkinan lari terlalu kerap tanpa recovery.
Biasanya apabila berlari atau aktif bersukan, kita akan bakar lemak seluruh badan termasuk lemak di muka. Jadi anda perlu makan kena ikut strategi, bukan sekadar ‘sihat’.
Otot ialah organ anti-penuaan. Bila otot susut, metabolisme jatuh, insulin sensitivity merosot dan badan nampak ‘flat’ macam papan kayu LACK WALK SHELF dari IKEA (504.182.13 RACK 09 SECTION 04). Lemak mungkin turun, tapi kualiti badan dan wajah turut merosot.
Pendekatan yang lebih bijak ialah periodization, fasa defisit yang terkawal, digabungkan dengan latihan rintangan progresif, protein mencukupi dan refeed yang strategik. Cardio sepatutnya menyokong kesihatan jantung, bukan menghukum hormon dalam badan. Jika mahu nampak lean dan muda, badan perlu signal “selamat untuk bina”, bukan “aku tengah kebuluran”.
Kalau selepas umur 35 atau 40 dan masih percaya lagi lebih sikit cardio, lebih sikit potong makan adalah jawapan, mungkin itu sebab kenapa badan makin penat, muka makin tua walaupun berat turun.
Jadi untuk anda yang sedang gigih susutkan badan, jangan risau pasal perubahan wajah. Teruskan aktiviti sihat, tetapi pastikan bab makan terjaga dengan makanan sihat dan cukup.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Cara isteri Fizo Omar buat menu sihat, lebihkan protein elakkan kulit berkedut. Ramai lagi yang masih tidak tahu, kulit cepat berkedut apabila badan kurang mengambil protein.
Malahan ramai terlepas pandang, bila badan banyak makan karbohidrat dan gula, kulit macam tak firm. Kalau luka pun lambat baik. Berbanding dengan orang yang memang diet dia tinggi protein.
Sebab apabila badan kurang protein, kulit hilang keupayaan hasilkan kolagen, elastin dan keratin. Jadi bila kulit hilang benda yang dia perlukan, itu yang cepat nampak garis kedut walaupun umur baru 20an.
Bagi anda yang amalkan intermittent fasting, boleh skip sarapan tetapi tengah hari makan menu sihat. Mengikut cara isteri Fizo Omar, Fazeera Nazri Azrai, dia suka buat telur yang diletakkan cheese di dalamnya. Kemudian tambah sedikit salad.
Selain menjaga makan, ibu kepada Wan Khaleeda dan Wan Umaira ini juga suka melakukan aktiviti sihat seperti brisk walk dan berkuda.
Menerusi perkongsian seorang wanita yang suka menjaga kesihatan, Mastura Rashid, apabila kurang mengambil protein, kulit juga jadi loose, kering dan menggelupas. Rambut dan kuku pun jadi rapuh.
Perasan tak, orang yang banyak makan daging ini, kulit dia nampak lebih tegang, bersih dan bouncy apabila dipegang. “Saya on low carb diet, dah tak fully keto macam dulu. Tapi daging dan telur memang saya makan banyak,” kongsi Mastura.
Dan ada banyak sangat beza selepas amalkan diet tinggi daging macam ini. Badan pun tidak cepat penat macam dulu. Semakin kita berumur, semakin tinggi protein yang kita kena makan. Bila sudah masuk umur 40an, kolagen drop 1% setiap tahun.
Jadi kulit dan badan perlukan diet yang betul dan penjagaan yang rapi. Dah tak sesuai dah nak beratur sekali dengan genz dan gen alpha yang suka hunting viral food yang mostly merosakkan badan.
Kalau tengok kulit wajah dan bentuk badan pun, ramai anak muda yang kelihatan chubby dan tidak selari dengan umur sebenar. Yang pasti, ramai generasi muda sekarang ada penyakit kronik. Kulit pun macam-macam masalah.
Makan protein tak susah. Yang susah apabila rasa susah nak berubah. Protein paling senang = telur dan tempe. Mesra poket kedua ni.
Ingat, apa yang kita makan sekarang ni, kesan dia tak nampak esok. Tapi tunggulah 5 tahun akan datang, 10 tahun, 15 tahun baru nampak kesannya.
Yang pasti,
Kulit kurang protein = cepat rosak
Badan kurang protein = cepat lemah
Dan, wanita yang diet dia tinggi carbs dan gula, senang dapat water retention ya. Muka puffy, kaki bengkak, jari bengkak. Itu yang orang panggil bengkak air.
Senarai Bazar Ramadan 2026. Setiap tahun, bazar menjadi ‘syurga’ juadah berbuka. Dari kuih tradisional, ayam percik, murtabak panas hingga air balang pelbagai warna, semuanya tersedia di satu tempat.
Lebih daripada itu, bazar Ramadan juga menjadi sumber rezeki buat ramai peniaga kecil, termasuk golongan B40 yang bergantung pada jualan bermusim ini untuk menyara keluarga.
Jadi, buat anda yang suka merancang menu berbuka, berikut senarai lokasi bazar Ramadan sekitar Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Masalah milia seed sekitar mata, 3 cara ini boleh singkirkan terus dari wajah. Ya, jangan sesekali pandang remeh kalau ada biji kecil di bawah mata, anda kena rawat!