Buat Karipap Pusing Rangup,Tak Guna Marjerin Jadi Bukan Rapuh Pecah Berderai!

Share

Petang-petang ni memang sedap kalau dapat buat karipap goreng panas-panas. Tak kisah inti sardin ke, inti kentang ke. Kalau mak-mak selalu buat karipap biasa, apa kata cuba belajar buat karipap pusing yang rangup lagi cantik ni. Senang je nak buat karipap pusing ni rupanya. Paling penting tak pecah berderai sebab tak gunakan marjerin. Caranya satu persatu ada dikongsikan oleh Puan ChaSya Aripin ini.

Boleh belajar cara buat Karipap Pusing rangup yang dikongsikan ini sebagai rujukan;

“Now, everyone can cook, tak gitu ibu-ibu? Yang xpernah buat pun, berjaya buat musim PKP ni.Jom belajar buat karipap pusing rangup pulak nak? Sila duduk dan jangan lari. Cara buat ada di bawah dan di gambar.”

“Karipap ni tak guna marjerin. Jadi bukan rapuh pecah berderai.”

1. Doh minyak

2½ cawan tepung gandum
Minyak

Uli 2 bahan ni aje, buh minyak sikit-sikit smpai jadi doh yang elok tak mlekat ditangan.

2. Doh Air

3 cawan tepung gandum
½ sdk garam + air, jadikan air garam
2 sdb minyak
Air secukupnya

Gaul semua bahan, tambah air sikit-sikit sampai jadi doh yang tak melekat ditangan.

* Bulatkan kedua-dua doh sama banyak bilangan bolanya

Cara Membuat:

1.Masukkan doh minyak dalam doh air.
2.Canai nipis, gulung
3.Canai nipis lagi skali doh yang digulung tadi, pastu gulung lagi sekali.
4.Potong setebal 1cm.

Ambil 1 yang dipotong tadi, hujung pusaran atau ekor dia tu, tarik ke bawah sikit, sebagai lapisan bagi lagi kuat dia pegang pusar-pusar tu, canai nipis.
Terbalikkan, bahagian bawah yang dicanai tu jadi duk bahagian dalam. Isi inti, kelim macam biasa.

Boleh goreng dengan minyak panas, api sederhana.
Untuk frozenkan, boleh goreng kejap atau bakar kejap.

Saya halalkn semuanya. Selamat mencuba.

Baca Lagi Di Sini: Wanita Ini Tunjuk Ajar Satu Persatu Cara Buat Kulit Karipap Rangup & Inti Kentang Yang Sedap!

MW: Jadi mak-mak yang selalu buat karipap biasa tu, boleh belajar buat karipap pusing yang rangup ni. Paling penting tak hancur berderai elok kejadiannya.

Sumber: ChaSya Aripin

IKLAN