Biskut Coklat Cip Ala Famous Amos…MUDAH Nak Buat Dan SEDAP!

Share

Biskut coklat jenama Famous Amos memang mempunyai ramai peminat tak kira peringkat umur. Aromanya saja pun boleh buat kita terbayang-bayang akan kesedapan rasa coklatnya yang lemak dan berkrim.

Biskut ini kalau nak beli, harganya boleh tahan juga. Bayangkan kalau keluarga yang ahli keluarga ramai, dapatlah seorang sekeping dua. Memang tak puas makan. Ha…jangan risau.

Anda boleh buat sendiri biskut coklat cip ala Famous Amos ini di rumah. Tak perlu lagi beli. Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh puan

Azura https://www.facebook.com/ivamarissa ini. Insya-Allah, gerenti jadi dan sedap!

Azura buat dua versi. Yang adunan cerah tu, dia tak letak serbuk koko. Kalau letak lagi sedap baunya. Nak lebih sedap, tambah kacang macadamia…perghhh sedapp!!

Jom Kita Tengok Cara Membuatnya Di Bawah Ye!

Resipi Biskut Coklat Cip Ala Famous Amos

Bahan A: Kacau Dan Aduk Rata

250 gram marjerin (Buttercup)
1 cawan brown sugar
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur

Bahan B:

2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
6 sudu besar minyak
*2 cawan cip coklat (masukkan akhir sekali)


1 sudu besar serbuk koko

Cara Membuat:

Satukan semua bahan A dalam satu mangkuk dan gaul hingga sebati. Tapi tak perlu pukul sampai kembang sebab kita bukan buat kek. Setelah sebati, masukkan bahan B kecuali cip coklat. Gaul lagi dan kacau rata semua bahan. Bila dah sebati, baru tambahkan pula dua cawan cip coklat.

Tambah juga satu sudu serbuk koko. Gaul sekata. Sejukkan adunan. Bila dah menjadi adunan, masukkan ke dalam peti sejuk sekejap dalam setengah jam.

Lepas setengah jam, bolehlah keluarkan adunan dan sedia untuk membakar. Adunannya memang lembik sikit ya. Ketika menyusun biskut atas loyang, jarakkan jauh sikit antara satu sama lain untuk bagi ruang pada biskut untuk mengembang.

Bakar suhu 150 selsius, menggunakan api atas bawah. Setelah biskut masak, angkat dan sejukkan. Siap.

https://www.mingguanwanita.my/biskut-ala-cream-crackers-homemade-tak-kurang-sedapnya-kalau-buat-sendiri/

https://www.facebook.com/mingguanwanita/

IKLAN