penama KWSP

Mungkin ramai dah sedia maklum, yang KWSP menggalakkan setiap pencarum untuk membuat penamaan bagi memudahkan proses tuntutan wang KWSP jika pencarum meninggal dunia nanti.

Kalau tak buat penamaan, maka proses tuntutan akan menjadi lebih rumit dan memakan masa yang panjang kerana perlu mendapat surat kuasa daripada pihak berkuasa dahulu.

Tetapi malangnya, masih ramai yang belum membuat penamaan KWSP untuk akaun mereka dan belum faham tentang kepentingan penama KWSP.

Untuk menggali lebih jauh tantang penama KWSP, jemput baca perkongsian daripada Puan Farizal Radzali dulu.

Jangan Salah Faham Dengan Penama KWSP

Penama KWSP bukan penerima mutlak wang peninggalan si mati. Wang tersebut perlu diagihkan mengikut faraid. Jangan salah faham. Melainkan si mati ada membuat wasiat/hibah lain.

IKLAN

Penamaan KWSP bertujuan untuk memudahkan proses penyerahan wang KWSP setelah pencarum meninggal dunia. Namun demikian, penama perlu mengagihkan wang yang didapatinya sebagai penama kepada waris yang berkenaan mengikut hukum faraid.

Ramai yang salah faham. Ramai yang mengambil wang tersebut untuk kegunaan sendiri kerana pada pemahaman mereka, penamaan mereka adalah wasiat simati.

Mak ambil KWSP anak sebab anak letak namanya sebagai penama. Sampai lupa nak agihkan kepada isteri anak (menantu) atau cucu. Adik beradik ambil KWSP adik beradik lain sebagai penama tapi gunakan duit sepenuhnya untuk kepentingan sendiri tanpa peduli kesusahan anak isteri simati. Allah.

IKLAN

Atas sebab itu juga, seorang pencarum boleh meletakkan lebih dari satu penama mengikut peratusan yang diingini. Dan setiap penama perlu mengagihkannya mengikut hukum faraid selagi si mati tidak membuat apa-apa wasiat/hibah.

Risau Nak Letak Nama Suami Sebagai Penama

Lagi satu, ada segelintir para isteri risau untuk meletakkan suami sebagai penama, atas alasan nanti suami kahwin lain dan enjoy dengan duit KWSP peninggalan isteri. Sanggup letak nama anak yang masih baby atau bersekolah rendah sebab tak nak letak nama suami. Maka, duit tu nanti hanya akan boleh dikeluarkan/diguna setelah si anak cukup umur/18 tahun.

IKLAN

Bayangkan andai anak perlukan duit semasa dia di alam persekolahan, duit KWSP emak tak boleh diguna sebab belum cukup umur. Ayah nak ambil pun tak boleh sebab dia bukan penama.

Selain itu iMoney.my, laman yang menawarkan cara yang lebih mudah untuk membuat dan memilih pinjaman peribadi. Bandingkan tawaran pinjaman peribadi dengan cara terpantas di iMoney.my!

Ingat satu je, walau suami ambil duit KWSP kita, dia cuma pemegang amanah. Kita ada faraid, In Shaa Allah, segalanya akan ok. Kalau suami salah guna duit KWSP kita, itu urusan dia dengan Allah.

Pesanan saya, buatlah penamaan, untuk mudahkan masa depan orang-orang yang kita kasihi.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI