
Bayangkan dunia reka bentuk yang bukan saja dipacu oleh teknologi canggih seperti kecerdasan buatan, tetapi juga diilhamkan oleh warisan budaya tempatan — dan anda berada di tengah-tengahnya, memberi sentuhan peribadi yang unik dan penuh makna.
Itulah suasana yang dicipta oleh acara “Design Perspectives x Golden Pin Salon”, sebuah platform berprestij peringkat Asia yang menjadi titik temu pereka tempatan dan antarabangsa dalam meraikan kreativiti yang berakar dari identiti dan nilai manusia.
Penyertaan Wanita
Acara yang diketuai oleh Golden Pin Design Award dan dianjurkan bersama Taiwan Design Research Institute dan Tsubaki Studio ini membawa tema “Human-Centred Futures: Design at the Confluence of Technology Advancements and Tradition” — satu seruan kepada para pereka, khususnya wanita, untuk menyumbang idea yang bukan sahaja inovatif, tetapi bermakna dan berpaksikan jiwa.

Menurut Vivian Toh, pengasas bersama CUTOUT Design Magazine dan wakil Tsubaki Studio, menyentuh realiti yang dekat di hati ramai wanita dalam industri reka bentuk.
“Ramai pereka berbakat di Malaysia, tapi mereka tidak tahu di mana nak bermula atau bagaimana nak tampilkan karya di pentas antarabangsa. Di sinilah peranan acara seperti ini, sebagai batu loncatan dan ruang inspirasi untuk mereka bersinar.”
Dengan lebih 21 bandar Asia telah dijelajahi sejak 2015 — dari Shanghai hingga ke Kuala Lumpur — salon reka bentuk ini menjadi medan perkongsian idea dan semangat, membina komuniti kreatif rentas sempadan dan budaya.
Sumbang Idea Inovatif
Baru-baru ini, dua sesi dialog menarik berlangsung iaitu “Something Old and Something New” mengupas bagaimana bangunan bersejarah boleh diberikan nafas baru dengan gabungan estetika moden dan teknologi dan “From Inner Worlds to Visual Art”, menyelami perjalanan dari imaginasi hingga ke seni digital yang memberi kesan visual dan emosi.
Sesi yang berlangsung pada 28 dan 29 April 2025 membawakan dua panel jemputan, Ar. Rien Tan – Pengarah TKCA Architects dan tokoh reka bentuk tempatan, IDr. Lai Siew Hong – Ketua pereka di Blu Water dan Fariz Hanapiah – Pengasas bersama Experiential Design Team (EDT).

Acara ini juga membuka peluang kepada hadirin untuk menyertai Golden Pin Design Award 2025, dengan 10 kod penyertaan percuma ditawarkan kepada peserta bertuah. Pendaftaran kini dibuka sehingga 24 Jun 2025 dan diskaun awal ditawarkan sehingga 20 Mei 2025.
Pereka dan syarikat dari seluruh dunia dialu-alukan untuk menghantar penyertaan bagi produk komersial, projek komunikasi visual, reka bentuk ruang siap, serta karya reka bentuk bersepadu.
Jadi, kepada semua wanita kreatif di luar sana — ini peluang anda untuk bersinar. Reka bentuk bukan hanya tentang cantik, tetapi juga tentang menyampaikan cerita dan jiwa. Sudah tiba masanya untuk cipta ruang anda sendiri di pentas antarabangsa
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila lawati laman rasmi Golden Pin Design Award dan sebarang pertanyaan boleh melalui gpaward@tdri.org.tw
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI