Setiap kali tahun baru, azam pasti untuk kuruskan badan. Dari tahun ke tahun, inilah azam yang tak pernah kesampaian. Kalau yang sudah berjaya, tahniah diucapkan. Betul-betul azam tahun baru tercapai.

Sesetengah orang sanggup lakukan apa saja terutamanya yang berkaitan dengan berat badan. Pantang berat naik satu kg, mulalah menggelabah. Sanggup tak makan semata-mata nak kuruskan badan.

Ada juga yang sanggup berhabisan untuk membeli pelbagai jenis produk kurus atau suplemen. Tapi, tak semua yang diusahakan itu membuahkan hasil. Biimbang, ia membuatkan kita makin bertambah berat badan sebab tak sesuai dengan hormon badan kita.

Jadi, tak perlu nak risau atau membeli produk yang mahal-mahal, boleh cuba sendiri jus ini. Jimat dan senang sangat, bahan-bahan yang diperlukan pun senang nak cari. Paling penting, bukan sekadar turunkan berat badan tapi boleh buatkan perut kempis.

Perkongsian daripada Lainatul Aisyah boleh membantu anda di luar sana untuk kelihatan langsing dengan hanya minum jus ini sahaja. Selamat mencuba.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Sebab Nak Kurus Sampai Nak Makan Pun BERKIRA. Kawal Kalori Dah Cukup

Banyak Makan PEDAS Boleh Bantu Bakar Lemak, Badan Pun KURUS. Betul Ke?

Info Lebih Menarik DI SINI

Buat Sendiri Jus Kuruskan Badan

“Saya kongsikan sedikit tip untuk kurangkan berat badan. Bukan itu saja, angin-angn dalam badan pun keluar selepas minum jus ini. Lenga sangat.

IKLAN

“Paling penting, perut boroi pun dah tak ada,, apatah lagi timbanfan pun turun. Mekmang syok. Cara membuat pun senang dan menjimatkan. Tak perlulah membeli produk yang mahal-mahal.

“Lagi satu, bila kita buat sendiri, kebersihannya pun terjamin.

Selamat mencuba.

Cara Membuat:
1. Sediakan bahan-bahan berikut:

1-2 biji lemon (bergantung pada banyak mana kita nak buat)
Satu ketul halia (ikut kesesuaian)
3-5 keping asam keping (gelugur)
5-7 biji asam boi putih (bergantung pada masing-masing. – Saya masukkan asam boi sebab tak nak bagi rasa masam pada asam keping yang banyak itu. Seimbangkan dengan rasa masam.

IKLAN

Basuh bersih semua bahan tadi. Toskan

Buat Sendiri Jus Kuruskan Badan, Senang Dan Jimat, Paling Penting Perut Kempis

2. Selepas itu, potong bahan-bahan tadi. Masukkan 5 cawan air dan rebus kesemua bahan tadi. Biarkan mendidih sehingga air surut mencecahj 2-3 cawan saja. Kacau sebati dan tutup api. Biarkan ia suam-suam, barulah minum.

Buat Sendiri Jus Kuruskan Badan, Senang Dan Jimat, Paling Penting Perut Kempis

3. Lebihhan air itu, bolehlah simpan dalam peti ais. Bila ingin minum, keluarkan saja. Pastikan suhu air itu normal, barulah minum.

IKLAN

Buat Sendiri Jus Kuruskan Badan, Senang Dan Jimat, Paling Penting Perut Kempis

4. Sudah boleh minum dan rasa sedap, masam-masam pedas. Lebih kurang 15 minit, pasti akan sendawa dan keluarkan angin dalam badan. Malah, ia turut membuatkan kita rasa ingin membuang.

Buat Sendiri Jus Kuruskan Badan, Senang Dan Jimat, Paling Penting Perut Kempis

Amalkan minum pagi dan petang seleps makan malam. Sesuai juga untuk anda yang mengalami masalah sembelit.

MW: Kalau beli produk mahal tak berkesan, boleh cuba cara murah pula. Mana tahu berkesan.

Sumber: Lainatul Aisyah

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI