Buat Kerja Kena Menyambil, Untungnya Macam-macam Boleh Selesai Dalam Satu Masa

Orang perempuan ini dia bukan buat satu kerja dalam satu masa. Sambil buat kerja kena menyambil. Waktu goreng ikan, dia boleh basuh pinggan, basuh kain bagai. Senang cerita ibarat ‘tangan sotong’.

Kalau tak buat macam itu, memang tak produktiflah urusan hari itu. Macam sekarang ini, dengan jadi cikgu anak-anak lagi. Makin tak dapatlah nak senang-senang duduk diam.

Kongsi lelaki ini, Mohd Khairul Azli Sharom ketika masih kecil dulu, ibunya memberi pesan agar buat kerja kena menyambil. Maksudnya tak adalah fokus pada satu kerja rumah sampai tak gerak ke mana.

Dan pesanan itulah disampaikan pada anak-anaknya pula.

Pesan Mak, Kerja Kena Menyambil

Sebab anak-anak masih dalam peringkat rebung, Papa titipkan semula pesanan nenek Midah masa Papa sebaya kamu dulu.

Mak masa kami kecil dulu, cukup tak suka kalau anak-anak buat satu kerja, satu masa… Kalau masa buat katering, siap la mulut dia memetor (faham tak memetor.. Macam membebel tak berhenti)…kalau dia nampak kami buat kerja dok kejung hadap kerja tu saja.

Tu bila dah tua ni memang dah jadi darah daging buat banyak kerja dalam satu masa.

IKLAN

PESAN MAK… Malam sebelum tidur, kalau baju perlu direndam, masukkan baju dalam mesin basuh untuk direndam… Set rendam 8 jam, esok pagi terus automatik mula sendiri.

PESAN MAK… Sebelum buat kerja rumah, pastikan periuk nasi dah rendam… Kalau periuk dah basuh, masak nasi terus…dah siap kerja… Nasik pun dah masak.

Basuh Pinggan, Rendam Air Dulu

PESAN MAK… Basuh pinggan pun macam tu, rendamkan dengan air dulu bagi sisa kotoran kembang.. Senang nak basuh lepas tu… Sementara nak kembang, pergilah siram pokok ke, kaut daun-daun kering… Siap juga kerja rumah.

PESAN MAK… Sebab rumah kita ni pinggan mangkuknya banyak dan bertema, susun dulu pinggan mangkuk yang dah kering tu dalam kabinet, nanti nak basuh senang tak bercampur pinggan mangkuk kering dan basah.

IKLAN

PESAN MAK LAGI… Sambil goreng ikan, jangan dipandang ikan tu…Bukan boleh tukar jadi ultraman…basuh pinggan ke… Masak lauk lain guna dapur lain ker.. Janji jangan kejung tenguk ikan tu.

PESAN MAK… Sebelum buat kerja rumah, masukkan baju dalam mesin basuh, baru mula buat kerja lain.

PAPA NAK TAMBAH PESAN PAPA PULAK… Kalau guna peralatan yang berasaskan kunyit, basuh segera jangan bagi kesan kuning tu melekat kat bekasnya… Kalau esok pagi baru nak basuh, memang warna kuning tu tak hilang la sayang oi!

IKLAN

Kalau nak basuh kereta, memang akan buat masa nak keringkan baju kat dobi… Sambil tu boleh sarapan kat kedai mamak dan sempat beli barang kat Speedmart… 28 minit siap semua kerja.

Sambil mandi, jangan tenung je dinding tandas tu… Sental mana yang patut.

Masa tu emas… Pandai-pandailah guna sehabis baik 24 jam sehari… Masa tak boleh diulang ok.

Mingguan Wanita : Sebab itulah mak-mak ini dalam satu masa macam-macam kerja dia boleh buat.

Sumber/Foto : Mohd Khairul Azli Sahrom

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI