Bawang goreng ranggup, memang menjadi penyedap untuk sesetengah makanan seperti bubur, sup, mi kari dan sebagainya. Rasanya pun boleh membuka selera untuk kita.
Biasanya, bawang goreng ranggup ini tahan lama dan boleh disimpan untuk tempoh tertentu. Tapi, kalau silap masak, terus tak ranggup dan lembik, melainkan kalau yang dibeli di kedai. Cuma, masalahnya bimbang rasa tak menepati citarasa kita.
Macam mana nak pastikan bawang goreng ranggup ini sedap, oaling penting bersih dan halal? Masfaliza Ab Jaafar berkongsi tip cara untuk membuatnya, siap boleh dijual lagi.
Buat sendiri bawang goreng gerenti puas hati. Paling penting, ia bersih & halal.
1. Bahan utamanya ialah bawang rose.
2. Bawang dibuang kulitnya, bersih dan toskan,
Ads
3. Ini adalah versi menggunakan food processor potongan lebih tebal.
4. Hasil sagat menggunakan sagat tupperware speedy mando. Potongan lebih nipis dan sekata. Masa ni juga boleh letak sedikit tepung @ tak letak pun boleh juga.
5. Goreng dengan Menggunakan minyak yang banyak dan api yang besar untuk dapatkan bawang yang rangup
6. Ini bawang yang hampir nak masak, perlahankan sedikit api semasa proses ini.
Ads
7. Bila dah masak, cepat-cepat angkat dengan menggunakan penapis seperti ini. Jikalau menggunakan sudip dikhuatiri bawang di dalam kuali menjadi hangus dan pahit.
8. Sejukkan bawang di dalam bekas yang dilapik dengan tisu. Hasil dari food processor.
9. Hasil dari sagat tupperware speedy mando.
Ads
10. Masukkan di dalam bekas kedap udara
11. Bolehlah dihidang bersama-sama dengan nasi bubur berlauk.
Mingguan Wanita : Ranggupnya sampai kita pun boleh makan begitu saja pun sedap.
Mak-mak pernah makan tak kuih tepung talam yang rasa santannya pekat melekat, gula merahnya sesedap rasa. Lembut tepung talam tu mengalir laju saja di dalam mulut.
Cerita kuih tepung talam merecik sedap ni bila mana, kenalan pejabat membawa kuih tepung talam gula merah dari air tangan ‘Tok’ kesayangan di Kedah. Ya ampun, memang sedap sungguh. Rugi amat kalau tak dikongsi cara pembuatannya dengan pembaca Mingguan Wanita.
Tanpa rasa malu-malu, penulis terus saja menghubungi ‘Tok’ Kedah minta resipi rahsia yang memang anda takkan jumpa kat mana-mana. Alhamdulillah, ‘Tok’ murah hati berkongsi resipi. Baca satu persatu panduannya supaya anda boleh tahu macam mana sehelai tuala ‘good morning; boleh jadi rahsia sedapkan kuih ini.
Resepi Kuih Tepung Talam Gula Merah Air Tangan Tok
Bahan-bahan:
Lapisan Bawah
11/2 cawan tepung beras cap bunga
1/4 cawan tepung jagung
1/4 cawang tepung gandum
2 cawan gula putih
1/2 cawan gula merah
5 cawan air (direndam seketika dalam kapur)
Lapisan Atas
2 cawan santan
3 cawan air
2 cawan tepung beras
Sedikit garam
Cara Buat Lapisan Bawah:
Satukan tepung beras, tepung jagung dan tepung gandum.
Untuk dapatkan air kapur: Tuang 5 cawan air dalam bekas kapur makan. Tunggu sampai mendap, dah jernih baru ambil airnya. Pastikan masa ambil air tak keruh. Sebab air keruh akan buatkan kuih jadi pahit.
Satukan gula putih dan gula merah. Kacau bagi larut.
Masukkanlah adunan tepung perlahan-lahan dan kacau rata.
Tapis adunan ini dan masukkan dalam loyang pengukus.
Cara Buat Lapisan Atas
Satukan santan, tepung beras dan sedikit garam. (ikut cita rasa, kalau nak masin, buhlah lebih).
Nota Kaki: Jika mahu lapisan atas ini lebih tebal, boleh lebihkan santan atau tepung. Ikut kehendak anda bagaimana.
Kacau bagi rata dan tapis dengan penapis yang sesuai.
Atas Dapur Pengukus
Masukkan adunan tadi dalam periuk loyang periuk pengukus.
Kacau sekejap, sebab tak nak bagi mendap. Bila dah beku sikit baru tutup pengukus.
Tunggu sampai masak. Nak tahu dah masak ke belum, ambil garpu cucuk, kalau dah tak melekat, masaklah maknanya tu.
Kalau ikut anggaran masa dalam 15 ke 20 minit.
Guna Tuala ‘Good Morning’ Serap Lebihan Air
Ambil tuala ‘good morning’ basahkan dan perah. Biarkan ia lembap tapi jangan basah lencun tau.
Buka tutup pengukus dan letakkan tuala lembap tadi atas kuih. Biarkan tuala ‘good morning’ tu serap lebihan air dari kuih tadi.
Nota Kaki: Air yang berlebihan nilah punca tepung tak lekat dengan santan. Tak naklah nanti masa kita potong badan ke lain, kepala ke lain.
Bila dah kering, barulah tuang lapisan atas iaitu adunan tepung dengan santan tadi.
Tutup penutup dan tunggu sampai lapisan atas pejal.
Masak guna api sederhana boleh, api kuat pun boleh. Jangan sampai terbakar sudahlah ya!
Inovasikan Kuih Tepung Talam Gula Merah
Masukkan kuih tepung talam gula merah ni dalam bekas besar dan makan saja guna sudu. Tak perlu nak potong-potong. Nanti dapatlah nikmat rasa seakan ‘cake in a jar’.
Sumber: Tok Kedah
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sejak dua menjak ni resipi kek Milo viral betul di kalangan suri rumah mahupun Mr. mama. Sebabnya nak membuat bukan susah mana pun. Resipi asalnya cuma guna dua bahan saja iaitu Milo dan telur. Ada yang rajin improvise sampai jadi 3 versi; kukus, bakar mahupun derhaka. Kreatif tak kreatifnya resepi ini boleh jadi menu petang yang enak, mahupun sarapan pagi yang menyelerakan.
Macam tak percayakan? Tapi rasanya boleh tahan mengancam. Kali ini MW kongsikan 3 versi resipi kek Milo dari 3 perkongsian suri dan sura dari grup Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Cili jeruk merupakan ‘aksesori’ wajib ada sebagai pelengkap menu terutama char kuey teow. Cili jeruk paling sedap ialah bila dimakan rangup dikunyah. Makan char kuey teow jika tak ada cili jeruk memang tak lengkap.
Bagi anda yang ingin cuba buat sendiri cili jeruk yang kekal rangup krup krup walaupun sudah berhari-hari, bolehlah cuba cara seperti yang dipraktikkan oleh Farid Sham ini. Senang betul nak buat dan yang pasti bila buat sendiri sudah tentu terjamin kebersihannya.
Cili Jeruk Paling Best Makan Bila Rangup Dikunyah
RESIPI CILI JERUK
BAHAN-BAHAN:
Cili hijau
2 sudu makan gula
Cuka makan
Bekas berpenutup (botol jem setinggi tin susu sejat)
Nah Ini Resipi Cara Nak Buat
CARA MEMBUAT:
1. Sediakan cili hijau yang segar.
2. Potong cili hijau tadi, jangan tebal sangat dan jangan nipis sangat. Agak-agak sahaja potongannya.
3. Masukkan cili tadi ke dalam botol. Kemudian masukkan gula 2 sudu makan. Tutup penutup kemudian goncangkan botol supaya gula sekata meliputi hirisan cili hijau tadi. Jangan masukkan air. Perap selama tiga hari dalam peti sejuk. Sukatan gula ialah 2 sudu makan untuk saiz botol setinggi tin susu sejat).
4. Hari ke tiga, baru kita masukkan cuka makan separas cili potong itu. Ingat ya, jangan sesekali bubuh air. Hari ke empat cili jeruk sudah boleh dimakan.
Artikel ini mengisahkan kejadian tembakan di Golok yang meragut nyawa Mohd Fuad Fahmie Ghazali. Isterinya yang sarat mengandung masih trauma menyaksikan tragedi menyayat hati itu di depan mata sendiri.