
Isi Kandungan
ToggleBudak Perempuan 7 Tahun, Jadi Guru Yoga Bertauliah Termuda Dunia! Yoga merupakan latihan yang memberi tumpuan kepada pernafasan, kekuatan, dan kelenturan. Mempraktikkan yoga boleh memberikan banyak manfaat kesihatan fizikal dan psikologi seseorang.Siapa sangka pada usia yang masih muda, budak perempuan berusia 7 tahun ini telah mencipta kejayaan sebagi cikgu Yoga.
Cikgu Yoga Bertauliah
Seorang kanak-kanak perempuan dari India mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai pengajar yoga bertauliah paling muda di dunia.
Lapor portal UPI, Praanvi Gupta berusia tujuh tahun 165 hari apabila menerima pengiktirafan Rekod Dunia Guinness sebagai pengajar yoga wanita termuda di dunia.
Tamat Kursus Latihan Guru
Kejayaan Praanvi diperakui oleh Pertubuhan Perikatan Yoga selepas berjaya menamatkan kursus latihan guru yoga selama 200 jam.
Menurut laporan, Praanvi mula berlatih senaman yoga bersama ibunya ketika hanya berusia tiga tahun enam bulan di rumah.
Malah, katanya, guru yoganya turut menggalakkannya untuk meneruskan minat mengajar senaman itu dengan memulakan ‘Program Latihan Guru Yoga’.
“Saya mahu menyebarkan rasa cinta terhadap aktiviti yoga kepada seramai mungkin penduduk,” katanya.
Praanvi kerap berkongsi perjalanan senaman yoga menerusi laman YouTube, Learning with Praanvi.
Sebelum ini, seorang lagi kanak-kanak dari India, Reyansh Surani mencipta rekod selepas menjadi pengajar yoga lelaki termuda di dunia.

Reyansh berusia sembilan tahun 220 hari ketika menerima pengiktirafan dari Rekod Dunia Guinness pada Julai 2021.
Mesti Baca:Rahsia Cantik Datin Elvina, Amalkan Bangun Awal Pagi & Pastikan Hidup Sentiasa Ceria
Baca Lagi Di Sini:Pesan Doktor Ini, 30 Minit Sebelum Tidur Jangan Tengok Telefon, Barulah MUDAH Lelap
Artikel Menarik:Rawatan Ayurveda, Akshay Kumar Dedah Minum AIR KENCING Lembu Setiap Hari!
Mingguan Wanita: Hebatnya budak perempuan ini, baru berusia 7 tahun dah layak untuk menjadi guru Yoga.
Sumber: Utusan, Guinness World Records
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jadi Usahawan Viral, Tujuh Kursus Kemahiran Ini Bantu Wanita B40 & M40

Isi Kandungan
ToggleTerkini, selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan
Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus
latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada
kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.
Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan
orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang
mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.
Tujuh Kursus Bantu Wanita B40 & M40
Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan
merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan
perkhidmatan.
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang
berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
1. Jom Pandai Bakeri. Buat Duit Jual Kek Dan Roti
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan
mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula
menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
Klik di sini : https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/
2. Kursus Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm Sedap, Laku Keras
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 10 Julai dan 24 Jukai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan
seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Klik di sini : https://toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
3. Bisnes Kencang Di Shopee Bersama Coach Zul dan Master Noorul
Upgrade skil buat ‘kedai online’. Ini lah masanya untuk belajar secara
bersemuka dengan pakar kedai online di Shopee bagi menjana pendapatan
lumayan jika betul caranya. Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 29 Mei
dan 7 Ogos 2021. Klik di sini : https://toko.ideaktiv.com/product/bisnes-kencang-di-shopee-bersama-coach-zul-dan-master-noorul/
4. Jom Jahit Baju Kurung. Buat Duit Jahit Di Rumah
Orang kata kalau pandai jahit baju kurung, maka nak jahit pelbagai jenis baju lain akan jadi lebih mudah. Kursus dijalankan dalam dua pilihan tarikh iaitu 12 Jun dan 26 Jun
2021. Klik di sini : https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/
5. Wajib Join, Latihan Penyediaan Makanan
Ambil tahu dos and don’ts pada 25 Mei dan 19 Ogos. Peserta boleh memilih salah satu sesi yang diadakan pada tarikh tersebut. Kursus ini banyak membantu peserta yang terlibat
dalam perniagaan makanan mengetahui perkara-perkara yang harus
dielakkan semasa menyediakan makanan untuk pelanggan. Klik di sini : https://toko.ideaktiv.com/product/wajib-join-latihan-penyediaan-makanan/
6. Simpan Kira-Kira Dan Urus Kewangan. Silap Urus Bisnes Lingkup
Salah satu kesilapan dan masalah besar para peniaga kecil ialah kegagalan
merekodkan semua wang keluar dan masuk sepanjang berniaga. Rekod ini
sangat penting untuk mengetahui untung rugi perniagaan yang diusahakan.
Kursus ini akan diajar oleh konsultan bertauliah. Klik di sini : https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-kira-kira-dan-urus-kewangan-silap-urus-bisnes-lingkup/
7. Kursus Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk!
Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular
atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan
pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021. Klik di sini : https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-legend-jual-cookies-paling-masyuk/
Peserta akan diberikan peralatan dan bahan yang diperlukan bagi menghasilkan
sendiri produk mereka dan boleh dibawa pulang selain mendapat sijil dan makan
tengahari disediakan. Segalanya telah tersedia, rebutlah peluang ini segera.
Di akhir kursus ini, Mingguan Wanita menyasarkan para peserta akan memperoleh
banyak manfaat antaranya:
1. Ilmu asas mulakan perniagaan kecil dari rumah
2. Latihan amali bagi mendapatkan skil atau kemahiran asas yang diperlukan
3. Jaringan kerja berkualiti
Untuk penyertaan kursus praktikal dan konvensyen, sila hubungi urusetia di talian:
0196328758 ATAU terus mendaftar di toko.ideaktiv.com
Tentang Kempen Bangkit Wanita
Kempen yang berlangsung dari Mac ini akan dibawakan khusus oleh pihak
Mingguan Wanita, media wanita No.1 tanahair yang selama ini sememangnya
banyak mengangkat isu-isu berkaitan wanita termasuklah usaha memperkasakan
wanita.
Kempen yang julung kali dianjurkan ini merupakan pendekatan proaktif MW
mendekati golongan sasaran iaitu wanita B40 dan M40 bagi melibatkan diri dalam
dunia perniagaan kecil-kecilan dari rumah.
Ini merupakan usaha awal yang difikirkan terbaik buat masa ini; menangani
kebuntuan wanita mendapatkan maklumat perniagaan apa yang wajar mereka
ceburi seterusnya menyertai latihan atau kemahiran asas. Permulaan asas tanpa
memerlukan banyak modal awal, yang penting adalah ilmu yang diperoleh.

Selari dengan keadaan semasa, kursus dimulakan dengan program Webinar
Bangkit Wanita #bisnesdarirumah secara percuma dan ia dikendalikan oleh panel
yang terbukti berjaya memulakan bisnes mereka dari rumah.
Perkongsian ilmu itu diharapkan dapat menjadi panduan awal kepada para peserta.
Pengalaman, tip dan formula mampu mengelakkan peserta yang tidak ada llmu
perniagaan dari rumah teraba-raba atau tersilap langkah, apatah lagi tertipu.
Setelah Tamat Kursus, Boleh Berniaga Tanpa Kedai, Modal
Bermula dari webinar, ia disusuli pula dengan penganjuran tujuh kursus latihan
kemahiran praktikal memberi pendedahan kepada para wanita mendalami ilmu-ilmu
kemahiran dan bisnes asas menerusi latihan amali.
Pilihan kursus ini merupakan antara kursus yang diminati ramai golongan wanita
bukan sahaja ia kena dengan gaya hidup mereka, tetapi turut mempunyai
permintaan tinggi di pasaran.
Dalam erti kata lain, kursus yang dianjurkan ini adalah perniagaan yang boleh
dimulakan dengan segera tanpa memerlukan premis khas dan modal yang terlalu
besar disamping mempersiapkan mereka dengan formula pengurusan kewangan
dengan lebih tersusun.
Acara kemuncak bagi kempen ini pula ialah Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral
yang dijadualkan berlangsung pada hujung Ogos 2021.
Acara sehari ini sangat istimewa berikutan, ia akan menghimpunkan lima CEO
bisnes viral masa kini. Mereka adalah contoh atau model kejayaan perniagaan yang
diusahakan secara kecil dan akhirnya menjadi perniagaan besar dan tersendiri di
dalam kelasnya. Dari biasa ke luar biasa. Atau dari zero ke hero.
Untuk mencapai tahap ini sudah tentu banyak kisah dan pengalaman suka duka
dilalui. Mereka telah merasai laluan getir dengan iringan kekuatan semangat, usaha
dan ilmu yang digali sepanjang proses menaikkan perniagaan. Semua kisah dan
pengalaman ini akan dikongsikan oleh para CEO ini. Ia diharapkan dapat menyuntik
semangat dan inspirasi kepada para peserta.
Permulaan Melakar Kejayaan
Kempen Bangkit Wanita ini sememangnya direka khas untuk menunjuk cara dan
jalan kepada wanita yang berhasrat meningkatkan ekonomi diri dan keluarga. Ia satu
permulaan baik untuk yang mahu melakar kejayaan.
Di akhir kempen ini, Mingguan Wanita menyasarkan para peserta akan memperoleh
banyak manfaat antaranya:
4. Ilmu asas mulakan perniagaan kecil dari rumah
5. Latihan amali bagi mendapatkan skil atau kemahiran asas yang diperlukan
6. Jaringan kerja berkualiti
7. Bisnes tersenarai dalam direktori Bangkit Wanita Microsite
8. Tersenarai sebagai vendor di portal selera lokal iaitu Jom Rasa Bazaar
9. Tersenarai sebagai vendor di portal Baby Bazaar by Pa&Ma
Untuk penyertaan kursus praktikal dan konvensyen, sila hubungi urusetia di talian:
0196328758 ATAU terus mendaftar di toko.ideaktiv.com
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dynas Sedih Duit Hilang Dalam Amaun Yang Banyak “Doakan Dapat Kembali Duit Saya”

Isi Kandungan
ToggleDynas sedih duit hilang dalam amaun yang banyak. Siapalah yang tidak sedih tiba-tiba lihat baki duit dalam akaun bank hampir kosong. Hampir pengsan jika perkara tersebut terjadi pada diri kita sendiri.
Begitulah keadaan yang berlaku pada pelakon yang juga bergelar usahawan Dynas Mokhtar yang kehilangan sejumlah wang di dalam bank akaun simpanannya.
Dynas Sedih Duit Hilang Dalam Amaun Yang Banyak
Pemilik nama sebenar Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar itu cuma menyedari akaun banknya hampir kosong ketika ingin membuat pembayaran gaji pengurusnya.
“Saya hampir kehilangan semua duit saya.
“Beberapa hari lalu ketika saya pulang dari menjalani penggambaran saya nak bayar gaji pengurus saya.
“Masa itulah saya sedar hampir kesemua duit saya hilang. Saya ada akaun semasa, debit kad tetapi tiada kad kredit.
“Saya ingat kad debit lebih selamat kerana tidak berhutang,” kongsi Dynas yang kelihatan begitu sugul.
Perkara tersebut dikongsi oleh Dynas menerusi hantaran sebuah video di Instagram miliknya. Pada masa yang sama pelakon itu juga menyatakan selepas menyemak penyata akaun, dia mendapati terdapat transaksi wang menggunakan nilai mata wang asing.
“Bila saya periksa kenyataan bank saya terdapat pemindahan wang pelik.
“Saya tak boleh kongsi lebih lanjut kerana masih dalam siasatan.
“Saya sudah buat laporan polis, ramai yang bantu saya ketika ini.
Tapi doakan saya dapat kembali duit saya,” ujarnya yang telahpun membuat laporan di Balai Polis Brickfields Kuala Lumpur berhubung isu berkenaan.
Kecewa Semakin Moden Namun Tidak Dapat Menjamin Keselamatan
Dynas juga berasa sangat kecewa dengan kejadian yang menimpa dirinya. Dan berharap perkara yang sama tidak terjadi pada orang lain.
“Saya tak mahu benda ini berlaku kepada orang lain.
“Sekarang ini bukan hanya klik pada pautan saja tapi nombor kad debit juga kena berhati-hati.
“Saya sarankan untuk tidak letak duit yang banyak dalam kad debit sebalikny simpan di tempat lebih selamat.
“Kalau orang tiru kad awak habis… Ini simpanan dan itu sahaja awak ada. Konon tak nak berhutang tapi semua duit tunai hilang.
“Saya pun tak tahu apa yang selamat sekarang ini,” kongsinya lagi.

Baca Disini : Dynas Tambah Rezeki Pada Umur 40 Tahun
Sumber Foto Kredit : Instagram Dynas Mokhtar
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Ain Edruce dikecam terlampau kasar dengan suami? Betul atau hanya sekadar gurauan dalam hubungan?
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Tabiat Ini Penyebab LUPA, Makan Kepala Ikan Salah Satunya

Isi Kandungan
ToggleLupa itu sebenarnya sejenis penyakit. Kalau tak dirawat boleh mengundang kemudaratan pada memori malah anda sendiri. Saranan konsisten membaca al-Quran untuk menghindari penyakit pelupa itu ada benarnya.
Namun, ini antara yang selalu kita dengar dari orang tua-tua kita tentang punca-punca berlakunya penyakit lupa. Kadang itu, muda-muda dalam awal 20-an dah alami masalah lupa ini. Walaupun tiada bukti saintifik, namun ia tetap memberi anda langkah berjaga-jaga.
Fahami dan tak salah mempraktikkannya. Semoga anda dapat menghindarkan diri dari penyakit lupa dan sentiasa mengekalkan memori anda dalam keadaan yang baik sepanjang masa.
Hindari Penyakit Lupa Dengan Tidak..
1. Makan Kepala Ikan
Elakkan makan kepala ikan kerana pada bahagian kepala ikan inilah terkumpulnya toksin.
2. Makan Organ Dalam Binatang
Contoh organ dalaman binatang adalah hati, limpa, jantung, perut dan seumpamanya. Melainkan dengan nasihat doktor untuk tujuan kesihatan.
3. Makan makanan tercemar
Antara makanan tercemar adalah makanan yang dah terdedah dan dihinggapi semut. Ini kerana semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang boleh menyebabkan daya ingatan menjadi lemah.
4. Makan Berlebihan
Tak boleh makan secara berlebihan ia mengundang penyakit mudah lupa. Sebab itu disarankan agar makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.

5. Makan Berselang Air
Jangan minum air antara suapan makan. Bermakna selesaikan dulu makan anda barulah minum air. Itupun bukannya minum sampai satu jag besar, tapi berpada-padalah.
Bonus! Wajib Tahu
Hindari Sukan Yang Akibatkan Gegaran
Selain makanan, gegaran pada otak yang kuat dan kerap juga boleh menjad punca anda hadapi penyakit lupa. Terutama gegaran kepala seperti tinju, gusti dan sebagainya. Pergaduhan yang melibatkan pukulan kepala juga merbahaya.
Gegaran di kepala yang kuat dan terlalu kerap akan menyebabkan kadar sejenis bahan kimia yang dipanggil ‘Dopamin’ menjadi berkurangan dalam sel-sel otak. Itulah penyebab daya ingatan dan otot-otot makin kurang bermaya.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI