Hari ini viral sebuah video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di media sosial yang memaparkan seorang budak perempuan dilanggar dan digilis oleh sebuah van putih ketika sedang melintas.
Dalam insiden menyayat hati tersebut, menurut sumber, Nur Alisha Safia, berusia tujuh tahun maut apabila dilanggar van sekolah yang dinaikinya dalam kejadian di hadapan sebuah tadika di Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi di sini pada Jumaat.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Md Noor Aehwan Mohammad berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12.10 tengah hari itu, mangsa yang baru pulang dari sebuah sekolah kebangsaan dihantar ke tadika tersebut sebelum pergi ke Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).
Terlanggar Mangsa Melintas
Menurutnya, selepas selesai menurunkan kesemua pelajar, van sekolah dipandu wanita tempatan berusia 31 tahun itu bergerak ke hadapan dan terlanggar mangsa yang pada masa sama sedang melintas.
“Akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan dibawa ke unit kecemasan Nilai Medical Centre sebelum disahkan meninggal dunia sekitar jam 2.30 petang semasa menerima rawatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata, jenazah mangsa dibawa ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Pemandu van berkenaan sedang dirakam percakapan dan siasatan sedang dijalankan,” ujarnya.
Mingguan Wanita: Salam takziah kepada keluarga Allahyarham Adik Nur Alisha Safia atas insiden ini. Pengajaran juga buat pemandu bas/van sekolah agar lebih berhati-hati sebelum bergerak. Perlu juga disediakan seorang pembantu untuk turunkan anak-anak semasa mereka turun dari kenderaan.
Seronoknya setiap kali sambut ulangtahun mesti ada pelbagai hadiah harijadi pemberian keluarga dan kawan-kawan. Nak-nak bila sambut dengan orang-orang yang kita sayangi.
Namun, hadiah harijadi yang cukup menyentuh perasaan apabila video tiktok yang dikongsikan oleh Lailalaily01, tatkala seorang anak perempuan hanya meminta hadiah ini daripada ayahnya.
Dalam video tiktok itu, kononnya untuk memberi kejutan pada anak perempuan. Malah, sejak semalam, ayahnya turut meminta anak perempuan beritahu, hadiah apa yang diinginkan oleh anak perempua nsempena ulangtahunnya.
Awalnya, anak itu hanya ingin berbisik pada ayahnya. Tapi diminta untuk beritahu pada semua orang.
Sungguh terkejut dan ramai ahli keluarga terharu dan menitik air mata bila dengar permintaan daripada anak perempuan itu.
Moga permintaan daripada anak perempuan itu termakbul.
Mingguan Wanita : Persaan seorang anak, ingin mak ayah bersama dan hidup bahagia nseperti keluarga lain. Moga dipermudahkan buat keluarga ini.
Nikmati makanan tinggi kalori setiap hari, untungnya wanita ini masih kurus & sihat! Tak semua wanita bernasib baik seperti wanita ini, jarang-jarang berlaku.
Nikmati Makanan Tinggi Kalori Setiap Hari
Seorang wanita dari Britain menjadi sensasi internet kerana menikmati pelbagai makanan yang mengandungi sehingga 5,000 kcal kalori sehari namun dalam masa sama, masih mengekalkan saiz badan yang kurus, lapor akhbar Metro UK semalam.
Sabrina Moore, sering berkongsi di TikTok tentang bagaimana dia membelanjakan hampir £900 (RM5,107) sebulan untuk menikmati pelbagai makanan berkalori tinggi.
Tabiatnya itu bagaimanapun seolah-olah tidak memberi kesan kepada kesihatannya kerana dia mempunyai Indeks Jisim Badan (BMI) sebanyak 21 dengan ketinggian 180.3 sentimeter.
Untungnya Wanita Ini Masih Kurus & Sihat!
“Saya seorang yang kuat makan. Saya sering cuba untuk makan dalam kuantiti banyak seperti bapa kerana dia ialah idola saya. Keluarga kami merupakan penggemar makanan.
“Saya sering membungkus makanan atau keluar makan setiap hari pada waktu minum petang. Saya juga banyak memakan snek selain menikmati beberapa bar coklat selepas bersarapan,” katanya.
Selain itu, Moore berkata, dia sememangnya seorang yang kurus secara semula jadi.
“Saya memang kurus secara semula jadi dan tidak perlu pergi ke gimnasium,” ujarnya.
Disebabkan tabiat pemakanannya itu, Moore mengumpul lebih 341,000 pengikut di TikTok yang kagum dengan penampilannya. – AGENSI
Mingguan Wanita : Kurus bukan keutamaan, yang penting sihat. Paling penting dalam pengambilan makanan, jangan berlebihan bimbang kesihatan terjejas jika tidak dikawal dalam masa jangka panjang.
Sebaran info ini untuk mak ayah yang ada anak umur 4, 5 dan 6 tahun pada tahun ini, 2020. Sila ambil tahu berkenaan permohonan pendaftaran kemasukan anak darjah satu tahun 2021/2022 secara online.
Ibu ini, Munirah Jamaluddin, kongsikan panduan berguna cara membuat permohonan pendaftaran atas talian.
Ingat ya! Mak ayah cuma ada masa 2 bulan untuk berbuat demikian. Kerana permohonan ini mulai dibuka pada 1 Mac 2020 sehingga 30 April 2020 sahaja.
Dan permohonan atas talian ini terbuka kepada seluruh negeri di Malaysia (Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Info selanjutnya boleh rujuk di bawah ini.
.
Ambil Tahu – Daftar Anak Darjah 1
Sesiapa yang mempunyai anak yang lahir pada 2014 (berumur 6 tahun pada 2020), yang lahir pada 2015 (berumur 5 tahun pada 2020) atau yang lahir pada 1.1.2016 (berumur 4 tahun pada 1.1.2020) wajib ambil tahu!
Guideline nya begini :-
1) Permohonan atas talian ini terbuka kepada seluruh negeri di Malaysia (Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P Labuan)
2) Alert dengan website di mana pendaftaran secara online akan dibuka bermula 1 Mac 2020 https://public.moe.gov.my
3) Perlu print borang yang telah siap diisi nanti bersama dokumen yang diperlukan ke sekolah yang dipohon. Jadi boleh mula siapkan dokumen dari hari ini.
4) Dokumen yang diperlukan;
sijil lahir anak (salinan + asal)
kad pengenalan ibu bapa (salinan + asal)
surat nikah / cerai (salinan + asal)
bil yang mempunyai alamat tempat tinggal
sampul surat standard dan setem
laporan doktor dan kad OKU jika berkaitan
semua dokumen salinan perlulah disahkan sebelum dihantar ke sekolah
5) Alert dengan tarikh semakan status permohonan. Jika berjaya, boleh proceed no 3 dan 4. Jika tidak, perlu buat rayuan segera.
Jangan lupa kongsikan dengan kawan-kawan yang anaknya bakal bersekolah rendah di tahun hadapan.
MW : Sila tandakan siap-siap dalam kalender mak ayah ya.
Suami isteri pegawai Imigresen guna duit rasuah RM600k buka kedai emas. Sepasang suami isteri yang juga pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dipercayai menyalurkan wang hasil rasuah untuk membuka sebuah kedai emas dengan modal kira-kira RM600,000.