Kalau sebut waffle, anak-anak memang suka. Tambah-tambah kalau di sapu dengan jem atau coklat. Kalau beli kat kedai harganya pun boleh tahan juga.
Rupanya nak buat waffle tak adalah susah sangat pun. Paling penting kena ada bekas pembakarnya, barulah jadi.
Selain itu, bila mak-mak buat sendiri, bolehlah makan banyak dan suka hati nak letak perisa apa pada inti waffle itu.
Waffle ni kalau ranggup dan garing memang best, tambah-tambah kalau makan masa panas-panas. Ada sesetengahnya, bila dah sejuk terus lembik dan tak kurang sedap sikit.
Jadi, apa kata kita kongsi resipi waffle dari Nani Sulong yang ranggup dan gebu. Buat sendiri saja kat rumah. Senang dan jimat.
Puas hati boleh makan waffle panas panas. Semestinya inti coklat dan peanut butter. Inti coklat malas nak buat sendiri jadi beli coklat spread kat pasaraya. Terpulang nak jenama apa, peanut butter guna yang creamy.
Guna resipi ini, satu adunan dapat 8 keping.. Kalau dua ringgit setengah satu, dah dua puluh ringgit kan?
Respi Waffle Rangup Gebu
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
3 sudu kecil baking powder
2 1/2 cawan air sejuk
1 cawan minyak masak
6 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil esen vanilla
3 biji telur segar gred C (dari peti sejuk)
Cara Membuatnya:
1) Asingkan kuning telur dan putih telur.
Ads
2) Dalam bekas yang lain, campurkan semua bahan kecuali putih telur. Kacau rata. Nak guna mixer boleh. Tapi Kak Nani guna balloon whisk je..
3) Pukul putih telur yang diasingkan tadi sehingga “soft-peak meringue”. Nak guna mixer boleh, guna balloon whisk pun boleh.. Pastikan balloon whisk atau mata mixer tu bersih, tidak berminyak dan kering..
4) Kaup balikkan meringue tadi ke dalam adunan tepung. Kacau rata. Rehatkan sebentar dalam peti sejuk.
5) Panaskan waffle maker. Ambil 2 senduk adunan untuk setiap keping waffle. Ratakan dalam waffle maker. Tutup waffle maker perlahan lahan supaya adunan tak splash out dan meleleh keluar. Tekan penutup waffle maker supaya bahagian atas waffle masak dan garing sekata.
Ads
Bagaimana nak tahu waffle dah cukup masak dan garing?
Ada lampu atas penutup waffle maker tu kan?
Mula mula ia akan tunjukkan lampu oren, kemudian dua dua lampu oren dan hijau akan menyala serentak. Apabila lampu oren sahaja kembali menyala, siap. Memang akan keluar wap masa kita masak waffle
Dah masak keluarkan menggunakan penyepit. Letak atas pinggan. Sapukan inti yang digemari, creamy peanut butter dan nutella. Lipat dua dan potong di tengah. Dah boleh makan.
Nak maintain crispy, boleh letak atas redai atau jaring sebab kalau letak atas pinggan, wap yang terperangkap di bawah akan melemaukan permukaan bawah waffle.
Ads
Tapi takdelah lama sangat crispy tu unless memang bakar lama dalam waffle maker atau buat adunan nipis (1 senduk sahaja). Adunan nipis ni akan dapat texture garing macam biskut.
Selamat Mencuba.
Mingguan Wanita : Boleh buat minum petang untuk anak-anak. Sedap dan jimat lagi.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Resipi biskut cocolate chrunchys almond, ala-ala famous de amos, bukan saja jadi kesukaan anak-anak tapi juga buat mak-mak. Maklumlah, biskut yang penuh dengan kacang dan rasa coklat.
Rupanya, nak buat resipi biskut cocolate crunchys almond ini tak adalah susah pun, cuma mak-mak kena ada rasa ‘rajin’ untuk membuatnya. Bahan yang digunakan pun senang didapati.
Kali ini Azlina Ina Fans berkongsi resipi biskut cococlate chunchys almond yang ranggup dan mewah rasanya.
Resipi Biskut Cocolate Crunchys Almond, Rasa Sedap & Mewah
Bila gigit rasanya sangat mewah, bila kunyah pun tak nak berhenti. Kalau nak beli, harganya pun boleh tahan sebab bahan yang digunakan premium dan mahal. Jadi, lebih baik buat sendiri, step by step pun mudah.
Bahan-bahan:
Badam nipis di bakar dalam suhu 180’ selsius selama 20 minit.
500gm butter lurpark (kalau salted tak perlu tambah garam, kalau guna unsalt tambah garam sikit)
2 ketul butter (500g)
2 cawan gula perang
2 penutup @ 2 sudu emolco coklat
2 biji telur
1 sudu besar emplek
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 cawan susu tepung
1 cawan minyak masak
6 sudu besar serbuk koko
3 cawan tepung jagung
Ini satu lagi teknik best masak bubur untuk bayi anda. Guna beras yang dah dibekukan dalam freezer. Tip yang dikongsikan Puan Aza Razif ini akan menjimatkan masa memasak bubur anak.
“Actually tip bekukan beras ini sangat sesuai untuk ibu-ibu bekerja yang kesuntukan masa. Housewife yang nak jimat masa pun boleh juga guna tips ini.”
Tujuan beras perlu dibekukan adalah untuk beri beras itu cepat kembang. Dan mak-mak tak perlu tunggu lama waktu memasak bubur.
Mungkin ada sesetengah ibu yang dah tahu tip ini. Bagi yang belum tahu dan pertama kali dengar, bolehlah rujuk cara membuatnya pada setiap gambar.
Cara Masak Bubur Beras Beku
Basuh beras bersih-bersih dan masukkan dalam bekas kecil.
Isi air melepasi paras beras.
Beras yang dah siap isi air, terus masukkan dalam freezer untuk dibekukan.
Beras yang dah beku sedia untuk dimasak.
Lalukan bekas beras beku dekat air.
Beras beku selepas dikeluarkan dari bekas.
Terus masukkan dalam periuk tanpa perlu defrost beras tu.
Tambah air lagi ikut sukatan yang diperlukan.
Selepas 5 minit beras dah kembang! Dalam 7 ke 10 minit macam itu, siaplah bubur nasi tu. Tekstur dia pun cantik dan halus je.
Sumber/Foto : Aza Razifvia Geng Memasak Untuk Anak (GMUA)
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tak sangka biji getah atau asam rong juga boleh dibuat makanan yang sedap. Menurut perkongsian Puan Lily Suryani Mohd Ali, bagi yang tinggal di sekitar Jerantut dan Raub, Pahang, gulai asam rong sangat popular di sana dan ia merupakan makanan orang dulu-dulu.
Berikut perkongsian resipi mudah sambal asam rong yang wanita ini sudi kongsikan;
“Gulai asam rong terkenal sangat di dearah Jerantut dan Raub. Tapi kali ni saya cuba pula masak sambal asam rong. Makanan orang dulu-dulu.Resepi ni arwah mak mertua yang ajarkan.Sesekali kita kena cuba jugak rasa makanan orang dulu-dulu”
“Mungkin ada yang tak pernah makan kan. Saya pun pelik juga, apahal makan biji getah ni”.
Bahan-Bahan:
Biji getah (kutip yg baru gugur je)
Lada
Garam
Cara Membuat:
1.Ketuk biji getah dan buang kulit keras dia.
2.Tumbuk lada dan garam kasi hancur.
3.Masukkan isi biji getah, tumbuk sampai hancur.
4. Hasilnya yang telah ditumbuk hancur.
5.Kaup isi yang ditumbuk tadi, sapu pada kuali sedikit minyak dan ratakan pada kuali bagi nipis macam lempeng.
6.Masak atas dapur dengan api yang kecil (macam api masak nasi) tunggu ianya kekuningan dan garing. Kemudian bolehlah di angkat, makan bersama nasi atau diratah begitu saja.
Selamat Mencuba.
MW: Resipi orang dulu-dulu, memang unik. Tak sangka biji getah juga boleh dimakan dan menjadi makanan yang sedap.Mak-mak yang yang ada kebun getah di kampung tu, boleh cuba resipi yang dikongsikan ini.
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.