
Udang kering sering dijadikan rencah dalam sesuatu menu masakan. Kebanyakan mak-mak hanya membeli udang kering ke kedai, padahal membuat sendiri udang kering bukanlah sesusah mana. Mudah sahaja. Paling penting kebersihannya terjamin, murah dan senang cara penyediaannya.
Ikuti perkongsian, Siti Salehah bagaimana caranya menghasilkan udang kering sendiri di rumah:
Nak beli udang kering kadang mahal sangat… Beli udang sayur ini RM 15 saja sekilo.. Buat udang kering, berbulan tak habis makan.. Di sini, saya share cara-cara buat udang kering sendiri.
Bahan-bahan:
Udang sayur
Garam kasar (ikut tahap masin- saya guna 3 hingga 4 genggam
Cara-cara:
1. Basuh udang dan toskan.
2. Masukkan udang dalam kuali dan garam kasar.
3. Masak sampai kering air udang itu.
4. Selepas itu, boleh letak dalam penapis jemur sampai kering..
p/s : Kalau tak mahu kulit udang tak menjadi masalah, nanti setelah kering… Masukkan dalam bekas kedap udara. Goncang-gonjang saja, nanti kulit udang tertanggal sendiri. Buangkan kulit dan ambil isinya sahaja untuk simpan. Paling penting, terjamin kebersihan buat sendiri.

Sumber:Siti Salehah
MW: Lepas ini bolehlah mak-mak mencuba buat udang sendiri, lebih jimat dan bersih.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Selesakan Kediaman Kita. Biarpun Kecil Tapi Ada Ruang Privasi Sendiri

Isi Kandungan
ToggleSetiap pasangan yang mendirikan rumah tangga, mesti inginkan kediaman sendiri. Tinggal dengan keluarga idak sama apabila tinggal bersama pasangan tanpa gangguan orang lain. Kediaman inilah memberikan kebebasan untuk pasangan lakukan tanpa sebarang privasi.
Namun, tidak mustahil ada juga keluarga yang mahukan suami isteri berkahwin untuk tinggal bersama keluarga. Katanyam, baru berkahwin dan masih belum cukup duit untuk membeli sebuah rumah.
Sebenarnya, kecil atau besar, mewah atau biasa tidak menjadi persoalan. Paling penting, suami isteri yang tinggal di rumah itu selesa dan di situlah kebahagiaan bermula. Perkongsian Azizul Azli Ahmad turut menyarankan perkara ini. Malah, mencadangkan sekali penggunaan warna hijau dalam kcdiaman bagi mencetuskan rasa bahagia dan tenteram.
Baca Artikel Lain: Angan-Angan Hias Kediaman Indah, Boleh Saja Asal Ikut Bajet
Tip Ini Berguna Untuk Mereka Yang Saiz Bilik Tidur Terhad
Info Menarik DI SINI
Berazamlah
Kita akan lama berada dalam rumah nampaknya. Mulai sekarang berazamlah untuk selesakan ruang kediaman kita.
1. Cantikkan dan selesakan kediaman bukan bermakna perlu buat renovasi sampai berpuluh ribu baru jadi.
2. Ubah kedudukan perabot, cat, bersihkan atau polish baru sudah beri nilai baru.
3. Runding dengan keluarga, bagaimana nak wujudkan ruang belajar buat anak anak.
4. Bincang dengan isteri, bagaimana nak selesakan ruang memasaknya nanti.
5. Sediakan ruang kerja yang selesa dan formal bagi yang bekerja dari rumah.
6. Jika dah bosan dengan warna kediaman yang ada, boleh cuba warna baru pula yang selesa.
7. Dengan hanya satu tong cat yang harga bawah RM32 sudah boleh ubah suasana dan beri rasa bahagia.
8. Masukkan tumbuhan hijau segar seperti lidah mertua, duit duit dan tumbuhan hijau agar udara dalam rumah selesa.
9. Kurangkan penggunaan bahan yang boleh hasilkan kimia yang mencemarkan udara dalam rumah.
10. Sentiasa buka tingkap awal pagi dan beri udara dan cahaya masuk kedalam rumah setiap hari.
11. Pastikan hadapan kediaman kita ada cahaya boleh masuk dan tidak terlalu tertutup dengan pokok bunga.
Kawan kawan mulia,
Kita mungkin akan lama atau selamanya banyak masa dirumah.
Carilah sebuah rumah yang selesa buat keluarga.
Sediakan ruang bagi setiap orang, biarpun kecil setidaknya mereka ada ruang privasi sendiri. Adakalanya mereka perlukan waktu bersendiri.
Jaga aurat ahli keluarga rumah kita juga. Usahakan pisahkan antara anak lelaki dan perempuan.
Duduk berbincang apa yang boleh tambah nilai bagi mereka rasa selesa dan bahagia.

Boleh gunakan warna hijau kerana ia menenangkan keluarg kita dan membuatkan kita lama untuk duduk di dalamnya. Nisbah warna hijau dan putih harus seimbang dan baik baru jadi.
MW: Betul tu, walaupun rumah kecil, cukuplah untuk kita, pasangan dan anak-anak. Itu dah cukup membahagiakan.
Sumber: Azizul Azli Ahmad
Pensyarah Fakulti Senibina Perancangan Dan Ukur
Sumber Foto: Malaysia Homie
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Microwave Berasap, Meletup Keluar ‘Spark’, Tukar “MICA SHEET” Modal Tak Sampai RM10!

Pernah tak terjadi, microwave oven yang kita guna jadi berasap, meletup dan keluarkan percikan api. Memang risau nak guna, mulalah rasa microwave rosak, kena beli yang baru ataupun nak kena hantar repair.
Sebenarnya sebelum plan nak tukar baru atau hantar repair, boleh check dulu keadaan “Mica Sheet” yang ada dalam Microwave tu. Sama ada masih elok atau rosak. Boleh tukar sendiri je, modal pun tak sampai RM10.
Baca perkongsian daripada Amirul Shafik Yusri ini.
Kali ni saya bukan nak share pasal masak tapi nak share tips pasal repair MICROWAVE OVEN.
Pernah tak jadi oven anda berasap dan meletup serta keluarkan “spark” ? Cuba tengok dulu dalam oven anda keadaan semasa “MICA SHEET” ni.
Elok lagi ke atau dah rosak ?
Kalau rosak , cuba tukar ni je dulu. Modal tak sampai RM10 pun. Isteri-isteri boleh minta tolong suami cekkan.
Buat sendiri pun boleh.Mudah sangat. Cuma cabut keluar dan pasang yang baru.Siap. Boleh guna semula.
Tak payah susah-susah keluar modal nak beli oven baru.
Jimat.
Mana nak beli? Shopee @ Lazada ada.

Baca Lagi Di Sini:
Pintu Almari ROSAK Rasa Nak Buang, BAIKI D.I.Y Modal Kurang RM2.00!
Cara Mudah Bersihkan & Wangikan Microwave Hanya Guna 2 Bahan!
Sebelum Nak Beli Oven, PENTING Ambil Tahu Jenis & Fungsinya Dulu!
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang rasa oven tu “rosak”, jangan terus nak beli baru atau repair hantar ke kedai. Cuba tengok dulu keadaan “Mica Sheet” nya elok lagi atau dah rosak. Tukar, pasang baru kos tak sampai RM10 pun. Selamat Mencuba!
Sumber: Amirul Shafik Yusri
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wanita Ini Kongsi CARA Dapatkan Semula Duit Hilang Dalam Akaun Maybank

Isi Kandungan
ToggleMemang risau dan buntu apabila duit dalam akaun kita hilang disebabkan permindahan transaksi yang tidak diketahui. Lebih-lebih jika transaksi tersebut ke luar negara. Sebenarnya tak perlu bimbang, ada caranya untuk dapatkan semula duit kita yang hilang ikut langkah yang dikongsikan ini.
Lagi Menarik: Rupanya Dah Boleh Semak Wang Tidak Dituntut Secara Online, Lagi Mudah
Puan Eqienura Mokhtar ada kongsikan pengalaman untuk dapatkan semula duit yang hilang dalam akaun. Ini paduannya;
Ingat tak pasal duit hilang dalam akaun Maybank sebab ada transaction to overseas mercants last week? Alhamdulillah dah dapat balik dah duit saya.
Apa yang perlu buat bila situasi begini terjadi:
1. Hubungi Nombor Belakang Kad Bank
Terus call nombor tertera belakang kad bank, report ada unknown transaction to overseas merchant guna our debit card. Customer service akan cakap mereka akan siasat dan block kad. Tapi tak ada suruh kita buat anything pun which supposedly dia kena suruh kita isi ‘Dispute Form’ and email to them ni kalau pergi Maybank diorang akan suruh isi dan buat aduan kat kaunter.
2. ‘Screenshot’ Semua Transaksi
‘Screenshot’ semua transaksi untuk debit kad. Highlight unknown transaction tersebut.
3. Download ‘Dispute Form’, Print
Download ‘Dispute Form’. Yang ni I just google dispute form Maybank. I download dalam ipad dan terus isi. Kalau boleh print, then print la and isi manual. Yang ni lepas google cara nak dapat balik duit hilang tu baru tau kena isi submit Dispute Form bagai. customer service tak mention pun masa kita call tu ye.
4. Email Dispute Form
Email Dispute Form beserta screenshot transaction to Maybank (disputemgmt@maybank.com.my; cfrm@maybank.com.my) & cc to Bank Negara Malaysia (bnmtelelink@bnm.gov.my).
5. Buat Kad Baru
Pergi cawangan Maybank berdekatan and buat kad baru. aktifkan kad baru (ATM / Online).
Baca Lagi Di Sini:Begini Caranya TUKAR & AKTIFKAN Kad Debit Maybank Secara Online!
6. Duit Masuk
Tunggu duit masuk dalam akaun. Settle.
5hb tengok dah dapat balik duit yang hilang dalam akaun tu. seminggu je dah dapat balik. Alhamdulillah.
Baru tahu yang transaksi kad debit/kredit to merchant in US memang tak ada Tac or Msos code or any notification.Patutlah tak sedar duit hilang. Selalu la check transaction account bank okay.
Duit simpanan kita dilindungi PIDM jadi kalau hilang walau sesen pun silalah dispute dengan pihak bank. Bukan senang nak cari duit zaman sekarang ni, satu sen pun berharga.
Semoga bermanfaat.
Mesti Baca: Wanita Ini Kongsi Cara Claim Wang Tak Dituntut Dari Akaun Bank Lama, Untung-untung Dapat RM14K!

Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi jika terdapat sebarang keraguan atau perpindahan transaksi ke luar negara tanpa pengetahuan kita, boleh tuntu kembali wang yang hilang ikut cara yang dikongsikan ini.
Sumber:Eqienura Mokhtar
Kena ambil tahu juga nafkah selepas bercerai yang boleh dituntut.
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita
Betul ke isteri yang keluar bekerja sebab bimbang bebankan suami?
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI