Boleh buat stres bila muka tumbuh jerawat! Sejak awal remaja, masalah ini menghantui ramai orang tak kira lelaki atau wanita. Bahkan, ada yang usia 40-an pun muka jerawat masih aktif naik di muka. Antaranya faktor hormon.
Memang merimaskan. Kata orang, kalau pun tak cantik, tapi kulit licin, nampak cantik juga. Sebaliknya kalau raut wajah lawa tapi muka penuh jerawat, hilang cantiknya. Aduh. Jerawat memang boleh buat ramai stres!
Apakah anda sedang dihantui oleh masalah jerawat? Tertekan kerana sudah pelbagai cara dicuba namun belum berhasil. Apa kata anda mencuba mengatasi masalah ini menggunakan bahan alami, yang pastinya lebih selamat.
Hilangkan Jerawat Dengan Masker Lobak Merah Dan Tomato
Lobak merah dan buah tomato sesungguhnya kaya dengan pelbagai khasiat sama ada untuk kesihatan mahu pun kecantikan. Dikongsikan cara menggunakan keduanya sebagai bahan asas sebagai masker untuk mengatasi jerawat di wajah.
Masker Lobak Merah Dan Madu
Lobak merah kaya akan kandungan vitamin A yang bukan hanya baik untuk mata tapi juga kulit. Masker lobak merah mampu meredakan keradangan pada jerawat sekali gus menghilangkannya.
Bahan-bahan:
2-3 batang lobak merah
3-4 sudu teh madu
Cara Membuat:
Rebus lobak merah hingga masak, angkat dan biarkan sejuk.
Penyekkan ia menggunakan garpu hingga halus.
Tuang madu ke dalamnya dan kacau sebati hingga membentuk seperti pes.
Oleskan pada seluruh kulit wajah, biarkan selama 15-20 minit.
Kemudian bilas dengan air suam.
Boleh Juga Buat Masker Tomato:
Bahan-bahan:
1 biji tomato segar
IKLAN
Cara Membuat:
Tomato dibelah dua dan kisar halus.
Setelah itu, oles ke seluruh kulit wajah dan tunggu sekitar 15 minit agar masker mengering.
Kemudian bilas dengan air. Selain membantu menghilangkan jerawat, ia juga membantu menganjalkan kulit. Seeloknya dipakai setiap pagi untuk kesan maksimum.
BOLEH JUGA CUBA CARA INI UNTUK HILANGKAN JERAWAT YE
Selain itu, untuk mengatasi masalah jerawat, anda harus tahu apa yang menyebabkannya dan bagaimana cara terbaik untuk mengatasinya. Dipetik daripada thelist.com, berikut adalah beberapa jenis perawatan jerawat yang masih jarang diketahui.
Ais
Ais mampu membantu meminimumkan keradangan dan kemerahan ketika jerawat sedang aktif. Sekiranya terlalu sejuk, bungkus air batu dengan tuala kecil sebelum ditekan perlahan-lahan pada jerawat.
IKLAN
Kunyit
Kunyit memiliki sifat anti inflamasi yang luar biasa. Masker kunyit juga dapat mengatasi kemerahan dan kulit yang kemerahan.
Madu
IKLAN
Madu boleh digunakan untuk mengurangi kemerahan dan mengurangkan kulit yang teriritasi, terutama madu Manuka, yang memiliki kadar pH yang dapat membantu proses penyembuhan.
Kulit pisang
Kulit pisang memiliki kandungan antioksidan dan potasium yang sangat membantu dalam penyembuhan jerawat. Gosokkan kulit pisang di kawasan yang berjerawat untuk mengurangi kemerahan, bengkak, dan menyembuhkan jerawat dengan lebih cepat.
Ramai rakyat Malaysia yang menghidap Diabetis atau lebih dikenali dengan nama penyakit Kencing Manis akibat pengambilan gula yang tinggi, pemilihan makanan yang salah serta tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat. Menerusi perkongsian oleh Dr Hamid Arshat, beliau menjelaskan mengenai penyakit kencing manis ini, makanan yang perlu dielakkan serta makanan yang disyorkan sebagai langkah mencegah bagi penyakit ini.
Berikut antara perkongsian beliau;
“Kedua-dua abang saya menghidap penyakit diabetis. Ertinya risiko untuk saya memang wujud atas dasar baka. Alhamdulillah setakat ini saya dapat jauhkan.”
1. Lebih kurang 18 % penduduk Malaysia mengidap penyakit kencing manis (diabetes)
Lebih 10 % lagi dalam kaedaan ‘ prediabetic’ dan boleh jadi pesakit diabetes jika tidak mengambil langkah-langkah mencegah.Seseorang disahkan nengidap diabetes bila kandungan gula glukos dalam darah melebihi 8 mmol/L, setelah puasa melebihi 6 jam. Normal ialah antara 4 – 8 mmol/L. Air kencingnya pun didapati mengandungi gula, justeru digelar penyakit kencing manis.
2. Terdapat 3 Jenis Diabetes;
a. Type 1 diabetes, juga digelar’ juvenile diabetes’, sering menimpa sebelum umur 20 tahun. Sel-sel beta dalam pankreas yang mengeluarkan insulin rosak. Pesakit perlu suntikan insulin.
b. Type 2 diabetes. Biasa menimpa orang dewasa, biasanya umur 40 tahun keatas. Sumber insulin cukup tapi berlaku insulin resistant, metabolisma gula glukos gagal.
c. Diabetes waktu hamil atau gestational diabetes sebab peningkatan hormon-hormon ketika hamil.Pesakit-pesakit saya yang hamil ada diabetes, saya stabilkan dengan ubat metformin tanpa guna insulin melainkan dia memang type 1 diabetes.
3. Type 1 diabetes terus begantung kepada insulin. Tiada pilihan lain.
Type 2 diabetes dan diabetes waktu hamil boleh dikawal dan biasanya dikaitkan dengan kegemukkan, makan berlebihan karbohaidrat dan manisan dan pengidap PCOS.
Jika tidak terkawal, dalam jangka panjang banyak kerosakkan organ-organ boleh berlaku : Rosak buah pinggang, mata, saraf, jantung, saluran-saluran darah yang menyebabkan gangrene dan lain-lain.
4. Langkah-Langkah Mengawal Dan Mencegah Diabetes;
a. Ikuti nasihat doktor yang merawat. Jika diarah makan ubat saperti Metformin atau lain, perlu patuh.Pantau kandungan gula dalam darah, mudah dilakukan dirumah setelah diajar oleh kakitangan klinik. Buat beberapa ujian, lepas puasa, lepas makan dan dua jam lepas makan.
b. Kawal pemakanan khususnya gula, karbohidrat dan manisan.
Nasi, mee, roti, kuih muih, nasi lemak, roti canai, ais krim dan lain-lain kesemuanya mengandungi karbohidrat dan gula.
Kurangkan amount makan.Makan ikut jadual, sarapan, makan tengah hari dan malam.
Lebihkan sayur-sayur, buah-buah dan lauk dari protien.
c. Makanan-makanan perlu dikurangkan.
Jauhkan minuman soda, jus dalam tin, kotak atau botol, kandungan gula terlalu tinggi.
Jauhkan makanan yang mengandungi gluten saperti, wheat, wheat germ, barley dan rye. Gluten mencetuskan inflammation dan meningkatkan hormone steroids, tahap gula pun naik.
Jauhkan susu lembu tanpa pasteur kerana kandungan A1 casein yang sama tindakan saperti gluten. Tukar kepada susu kambing.
Jauhkan Minyak soya, canola dan corn. Minyak kelapa dan sawit lebih baik.
Jauhkan produk-produk GMO saperti soya dan jagung diimport dari luar negara.
Jauhkan semua minuman arak dan beer.
d. Makanan-makanan yang disyorkan.
Makanan yang mengandungi fiber. Sayur tempatan sawi, kangkong, pucuk ubi, keledek dan pucuk paku, nenas, oats.
Makanan mengandungi chromium, broccoli, raw cheese, kacang hijau dan panjang.
Makanan mengandungi magnesium, bayam, almond, yogart.
Protien, ikan-ikan berminyak, salmon, mackerel, tuna, daging lembu tanpa lemak, ayam organic, kacang dhall.
Lemak-lemak baik seperti Minyak kelapa.
Makanan rendah gula, nuts, biji-biji labu, sunflower, berries, avarcado.
e. Supplement , gantian gula, herba.
Beberapa jenis makanan tambahan dan herba tempatan yang bertindak menurunkan glukos dalam darah;
1. Kayu Manis (cinnamon)
Kajian menunjukkan ia mengurangkan glukos, LDL cholesterol dan triglycerides, disamping neningkatkan HDL cholesterol dalam darah.
2. Peria (bitter gourd)
Kajian menunjukkan peria bolih mengawal glukos dalam darah dan meningkatkan insulin sensitivity. Ia juga boleh bantu mencegah komplikasi diabetes saperti rosak buah pinggang, rosak mata, saraf dan salur darah.Dipasaran terdapat jualan kapsiul dan tablet peria.
3. Alpa Lipoic acid
Ini satu jenis anti oxidant yang bantu metabolisma glukos, meningkatkan insulin sensitivity, dan mencegah kerosakkan saraf (diabetic neuropathy). Sumber utama broccoli, bayam dan tomato.
4. Fish oil 1000 mg setiap hari
Ia bantu tingkatkan insulin sensitivity dan kurangkan inflamasi. Bertindak mengawal kolestrol dan meningkatkan HDL. Kesannya bantu kawal diabetes.
5. Gantian gula
a. Sweetener P3.
Berasal dari gula tebu. Diperoses dengan Nano technology. Glycemic index sifar (zero). Boleh didapati dipasar-pasar supermarket, Mydin etc. Sesuai untuk gantian gula. Satu produk tempatan, usaha bumiputera.
b. Stavia.
Sejenis tumbuhan kecil berasal dari amerika selatan. Daunnya sangat manis tetapi sangat rendah nilai glycemic index. Pengganti gula. Dapat kawal glukos dalam darah. Sesuai sebagai gantian gula.
6. Minuman Teh hijau (green tea)
Teh hijau punyai banyak khasiat kesihatan kerana kandungan antioxidant – polyphenols dan catechins. Dianggap satu minuman yang memanjangkan umur kerana memperlahan kematian sel-sel. Ia juga mengawal glukos dan kolestrol dalam darah. Minumlah 5 cawan setiap hari.
7. Herba-herba tempatan
Saya dapati beberapa jenis herba-herba tempatan ada berkesan mengawal glukos dan kolestrol dalam darah. Misalnya daun betawali, ulam raja, hempedu bumi, sambung nyawa, ginseng, pecah kaca dan lain-lain.
Daun-daun yang menghijau boleh dimakan sebagai ulam. Atau direbus dengan air panas. Atau dikeringkan dan jadikan air teh.
8.Senaman, kawal kegemukkan ,rehat dan tidur
Sangat penting lakukan senaman 30-40 minit setiap hari untuk menggunakan glukos sebagai bahan tenaga.
Cukupkan tidur 5 – 7 jam stiap hari. Dan beri masa untuk merehatkan tubuh dan mental kita.
Semoga diberkati Allah hidup kita. Aamin
Semoga bermanfaat dan kongsikan juga pada yang lain.
Bukan mudah nak dapatkan berat badan ideal masa zaman anak dara dulu. Kalau mak-mak yang masih maintain, bersyukurlah. Tak perlu risau nak makan itu, nak makan ini kan! Kadang-kadang, dah buat macam-macam tapi tetap berat badan tak juga turun. Malah, makin bertambah.
Sebenarnya, kalau nak turunkan berat badan, mak-mak kena betul-betul istiqamah. Jangan hari ini diet, esok diet ke laut. Memang tak kuruslah.
Siti Amirah Shalihin, pakar dietitian turut berkongsi tip untuk mak-mak yang betul-betul nak kurus. Boleh cuba cabaran ini dalam masa dua minggu. Nanti tengok keberkesanannya.
Tip Untuk Anda Yang Susah Nak Kawal Nafsu Makan
Mulakan dengan SALAH SATU cabaran ini SELAMA 2 MINGGU dahulu:
1. Nasi segenggam sahaja setiap kali makan. Ambil nasi maksimum 3 kali sehari sahaja. Kalau yang jenis makan nasi penuh pinggan sebelum ni, confirm betulkan portion nasi je boleh lost banyak kg!
2. Pilih nasi putih (beras perang lebih baik) berbanding nasi goreng, nasi briyani atau nasi minyak. Begitu juga dengan mi/mihun/kuey teow, pilih sup berbanding menu bergoreng. Pilih pilihan yang tidak berminyak. Especially yang suka tapau/makan dekat kedai.
3. Pilih air kosong. Air kosong ais tak ada masalah. Kalau sejenis minum kopi dengan gula setiap pagi tak apa sekali sehari asal bukan 3 in 1.Sepanjang hari nak minum teh lemon ke apa ke okay je. Asal no sugar dan cukupkan keperluan minimum 2 liter sehari.
4. Kuah bersantan atau sambal tumis ambil 2-3 sudu sahaja. Ambil yang ada pada lauk sahaja adalah lebih baik.
5. Tiada ayam goreng. Pilih ayam masak sup, tomyam, ayam bakar, masak singgang. Kalau banyakkan lauk ikan bakar lebih baik. Ikan rendah kalori berbanding ayam.
Tempoh 2 minggu lepas tu, kalau dah kuat pilih cabaran seterusnya pula. Teruskan sikit-sikit bina habit baru, tak perlu semua nak ubah dalam satu malam.
1. Waktu tidur yang tidak cukup (5-6 jam) berisiko untuk naik berat badan.
2. Waktu tidur yang terlebih (9-10 jam) pun berisiko untuk naik berat badan.
3. Bukan sahaja berat badan naik, ukur lilit pinggang dan komposisi lemak dalam badan pun sama naik!
4. Tidur yang tidak mencukupi menyebabkan hormon lapar bertambah dan hormon kenyang berkurang. Selalu lapar bukan sebab saka, boleh jadi sebab kurang tidur!
5. Tidur yang tidak mencukupi menyebabkan kita craving makanan tinggi lemak dan gula! Siapa stay up selalu suka menguyah tengok balik apa anda makan.
6. Kurang waktu tidur menjadikan tubuh lesu dan penat, sukar untuk konsentrasi dan kekal aktif.
7. Semakin lama semakin ramai yang kurang waktu tidur, banyak faktor mempengaruhi.
8. Waktu tidur yang ideal adalah 7-8 jam sehari.
9. Selain jaga kalori, wajib juga jaga waktu dan kualiti tidur.
MW: Kalau betul-betul nak kurus, cubalah sahut cabaran ini. Selamat maju jaya.
Mak-mak boleh saja cuba amalkan penggunaan tungku hambat angin ini. Tak perlu tunggu waktu berpantang baru nak tuam-tuam bahagian berangin tu. Ini cara tradisional yang masih diguna pakai dan bagus untuk buang angin dalam badan.
Kata, Trainer di World SPA Therapy & Consultancy, Puan Sarifa Redzuan II, “kalau perut berangin macam dicucuk-cucuk, angin tersekat. Nak buang angin dan membuang pun jem.”
“Kaki sampai sejuk, badan lemak. Maka, terus buat tungku.”
Cara Sedia Tungku Hambat Angin
Puan Sarifa Redzuan
1. Panaskan batu.
2. Susun daun lengkuas 2 helai, Daun kunyit 2 helai dan Daun cekur 2 helai di layur sedikit dan diletakkan atas kain batik yang hendak di balut tungku.
3. Tabur sedikit lada hitam serbuk atas daun.
4. Tabur boreh jika ada.
5. Angkat batu yang telah dipanaskan ke atas susunan daun.
6. Balut dengan daun tersebut.
7. Balut dengan kain batik.
8. Sebelum tungku, sapu true love magical spell elixir di seluruh perut dan kawasan yang hendak di tungku
9. Mulalah bertungku. Hati hati jika terlalu panas. Letak di perut kain tuala dahulu jika tungku itu terlalu panas.
10.Tungku sekali di pinggang, serta kaki
11. Lepas tungku sapu true love magical spell elixir untuk kesan yang lebih baik.
Badan sedap giler! Buang angin ja ni.
Cubalah!
Tip : Amalan bertungku bukan sahaja untuk mereka yang dalam pantang. Laki perempuan boleh bertungku tau. Kaki yang lenguh, bahu ketat, tengkuk yang sakit serta pinggang yang sakit sangat sesuai bertungku ni.
MW : Haa.. kalau penat-penat balik kerja tu, boleh cuba bertungku cara ini. Kalau dapat bertungku waktu hujung minggu lagi seronok. Lebih relaks dan tak terkejar-kejar waktu.
Wanita hari ini sangat hebat dan peka dalam bab menguruskan kewangan keluarga. Malah golongan hawa ini juga kebiasaannya sangat bijak dan memastikan tidak berbelanja...