Rupanya ada caranya dan tip untuk masak nasi atas dapur supaya cantik elok kejadiannya. Barulah nasi elok berderai, tak terlalu keras, kering, lembik ataupun mentah. Memang mudah jika ikut cara yang dikongsikan ini. Bukan apa, ada masanya kita nak cepat masak nasi atau tiada elektrik di rumah kena masak guna atas api dapur sebagai alternatif.
Baca perkongsian daripada Puan Amy Farnan ini sebagai panduan;
Cantik kejadian masak nasi atas dapur.Selalu masak tak jadi je memanjang. Saya guna tip memasak dari Chef Korea.
Cara-Caranya:
1. Rendam dulu beras sekurang-kurangnya 10 minit (Kita nak sampai beras jadi warna putih). Kemudian basuh macam biasa yang ni ikutlah nak basuh 3 kali ke, 7 kali ke terpulang.. Saya basuh 3 kali je. Lepas tu sukat air macam biasa.
2. Masak atas dapur gas selama 20-25 minit guna api perlahan-sederhana (Ni bergantung pada banyak mana sukatan beras).
3. Lepas 20-25 minit tu, tutup api dan jangan buka penutup periuk selama 5 minit. Yang ni supaya nak pastikan nasi betul-betul masak dengan wap-wap panas yang masih ada dalam periuk.
Mingguan Wanita: Begini rupanya nak masak nasi atas dapur cantik kejadiannya, ikut tip yang dikongsikan oleh Chef Korea. Boleh cuba masak nasi ikut cara begini nanti.
Mak pesan. Itulah perkataan yang sering bermain di fikiran dan ingatan seorang anak. Kata nasihat, bebelan mahupun ingatan mak pada setiap anaknya. Pesanan inilah akan diingat sampai bila-bila.
Tak kisahlah mak pesan atau beri nasihat untuk anak perempuan mahupun anak lelaki. Tapi selalunya mestilah pada anak perempuan terutamanya bila dah bergelar seorang isteri dan kaitan jugalah dengan rutin-rutin kerja rumah yang perlu dilakukan.
Selalunya apa yang mak pesan ini tentulah mahukan rumah yang kita tinggal itu sentiasa bersih, jangan tinggalkan pinggan di sinki tanpa di basuh dan keseluruhannya tentang rutin kerja rumah.
Sementelah kalau ada isteri yang bekerja, jangan bagi alaasan rumah tidak kemas dan bersih kerana tidak sempat dan letih, seharian bekerja. Nak rumah cantik tak semestinya perabot yang mahal. Sedangkan rumah biasa-biasa boleh jadi tenang kalau sentiasa rutin buat kerja rumah ini.
Menjadi rutin Anis dari kecil lagi sebelum pergi sekolah ada beberapa kerja rumah wajib buat. Rutin setiap pagi ialah sapu sampah luar & dalam rumah, kemas tempat tidur & pastikan tiap bilik kemas, sidai kain & siram pokok bunga mak.
Sampai ke tua juga la menjadi rutin Anis sehingga hari ini. Mak selalu pesan:
1. Sapu sampah walaupun tak nampak kotor.
2. Sambil sapu tu buang juga sawang yang melekat, jangan menyapu macam orang tak ada mata & tulang.
.
3. Lapik kaki luar rumah atau dalam kena basuh. Jangan tunggu keraih melekat kat lantai. Ya la nama lap kaki kalau dah kotor baik tak payah lap.
.
.
4. Kabinet kasut susun, jangan la selipar tinggai sebelah pun masih simpan nak pakai lmacam mana. Selipar yang putus pun janganlah disimpan sebabnya sayan nak buang. Tapak kasut retuk dulu jangan berselut pon rajin dok susun.
.
5. Tong sampah cuci, ada depan rumah hang tak cuci mengaummm bau selalu kalau detergent dah abis Anis selalu letak air goncang-goncang untuk cuci tong sampah lepas lori datang kutip sampah.
.
6. Tiap kali lepas masak cuci sinki wajib! Lepas masak terus kemas semula macam sebelum masak. Kalau malas nk kemas balik “tak payah masak”
.
Mak kami ni dia sangat utamakan kebersihan sebab tak boleh cakap apa la kalau dia masak licin dapur dia kemas. Kalau hang cakap “kejap lagi buat la” maka hang akan murung dengar dia bebel lagi-lagi bila dia cakap ”takpa biaq mak buat semua hangpa rehat tengok tv” elok-elok ja dia cakap tapi hang akan rasaberdosa seumur hidup.
7. Sudah masak juga wajib sapu, mop balik dapur sebab meminyak. Tak ada dapur yang bersih secara sendiri. Sebab rumah perlukan maintanance. Warna apa pun dapur kena rajin putih melepak ka hitam melegam, kelabu asap, kuning merengau kenalah bersih.
8- Penyapu penyodok kena basuh lepas guna. Ya la sapu sampah pun kalau penyapu sendiri bersampah rambut bergumpal kat hujung penyodok tebai 5 inci habuk macam-macam melekat tengok pun tak lalu. Lepas basuh keringkan sangkut balik simpan dalam stor. Jangan dok letak kat lantai pas tu nak sapu abih bulu penyapu melentik bengkok.
Tapi kan betui la apa yang mak pesan tu beri impak besar walaupun kadang kita rasa “alahhhh tu pun nk bagi tahu ke?”
Mak selalu cakap rumah kita paling penting bersih barang lama pun tak apa kalau rumah mahal barang cantik tapi kotor pun tetap rasa tak lengkap. Sebab tu la bila rumah kita bersih automatik cantik dan tenang.
Mingguan Wanita : Betul sangat. Masa kita muda-muda mesti tak terfikir apa yang mak pesan tu. Tak kisah pun sebab nanti mak yang akan buatkan. Tapi bila dah kahwin ada anak-anak, baru kita tahu kan!
Senang sangat rupanya nak tanam halia sendiri di rumah. Potong ikut tunas, 6 bulan dah boleh tuai halia muda yang segar untuk dibuat bahan masakan. Memang jimat belanja dapur. Mak-mak yang minat berkebun, boleh cuba tanam sendiri je di laman rumah. Tanam dalam guni, pasu besar atau polybag besar pun boleh sangat.
Halia salah satu bahan utama dalam hampir setiap masakan kita, mesti ada simpan halia yang berbaki dalam peti ais atau dalam bakul bawah dapur.
Mesti ramai tak tahu sebenarnya nak tanam halia senang sangat sangat. Saya dah biasa buat sampai orang nak beli anak pokok halia saya.
Nak tahu cara caranya sila tengok gambar ya.
1.Ini contoh halia yang masih ada dalam peti ais, saya pakai “glove” sebab nak cuci dia.
2.Kemudian potong halia mengikut tunas yang dah tumbuh. Kalau tunas tu ada mata and tanda nak keluar, tu pun boleh guna juga. Success rate guna tunas yang dah keluar better chance of growth.
3.Rendam selama 20 minit dalam bancuhan racun kulat, ini untuk mematikan fungus yang ada. Boleh beli dari nursery jual tanaman atau kedai jual baja.
Bancuh serbuk racun kulat dengan air mengikut sukatan yang di syorkan.
Kegunaan racun kulat, nak pastikan tunas halia tiada jangkitan kulat untuk elakkan pokok halia terbantut atau mati nanti. Tak pakai pun tak pe, cuci tunas halia bersih bersih kemudian jemur sekejap sebelum ditanam.Saya guna racun kulat sebab saya tanam banyak, sampai 100 tunas sekali.
4. Kemudian keringkan.
5. Letak kedalam tanah atau medium tanaman seperti cocopeatyang basah. Boleh juga guna tanah yang “loose” supaya halia senang membesar.
6. Kambuskan nya. Siram sekali dalam dua hari hanya untuk kekalkan kelembapan sahaja. Tunas akan keluar sekitar seminggu selepas ditanam.
7. Ta daaaaa! Ini yang Kak BB dah alihkan dalam guni.Tak perlu tebuk lubang bahagian bawah guni sebab guni ni tak berlapik. Boleh juga guna pasu besar atau polybag besar (boleh beli kat nursery). Dah usia 3 bulan.
Ada air cuci ikan boleh bagi, cepat gemuk halia nanti.
9. Ini selepas 6 bulan, kalau nak dapat halia muda boleh harvest dah. Untuk dapatkan halia tua tunggu 2 bulan lagi (8 bulan total).Saya guna baja cecair AB dan baja organik SY33.
Inilah hasilnya. Yang ini dah boleh guna untuk masakan anda. Selamat mencuba. Tanam halia ye.
Selamat mencuba
Bebiyana Tambi Khan
JOM kita tanam halia
Mingguan Wanita: Seronok lihat pokok halia ni segar sangat dan menjadi sungguh. Mudah je nak tanam pokok halia sendiri di rumah, jimat belanja dapur. Ikut cara yang dikongsikan ini.
Sosej selalunya makanan sejuk beku kegemaran anak-anak yang paling mudah disediakan. Sesekali nak makan boleh sahaja, tapi jangan jadikan makanan harian.
Rupanya nak goreng sosej pun ada caranya, jika tidak ia akan kecut berkedut, merekah dan tak cantik. Rupanya kena goreng sosej dalam minyak yang tak panas, barulah ia jadi cantik, gebu tegang macam kita beli di pasar malam.
Ikut Tip Goreng Sosej yang dikongsikan oleh Fareez Amy Shafieini yang juga merupakan seorang katerer dan peniaga di Pasar Malam sebagai panduan.
Saya katerer dan juga peniaga pasar malam.Untuk pastikan kulit sosej sentiase tegang muda remaja, jangan goreng guna minyak panas.
1. Mula-mula bilas dulu sosej dengan air dan keringkan.
2. Kemudian, buka je api terus masukkan sosej ke dalam minyak.
3. Biar sosej masak bersama minyak yang baru nak panas.
4. Sosej timbul je dah boleh angkat. Pasti masak.
5. Sosej akan sedikit berminyak tapi lepas toss minyak tu hilang la.
Hasilnya sosej gebu gebas, montok dan bergetah dapat anda nikmati dengan berselera.
Namun demikian, menerusi perkongsian Puan Nourhayati Yusrina pula ada cara yang berbeza untuk goreng sosej gebu cantik. Kena rendam dengan air panas terlebih dahulu sebelum goreng dalam minyak yang panas.
Masa kerja kat airport dulu chef kat situ ajar, rendam dulu sosej beku dalam air panas 10-15 minit. Selepas itu toskan. Panaskan minyak, biar betul-betul berasap dan pastikan minyak banyak. Bila minyak dah panas betul masukkan sosej tadi goreng dalam masa 7 saat saja dan terus angkat toskan. Cara begini minyak kurang meresap dalam sosej tu.
Chef cakap sosej tu dah masak dah pun kita cuma nak bagi panaskan balik je, sebab tu kena rendam sekejap air panas nak bagi lembut, jadi bila goreng tu sekejap saja supaya tak overcook.
Mingguan Wanita: Begini rupanya tip nak goreng sosej cantik elok tak kecut mahupun pecah. Boleh ikut mana-mana tip yang dikongsikan ni, sama cantik macam beli dekat pasar malam.
Tak sangka, lokasi kemalangan yang sudah dilalui si ibu itu rupanya melibatkan anak sendiri iaitu Muhammad Arif Daniel Mohd Norsha’ari yang berusia 20 tahun.