Buat Sendiri Stok PATI KURMA,Campur Susu Boleh Terus Minum Untuk Sahur!

Share

Minuman susu kurma sangat berkhasiat untuk dinikmati ketika waktu sahur sewaktu bulan puasa. Nutrisinya yang lengkap, sudah cukup untuk kita kenyang sehingga masuk waktu berbuka. Memang susu kurma ni ada dijual di pasaran, namun lebih jimat bila kita buat sendiri pati kurma di rumah. Malah lebih terjamin kebersihannya, dan boleh dikawal kadar kemanisan yang kita mahukan.

Nak buat cukup mudah, boleh ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Nadiah Latfi ini.

“Stok pati kurma untuk sahur. Campur dengan susu dan ready untuk minum. Minum ni je pon dah cukup untuk bertahan sampai berbuka. Dalam masa sama boleh kurus. Selamat berpuasa semua.”

Bahan Diperlukan:

Kurma

Cara Membuat:

1. Buang biji dan basuh kurma.

2. Stim dalam 20 minit.

3. Blend sampai hancur.

4. Simpan dalam bekas dan boleh letak dalam fridge.

5. Campurkan 2 sudu pati kurma dan susu (any susu yang sedap di tekak masing-masing). Ready untuk minum. Boleh jugak campur madu, badam, kismis etc.

Siap! Selamat Mencuba.

Baca Lagi Di Sini:

Sunnah Nabi Buang Biji Kurma, Letak Di Belakang Dua Jari
5 Khasiat Tembikai Untuk Kesihatan, Ada Sebab Nabi Sarankan Makan Dengan Buah Kurma!

MW: Jadi buat mak-mak yang nak buat susu kurma sendiri di rumah untuk menu sahur yang ringkas tapi mengenyangkan boleh cuba cara yang dikongsikan ini.

Sumber: Nadiah Latfi

IKLAN