cuka epal

Cuka memiliki khasiat yang tersendiri.Cuka kaya dengan mineral seperti potasium, kloride, kalsium, sodium, magnesium dan fosforus, juga mineral seperti fluorin, tembaga, vitamin A, C, E, B1 dan B2. Terdapat pelbagai jenis cuka yang berada dipasaran seperti cuka kurma, cuka anggur, cuka beras dan sebagainya.Namun cuka epal antara yang paling popular dikalangan penggemar cuka. Nak cantik dan nak sihat rajinlah amalkan makan dan gunakan cuka iya.

Bukan itu sahaja, apa yang lebih menarik ialah cuka termasuk dalam makanan sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah berdasarkan hadith:

Dari Ummu Said RA dari Nabi SAW, baginda bersabda :
“Sebaik-baik hidangan ialah khal (cuka). Ya Allah berkatilah pada khal (cuka). Sesungguhnya ia adalah makanan para nabi sebelum aku. Tidak akan dilanda kemiskinan rumah yang ada khal (cuka)”.
(Hadis riwayat Muslim 2052, Ibnu Majah 3318)

Untunglah Siapa Yang Suka Amalkan Cuka Epal, Ini 10 Kelebihannya!

Berikut antara kelebihan Cuka Epal:

1.Mengawal Paras Gula Dalam Darah

Pengambilan Cuka Epal dapat mencegah paras gula dalam darah daripada meningkat.Satu kajian yang dilakukan di Arizona State University oleh Dr Carol S.Johnston mendapati pesakit kencing manis yang mengamalkan pengambilan 2 sudu besar cuka epal sebelum tidur mampu menurunkan paras gula dalam darah sebanyak 4 peratus hingga 6 peratus pada keesokkan pagi.

Selain itu, Dr Carol mendapati pengambilan 20gram cuka epal yang dibancuh dengan 40gram air suam sebelum makan berupaya menurunkan paras gula sebanyak 34 peratus.

2. Menurunkan Paras Kolestrol

Cuka Epal membantu menurunkan paras kolestrol jahat (LDL-Cholestrol) dan lemak didalam badan kerana ia boleh meningkatkan rembesan hempedu dan metabolisme lemak didalam hati.

3.Membantu Menurunkan Berat Badan

Khasiat ini pasti ramai wanita suka. Asid asetik yang terdapat didalam cuka epal boleh membuatkan kita mudah rasa kenyang walaupun makan hanya sedikit sekaligus mampu mengawal selera makan.Disamping itu, ia juga dapat melambatkan pengumpulan lemak didalam badan. Menarik bukan!

Caranya ia boleh diminum terus dengan mencampurkannya dengan sedikit madu atau dibancuh dengan air suam lebih kurang 1/2 gelas. Campuran air ini dinamakan sebagai honergar (madu + cuka epal) dan diamalkan 3 kali sehari sebelum makan (pagi, tengahari dan malam).

Untunglah Siapa Yang Suka Amalkan Cuka Epal, Ini 10 Kelebihannya!

4. Meningkatkan Metabolisme

Kandungan pottassium didalam cuka epal dapat membantu meningkatkan tenaga dan metabolisme sekaligus mengelakkan badan daripada mudah berasa lesu. Bahkan ia juga dapat mengelakkan pengumpulan asid laktik semasa bersenam yang boleh menyebabkan badan berasa letih dan sakit-sakit.

5.Membuang Toksin Daripada Badan

Cuka epal dapat membantu proses perkumuhan toksin daripada badan kerana ia dapat melancarkan fungsi hati untuk mendetoksifikasikan toksin. Asid asetik yang terkandung di dalam cuka epal boleh bergabung dengan toksin yang berkumpul didalam darah untuk menyahtoksinkannya.

6.Melancarkan Penghadaman

Cuka Epal bertindak sebagai antibiotik untuk membunuh kuman yang berbahaya. Kandungan pektin yang tinggi didalam cuka epal boleh merawat sakit perut yang disebabkan oleh kekejangan sistem penghadaman.Caranya tambah satu sudu besar cuka epal di dalam air suam dan minum lima minit sebelum waktu makan.

Untunglah Siapa Yang Suka Amalkan Cuka Epal, Ini 10 Kelebihannya!

7.Melegakan Sakit Tekak, Karies Gigi & Mulut Berbau

Tindakan asid asetik sebagai antibiotik dapat membunuh bakteria yang menyebabkan radang tekak, pembentukan karies gigi dan mulut berbau. Caranya dengan mengkumuh larutan cuka epal yang telah dilarutkan ke dalam air suam dalam nisbah 1:2. Lakukan sebanyak sebelum mengosok gigi untuk mendapatkan kesan yang optimum.

8. Membersihkan Kulit Wajah

Masalah pori besar, kulit kusam dan berminyak pada wajah boleh diatasi dengan penggunaan cuka epal.Pakar kulit menjelaskankulit selalunya bersifat asid dan apabila menggunakan cuka epal sebagai toner, ia membantu menyeimbangkan pH dan tahap minyak pada kulit.

Caranya dengan cairkan beberapa titik cuka epal di dalam air sebelum menyapukan pada kulit muka dengan kapas muka dengan nisbah 1:2. Lakukan tiga hingga empat kali seminggu. Jika mempunyai kulit sensitif, kurangkan kekerapan penggunaan dan cairkan lagi campuran.

9.Membersihkan Berus Solekan

Sangat penting untuk memastikan berus solekan bersih bagi mengelak terkumpulnya kekotoran yang akan memberi kesan kepada kulit wajah.Khasiat Cuka epal yang bersifat antibakteria malah sangat menjimatkan.

Caranya dengan mencampurkan secawan air suam dan sesudu kecil cuka epal.Juga boleh tambah hirisan lemon dalam campuran ini. Kemudian rendam berus-berus tersebut di dalam campuran ini selama sejam dan bilas dengan air.Biarkan ia kering.

Untunglah Siapa Yang Suka Amalkan Cuka Epal, Ini 10 Kelebihannya!

10.Menjadikan Rambut Sihat, Berkilat & Menghilangkan Kelumumur

Tidak perlu membazir membeli syampu yang mahal bagi masalah rambut kusam, tidak bermaya dan berkelemumur.Asid Asetik pada cuka epal dapat membantu mengekalkan keseimbangan pH pada rambut dan kulit kepala serta menghalang yis, iaitu salah satu punca kelumumur.

Caranya dengan mencampurkan 1/3 cawan cuka epal ke dalam 4 cawan air. Kemudian basahkan rambut dengan larutan tersebut dan biarkannya selama 5 minit sebelum rambut dibilas dengan air sejuk. Hasilnya rambut akan kelihatan cantik, lembut, berkilat dan bebas kelemumur.

Punyalah banyak khasiat dan kegunaan cuka epal ni yang boleh dijadikan amalan. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

Sumber:healthmassa

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI