Ada benarnya bimbang sungguh dengan trend berpeluang ziarah ke Baitullah sebagai satu penanda aras bahawa hidup kita sudah diberkati. Hakikatnya sesiapa sahaja boleh sahaja ke tanah suci ini.Janganlah kita terus berbangga dengan ibadah yang dilakukan, ini kerana hanya Allah yang menyampaikan kita ke sana. Sebaliknya malulah jika masih melakukan dosa serta tidak menunaikan perintah dan suruhanNya.
Adakah pemergian ke Mekah tanda hidup kita sudah diberkati?
Saya ada satu kebimbangan apabila trend di kalangan kita yang menjadikan ziarah ke Baitullah sebagai lambang hidup kita sudah diberkati.
Baitullah dianggap tempat untuk menyuci dosa, namun bila pulang ke tanahair diulang lagi dan lagi dosa yang sama.
“Aku pondan tapi boleh sampai Mekah” “Aku tak pakai tudung tapi boleh sembahyang depan Kaabah” “Kau banyak solat dan puasa tapi tak pernah jejak ke Mekah”
Mana dalil mana nas menyatakan Kaabah hanya menerima orang yang tiada dosa?
“Bukanlah kebaikan itu dengan memandangkan wajahmu ke timur atau barat, tetapi kebaikan ialah mereka yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, malaikat, kitab dan para nabi, dan memberikan harta yang dicintai kepada kerabat, anak yatim, orang miskin, ibn sabil, dan orang yang memerlukan dan riqab, dan mereka yang menunaikan solat, mereka yang mengeluarkan zakat dan mereka yang menunaikan janji bila berbuat janji”
Sejak zaman jahiliah, orang Mushrik tawaf di sekeliling Kaabah dalam keadaan berbogel.
Sejak dahulu pencuri penyeluk saku membuat onar di keliling Kaabah.
Pelacur penzina begitu banyak di sana sejak dahulu.
Malah bukan satu dua jemaah mati membunuh diri di hadapan Kaabah.
Ads
Adakah mereka mati kena petir di hadapan Kaabah?
Adakah semata-mata berada di hadapan Kaabah tanda semua aktiviti kehidupun mereka selama ini diberkati?
Sahabat,
Siapa pun boleh pergi ke Mekah, siapa pun boleh sahaja tawaf, saie mengerjakan haji dan umrah. Penzina, penipu, pencuri, ahli syirik dan lainnya boleh sahaja ke Mekah pada bila-bila masa.
Dosa hidup kita tidak disucikan semata-hata hadir di hadapan Kaabah. Apabila berbuat dosa, Allah suruh kita bertaubat. Taubat ini boleh dilakukan di mana-mana. Tiada nas menyuruh kita bertaubat hanya di depan Kaabah.
Ads
Dalam Islam tiada ritual penebusan dosa di hadapan Kaabah. Tiada bayaran tiada aktiviti tertentu menghapuskan dosa melainkan taubat. Hanya Allah yang mengetahui taubat kita diterima atau tidak.
Hanya Allah yang berhak mengampunkan dosa kita.
Bergambar di hadapan Kaabah bukan tanda Allah reda.
Tapi cinta kita kepada Kaabah, rindu kita untuk menunaikan umrah dan haji adalah satu ibadah yang sangat baik dan dituntut.
Betapa ramai ahli maksiat pergi ke Mekah dan pulang masih berbuat maksiat?
Berapa ramai orang berkali-kali mengerjakan umrah dan haji tapi masih menipu dan khianat.
Jangan berbangga dengan ibadah kita yang hanya Allah yang menyampaikan kita ke sana.
Mingguan Wanita:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Ada benarnya, berkesempatan dan berpeluang ziarah ke Baitullah bukanlah lambang hidup sudah diberkati.Jangan sesekali berbangga dengan ibadah kita, yang hanya Allah yang menyampaikan kita ke sana.
“Mak buang saya sebab cacat. Saya maafkan tapi tak mampu pandang muka dia lagi. Luahan seorang pemuda kelainan upaya di Tik Tok @c1ncau1 dikenali sebagai Zuki cukup membuatkan ramai yang menangis dan menahan sebak.
Zuki bukan nama besar. Bukan selebriti atau ikon motivasi. Tapi kisah hidupnya, cukup untuk membuatkan ramai menitiskan air mata.
“Mak Buang Saya Sebab Cacat
Dilahirkan dalam kekurangan hingga dibuang mak sendiri tapi kata-kata yang lahir dari mulutnya sudah cukup menggambarkan betapa kecewanya hati seorang anak yang dibuang mak sendiri ke rumah kebajikan hanya kerana kecacatan dialaminya.
Dia diasingkan dari menerima pelukan ibu sendiri hanya kerana sebab dirinya dilahirkan dengan kelainan upaya.
“Mak ayah saya, dia dah buang saya. Saya dah maafkan tapi saya tak nak pandang muka anda lagi. Simple,” kata Zuki yang kemudian dilihat meminta maaf kepada individu yang menemubualnya kerana berkata begitu.
Mungkin kata-katanya dilihat agak tegas tetapi ia mungkin terzahir dari rasa kecewa yang dialaminya kerana tiada peluang membesar dalam kasih sayang mak ayah.
Dia membesar dengan luka yang cukup dalam. Luka yang tidak nampak secara fizikal tapi kekosonga dalam jiwanya. Walau sudah memaafkan ibu ayah yang membuangnya namun tidak mahu melihat insan yang melahir dan membawanya ke dunia adalah luahan dari lubuk hatinya yang dalam.
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Orangnya cukup jelita dan manis. Walaupun baru pertama kali bersua wajah namun Datin Mas Anizan Mohamed Shahid atau lebih mesra dipanggil Kak Mas Anizan, melayan penulis dengan cukup baik.
Mengimbas kembali kisah sewaktu ditemubual sebelum ini, wanita yang lemah lembut dan merendah diri ini mudah didekati.
Malah personalitinya sebagai seorang isteri dan ibu yang penyayang begitu menyerlah.
Datin Mas Anizan Kongsi Tip Didik Anak-Anak
Memandangkan anak-anaknya ada yang sudah bekerja dan cuma yang bongsu sudah mula bersekolah oleh itu Mas Anizan mempunyai masa untuk berlakon.
Pada masa yang sama juga penulis turut bertanya kepada empunya diri tentang tip dirinya mendidik dan membesarkan anak-anak.
“Kak Mas pun masih belajar bab ilmu parenting ni. Masih membaiki itu dan ini. Tapi antara yang kak Mas praktikkan layan anak-anak macam kawan baik. Mereka boleh bercerita apa saja. Tapi dalam masa yang sama kalau buat salah tetap kena marah.
Anak-Anak Jenis Yang Mendengar Kata
“Setakat ini, alhamdulillah tak ada apa-apa yang membebankan kak Mas. Anak-anak semua jenis yang mendengar kata dan memahami kak Mas.
“Akak lebih mendengar, memahami dan memberi panduan kepada anak yang makin menginjak dewasa.
“Anak sulung kak mas, Aliza nampak macam berminat dengan bidang seni. Akak tak halang yang penting mereka pandai menbawa diri dan menjaga maruah keluarga,” jawab Mas Anizan yang turut menerangkan dia sentiasa mengamalkan sikap bertolak ansur dan sentiasa tersenyum.
Berlakon Dengan Izin Suami
Ibu kepada Mas Aliza, Muhamad Masli Danail dan Ariana Marrisa ini kini aktif kembali berlakon.
“Dengan izin suami dan atas permintaan pihak penerbit, kak Mas bersetuju untuk kembali sebagai pelakon. Tak nafikan, kak Mas juga berasa rindu setelah lama menyepi dari dunia lakonan.
“Selain itu kehadiran kak Mas juga bagi memenuhi permintaan peminat yang selalu bertanya bila kak Mas nak buat come back,” kata pelakon yang pernah membintangi filem Antara Gadis yang melonjakkan namanya ketika itu.
Tidak tahan menanggung derita, seorang pelajar perempuan membenarkan sekumpulan doktor di sebuah hospital di sini untuk memotong lengan kirinya.
Joy Arcilla, 21, yang berasa dari Batangas Filipina mengakui tidak mampu menanggung penderitaan ketika menjalani pembedahan dan rawatan kimoterapi sejak lima tahun lalu susulan ketumbuhan tumor pada lengannya beberapa kali. Lengan Arcilla membengkak hingga menyebabkan otot bisep kiri kelihatan seperti watak kartun kelasi, Popeye.
Pada bulan Oktober 2012, Arcilla mula mendapati terdapat ketulan kecil pada lengannya dan menyangka ia akibat kesan gigitan nyamuk. Sehinggalah ketulan itu semakin membesar dan diagnosis mengesahkan ia merupakan Sarkoma Ewing iaitu sejenis kanser tulang atau tisu otot.
“Saya perasan ada ketulan di lengan kiri dan menyangkakan ia adalah gigitan nyamuk, jadi saya biarkan sahaja. Tetapi selepas berminggu-minggu dan berbulan-bulan ketulan tersebut tidak hilang dan a semakin membesar. Ia rasa keras namun tidak sakit”
“Sejak mendapati saya menghidapi kanser, saya takut dan menangis.Saya fikirkan mengenai masa depan dan segala-galanya. Saya berhenti belajar agar saya boleh fokus untuk mendapatkan rawatan.”jelas wanita ini.
Arcilla menghentikan rawatan setelah melakukan 5 kali pusingan kimoterapi kerana tidak tahan melakukannnya.Dirinya berasa sangat lemah dari segi fizikal, emosi dan mental kesan kimoterapi tersebut.Sekali gus menyebabkan tumor tersebut semakin besar dan datang kembali pada 2015.
Sepanjang tempoh tersebut, tumor itu kembali tumbuh biarpun gadis itu sudah menjalani beberapa siri pembedahan, mendapatkan rawatan alternatif, mengubah gaya hidup malah 17 kali telah melakukan rawatan kimoterapi.
Kali Keempat Tumor Kembali Pada 2017
Akhirnya, kali keempat tumor tersebut tumbuh kembali pada 2017 dan semakin agresif. Tidak tahan menanggung derita Arcilla membuat keputusan drastik membenarkan lengan kirinya dipotong pada Disember lalu, bagi mengelakkan komplikasi yang lebih teruk serta tumor berulang dan tumbuh kembali.
Bagi Arcilla, sumber inspirasi dia untuk kekal positif adalah melihat kanak-kanak lain di hospital yang kekal ceria bergelak ketawa dan tetap mampu tersenyum meskipun menghidapi sakit yang kronik.
Ternyata keputusan yang dilakukan oleh Arcilla merupakan keputusan yang paling tepat demi kesihatan dirinya.Semoga wanita ini terus cekal dan kuat menjadi pejuang kanser serta kekal positif dalam kehidupan.
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.