Tak salah dan boleh jika ada pasangan yang nak tunjuk sweet suami, isteri di media sosial, tetapi janganlah keterlaluan hingga buat mata yang melihat tak selesa.
Memang media sosial hak peribadi, namun berbalik kepada soal hukum agama, segalanya terbatas. Berpada-padalah jika ingin berkongsi rasa gembira dan bahagia sekalipun, ingat bahawa banyak mata-mata yang sedang melihat.
Betul tak?
Kongsi Firdaus Shakirin, kemesraan antara suami isteri ini sepatutnya tak perlu dipertontonkan untuk tatapan orang lain…
Boleh Nak Tunjuk Sweet Suami Isteri Di Media Sosial
Zaman sekarang, sikit-sikit nak post, sikit-sikit hendak tunjuk… Zaman dulu tak ada semua ini, jadi tak nampaklah sangat benda ini… Tapi zaman sekarang makin menjadi-jadi…
Benda tak boleh tegur sebab dikatanya, hak individu, sosial media sendiri… Bila cakap bab hukum pula, boleh atau tak boleh sebenarnya tunjuk kemesraan suami isteri dekat orang ramai?
TAPI Janganlah Keterlaluan
Hendak tunjuk sweet suami dan isteri boleh. Tapi perbuatan itu mestilah tak keterlaluan, tidak menonjol atau tak menimbulkan kurang senang pada mata yang melihatnya…
Saya ingat lagi, bila selesai akad nikah, kita pun hulurlah tangan hendak salam dengan isteri… Selepas itu ada makcik suruh cium dahi…
Datang seorang orang tua ini, dia kata, selepas ini hendak cium, cium sahaja dalam bilik pengantin… Tak payah cium depan orang ramai…
“Hang (kamu) nak peluk ka, nak buat apa ka, buat saja dalam bilik”
Suami bertanggungjawab untuk pastikan gambar atau video isteri yang diletakkan atau dimuatnaik di sosial media itu menutup aurat dengan sempurna, tak nampak bentuk badan atau tempat-tempat tertentu, dan tak juga boleh menghairahkan orang yang melihatnya….
Ini soal hukum dan dalam islam, kita perlu ada perasaan “malu” untuk setiap perbuatan kita… Bukan ayat, “tak suka jangan tengok, tak suka boleh unfollow, tak suka ko punya pasal…”
“Tak suka scroll laju-laju…”
Itu menandakan kita tak faham hukum dan jahil agama…
Mingguan Wanita : Jangan terlampau ghairah berkongsi itu, ini di media sosial membuatkan mak ayah alpa bab hukum. Sudah tentu mengapa agama melarang jangan berlebih-lebih dalam sesuatu perkara. Renung-renungkan.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Selalu kalau kita tengok di luar sana atau pun dalam mana-mana media sosial, mulalah mudah rasa kasihan dengan kehidupan seseorang yang dalam kesusahan. Perasaan simpati itu datang dan sudah tentu ada rasa simpati dan sedih dengan apa yang dilalui.
Biasanya kebanyakan rasa kasihan dan simpati ini selalu disuarakan oleh hati naluri seorang isteri dan mak. Jarang kita dengan kata-kata itu dari mulut seorang suami atau mungkin juga ada suami tetapi tidaklah semua.
Walau bagaimanapun, kalau ada suara kasihan atau simpati dari mulut yang bergelar suami terhadap seorang wanita. Itu kena hati-hati ye! Bukan untuk menghasut tetapi timbul rasa pelik, terutamanya mudah rasa kasihan itu untuk seorang wanita yang mungkin bergelar ibu tunggal atau wanita yang belum berkahwin.
Tidakkah suami tahu, kata-kata kasihan itu hanya layak diberikan kepada isteri dan mak kandung yang bersusah payah untuk kita. Seperti apa yang dikatakan oleh Dr. Redza Zainol ini.
Ada seorang kawan lelaki saya ni kata dia kasihan dengan seorang wanita ni.
Terus tegak bulu roma saya. Meremang rasanya sampai ke tengkuk ni.
Dalam banyak-banyak rasa kasihan ni, jangan senang-senang rasa kasihan pada wanita selain dari isteri dan mak kita sendiri.
Kasihan dia kerja susah, kasihan dia duduk jauh, simpati dia ada masalah rumah tangga, simpati dia baru bercerai, kasihan dia anak yatim. Semua orang pun ada masalah hidup.
Cukup Kasihan Isteri Sendiri
Kalau nak rasa kasihan pada wanita lain, fikir dulu kita ni dah cukup kasihankan isteri sendiri ke belum. Dia buat kerja rumah, penat lelah dia, pengorbanan dia siang malam, ini yang patut kita sayang-sayangkan.
Hanya mak dan isteri kita saja yang layak dapat rasa kasihan dari seorang lelaki bernama suami ni.
Yang lain dari tu, kita simpan saja rasa kasihan tu. Dari rasa kasihan tu lah, timbul rasa suka yang tak sepatutnya. Asalnya nak tolong, lama-lama jadi lain.
Biarlah kawan-kawan perempuan yang bantu. Kita doakan pun dah lebih dari cukup.
MW: Tiada masalah untuk simpati dan kasihan tapi kena ada batasnya. Bimbang rasa kasihan menjadi perasaan lain. Lagi bahaya.
Isteri kalau nak merajuk dengan suami, boleh, tiada masalah tapi jangan lebih tiga hari. Merajuk untuk mendapat perhatian pasangan kadangkala boleh mewujudkan kemesraan dalam perkahwinan.
Pada masa yang sama, merajuk juga ada implikasi negatif apabila pasangan yang suka merajuk dilihat sebagai terlalu mengada-ngada dan inginkan perhatian 24 jam sehari. Sememangnya lebih senang untuk merajuk dan menunjukkan rasa tidak puas hati kepada pasangan tersayang. Sayangnya, merajuk tidak membawa kebaikan pada jangka masa panjang dan boleh menjauhkan serta memencilkan pasangan anda di rumah sendiri.
Sifat isteri memang ada ketikanya mudah merajuk. Tapi orang perempuan sebenarnya mudah juga reda hatinya. Asalkan suami tahu macam mana nak pujuk, belai, manjakan malah sayangi mereka. Biarlah sudah berpuluh tahun kahwin pun, memang itulah sifatnya.
Isteri Kalau Nak Merajuk Dengan Suami, Boleh
Suami yang faham.. fahamlah. Yang tak mengerti atau buat-buat tak nak mengerti akan berkesudahan membawa konflik dalam rumahtangga. Isteri ini kalau dia merajuk bukanlah nak minta suami belikan intan berlian baru dia reda hati panasnya itu. Dia cuma mahukan perhatian suaminya saja. Tapi.. rupanya ada juga yang makan pujuk dengan ‘intan berlian’.. Tengok video kalau tak percaya.
Sebab itu, merajuk isteri jenis manja-manja selagi boleh pujuk. Pujuklah segera. Peluk ke, cium pipi dia ke, buatkan air untuk dia ke, masakkan makanan kegemarannya ke atau apa sajalah. Sebab suami lagi tahukan macam mana nak pujuk isterinya yang merajuk.
Tapi kalau moodnya nampak lain. Jangan pula buat semua itu. Sia-sia je nanti. Biarkan dia merajuk. Tengok saja reaksi dia dalam dua tiga hari itu. Kalau dah masuk hari ketiga, masih tak bertegur sapa. Haaa.. itu dah masuk kategori ‘DANGER’.
Kena cepat-cepat pujuk. Bila suami mula ada perasaan MALAS MEMUJUK ISTERI. Danger itu makin berganda-ganda. Bimbang jadi konflik dan boleh menuju jalan perpisahan. Nauzubillah..
Tapi Jangan Lebih 3 Hari
Kenapa Merajuk Lebih 3 Hari Itu Bahaya?
Rasulullah SAW Pun Pesan…
Abu Hurairah RA berkata Rasulullah SAW bersabda, ertinya “Tidak halal seorang Muslim memutuskan hubungan dengan saudaranya (sesama Muslim) lebih dari tiga hari, barang siapa memutuskan lebih dari tiga hari dan meninggal maka ia masuk neraka” (HR: Abu Dawud 5/215, Shahihul Jami’: 7635)
Sebab itu isteri yang sedang merajuk kena cepat-cepat sedarkan diri. Setiap manusia itu bukanlah bersifat maksum (terpelihara dari dosa).Suami kita juga begitu. Tak sempurna mana pun. Samalah dengan kita wahai isteri. Ada masanya pun isteri tanpa sengaja melukakan hati suami. SEDARLAH SEGERA yang pasangan kita itu adalah hadiah terbaik yang Allah beri.
Baik atau buruknya dia, tentu bersebab. Bukan saja-saja pemberian itu. Walaupun ada ketikanya kita rasa “kenapa aku stuck’ dengan dia ni?” ‘Ya Allah.. mana kau nak lari’ Tapi percayalah, ujian Allah itu sangat hebat untuk mereka yang dapat berfikir. Bukankah hidup kita ini memang satu UJIAN ALLAH? Andai jodoh itu sangat kuat anda akan percaya. Dialah cinta terbaik yang tuhan berikan untuk anda.
Tiga Hari Tempoh Bertenang
Kalau dalam mana-mana perundangan pun ada istilah tempoh bertenang. Dalam konsep merajuk dengan suami pun ada istilah yang sama. Suami pula jangan terlalu memaksa isteri untuk segera sembuh hatinya. Sebab apa, orang perempuan bila tengah panas. Siramlah dengan air terjun sekalipun. Dia takkan jadi sejuk.
Bagi masa untuk isteri fikir kembali apa yang patut, apa yang tidak. Isteri ini kadangkala lambat sedikit enjinnya. Nanti bila dia dah mula sibuk dengan anak-anak, kerja rumah bagai lupalah dia yang dia sedang merajuk dengan suaminya. Kadang tu bukanlah lupa sepenuhnya. Tapi isteri yang baik takkan memanjangkan cerita.
Ikut kata ustaz, bila isteri merajuk apa cara terbaik memujuk
Kalaulah dah habis cara memujuk, isteri tak juga mahu hilang merajuk. Jangan putus asa. Sebabnya ada 1001 cara nak memujuk isteri yang merajuk ini. Ikut panduan yang dikongsikan oleh ustaz untuk mendamaikan hati pasangan yang sedang makan hati.
Sudah fahamkan, merajuk itu boleh tapi kenapa tak boleh lebih 3 hari? Haa.. buat suami, kalau isteri dah muncung sedepa tu cepat-cepatlah pujuk. Bagi tenang sikit emosi sensitifnya itu.
Selalu bila anak-anak bersama mak, mereka suka ‘buat perangai’ berbanding bila bersama orang lain. Kalau perasan, bila bersama ayahnya atau orang lain seperti atuk dan nenek, mahupun dengan cikgu kat sekolah perangai anak-anak ni elok je, mendengar kata, takde pulak nak buat hal.
Tapi jangan bila mak ada bersama, automatik perangai anak akan berubah, manja & banyak kerenah. Pening nak melayan, bila anak buat hal tak tentu pasal. Memang memerlukan kesabaran yang tinggi.
Hah, bila perkara macam ni berlaku,mula lah mak-mak ni nak tinggikan volume suara tu.
Prestasi Anak Merudum
Sebenarnya, situasi ini disokong oleh sebuah kajian yang telah dilakukan oleh sekumpulan pengkaji dari Jabatan Psikologi University of Washington mendapati bahawa, prestasi kanak-kanak akan merudum sehingga 800% (8 kali ganda) apabila ibunya berada dalam bilik yang sama.
Dan lebih mengejutkan, kajian itu mendapati bahawa jika kanak-kanak itu berumur 10 tahun dan ke bawah, peratusnya meningkat dua kali ganda menjadi 1600% (16 kali ganda)!
Kajian itu telah dijalankan ke atas 500 keluarga yang mengukur kebergantungan kanak-kanak itu, menangis dan merengek, menjerit, percubaan berlaku kasat, terlupa cara untuk berjalan atau bercakap dan bersikap seperti orang bodoh.
Professor dalam bidang Perkahwinan dan Psikologi Keluarga, Dr. K.P Leibowitz menyatakan;
“Apa yang kami dapati, kanak-kanak yang berumur 8 bulan boleh bermain dengan riang dan gembira tetapi apabila melihat ibunya masuk ke dalam bilik itu, perangai mereka berubah 99.9%. Mereka mula menangis, melepaskan apa yang mereka pegang dan meminta perhatian ibunya dengan tergesa-gesa. Bki 0.01% pula mempunyai masalah penglihatan, tetapi apabila mendengar suara ibu mereka, mereka mula melemparkan barang dan meminta makanan walaupun sebenarnya mereka baru sahaja makan.”
Salah seorang daripada ayah yang terlibat dengan kajian ini pula (dia mempunyai 3 orang anak) sangat terkejut dengan laporan daripada kajian ini dan berkata,
“Saya selalu tertanya-tanya mengapa isteri saya tidak dapat menyiapkan kerja rumah. Rupa-rupanya kelemahan mereka (anak-anak) dan dalam masa yang sama magnet mereka adalah ibunya. Ini kerana mereka berkelakuan baik ketika dengan saya.”
Ramai suami atau ayah yang tidak mengetahui perkara ini kerana si anak cuma buat perangai apabila bersama dengan ibunya.
Kajian itu juga mendapati, jika dalam situasi untuk memperbaiki disiplin mereka, 100% (semua sekali!) lebih responsif kepada kata-kata yang diucap dengan nada yang normal daripada seseorang selain daripada ibunya! Malah untuk mendapatkan respon yang sama pula, seorang ibu dalam kumpulan itu harus meninggikan suaranya pada anaknya.
Haaa, untuk para lelaki di luar sana, sekarang barulah kita tahu kan yang bukan mudah menjadi seorang ibu. Dan untuk ibu, teruslah berusaha untuk berikan yang terbaik kepada anak anda.
Dua beranak yang menjadi mangsa kes bunuh dua beranak di Kampung Sekolah Juru disahkan maut akibat luka parah di leher ditetak senjata tajam jenis pisau pemotong daging. Polis masih menyiasat motif kejadian tragis ini.