Bukan kejadian pertama, kematian Rayan jatuh perigi mengimbau tragedi lama yang pernah berlaku sebelum ini.
Pemergian Rayan bukan saja ditangisi keluarga, malah seluruh dunia merasai kesedihan yang sama biarpun tidak pernah mengenali dan juga tidak memiliki pertalian.
Kehilangan Rayan menyatukan semua orang apabila masing masing berdoa tanpa putus dan dari semasa ke semasa mengikuti perkembangan anak syurga ini dari jauh. Namun Allah lebih menyayanginya. Al Fatihah.
Bukan Kejadian Pertama
Kematian Rayan Awram yang terjatuh dalam perigi sedalam 32 meter mengimbau tragedi sama yang berlaku di Arab Saudi.
Arab News melaporkan Rayan yang berusia lima tahun jatuh ke dalam perigi di kampung Ighrane di wilayah Chefchaouen Maghribi pada petang Selasa lalu.
Pada Disember 2013, Lama Al-Rouqi, seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun di Arab Saudi terjatuh ke dalam perigi terbiar berhampiran bandar utara Tabuk.
Mayat kanak-kanak kecil itu ditemui tersangkut hampir 40 meter di bawah telaga sedalam 100 meter itu.
Kanak-kanak itu bersama keluarganya sedang berkelah sebelum kejadian.
Mengimbau Tragedi Lama
Teknologi moden termasuk kamera inframerah digunakan untuk menentukan lokasi sebenar Lama di dalam telaga.
Ads
Walaupun penyertaan syarikat minyak gergasi Saudi Aramco dalam pencarian, semua percubaan menyelamat terbukti tidak berjaya.
Mayat kemudiannya ditemui selepas operasi mencari yang panjang.
Ujian DNA yang dijalankan ke atas mayat itu mengesahkan Lama meninggal dunia di dalam perigi itu.
Pada masa itu, Pertahanan Awam Saudi menyalahkan geografi kawasan dan diameter kecil telaga yang berukuran kira-kira 50 sentimeter atas kelewatan usaha menyelamat.
Ia menjadi penyebab utama yang dihadapi pasukan penyelamat termasuk kualiti tanah dan kedalaman telaga.
Kematian Rayan Jatuh Perigi
Beberapa tahun sebelum kejadian, Pertahanan Awam berkata, seorang lelaki yang terjatuh ke dalam perigi sedalam 10 meter bernasib baik diselamatkan.
Ads
Berikutan kematian tragis Lama, sebahagian anak muda di Arab Saudi melancarkan aplikasi telefon yang menyumbang secara berkesan untuk mengurangkan insiden terjatuh dalam perigi di republik itu.
Permohonan itu melonjak popular selepas kematian Lama menjadi berita global.
Aplikasi yang dipanggil Lama menyediakan platform yang mudah digunakan untuk melaporkan sebarang telaga yang tidak diketahui ditemui oleh individu atau pihak berkuasa.
Aplikasi ini boleh berfungsi walaupun tanpa sambungan internet.
Tersedia pada kedua-dua sistem Android dan iOS, aplikasi itu boleh membantu Pertahanan Awam mencari telaga terbiar dengan mudah untuk menimbus dan memusnahkannya.
Ads
Kejadian Yang Sama Berulang
Beberapa insiden perigi lain juga berlaku di Arab Saudi pada tahun sebelumnya.
Pada 2012, seorang wanita berusia 30 tahun terjatuh ke dalam perigi di kampung Umm Al-Doum di Taif.
Dalam kes lain, Rehab Al-Ofi berusia empat tahun juga diselamatkan dari perigi terbiar sedalam 60 meter di kampung Al-Qusaiba di wilayah Madinah.
Bagaimanapun, kejadian seperti itu semakin jarang berlaku berikutan keputusan pihak berkuasa Saudi untuk menimbus atau memusnahkan semua telaga yang tidak digunakan di sekitar republik itu.
Mingguan Wanita : Sesungguhnya Kuasa Allah mengatasi segalanya. Walaupun pelbagai teknologi canggih digunakan dalam operasi menyelamat sebelum ini, namun tetap gagal.
“Semata-mata kerana mahukan anak lelaki.” Seorang bapa sanggup ambil nyawa bayi perempuannya dengan menembak sehingga mati.
Di manalah hilangnya kasih dan sayang seorang bapa hingga sanggup bertindak sedemikian rupa.
Semata-Mata Kerana Mahukan Anak Lelaki
Seorang lelaki Pakistan ditahan kerana disyaki menembak mati bayi perempuannya yang berusia tujuh hari semata-mata kerana mahukan bayi lelaki sebagai anak sulung, lapor akhbar Daily Mail semalam.
Bayi bernama Jannat yang bermaksud ‘syurga’ dalam bahasa Urdu itu ditembak lima kali pada Isnin lalu di rumahnya di bandar Mianwali, tengah Pakistan, kata polis.
Suspek yang dikenali sebagai Shahzaib Khan, didakwa memasuki rumah lalu mengarahkan isterinya menyerahkan Jannat sebelum menembak mati bayi itu, lapor akhbar Dawn.
Shahzaib yang telah berkahwin selama dua tahun itu melarikan diri dari tempat kejadian sebelum ditahan semalam di daerah berhampiran, demikian menurut polis.
Menerusi adat suku kaum Pakistan, bayi perempuan boleh dianggap sebagai penghinaan terhadap kaum lelaki.
Bapa saudara kepada bayi perempuan itu, Hidayatullah Khan membuat aduan rasmi terhadap suspek atas pembunuhan itu.
Seorang bayi perempuan lahir… dia (Shahzaib) berang,’’ kata Hidayatullah.
Menurutnya, Shahzaib tidak pulang ke rumah keluarganya selepas mendapati isterinya melahirkan bayi perempuan dan enggan menerimanya.
Ketika kejadian, dia cuba mengambil bayi itu tetapi suspek telah mengacukan pistol ke arahnya dan saudara-mara lain lalu mengugut akan menembak mereka jika bergerak lebih dekat.
Kes itu telah mencetuskan kemarahan di Pakistan dengan orang ramai menganggap pembunuhan bayi yang baru lahir itu sebagai kejam. – Agensi
Mingguan Wanita : Terlalu kejam, tidak mampu bayangkan keadaan ibu yang baru saja melahirkan anak. Kemudian suami pula mengambil tindakan mengikut emosi. Semoga ini baik-baik saja.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Amyra kehilangan bayi dalam kandungan. Salam takziah diucapkan buat Amyra Rosli yang kehilangan bayi dalam kandungan. Kisah sedih itu dikongsi sendiri oleh pengacara dan pelakon yang juga isteri kepada Amar Baharin menerusi akaun Instagramnya.
Amyra memaklumkan kehamilan berkenaan adalah kehamilan kimia atau chemical pregnancy kerana ia hilang tanpa disedari.
Malah alat penguji menunjukkan keputusan positif sebelum bertukar negatif.
“Awak singgah sekejap sahaja dalam perut mommy lepas tu awak pergi. Comel lah awak ni.
“Tidak ada rezeki.
“Tidak mengapalah, kita fokus rezeki yang ada sekarang dan shooting dahulu! Lets go,” kongsi Amyra,
Untuk makluman Amyra dan Amar sebelum ini sudah pun memiliki sepasang cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi Amar, 7, dan Aura Aryssa, 4. Mereka telah mendirikan rumah tangga pada 11 November 2016.
Percaya Pada Qada & Qadar
Manakala Amar pula memberikan kata-kata semangat buat isteri tercinta.
“Allah sebaik baik perancang uNTUK perjalanan hidup dan mati hambaNya. Percaya pada Qada Qadar ketentuan Allah, insyaallah terjaga iman Mommy. Love u sayang, be strong Mommy!” luah Amar.
Umum mengetahu bahawa untuk membuat binaan tambahan bagi kediaman memerlukan kelulusan dari PBT (Pihak Berkuasa Tempatan). Namun demikian ada juga yang ambil tak peduli, tetap membuat binaan ‘haram’ tanpa kebenaran kerana menganggap ia perkara ‘biasa’ dan ramai yang buat, walaupun sebenarnya ia tak boleh dan menjadi satu kesalahan.
Sebenarnya ada macam-macam jenis binaan tambahan tanpa kebenaran yang boleh membahayakan keselamatan, terutamanya jika dilakukan di rumah flat.
Nak fahamkan lebih lanjut, baca perkongsian daripada Ar.Ahmadkhairul Sabirindari Sabirin Rosli Architect ini sebagai rujukan.
CONTOH BINAAN TANPA KEBENARAN DI FLAT
Panas pula isu rumah flat di Johor kena roboh pasal buat tambahan macam duduk corner lot. Saya yakin yang PBT kalau boleh tak nak lah ke arah roboh ni tetapi bila benda binaan haram ni makin tak terkawal, nak tak nak mereka perlu roboh untuk beri peringatan.
Kalau siapa yang tak tahu, memang sudah jelas binaan tambahan untuk kediaman memerlukan kelulusan dari PBT.
Ok lah kalau tak tahu pun, kita masih ada common sense. Bila beli flat ni, dalam agreement floor plan dia tunjuk bahagian mana? Biasanya pelan layout rumah sahaja lah. Tak ada pula dia tunjuk kaki lima depan belakang semua kita punya. Jadi kenapa nak buat diatas tanah bukan bahagian kita? Common sense.
Binaan Membahayakan Keselamatan
Problem dengan binaan tanpa kebenaran di flat ni, dah macam-macam jenis dah dan hasilnya kebanyakan akan membahayakan keselamatan. Kerja-kerja menyelamat bomba pun boleh tergendala pasal ada binaan macam ni. Truck bomba tak boleh park dekat. Tangga tak sampai. Itu salah satu.
Nak buat binaan tambahan, kena check dulu dengan PBT atau at least management body. Senang. Bukan tanya tukang, tukang dia nak job saja asal jalan. Tuan rumah suruh buat dia buat.
Duduk di kediaman macam flat ni perlukan tolak ansur dan fikir kebajikan jiran. Kadang bila tambah tu kita saja yang senang, tapi menyusahkan orang lain.
Ni saya bagi contoh binaan tanpa kebenaran yang biasa dibuat tapi sebenarnya tak boleh.
Mingguan Wanita:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi jika tinggal di rumah flat jangan buat binaan tambahan tanpa kebenaran iya. Mungkin ramai yang buat tapi sebenarnya tak boleh dan menjadi satu kesalahan. Malah lebih penting boleh membahayakan keselamatan.
Ibu ayah risau keselamatan di sekolah. Susulan kejadian pagi tadi tiada siapa menyangka hari persekolahan biasa itu akan berakhir dengan tragedi yang meragut nyawa...