Bulan puasa ni selain hidangan berat seperti nasi dan mee sebagai menu utama, makanan sampingan seperti kuih muih dan pencuci mulut juga turut di beri perhatian, pelengkap hidangan. Salah satu yang menjadi kegemaran ramai, terutama di bazar Ramadan ialah murtabak.
Bila nak buat sendiri, bahagan yang paling renyah dibuat adalah buat doh dan uli kulit murtabak. Sebenarnya tak perlu susah-susah lagi, menerusi perkongsian Puan Hidayah Syiblymak-mak boleh buat murtabak guna biskut lemak atau cream crackers je! menurut wanita ini lagi, istimewanya murtabak ini digunakan sebagai salah satu hantaran bagi orang zaman dulu-dulu.
“Murtabak Crackers. Sesuai sebagai juadah berbuka Ramadhan nanti, atau untuk di sedekahkan ke masjid. Zaman dulu dulu, zaman mak saya, murtabak crackers ni orang guna sebagai hantaran”
1 bungkus setengah biskut cream cracker
800 gm daging kisar
2 labu bawang besar (dipotong dadu)
2 biji cili merah (dihiris halus)
2 biji cili hijau (dihiris halus)
Satu ikat daun sup,daun bawang (dihiris halus)
7 biji telur grade A
1 kotak besar susu segar
Dua sudu kecil garam
Dua sudu kecil serbuk lada hitam
Loyang 4 segi di alaskan dengan aluminium foil dan disapu butter seluruh permukaan, saiz loyang ni tak sure la berapa inci.
3 biji bawang putih
1 inci halia
1 biji bawang besar
1 sudu makan cili giling (saya tak taruk sebab tak mau pedas, budak budak yang nak makan)
3 sudu makan rempah kari daging
1.Panaskan minyak, tumiskan bahan-bahan kisar hingga naik bau.
2.Masukkan rempah daging, tumis hingga pecah minyak.
3.Masukkan air sedikit demi sedikit supaya rempah tak hangus dan naik minyaknya.
4.Masukkan daging kisar, masak hingga empuk. Masak daging kisar ni sekejap je, cepat empuk, lagipun kita nak bakar kemudian nanti.
5.Masukkan air jika rasa perlu. Masakkan hingga kering sedikit airnya.
5.Masukkan bawang yang dipotong dadu ,cili hiris, serbuk lada hitam garam serta bahan perasa. Gaul rata.
6.Perlahankan api lalu masukkan daun sup dan daun bawang gaul rata baru matikan api biarkan hingga sejuk sedikit.
7.Pecahkan 7 biji telur, pukul sedikit dan tuangkan dalam adunan daging tadi gaul ratakan.
8.Bahagikan adunan pada 3 bahagian (saya bahagikan agak-agak je main senduk je).
9.Masak susu dalam bekas jangan sampai mendidih, Suam-suam aja dan perlahankan api yang paling kecil, jaga jaga jangan sampai meruap, kacau sentiasa (susu boleh ditambah dengan santan atau diganti dengan santan)
1.Ambil 9 keping biskut (ikut besar loyang) masukkan dalam susu suam sekejap je jangan lama-lama nanti kembang pulak, susun dalam loyang hingga penuh. Bahagian sudut dan tepi mesti penuh, patahkan biskut untuk isi bahagian lompong.
2.Permukaan loyang yang telah penuh disusun biskut, tuangkan adunan daging yang pertama ratakan ke seluruhan permukaan biskut.
3.Kembangkan 9 keping lagi biskut ke dalam susu dan susun dalam Loyang hingga menutupi bahagian adunan daging tadi sudah selesai tekankan sedikit agar rata.
4.Buat perkara yang sama seperti lapisan pertama dan kedua setelah selesai, tekan-tekan ke seluruh bahagian agar campuran telur naik di permukaan biskut.
5.Bakar dalam oven 180’C selama 45 minit pastikan betul-betul masak baru keluarkan dengan mecucuk bahagian tengahnya jika lidi tak ada kesan bererti dah masak lah tu.
6.Keluarkan dari oven dan terbalikkan kat dawai redai. Keluarkan dari Loyang biarkan sejuk boleh lah dipotong dan dihidangkan.
1. Tunggu sejuk baru di terbalikkan dan dipotong bagi mengelakkan murtabak ini pecah.
2. Boleh tambah cheese di setiap lapisan murtabak… Sedap.
3. Tumis guna butter sikit, campur dengan sedikit minyak. Daging cincang akan keluarkan minyak lagi dari lemak yang cair.
Selamat mencuba!
MW: Menariknya resipi Murtabak Cream Cracker ni. Mak-mak tak perlu susah payah nak uli doh untuk buat kulit murtabak. Guna biskut pun boleh jadi. Sesuai buat untuk waktu berbuka nanti.
Rasa Brownies Cookies memang sedap dan kali ini resepi yang dikongsi Puan Yanti Sembiring sangat ringkas dan menjadi.
Katanya dia pun suka buat biskut ini sebab selalu menjadi, tetapi nak buat kena pastikan cara godek itu betul ya.
200 gram buttercup
700 gram dark chocolate beryl’s
Isi dalam mangkuk tahan panas, cairkan dengan cara double boiler atau guna microwave
Ketepikan dan biar sejuk
6 biji telur gred A (saya guna telur 7 biji telur gred B
400 gr gula perang
1 sudu teh vanilla esen
Kacau guna whisk hingga gula larut, masukkan coklat yang dah dicairkan tadi, kacau rata.
Masukkan 200 gram tepung gandum cap bunga rose.
Kacau rata, masukkan dalam pipping bag.
Paipkan atas mat macaron, hias dengan badam slice.
Bakar suhu 150c, 18 minit.
Tunggu sejuk baru simpan dalam balang.
Kalau nak soft cookies bakar suhu 170°c selama 12 minit dan untuk cruchy tambah masa 15 minit.
Jika mak-mak suka biskut rasa lebih rangup, boleh ikut cara kedua ini.
120gm dark chocolate compound
( saya guna beryls / vivo )
40gm butter
(Saya guna buttercup je. Kalau pure butter lagi sedap)
** cairkan secara double boil dua bahan kat atas tu. Bila dah cair dan sebati ketepikan. Biar dia suam sendiri.
1 biji telur size B
60gm brown sugar / gula icing
Esen vanila sikit
50 gm tepung gandum
½ sdk serbuk nescafe 3 in 1
(Untuk menaikkan lagi aroma coklat & rasa coklat lebih sedap)
Pukul bahan B selama 5 minit menggunakan mixer. Kalau nak whisk pun boleh. Tujuan pukul lama untuk dapatkan crack yang cantik.
selepas cukup 5 minit masukkan coklat yang dicairkan tadi dan cukup mix selama 10 saat, tujuannya untuk bagi sebati sahaja.
Kemudian masukkan bahan C dan kali ni jangan guna mixer. Kacau secara kaup balik sahaja hingga sebati.
Rehatkan adunan selama 5 minit. Kemudian masukkan dalam piping bag, ikat getah. Elakkan adunan terdedah.
Kalau ada yang baki adunan dalam bekas sila tutup rapat.
Saya masukkan dalam piping bag yang kedua dan ikat getah.
Sebelum paipkan adunan sila panaskan oven dahulu.
Paipkan atas macaroon mat / parchment paper dan bakar suhu 170 °c selama 15 minit.
Haa… tak payah nak kata budak suka makan, mak budak pun boleh pulun habis sebalang! Selamat mencuba.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Nampak rolled Out ini macam menu orang nak diet tetapi khasiatnya bagus sangat, terutama buat mak-mak menyusu dan hamil jadikan menu sahur.
Kata Kaunselor Laktasi, Puan Nad Masrom, dia sendiri sudah cuba dan kesannya sangat membantu hilangkan rasa lapar. Kurang yakin? Rujuk gambar di bawah ini ya…
Ini resepi simple overnight rolled oat saya. Tak berapa rajin sangat ni. Biasa rolled oat tu saya rendam dengan fresh milk je.
Saya suka letak butter sikit. Buah-buahan tu bolehlah diolah. Nak letak anggur ke, strawberry ke, pisang ke, raspberry ke. Semalam saya sempat capai 2 jenis buah je.
Saya pilih rolled oat berbanding instant oat sebab struktur dia kasar dan tebal sikit. Kalau buat overnight, tak muak sangat. Nak guna instant oat tu pun boleh, tapi macam bubur baby sikit teksturnya bila buat overnight.