Buat Cendol Guna Acuan Maruku, Hasilnya Tetap ‘Molek’

Share

Biasanya mak-mak buat cendol sendiri atau beli yang dah siap di kedai? Kali ini kalau ada yang nak merasa buat sendiri, boleh godek resepi yang dikongsi Puan Syuhaila Ahmad.

Apa yang menarik, dia cuma menggunakan acuan maruku, bukan acuan cendol. Tengoklah hasilnya, sangat ‘helok’.

Bahan-bahan:

1 cawan tepungg beras
1 sb tepung jagung atau tepung ubi
4 helai daun pandan
3 cawan air (blend dengan daun pandan)
secubit garam
1 sk air kapur
Boleh guna sedikit pewarna jika nak warna lebih terang

Cara Buat Cendol

  1. Satukan semua bahan – tapis
  2. Masak dgn api kecil sampai pekat dan berkilat (kental).
  3. Masukkan dalam acuan maruku atau acuan roti jala (macam dalam gambar – tapi dah dipotong sedikit muncungnya supaya mudah keluar) atau piping beg.
  4. Picitkan kedalam bekas yang diisi air.

Haa.. nampak tak betapa mudahnya kerja mak-mak. Jadi sekarang mak-mak boleh buat sendiri cendol walaupun tak ada acuan cendol macam orang dulu-dulu guna.

Selamat mencuba.

IKLAN