Rupanya ada caranya dan tip untuk masak nasi atas dapur supaya cantik elok kejadiannya. Barulah nasi elok berderai, tak terlalu keras, kering, lembik ataupun mentah. Memang mudah jika ikut cara yang dikongsikan ini. Bukan apa, ada masanya kita nak cepat masak nasi atau tiada elektrik di rumah kena masak guna atas api dapur sebagai alternatif.
Baca perkongsian daripada Puan Amy Farnan ini sebagai panduan;
Cantik kejadian masak nasi atas dapur.Selalu masak tak jadi je memanjang. Saya guna tip memasak dari Chef Korea.
Cara-Caranya:
1. Rendam dulu beras sekurang-kurangnya 10 minit (Kita nak sampai beras jadi warna putih). Kemudian basuh macam biasa yang ni ikutlah nak basuh 3 kali ke, 7 kali ke terpulang.. Saya basuh 3 kali je. Lepas tu sukat air macam biasa.
2. Masak atas dapur gas selama 20-25 minit guna api perlahan-sederhana (Ni bergantung pada banyak mana sukatan beras).
Ads
3. Lepas 20-25 minit tu, tutup api dan jangan buka penutup periuk selama 5 minit. Yang ni supaya nak pastikan nasi betul-betul masak dengan wap-wap panas yang masih ada dalam periuk.
Mingguan Wanita: Begini rupanya nak masak nasi atas dapur cantik kejadiannya, ikut tip yang dikongsikan oleh Chef Korea. Boleh cuba masak nasi ikut cara begini nanti.
Tiap kali muncul rekaan baru, pasti mak-mak teruja dan buat pengumpul barangan kemas patinya akan berpusu-pusu ke kedai emas. Baginya, tak rugi pun untuk memiliki sebab bukan untuk menunjuk pun tapi ada sebab tertentu.
Walaupun ada pendapat tersendiri yang mengatakan lebih suka kumpul wang tunai dan ada juga yang suka simpan emas. Keduanya-keduanya tak rugi apa pun.
Cuma apa yang boleh dikatakan, kalau wang tunai bimbang akan susut dan sukar untuk konsisten dalam menyimpan. Berlainan dengan simpan emas, harganya ikut harga pasaran. Jika harga mahal, untunglah bila ditunaikan. Inilah untungnya logam berharga.
Kalau ada mak-mak yang masih berkira-kira dan tertanya di mana untungnya simpan emas. Perkongsian daripada Nur Zulaikha ada jawapannya.
1) Apabila kita mula menyimpan emas, bermakna kita miliki emas logam berharga. Emas menjadi simpanan dan rizab diri dan keluarga. Orang yang ada simpanan, dia beruntung kan? Umpama orang yang ada menyimpan bekalan air tatkala bekalan air terganggu.
2) Untungnya simpan emas, tatkala kita sangat memerlukan. Kita tidak tahu ribut yang datang melanda. Jika perlu tunai segera, kita boleh pajak di arrahnu buat modal berniaga, mahupun jual semula emas kita jika sangat-sangat memerlukan. Ada emas bermakna ada duit. Emas mudah dicairkan berbanding rumah dan tanah.
3) Untung di atas kenaikan harga emas. Jangka masa panjang harga emas naik. Umpamanya tahun 2014 harga emas RM130 segram, tahun 2021, harga emas RM260 segram. Orang yang miliki emas sekilo 130k tahun 2014, tahun 2021 emasnya bernilai 260k. Jika diukur dari sudut RM, nilai emasnya sudah meningkat dua kali ganda.
4) Untungnya simpan emas tatkala kita berhasil menukar emas kita kepada aset rumah dan tanah. Emas membantu kita mengumpul bayaran down-payment untuk beli rumah, mahupun membantu kita beli tanah dan buat rumah secara tunai. Ramai sudah melakukannya.
5) Untungnya simpan emas, boleh dijadikan dana pendidikan anak-anak, dana haji, dana persaraan dan aset kekal untuk diwariskan kepada generasi kita.
Emas adalah logam berharga.
Tiada rugi kita memilikinya.
Mingguan Wanita : Kalau ada yang masih lagi berkira-kira, kena faham apa yang dikatakan ini.
Pening kepala setiap kali fikir masalah duit, ini antara lima cara berkesan untuk mak-mak tambah pendapatan secara online dari rumah. Suri rumah yang bijak pasti mahu menambah pendapatan tanpa perlu keluar rumah.
Mak-mak juga tidak perlu berkorban masa dengan anak-anak tetapi, pada masa yang sama, masih dapat membantu suami menambah pendapatan keluarga.
Pening Kepala Setiap Kali Fikir Masalah Duit
Teringin nak bantu suami, tapi masa dan peluang tak mengizinkan. Mana tidaknya tugas seorang suri rumah memang berat bukan saja menguruskan rumah tetapi sibuk menguruskan anak-anak. Kadang-kadang tu memang pening kepala bila fikirkan masalah duit apatah lagi bila tibanya hujung tahun, anak-anak juga akan melangkah ke musim persekolahan yang baru. Semuanya memerlukan wang tambahan.
Sebenarnya nak bantu tingkatkan ekonomi zaman sekarang tak susahpun, malah tak perlu keluar rumah, tak perlu modal besar, hanya perlukan internet dan laptop!
Cuma mak-mak kena rajin terokai internet untuk jana pendapatan keluarga. Jika mak-mak mempunyai talian internet di rumah, agak merugikan jika tidak menerokainya untuk menjana wang tambahan untuk keluarga anda! Bukan sekadar dapat bantu suami malah mak-mak juga boleh ber ‘me time’ dengan rakan-rakan dengan wang saku sendiri.
Ini 5 Cara Berkesan Mak-Mak Tambah Pendapatan
Mak-mak jangan risau sebab ada banyak sangat peluang pekerjaan dari rumah yang boleh dicari di internet dan anda pasti menemui kerja dari rumah yang serasi dengan kemahiran anda.
Penulis Bebas
Jika mak-mak memang jiwa menulis, ada banyak sangat peluang untuk anda di luar sana. Hampir semua jenis perniagaan akan memerlukan penulis, jadi bina portfolio anda dan cari kerja penulisan yang sesuai dengan anda.
Pemasaran Afiliasi
Bagi yang mempunyai strategi pemasaran yang hebat, inilah kerja dari rumah yang mampu memberikan pendapatan yang tinggi. Bila jadi ejen afiliasi, anda akan dibayar komisyen antara 2% – 60% tau. Menarik, kan?
Perniagaan Makanan
Mak-mak pasti pandai memasak, rugi kalau tak cuba jual masakan anda. Mana tahu makanan tu sedap sangat sampai tiba-tiba viral, tak menang tangan nak memasak pula. Kita tak tahu kalau tak cuba, kan?
Youtuber
Siapa hebat buat konten unik dan mampu meraih ramai penonton, ada ganjaran lumayan dari Youtube untuk anda. Jangan main-main, orang memasak atau menyanyi pun boleh viral kalau video menarik dan tertarik.
Dropship
Dropship ni maknanya mak-mak memasarkan produk syarikat atau orang lain dan uruskan komunikasi dengan pelanggan saja. Tak perlu risau tentang penghantaran sebab syarikat atau orang itu yang akan uruskan. Maknanya, anda kena bijak pemasaran dan berkomunikasi saja.
Manfaatkanlah platform media sosial untuk jana pendapatan mak-mak. Sebenarnya banyak saja cara nak jana pendapatan tambahan cuma kena rajin sahaja untuk melakukannya. Mak-mak bergelar suri rumah pengeluar produk jenama TudungSiComel, turut membantu lebih 1,000 suri rumah di seluruh negara menjana pendapatan melalui program dropship dan affiliate menjelang tahun depan.
Pengasas dan Pengarahnya, Kapten (B) Syahruddin Zainul berkata, sejak 2016, TudungSiComel berkomitmen membantu suri rumah menjadi usahawan dengan menyediakan program latihan khas dan subsidi pengiklanan bagi ejen yang aktif.
Dalam pada itu, jenama berkenaan turut membuka peluang kepada kaum wanita khususnya suri rumah yang berminat untuk menjadi usahawan menerusi program latihan khusus dan subsidi pengiklanan.
“Sejak 2016, TudungSiComel berkomitmen untuk membantu suri rumah menjadi usahawan.
“Justeru, menerusi program skim bayaran tangguh yang kami perkenalkan ini pastinya akan dapat membantu ejen yang menghadapi kekangan modal, memastikan penghantaran tempahan dapat dilakukan tepat pada masanya,” jelas Syahruddin.
Program yang dilaksanakan itu turut menerima pelbagai sokongan daripada agensi kerajaan seperti MARA, yang memberikan Dana Geran Digital dan peluang untuk menyertai kursus dan seminar.
Malah Syahruddin juga mahu terus menghasilkan koleksi tudung sekolah yang berkualiti dan selesa, selain menjadi platform bagi golongan suri rumah untuk berniaga dan menjana pendapatan dari rumah.
Peritnya bila serentak kena batuk, demam dan sakit tekak. Badan lesu, rasa sesak didada, pernafasan jadi tidak lancar dan anak tekak pun sakit membengkak akibat kerap batuk. Jika dah cuba macam-macam cara dan ubat tak berkesan, mak-mak boleh cuba petua alternatif minum jus limau kasturi dicampur kicap ini.
Ini petua yang diamalkan oleh Puan Schaaisya Scha sendiri. Katanya serasi dan cepat sembuh.
Berikut perkongsian tersebut;
Cuma nak kongsi ni la ubat batuk sejak seminggu ni. Demam, batuk, sakit tekak semua ada. Dulu kalau demam habis ja, mesti batuk sambung. Batuk pulak kalau tak berbulan tak sah.
Sejak amal petua ni alhamdulillah. Dengan izin Allah serasi dan cepat sembuh. Sekarang demam pun dah slow batuk pun sama tak teruk dah.Anak-anak dan Tok depa ibu buat camni semua. Serasi jugak.
Bahan paling senang.
Limau kasturi + kicap
Selawat
Baca la ayat-ayat mana boleh. Minta diberi kesembuhan Insha Allah. Kita ikhtiar selebihnya dari Allah. Dia turun penyakit, Dia juga la turun penawar. Macam-macam ubat dan petua ada,ikut nak cuba mana dan serasi dengan kita.
Maaf mana yang tak suka kita share petua. Kita cuma nak share mana tahu dan serasi dengan kita. Kalau ia menjadi asbab kebaikan. Tak lebih pada itu. Orang cakap kongsilah kebaikan yang kita tahu walaupun sedikit. Insha Allah mudah-mudahan.
Info Ekstra!
Saya makan sekali kulit-kulit limau tu, buang biji je. Anak-anak dan mak bagi minum air limau dengan kicap .
Saya buat 2 kali je. Pagi @ petang @ malam. Ikut la. Macam ni saya dah minum petang. Malam tak buat lagi. Kalau teruk sehari 3 kali pun boleh.
Mingguan Wanita: Boleh cuba petua limau nipis + kicap ini nanti, manalah tahu serasi batuk pun cepat sembuh.Apa-pun iya sebagai ikhtiar, tak salah untuk kita mencuba.
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...