Bukti kekuasaan Allah, seluruh rumah musnah tetapi senaskah al-Quran selamat dan masih berada dalam keadaan yang baik dalam sebuah rumah yang musnah dijilat api. Inilah bukti kekuasaan Tuhan dan kejadian ini bukanlah pertama kali berlaku.
Al-Quran yang tidak hangus dijilat api itu menjadi tular di media sosial dan mendapat perhatian penduduk sekitar Surabaya, Indonesia. Dalam masa yang sama ramai yang mengambil peluang untuk menetap kitab suci Al-Quran secara dekat.
Surabaya- Senaskah al-Quran ditemui masih dalam keadaan baik di sebuah rumah yang terbakar di Surabaya, Indonesia hingga menyebabkan lokasi itu menjadi tumpuan ramai.
Menurut ahli keluarga terdekat mereka, penduduk setempat di Jalan Dapuan Tegal IX terkejut apabila mereka melihat al-Quran terbabit tidak hangus dijilat api dalam kebakaran yang berlaku pada Ahad lalu.
“Ramai orang datang ke sini untuk mengambil gambar al-Quran tersebut. Buku Yasin juga tidak terjejas dalam kejadian itu,” kata Agung.
Selepas Tular, Ramai Datang Lihat Keajaiban
Jelasnya, penduduk luar juga sanggup datang dari jauh semata-mata untuk menyaksikan sendiri keajaiban itu.
“Mereka tidak mahu melepaskan peluang untuk melihat sendiri al-Quran tersebut selepas ia menjadi tular di media sosial,” ujarnya lagi. Difahamkan, al-Quran tersebut kini disimpan oleh keluarga pemilik rumah itu yang dikenali sebagai Suwardji. – Agensi.
MW: Ternyata apa yang Berlaku ini menunjukkan bahawasanya tingginya nilai kitab suci Al-Quran di sisi Allah. Banyakkanlah membaca Al-Quran, hayati keindahannya dan fahami maksudnya.
Lumrah setiap orang inginkan hidup berpasangan, teman bercerita dan menemani hari-hari tua. Bagi setiap anak seharusnya lebih bersikap terbuka menerima dan mencari jodoh buat mak mahupun ayah jika mereka masih berkeinginan untuk berumahtangga.
Demi membahagiakan si ayah yang hidup menduda, anak ini sendiri yang datang meminang dan menyarungkan cincin pada bakal ibu barunya.
“Ya, saya sendiri yang sarungkan cincin di jari manis bakal ibu baru saya,” kata Norashikin Abdul Aziz, 32, yang menjadi wakil keluarga dalam majlis pertunangan ayahnya, Abdul Aziz Limon, 65.
Norashikin memberi reaksi itu ketika ditanya mengenai satu rakaman video yang dimuat naik di aplikasi TikTok miliknya. Perkongsiannya itu berjaya meraih lebih 50,000 tontonan.
Menurutnya, dia sendiri menjadi wakil meminang pilihan hati ayahnya iaitu Asnah Abrori, 57.
Dia yang juga seorang jurusolek berkata, majlis pada 17 Oktober lalu di Johor Bahru itu juga adalah pertemuan kali pertama dia dan keluarga bakal ibu barunya.
“Sudah lama sebenarnya pihak keluarga perempuan mahu berjumpa tetapi saya agak sibuk dengan urusan tempahan pengantin.
“Selepas berbincang, saya pilih tarikh 17 Oktober lalu untuk berjumpa dengan pilihan hati ayah sekali gus mencadangkan membuat majlis pertunangan secara kecil-kecilan,” katanya.
Menurutnya, di majlis pertunangan itu kedua-dua belah pihak keluarga bersetuju memilih tarikh pernikahan pada 12 Disember ini dan berharap ia dipermudahkan.
Katanya, rombongan meminang penuh sederhana itu dihadiri lima orang termasuk suaminya, dua orang rakan baik dan ayahnya.
Norashikin yang juga berasal dari Johor Bharu berkata, dia bersetuju dengan perkahwinan kedua ayahnya itu demi membahagiakannya yang sudah lebih dua tahun menduda.
“Arwah ibu meninggal dunia pada 2018 dan hanya tinggal abang tiri dan saya iaitu anak kandung tunggal ayah.
“Saya pula sudah tidak lagi tinggal serumah dengan ayah kerana mengikut suami. Disebabkan itu, saya bersetuju dan gembira sebenarnya ayah ada peneman di rumah, tidak lagi keseorangan.
“Saya juga belum ada zuriat dan keluarga tidaklah besar mana. Jika keluarga ini dapat bersatu, pasti lebih meriah kerana bakal ibu saya mempunyai 11 orang anak,” katanya.
Berkongsi mengenai pertemuan ayahnya dan bakal isterinya itu, Norashikin berkata, mereka berkenalan menerusi Facebook (FB) sebelum berjumpa dan mengenali hati budi masing-masing.
“Tahun ini, baru ayah beritahu yang dia ada berkenan dengan seorang wanita yang dikenalinya di FB.
“Anak mana yang tidak terkejut apabila ada seseorang yang mahu menggantikan tempat arwah ibunya. Semua itu saya ketepikan demi melihat kehidupan ayah lebih sempurna,” katanya.
Bercerita lanjut, Norashikin berkata, dia tidak menyangka video itu tular di media sosial dan berharap orang ramai mendoakan kebahagiaan keluarganya.
“Akaun TikTok peribadi saya itu lebih banyak digunakan untuk memuat naik video hasil ukiran inai tangan pelanggan.
“Video pertunangan ayah itu dimuat naik lima hari lalu dan hanyalah sekadar untuk berkongsi. Tidak sangka pula perkongsian itu tular,” katanya.
MW: Tahniah atas pertunangan ayah dan bakal mendapat ibu baru. Semoga ramai anak-anak yang bersikap terbuka sebegini, mencarikan jodoh buat mak mahupun ayah sebagai menemankan mereka di hari tua.
Seindah namanya, Aisha Amaira Mohd Aidil yang membawa maksud bahagia dan cantik selamanya. Itulah nama jantung hati pelakon Aidil Aziz dan Fasha Sandha.
Yang mana, kongsi Fasha sebelum ini, Aisha adalah anak kelima buat mereka berdua. Ini kerana, sebelum mendapat Aisha, Fasha pernah keguguran dua kali.
“Tapi ibu dan ayah Aisha kuat, tak pernah putus ada dan tak putus doa.
Al-Fatihah untuk kakak dan abang Aisha di syurga.”
Diam tak diam, Aisha dah pun dua bulan. Kata Fasha anak bongsunya itu dah pandai ajak berbual. Memang comel pun tengok Aisha berceloteh dengan bahasanya sendiri.
Ibunya pun tak lokek berkongsi perkembangan Aisha dengan peminat di laman instagramnya. Geram tengok mata bulat Aisha dan bibir mungil bak merah delima tu. ‘MasyaAllah.. comelnya.’ Rata-rata memuji akan kecomelan puteri bongsu ini.
Bak kongsi Fasha sebelum ini, “Ramai cakap baby Aisha Amaira muka ayah, Alhamdulillah mata dengan bibir ikut ibu. Yang penting baby Aisha sihat.”
Buat peminat yang mahu mengikuti perkembangan cahaya mata pasangan pelakon ini, boleh langsung saja lihat di instagram Fasha atau Aidil. Kerana, mereka tak buat akaun instagram untuk anak-anak.
“Aisha takde IG (Instagram) tau… Aisha terkejut ramai buatkan IG untuk Aisha. Ibu tak buat IG untuk mana-mana pun anak-anak ibu sebab ayah tak izinkan.
Jadi gambar #iburayfalrayshaaisha semua dalam IG ibu je tau…”
Bermakna, yang anda baca atau temui akaun Aisha Amaira di laman instagram itu bukanlah dimuat naik oleh Aidil mahupun Fasha sendiri.
Aisha Amaira merupakan cahaya mata pertama Aidil dan Fasha selepas mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019.
Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli namun bercerai pada 2016. Hasil perkahwinan mereka, dikuniakan dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli Rizal Ashram. 7 dan Putri Raysha Jemyma, 6.
MW : Semoga Aisha Amaira membesar menjadi anak yang disayangi dan disenangi mak ayah.
Pelakon dan model jelita Datin Seri Maria Farida Atienza berulang kali menepis tuduhan yang dilemparkan netizen yang tidak mempercayai kecantikan asli yang dianugerahkan Ilahi kepada dirinya.
Seperti mana di petik luahanannya menerusi SinarPlus, Maria Farida sudah letih menjelaskan perkara sebenar.
“Biarpun sudah banyak kali mengulas mengenai perkara ini, netizen masih tidak percaya. Mereka tetap memerli dan melemparkan tuduhan tidak berasas. Sejujurnya, sehingga kini saya tidak pernah menjalani sebarang prosedur rawatan moden baik suntikan botoks mahupun pembedahan plastik.
“Kadangkala malas nak ambil pusing. Penat untuk menjelaskan perkara yang sama kerana mereka tetap tidak percaya,“ luah Maria Farida.
“Saya Takut Jarum”
Duta produk jenama Lucol-S itu akhirnya mengambil keputusan untuk tidak membalas mesej para pengikut menerusi laman sosial yang majoriti memintanya berkongsi spesifik klinik dikunjungi untuk melakukan pembedahan kosmetik.
“Bukan tak nak membantu, tetapi saya sendiri tiada jawapan bagi soalan terbabit kerana tidak pernah melakukan pembedahan kosmetik. Pertama, saya takut jarum. Kedua, mengapa perlu mengubah ciptaan ALLAH, bukankah DIA telah menjadikan wajah manusia sebaik-baiknya? Tugas kita hanya perlu menjaga dan grooming untuk kelihatan menawan.
“Lagipun berdasarkan pengalaman orang sekeliling, saya melihat individu yang melakukan suntikan botoks misalnya, telah hilang seri wajah asli. Walaupun tersenyum, otot muka tampak tegang dan pelik,” sambung Maria.
Warisi Kecantikan Ibu
Pada usia 51 tahun wanita ini bersyukur memiliki wajah awet muda yang diwarisi ibu tersayang.
“Alhamdullilah, mungkin kelebihan dimiliki adalah faktor genetik yang diwarisi daripada ibu dan nenek yang mana wajah mereka juga kelihatan awet muda walaupun telah berusia.
“Tidak dinafikan, ada berpendapat saya kategori wanita yang 24 jam sentiasa berhias dan melawa. Paling tidak pun, kerap menghabiskan sejumlah wang mengunjungi spa. Persepsi itu tidak benar, sedangkan saya sendiri tidak mempunyai rejim kecantikan khusus seperti wanita lain.
“Ini disebabkan memiliki kulit wajah jenis sensitif menjadi kekangan utama untuk saya mengaplikasi variasi produk kosmetik. Justeru, setiap hari rutinnya hanya membersihkan wajah dan memakai krim pelembap,” akhirnya.
Sumber: https://sinarplus.sinarharian.com.my/category/sihat-cantik/ Sumber Foto: Instagram Maria Farida Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Suami kepada pelakon Miera Liyana, Rosland Othman didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan menyebabkan pernyataan palsu diberikan kepada Bursa Malaysia berhubung hal ehwal syarikat lima tahun lalu.