Jangan pelik kalau tengok mak-mak orang dah tak vouge sangat macam zaman anak dara. Perangai perempuan ni, mereka auomatik jadi lebih cukupkan barang anak daripada kepuasan sendiri bila dah kahwin.
Ini dikuatkan lagi dengan perkongsian yang ditulis oleh mantan penulis majalah Mingguan Wanita, Muhamad Mat Yakim dalam salah satu ruangan Kelab 40.
Pada suatu hari, saya curi dengar dua orang rakan sepejabat bercerita mengenai kehidupan mereka – sebelum dan sesudah berumah tangga.
Adat wanita, kalau bersembang tak sah kalau tidak disentuh hal mekap, beg tangan, kasut dan seumpamanya. Tetapi cerita kawan yang dua ini, lain sedikit bunyinya walaupun hal kasut, mekap dan beg tangan tetap juga disebut.
Kata mereka, semasa zaman kegemilangan mereka dahulu, pantang tok nenek kalau pakai barangan yang tidak ada brand. Maksud tidak ada brand di sini, bukanlah tidak ada jenama langsung. Selipar jamban, tembakau sentil pun mesti ada brand, cumanya dalam cerita mereka, yang bukan jenama terkenallah, ataupun dalam kata lain, daripada jenis yang murah-murah.
Kasut dan beg tangan; paling tidak, Bonia, Sembonia, Alfio Raldo atau Carlo Rino. Minyak wangi Pleasures daripada Estee Lauder atau Chanel No. 5 sementara set rawatan muka sudah semestinya Clinique, Estee Lauder atau Lancome.
Begitulah bergayanya depa… hinggakan untuk yang dalam-dalam pun mesti ada brand. “Tak mainlah kalau tak ada brand mahal waktu tu …” kata seorang daripada sambil memuncungkan bibir yang saya ukur dari jarak tidak berapa jauh, adalah dalam lima enam inci perginya. Handal dia!
Ads
Saya yang sememangnya kurang arif tentang brand-brand pujaan orang perempuan terus pasang telinga. Akan tetapi, kata mereka lagi, sekarang ini mereka sudah tak berapa nak berselera pakai macam dulu-dulu. Lipstik, nampak yang RM15 pun capai, asal nama pakai!
Yang kelakarnya, kata mereka, kadang kala eye-shadow yang dibeli, semasa di kedai nampak warna biru tapi apabila ditenyeh, yang keluar merah jambu. Itulah akibatnya kalau beli barang murah!
Baju pula, kalau dulu pantang yang berharga bawah dari RM100. Sekarang, pakai yang RM30 pun sudah kira ok! Baju juga, kalau dulu mesti beli di toko-toko ternama, dalam kompleks yang juga ternama, sekarang terserempak di pasar lambak pun sudah tak kisah untuk menyambar!
Dengar itu semua, rasa ingin tahu saya makin meluap-luap. Apa, pasti berakhirkah zaman cemerlang, gemilang dan terbilang seseorang wanita apabila dia membuat keputusan untuk berumah tangga?
Ads
Mengapa boleh jadi begitu? Adakah sesudah kahwin, seseorang wanita sudah tidak perlu lagi bergaya seperti anak dara? Kalau ya, apa sebabnya? Apakah kerana sudah tidak ada siapa yang nak digoda? Maklumlah, sudah ada suami. Yang dikejar pun sudah dapat, tak perlulah nak jaga mekap. Begitulah dugaan saya setelah tercuri dengar pengakuan dua orang rakan sekerja itu!
Apabila soalan itu saya ajukan pula kepada mereka, kedua-duanya segera menyanggah. Kata mereka, bukan sebab tidak ada siapa yang nak digoda lagi menyebabkan mereka seakan sudah hilang selera hendak bergaya dengan barangan yang berjenama.
“Sebabnya adalah kerana sekarang ini, bagi kami, famili adalah No. 1. Famili adalah prioriti dalam berbelanja. Bukan tak teringin nak bergaya dengan barang-barang mahal dan berjenama macam dulu tapi setiap kali nak beli, teringat lebih baik duit yang ada itu dihabiskan untuk belanja famili.”
Misal kata, sebuah beg tangan Bonia yang berharga RM400. Bandingkan dengan wang yang sebanyak itu, berapa pasang baju anak-anak yang boleh dibeli? Paling tidak pun, untuk sekali musim raya sudah boleh lepas!
Ads
Dalam diam, saya akur. Kira-kiranya besarlah juga pengorbanan isteri-isteri yang seperti ini!
Kemudian berkata lagi mereka, suami bukan tidak pernah hulur RM400 atau RM500 lama-lama sekali untuk mereka pergi beli itu ini tapi setiap kali nak membeli, persoalan yang sama pasti berselang seli. Akhirnya yang dibeli adalah seluar baju untuk anak, sehelai atau dua helai kemeja untuk suami dan sepasang dua untuk mereka sendiri. Yang brand-brand tetap juga tidak dibeli.
Mendengar semua ini, saya teringat yang ada di rumah. Sejak dulu, memang saya tak pernah tengok dia memakai yang berjenama. Setidak-tidaknya, dua orang kawan saya itu pernah juga merasa walaupun sekarang, kata mereka, “sudah hilang selera!”
Akhirnya, saya insaf bahawa sebagai suami, saya sendirilah yang harus mulakan usaha. Kalau dia cantik, bergaya bukan untuk orang lain, untuk sayalah juga, tapi … kenalah tunggu cukup bulan, itu pun kalau masih ada baki setelah ditolak segala bil dan hutang piutang!
Mujur sebelum ini saya pernah dengar nasihat daripada isteri seorang pemimpin negara, wanita sebagai isteri dan ibu harus memulakan langkah penjimatan dalam perbelanjaan keluarga. Sebab itulah katanya setiap kali beraya, dua pasang baju kurung dengan harga RM60 sepasang dari bazar di Jalan Masjid India sudah mencukupi. Saya setuju sangat dengan kenyataan ini!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mampu duduk berbincang! Selesaikan masalah rumah tangga bersama pasangan, barulah seseorang lelaki mampu digelar suami gentleman.
Ternyata tak ramai lelaki yang mampu merendahkan ego dan mahu berbincang dengan isteri setiap kali berdepan dengan kemelut rumah tangga.
Namun jika ayah-ayah adalah dikalangan yang boleh duduk berbincang dengan isteri, anda memang awesome! Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan hadam baik-baik:
Mampu Duduk Berbincang
“Lelaki yang jadi suami ini kebanyakannya tak boleh dibawa berbincang…”
Betul? Setuju?
Kenapa? Sebab tiada sifat keterbukaan untuk duduk depan isteri, mengadap muka isteri, bincang dengan isteri tentang masalah rumah tangga atau pun apa-apa masalah berbangkit yang timbul dalam rumah tangga…
Bila isteri bunyi sikit saja, terus larikan diri daripada isteri, sudah buat hal sendiri…
Tak bagi peluang isteri cakap, tak nak dengar apa yang isteri hendak suarakan…Takut apa?
Selesaikan Masalah Rumah Tangga Bersama Pasangan
Takut semua yang keluar daripada mulut isteri itu adalah salah diri sendiri? Malah, takut isteri kacau apa yang kita suka buat? Takut isteri halang pergaulan kita?
Atau takut tiba-tiba isteri suruh bayar bil utiliti, isi minyak kereta? Takutkan isteri tuntut semua duit yang dia sudah belanjakan untuk keluarga?
Takutkah dengan isteri? Awak lelaki kan? Seriously?
Isteri itu bersedia bila-bila masa saja untuk bersua muka ke muka. Face to face kalau itu dapat menjernihkan suasana, dapat menghilangkan apa yang keruh, dapat memberi jawapan kepada setiap persoalan yang bermain di fikiran dia, maka dia terbuka untuk berbincang…
Untuk kebaikan hubungan dan untuk kebaikan rumah tangga. Tapi berapa banyak suami yang mampu menatap mata isteri, bincang hati ke hati, selesaikan masalah dengan isteri tanpa melibatkan emosi?
Tak ramai, tapi yang ramai adalah jenis yang egois. Bab apa yang dia hendak buat, tak boleh kacau… Begitu juga bab keluarga dan adik beradik dia, tak boleh sentuh…
Bab pengurusan kewangannya, tak boleh usik… Dan juga bab solat, ibadat dia, hal dia dengan Allah, tak boleh ditegur…
Awal-awal lagi sudah bina dinding dengan isteri, buat isteri itu macam tidak ada fungsi sebab segalanya dia akan tetap ikut cara sendiri walaupun sudah jadi suami…
Hanya lelaki yang betul-betul gentleman yang mampu duduk berbincang untuk raikan perbezaan serta cari persamaan untuk menyelesaikan apa-apa konflik yang berlaku dalam rumah tangganya…
Lelaki macam ini barulah layak dipanggil suami…
Mingguan Wanita : Sebaiknya setiap kali berdepan dengan masalah, duduklah berbincang. Dengarkan luahan pasangan dan sama-sama mencari penyelesaian agar keputusan terbaik dalam diambil demi kepentingan bersama.
Tahu tak waktu tidur anak yang paling bagus? Ok, biasanya anak-anak anda tidur jam berapa? Jangan kata anda dah biasa bagi anak tidur lewat sampai awal pagi, itu tak bagus untuk perkembangan anak-anak.
Seperti yang anda tahu, bayi yang baru lahir hingga kanak-kanak memiliki waktu tidur lebih panjang dibanding orang dewasa. Namun berapakah waktu tidur yang tepat?
Tidur Ikut Umur
American Academy of Sleep Medicine (AASM) menyatakan waktu tidur anak menjadi dua kelompok, iaitu anak-anak (bayi hingga usia 12 tahun) dan remaja (usia 13-18 tahun).
Berdasarkan penelitian menerusi artikel ilmiah tentang tidur, anak-anak yang tidur dalam waktu yang disarankan memiliki perilaku yang lebih baik, dan tidak banyak masalah belajar. Bukan hanya itu, cukup tidur boleh mengurangkan risiko usaha menyakiti diri sendiri seperti bunuh diri dan mengalami penyakit mental lain.
Penelitian terbaru yang diterbitkan dalam Journal of Clinical Sleep Medicine mengungkapkan bahawa waktu optimal yang disarankan bagi anak-anak untuk tidur adalah seperti berikut:
Ini Waktu Tidurkan Anak Ikut Umur
1. Bayi berusia 4-12 bulan: 12-16 jam per 24 jam (termasuk tidur siang)
2. Kanak-kanak berusia 1-2 tahun: 11-14 jam per 24 jam (termasuk tidur siang)
3. Anak-anak berusia 3-5 tahun: 10-13 jam per 24 jam (termasuk tidur siang)
4. Anak-anak berusia 6-12 tahun: 9-12 jam per 24 jam
5. Remaja berusia 13-18 tahun: 8-10 jam per 24 jam
Jadi, ini adalah satu ilmu untuk mak-mak praktikkan kepada anak-anak dari peringkat awal untuk mendapat waktu tidur yang cukup dan ideal bagi anak-anak.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebenarnya ada banyak cara yang kaum suami boleh amalkan untuk murah rezeki dalam keluarga, antaranya dengan menggembirakan hati para isteri. Jika selama ini, hanya membaca secara teori, cuba suami isteri praktikkan pula didalam kehidupan rumah tangga. Lihat dan rasai sendiri pengalaman rezeki yang mengalir deras didalam rumahtangga nanti.
Pengalaman diberikan rezeki yang melimpah ruah, setelah menggembirakan hati isteri ini pernah dialami oleh Jimmy Johari sendiri.
Berikut antara perkongsian beliau…
“Macam mana nak murah rezeki selain dari bersedekah”
Pernah dengar tak isteri tu pembawa rezeki?? Penah feel tak?? Memang la tak pernah kalau ko tak kahwin lagi..kahwin dulu baru ko tau.
Bini aku ni kaki makan,asal nampak je benda baru semua nak beli nak cuba.Padahal benda tu kadang-kadang tak sedap mane pun..tapi sebab dah dia tekak biawak..aku ikutkan..sampai kadang-kadang aku rasa bini aku ni tak reti nak berjimat ke..aku penah rase macam nak je marah bini aku..sudah-sudah la tu nak makan itu makan ini..tapi aku tak sampai hati…aku ikutkan jugak.
Aku penah dalam dompet ada Rm50 je… sales tengah down, duit pown cukup-cukup nak restock barang, time tu jugak la bini aku ajak nak makan dekat kedai mamat thailand nak makan siakap. Aku dah menung dah… dalam dompet ada Rm50 je. Tapi aku tak sampai hati nak cakap tak boleh, aku ikutkan. Habis burn Rm48 hinggit makan.
Apa Yang Berlaku
Tapi lepas je habis makan tu… kau tahu apa jadi??? Whatsapp aku berdesup-desup masuk send detail payment, Alhamdulillah boleh senang hati dah. Time tu aku tak perasan lagi.
Pernah 1 hari… whatsapp masuk bersepah-sepah, aku da closing habis baik dah tapi macam biasa, lepas je bagi harga… semua krik krik. Menung kejap aku, sehari tak ada sale padahal whatsapp masuk bersepah-sepah, then malam tu bini aku cakap ngidam nak makan dekat TAPAK la, tempat foodtruck banyak-banyak tu. Aku time tu dekat shah alam, dengan mood yang tengah down ni… ikutkn juga la. Asalkan bini aku seronok tak tarik muka.
Dalam otw nak ke sana magic jadi lagi, whatsapp customer yang krik-krik siang tadi terus whatsapp mintak details nak buat pembayaran. Aku tak perasan lagi time ni. Aku buat macam biasa… tapi memang betul dalam 1 mlm tu memang semua nak buat payment. Memang minggu tu 2x aku restock.
Sampai satu hari baru aku ada terbace dekat wall,ada orang post, “ISTERI PEMBAWA REZEKI SUAMI”
Lepas aku baca baru aku hadam apa yang jadi selama ni.
“Abang hati tisu…rasa sebak pulak”
Ko tak percaya ko try la buat..ko try tak gaduh dengan bini,ko try cuba ye kan je ape bini ko nak asalkan apa yang dia nak tu ko rasa masih waras la di fikiran ko.haha
Semoga perkongsian pengalaman lelaki ini,membuka mata para suami yang lain bahawa isteri itu pembawa rezeki didalam rumahtangga.Percayalah dengan membahagiakan isteri mampu menggandakan rezeki para suami dan keluarga.
Ibu kepada mangsa tragedi pembunuhan pelajar Bandar Utama mendedahkan anaknya ditikam lebih 200 kali. Beliau menafikan dakwaan palsu dan menyeru agar kejadian tragis ini tidak berulang di sekolah lain.