Boleh dikatakan mainan anak macam-macam kat rumah. Dari dia kecil sampailah besar, boleh kira berapa banyak mainan yang dia ada. Itu kalau anak seorang. Bayangkan kalau anak berderet-deret. Dah tentu mainan pun banyaklah.
Hinggakan terlalu banyak mainan, mak-mak tak tahu nak simpan kat mana. Aling tidak, buang atau bagi sahaja pada orang lain. Maklum sahaja terlalu banyak. Penuh bilik.
Satu lagi masalah, bila terlalu banyak tak tahu macam mana nak simpan mainan itu. Tersalah simpan, menangis si kecil sebab tak jumpa cari mainan kesayangan. Nak beli tempat atau bekas mainan memang lah agak mahal juga harganya.
Jadi, kalau nak jimat belanja, kena usahalah sedikit dengan cara buat sendiri rak bakul mainan anak. Cantik dan jimat. Nak cari dan susun barang mainan pun senang.
Ads
Ikuti perkongsian daripada Nurul Ain Anises yang berusaha menyiapkan sendiri rak mainan anaknya. Dengan hanya bermodalkan RM29.90 sahaja.
“Akhirnya siap. Kos untuk buat rak mainan ini Cuma RM29.90 sahaja. Saya tengok kat online, harganya pun paling murah RM99. Jadi, saya beli sahaja bakul itu di kedai eco dan kayu pula beli di kedai hardware. Kayu tu, nak cat atau spray pun boleh. Baru nampak cantik dan kemas.
9 baskets RM18.90
3 batang kayu RM11
Ads
“Hanya perlukan tenaga dan kreativiti sahaja…Anak pun suka.. Lepas ni dah boleh ajar anak siman sendiri mainan leoas main dan wajib letak di tempat asal.. Mainan anak pun taklah berselerak lagi.. betul tak?
Pilih bakul yang warna warni.
Ads
.
MW: Kreatif betul, tiru sebiji macam kat online, baru puas hati. Jimat belanja.
Sumber : Nurul Ain Anises
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Pakai face mask disarankan bagi individu yang bergejala, namun penggunaaan face mask juga sangat digalakkan sebagai langkah berjaga-jaga dan pencegahan. Tak lama lagi anak-anak akan kembali ke sekolah, dalam keadaan norma baru sangatlah digalakkan anak-anak ini memakai face mask atau topeng muka, selain menjaga penjarakan sosial serta kebersihan diri.
Jika mak-mak buat sendiri face mask untuk anak-anak banyak pilihan corak menarik, lebih mudah dan menjimatkan berbanding dibeli. Sebab boleh pilih corak kain yang digemari, boleh dicuci berulang kali dan bukan jenis pakai buang.
Boleh ikut DIY Tutorial Lengkap Jahit Face Mask Saiz Anak yang dikongsikan oleh Tukang Jahit, Puan Ariyati Jaafar ini sebagai panduan;
“Disebabkan ada yang bertanya untuk cara mama yatt jahit Face Mask ni. Mama bagilah cara mama jahit taw.Cara jahit ada di caption gambar tau.Boleh lah sesiapa nak follow atau share pun boleh je. Semoga ilmu tak seberapa ni bermanfaat untuk semua”.
7.Temukan bahagian cantik-cantik dan jahit dibahagian atas & bawah sahaja.
8. Jahit bahagian atas & bawah sahaja ye.
9.Contoh yang sudah dijahit bahagian atas & bawah dan diterbalikkan.
10.Potong getah kecik 4.5 inch × 2
11.Lipat ke dalam bahagian tepi dan masukkan getah tadi ditepinya. Pastu jahit tindih je kat situ.
12.Masukkan hujung getah satu lagi ke bahagian bawah pula, dan teruskan jahit.
13.Terus jahit tindih bahagian atas.
14.Hujung sebelah lagi dilipat ke dalam.
15.Buat step sama macam pasang getah di bahagian sebelah tadi.
16.Jahit tindih terus bahagian bawah.
17.Yeahhhh!! Siap dah.. tarrraaaa.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Buat mak-mak yang pandai menjahit tu, nak buat sendiri topeng muka (mask) untuk anak-anak boleh ikut cara-cara yang dikongsikan ini. Mudah, senang nak buat, jimat dan cantik.
Gara-gara nak kurus sangat, Rosma AF pernah diet sampai pengsan gara-gara tersalah ikut diet. Apatah lagi dia pernah dikecam dan diperlekehkan berbadan tembam dan berisi sejak belum berkahwin lagi.
Jika mahu diselak kembali, berbakul-bakul cacian diterima penyanyi dan ahli perniagaan, Rosma sejak awal menceburi dunia seni kira-kira 17 tahun lalu.
Kalau zaman media sosial ketika itu sudah sehangat dan serancak kebelakangan ini dek penangan wira papan kekunci, barangkali hal memperlekehkan bentuk fizikal seseorang atau body shaming dilalui Rosma akan jauh lebih teruk dan boleh buat dirinya jatuh terduduk.
Namun bagi pemilik nama penuh, Rosmayati Sidik yang kini turut memiliki perniagaan KR Successful Sdn Bhd bersama suaminya, Khai sejak tahun 2014 itu semua itu tidak membuatkannya jadi lemah semangat.
Bagi penyanyi gilapan pertandingan realiti Akademi Fantasia pertama itu, tiada pilihan selain untuk jadi kebal.
“Dek fizikal badan saya tembam pun jadi modal kecaman. Ada saja yang tak kena di mata yang membenci. Pernah ketika terbabit promosi sebuah laman sembang pun, ‘kaw kaw’ fizikal diri saya diperkotak-katik.
“Ada komen cakap usia muda tapi badan macam tahap makcik-makcik yang ada ramai anak. Gelaran bulat dan debab pun ada dikenakan untuk saya.
“Malah jauh lebih teruk, mempersoalkan saya bercinta dengan Khai (sebelum menjadi suami). Siap cakap badan gemuk, ada hati nak bercinta dengan Khai yang digilai ramai ketika itu. Pendek kata saya ini tak layak berdampingan dengannya,” kata Rosma.
Jelas Rosma yang kini berbadan ramping sekalipun berstatus ibu kepada tiga orang cahaya mata dengan mengamalkan produk minuman detoks, semua nista itu tidak langsung menjadi kudis buat dirinya.
“Ada ketika, saya juga manusia biasa yang berperasaan. Sesekali menangis dan memendam rasa kerana dikecam dek fizikal diri. Dalam hati pernah terlintas, macam besar sangat ke badan ini? Buruk sangat ke diri saya.
“Tapi kata kata menjatuhkan itulah yang membakar semangat diri. Rosma yang dulu, bukan yang sekarang.
“Sekalipun rezeki saya tidak lagi sepenuhnya dengan menyanyi tetapi sebaliknya berniaga, saya bangga usaha kecil itu membuahkan hasil besar yang boleh dibanggakan,” katanya.
Bagi Rosma memiliki badan ramping dengan berat kini 47 kilogram bukan kerana ingin menunjukkan apa apa kepada mereka yang pernah mencela fizikalnya.
Sebaliknya dilakukan demi kepuasan diri dan paling utama untuk kesihatan.
“Dulu ketika usia remaja, saya bukan jenis yang peduli sangat bab nak cantik atau melawa ini. Masa itu cakap apa sajalah, saya tak kisah. Dah biasa dengan gaya comot.
“Namun sejak menyertai AF1, nak tak nak memang kena jaga ketrampilan. Ikutkan sejak pertandingan itu berat saya naik mendadak hingga mencecah ke 70 kilogram.
“Asalnya dari zaman belum berkahwin, berat badan saya sekitar 48 ke 49 kilogram pun. Masa jadi artis, saya tak keruan kerana susah pengurusan nak dapatkan tajaan baju,” katanya.
Saat berat badan naik mendadak, Rosma pula tersilap percaturan mengikut diet yang salah dan keterlaluan hingga memakan diri
“Saya tak ada ilmu diet, tapi jenis hentam. Asal dapat turunkan berat badan. Konsep berlagak pandai walhal tak tahu apa-apa. Natijahnya pernah sekali saya cemas kala jatuh pengsan gara gara diet tak betul hingga dimasukkan di sebuah hospital.
“Dipendekkan cerita, saya bangkit berdiet dan bersenam dengan betul. Ketika itulah Khai pernah mencetuskan idea untuk saya keluarkan produk pelangsingan sendiri.
“Saya keluarkan produk pelangsingan sendiri selepas melahirkan anak kedua. Malah turut menjadi testimoni kepada produk sendiri. Mampu berbadan langsing sekalipun sudah ada tiga anak bukan halangan.
“Semuanya tak mustahil. Zaman belum kahwin saya bergelut dengan isu berat badan. Sedangkan situasi semasa mungkin sebaliknya iaitu berat naik mendadak selepas berkahwin dan ada anak,” katanya.
Ketika ini, Rosma tidak kisah jika ada yang melabelkan dirinya artis sendu atau apa sekalipun.
“Saya bersyukur diberi kesempatan sementara menumpang glamor dunia artis saat menyertai AF1. Cita-cita saya dulu memang salah satu nak jadi artis. Ia jadi kenyataan. Tuhan beri saya rasai nikmat menjadi artis yang diberi perhatian seketika. Itu sudah memadai.
“Sekarang kalau ada yang label saya sendu atau sudah tak popular tak mengapa. Nak kata zaman saya sudah berlalu pun tak kisahlah. Begitulah putaran hidup. Saya akur.
“Benar walaupun ada yang anggap saya memiliki suara bagus dan kini sudah berbadan kurus pun bukan jaminan tuah itu akan ada. Kalau sudah tertulis begitu, tiada apa lagi daya kita.
“Ketika pintu dunia seni dilihat tak menyebelahi diri, Allah buka pintu rezeki lain melalui perniagaan. Dunia niaga yang jauh sekali menjadi minat diri selama ini kini mula sebati. Dulu hanya mak saya yang suka berniaga. Kini ia turun kepada saya pula. Dunia nyanyian jatuh tangga kedua. Nombor satu di hati pastinya perniagaan yang saya majukan bersama suami,” katanya.
Sekalipun sudah meletakkan perniagan sebagai keutamaan, Rosma tidak sesekali melupakan nyanyian.
“Minat menyanyi itu takkan berkubur. Ikutkan selama ini ada jemputan menyanyi secara tertutup. Malah saya terus diberi kesempatan menyanyi sebagai artis residen di hotel sepanjang bulan Ramadan.
“Cuma ketika diuji pandemik Covid 19, rezeki menyanyi itu tak banyak. Tapi saya meneruskan survival memajukan perniagaan,” katanya.
Rosma dan Khai berkahwin sejak 26 April 2008.
Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Muhammad Amzar Danish, 11, Nur Amani Damia, 6, dan Nur Alya Dhania, setahun 3 bulan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tanaman bayam brazil anda diserang ulat beluncas, guna saja petua bawang putih ini. Bukan sahaja ulat, siput pun tak berani dekat. Memang kecewa bila hasil tanaman kita yang kita bela siang dan malam dimakan ulat beluncas atau siput.
Selalunya pokok sayur yang daunnya hijau seperti bayam brazil dan lebat menjadi mangsa ulat dan siput. Mungkin petua ini dapat membantu mak-mak yang berhadapan degan masalah yang sama.
Ikuti perkongsian Suzurina Binti Muda di Group Beginner Tanam Pokok & Sayur ini:
Assalamualaikum WBT…
Ini cara saya tanam bayam brazil dengan bawang putih, cucuk saja bawang putih seulas-seulas atau satu labu bawang putih pun boleh. Kadang saya beli yang sudah siap kupas itu saja, terus cucuk dekat pokok bayam brazil.
Macam saya buat itu (seperti dalam gambar), nanti bawang putih akan naik hidup sama dengan pokok bayam itu. Masa tanam pokok cili awal-awal pun saya buat macam ini. Boleh juga buat macam ini dekat pokok-pokok yang lain.
Sebenarnya, saya dapat video sharing ini dari youtube.
Dulu saya blender bawang putih dan spray pada pokok. Agak renyah jadi lama-lama tak terbuat dah, sejak jumpa video itu, ini saja yang saya buat.
Sebelum ini tak boleh makan bayam brazil tu, penuh dengan ulat beluncas halus, geli pulak. Siput pun tak suka kot bau ni, sebab selepas letak bawang putih, tak ada lagi siput halus-halus termasuklah yang besar-besar.
Bukan binatang lari, hantu pun lari bau bawang putih ni.
Alhamdulillah, sekarang ini dah cantik bayam brazil saya..