Kalau sebut waffle, anak-anak memang suka. Tambah-tambah kalau di sapu dengan jem atau coklat. Kalau beli kat kedai harganya pun boleh tahan juga.
Rupanya nak buat waffle tak adalah susah sangat pun. Paling penting kena ada bekas pembakarnya, barulah jadi.
Selain itu, bila mak-mak buat sendiri, bolehlah makan banyak dan suka hati nak letak perisa apa pada inti waffle itu.
Waffle ni kalau ranggup dan garing memang best, tambah-tambah kalau makan masa panas-panas. Ada sesetengahnya, bila dah sejuk terus lembik dan tak kurang sedap sikit.
Jadi, apa kata kita kongsi resipi waffle dari Nani Sulong yang ranggup dan gebu. Buat sendiri saja kat rumah. Senang dan jimat.
Puas hati boleh makan waffle panas panas. Semestinya inti coklat dan peanut butter. Inti coklat malas nak buat sendiri jadi beli coklat spread kat pasaraya. Terpulang nak jenama apa, peanut butter guna yang creamy.
Guna resipi ini, satu adunan dapat 8 keping.. Kalau dua ringgit setengah satu, dah dua puluh ringgit kan?
Respi Waffle Rangup Gebu
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
3 sudu kecil baking powder
2 1/2 cawan air sejuk
1 cawan minyak masak
6 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil esen vanilla
3 biji telur segar gred C (dari peti sejuk)
Cara Membuatnya:
1) Asingkan kuning telur dan putih telur.
Ads
2) Dalam bekas yang lain, campurkan semua bahan kecuali putih telur. Kacau rata. Nak guna mixer boleh. Tapi Kak Nani guna balloon whisk je..
3) Pukul putih telur yang diasingkan tadi sehingga “soft-peak meringue”. Nak guna mixer boleh, guna balloon whisk pun boleh.. Pastikan balloon whisk atau mata mixer tu bersih, tidak berminyak dan kering..
4) Kaup balikkan meringue tadi ke dalam adunan tepung. Kacau rata. Rehatkan sebentar dalam peti sejuk.
5) Panaskan waffle maker. Ambil 2 senduk adunan untuk setiap keping waffle. Ratakan dalam waffle maker. Tutup waffle maker perlahan lahan supaya adunan tak splash out dan meleleh keluar. Tekan penutup waffle maker supaya bahagian atas waffle masak dan garing sekata.
Ads
Bagaimana nak tahu waffle dah cukup masak dan garing?
Ada lampu atas penutup waffle maker tu kan?
Mula mula ia akan tunjukkan lampu oren, kemudian dua dua lampu oren dan hijau akan menyala serentak. Apabila lampu oren sahaja kembali menyala, siap. Memang akan keluar wap masa kita masak waffle
Dah masak keluarkan menggunakan penyepit. Letak atas pinggan. Sapukan inti yang digemari, creamy peanut butter dan nutella. Lipat dua dan potong di tengah. Dah boleh makan.
Nak maintain crispy, boleh letak atas redai atau jaring sebab kalau letak atas pinggan, wap yang terperangkap di bawah akan melemaukan permukaan bawah waffle.
Ads
Tapi takdelah lama sangat crispy tu unless memang bakar lama dalam waffle maker atau buat adunan nipis (1 senduk sahaja). Adunan nipis ni akan dapat texture garing macam biskut.
Selamat Mencuba.
Mingguan Wanita : Boleh buat minum petang untuk anak-anak. Sedap dan jimat lagi.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Menyelerakan sungguh Kuetiau Daging Halia ini, dimakan pula dengan cili jeruk, memang luarbiasa sedapnya. Bagi mak-mak penggemar kuetiau jika selalu kita goreng sahaja, boleh cuba resipi masakan cina yang cukup popular ini. Nak buat pun mudah dan paling penting sesuai dinikmati oleh seisi keluarga. Anak-anak kecil pun boleh makan sebab tak pedas.
Boleh cuba resipi Kuetiaw Beef Ginger atau Kuetiau Daging Halia seperti yang dikongsikan oleh Nasriah Ramli ini. Memang mudah dan cukup menyelerakan.
Bahan-Bahan:
Daging (Direbus empuk, simpan air rebusan daging)
4 ulas bawang putih (dimayang halus)
Halia dipotong nipis
2 biji telur
Daun Bawang
3 sudu makan tepung jagung dibancuh dengan air
1 kiub bilis
3 sudu makan sos tiram
1 cawan air
Kuetiau
Minyak Bijan
Kicap Manis
Cara Membuat:
1.Daging yang telah direbus, dipotong nipis.Kemudian, goreng kejap dalam 10 minit. Letak sikit garam dan angkat.
2. Gaul kuetiau dengan minyak bijan dan kicap lemak manis. Kemudian digoreng sekejap atas api besar dan tutup api. Ketepikan.
3. Sementara itu, panaskan minyak, tumis halia dan bawang putih sampai wangi.
4.Kemudian masukkan air rebusan daging, kiub ayam dan sos tiram.Tambah secawan air dan biarkan mendidih.
5.Selepas itu, masukkan daging tadi dan garam secukup rasa serta sedikit gula.
6.Kacau telur, kemudian tuang ke dalam kuah sikit demi sedikit sambil dikacau-kacau.
7.Masukkan pula larutan tepung jagung biarkan mendidih.Tutup api dan tabur daun bawang.
Nak buat kuah laksa pun ada rahsianya, dan mungkin cara setiap orang masak tak sama. Kali ini nak kongsi resepi masakan kuah laksa utara daripada Puan Syafiqah Mohdradzi…
Hari-hari cuti ni kan kalau boleh layan laksa utara piawww baqhang. Melelehhh oiii. Makan pulak berulang-ulang selang sejam makan selang sejam makan. Perghhhh!! Memang tak makan apa dah. Dok berulang laksa ja selagi tak habis kan.
Makan kat kedai tak puaih makan la. Kadang ikut nasib pulak tu. Dapat yang sedap takpa. Dapat yang ceroii macam ayaq hujan di tasik rindu tu menangis.
Ni fiqah share resepi sempoi punya untuk peminat tegar laksa. Mudah ja nak buat laksa ni. Tak payah dok buat payah noh.
Cara-cara semudah petik jari
1) 15 ekor ikan temenung (size queen) direbus.
2) Perisi isi ikan yang siap direbus.
3) 12 tangkai cabai kering digunting untuk buang biji dan direndam air panas
4) 3 biji bawang besar ( size king ), kalau size queen dalam 5 biji.
5) Blender cabai kering & bawang besar beserta belacan sebesar ibu jari kaki orang dewasa
6) Panaskan periuk dan masuk bahan blender. Masak seketika biaq menggelegak.
7) Blender isi ikan dan masukkan dalam periuk.
8) Tambah air dalam 2 liter.
9) Masak ja naik biaq menggelegak galak dan masukkan bunga kantan, daun kesom, pucuk samak, asam keping.
10) Reneh ja api sederhana biaq semua bahan2 tadi bermesra dalam periuk.
11) Perasakan dan siap.
12) Sambil-sambil kuah nak siap tu rebuih laksa siap2. Takla meleleh ayaq lioq satg dok tunggu laksa masak.
TIP:
Nak kuah laksa yang lagi piawww kuah buat malam dan dibiar semalaman. Awai pagi tu bila semua bahan dah mesra laksa akan lebih piaww.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Resipi ayam sambal Bali sangat sesuai dimakan bersama nasi panas. Tak perlu lauk lain, hanya dengan satu lauk ini boleh buat kita makan bertambah-tambah. Rasa bumbunya yang harum amat memikat selera.
Kalau mak-mak nak cuba buat, boleh ikut resipi ini. Sukatan satu ekor ayam, ikut setiap satu langkahnya, pasti menjadi. Jom lihat cara penyediaannya.
RESIPI AYAM SAMBAL BALI
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam
6 batang serai – dititik
8 tangkai daun kari – dilerai
Segenggam cili kering (*)
5 biji bawang besar (*)
5 ulas bawang putih (*)
Sedikit belacan (*)
Kicap masin
1 senduk gula
1 sudu teh garam
(Bahan bertanda (*) perlu dikisar halus)
Ikut Resipi Ini Gerenti Menjadi
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan ayam dan potong kecil. Basuh, tos kemudian masukkan serbuk kunyit serta garam dengan secukupnya. Gaul rata.
2. Panaskan minyak masak anggaran dua senduk. Goreng ayam yang diperap tadi.
3. Goreng ayam hingga kecut dan separuh garing. Jangan sampai terlalu garing. Angkat dan toskan.
4. Dengan menggunakan baki minyak gorengan tadi, goreng serai yang dititik sampai separa coklat.
5. Masukkan daun kari. Goreng seminit.
6. Seterusnya tumis bahan-bahan kisar tadi hingga wangi.
7. Tambahkan garam satu sudu.
8. Masukkan juga 1 senduk gula (jangan risau manis sebab nanti akan seimbangkan rasa dengan kicap).
9. Bila cili semua sudah cukup garing, masukkan kicap dalam 8 kali renjis atau sampai dapat warna maroon/merah gelap macam dalam gambar.
10. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
11. Balik-balikkan ayam bersama kuah selama 10 minit.
12. Ayam sambal Bali siap untuk dihidang. Selamat mencuba!
Model Rusia buat laporan polis selepas jadi mangsa komen lucah, dimalukan ketika makan berseorangan di restoran. Seorang wanita warga Rusia tampil membuat laporan polis...