Sememangnya hanya kita yang mengenal hati budi pasangan, baik atau buruk dia, hanya kita yang faham. Oleh itu bila timbul masalah, duduk berbincang dengan pasangan dan jangan libatkan orang luar walaupun keluarga sendiri.
Bukanlah tak boleh berkongsi, namun adalah lebih baik mak, ayah selesaikan dahulu masalah yang dihadapi sebelum meluah perasaan pada orang yang tak sepatutnya.
Apa saja yang berlaku dalam kehidupan kita suami isteri, kita berdua sahaja yang tahu sebab kita berdua saja yang menjalani kehidupan tersebut…
Mak mertua tak tahu, malah mak sendiri pun tak tahu… Orang luar kata apa pun, bawa cerita apa pun, ianya adalah spekulasi, persepsi…
Yang tahu cerita itu, juga yang tahu fakta itu, yang tahu kisah sebenar, malah yang arif dengan masalah itu hanyalah kita suami isteri…
Bila Ada Masalah, Duduk Berbincang Dengan Pasangan
Sebab itu apa yang kita boleh selesaikan dalam rumah kita, antara kita suami isteri, maka jangan bagi orang luar tahu atau ambil tahu termasuklah keluarga sendiri…
Jangan cerita atau jangan mengadu… Duduk berbincang, jumpa depan-depan, sembang dengan pasangan… Cari kesepakatan, cari penyelesaian…
Hendak duduk berbincang bersemuka dengan pasanganlah jadi perkara yang paling susah hendak dibuat…
Jangan Libatkan Orang Luar Walaupun Keluarga
Sebab pasangan tak nak bagi kerjasama, ego dan tak suka kalau dia kena terima hakikat bahawa dia yang salah, dia kena minta maaf dan dia kena ubah perangai serta perbuatan dia…
Ads
Komunikasi kita sebagai suami isteri berada di tahap yang lemah jikalau setiap perkara yang berlaku itu, orang luar tahu dan mula masuk campur…
Nota kaki : Kalau kita cerita dekat keluarga kita, keluarga kita nampak pasangan kita itu buruk… Pasangan kita cerita pada keluarga dia, keluarga dia pula nampak kita buruk…
MW: Oleh itu sebaiknya setiap kali berdepan dengan masalah, cuba duduk berbincang dahulu sebelum libatkan orang luar. Bimbang keadaan makin keruh bila ada campur tangan orang walaupun keluarga sendiri. Renung-renungkan.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Ads
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 10 Julai dan 24 Jukai 2021. Peserta diberi tunjuk ajur menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Wajib Join, Latihan Penyediaan Makanan. Ambil tahu dos and don’ts pada 25 Mei dan 19 Ogos. Peserta boleh memilih salah satu sesi yang diadakan pada tarikh tersebut. Kursus ini banyak membantu peserta yang terlibat dalam perniagaan makanan mengetahui perkara-perkara yang harus dielakkan semasa menyediakan makanan untuk pelanggan. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/wajib-join-latihan-penyediaan-makanan/
Tugas isteri bukan sekadar memasak, menyapu sampah dan mengemas rumah. Sedangkan tugas yang dapat dilihat dengan mata kasar inilah sentiasa dipandang oleh pasangan atau bergelar suami. Padahal, kerja-kerja yang melibatkan emosi langsung tidak difikir. Lebih teruk kurang dapat penghargaan daripada keluarga.
Apakah yang dikatakan ‘invisible labor’. Ia bukanlah kerja-kerja rumah yang melibatkan fizikal tetapi kerja mental yang tidak terfikir oleh para suami. Kalau bab memasak, membersih rumah dan sebagainyadiangap kerja rutin isteri. Sebaliknya, bila isteri banyak memikirkan tentang keperluan rumah, susun jadual keluarga dan barangan keperluan anak beranak. Ini sudah cukup memenatkan isteri. Kiranya, dalam kelapa isteri, macam-macam yang difikirkan sematya-mata untuk kebahagiaan keluarga.
Benar juga yang dikatakan oleh Dr Redza Zainol dalam perkongsiannya. Katanya, tugas isteri bukan hanya kerja fizikal tetapi melibatkan kerja-kerja halimunan.
Semua Untuk Keluarga
“Saya nak buat kek hari ni. Abang nak?”
Apa lagi, terus melompat la saya.
“Mestilah nak!” penuh semangat saya jawab.
Terus dia kata jom keluar cari barang. Ahh macam tu je saya termakan umpan isteri. Baru ingat nak duduk rumah hari ni.
Sampai di pasaraya, isteri masuk ke lorong minyak masak, sos cili dan kicap. Satu-satu dia ambil dan masukkan dalam troli.
“Nanti mak abang nak datang kan. Saya beli ni ya.”
“Anak punya ubat gigi pun dah habis.”
Pusing punya pusing, sekejap dah penuh troli tu. Sambil beratur di kaunter pembayaran, saya tanya isteri mana barang untuk buat kek.
Rupa-rupanya, nak beli barang kek kena pergi kedai yang lain. Saya pun gelak aja, dah faham permainan isteri saya.
Akhirnya, kami singgah ke 4 buah kedai. Macam-macam urusan kami selesaikan. Yang paling saya perasan, muka isteri saya jadi berseri-seri. Tersenyum dan nampak dia lega sangat.
Antara kerja yang yang memenatkan isteri bukanlah kerja fizikal tapi kerja yang melibatkan mental.
Isteri saya yang banyak fikirkan barangan di rumah, barang untuk anak. Dialah yang banyak susun jadual kami sekeluarga.
Kerja begini dipanggil sebagai Invisible Labor. Kerja ni wujud pada semua keluarga tapi tak nampak dengan mata kasar.
Yang sedihnya, kerja halimunan ni yang paling kurang dapat penghargaan dari keluarga. Kita hanya nampak kerja yang berbentuk fizikal seperti masak, menyapu dan basuh baju.
Bila kita bantu isteri untuk selesaikan beban halimunan ni, lapanglah kepala isteri. Barulah dia boleh fikir benda-benda gembira pula.
Suami pula dapat tunjuk teladan pada anak lelaki yang teman isteri beli barang, angkat barang dan menyantuni kehendak isteri, itulah contoh baik seorang ketua keluarga.
Pahala dapat, kek pun dapat!
MW: Jangan fikir, isteri hanya buat kerja rumah yang asas sahaja. Bukan itu sahaja memeantkan tetapi dalam kepala isteri kerja-kerja ‘halimunan’ inilah yang menambahkan lagi kepenatan isteri. Kena ingat ya para suami.
Tidak dinafikan, kebiasaannya pengharapan kita pada manusia selalu buatkan kita kecewa, jadi letaklah harap pada Allah kerana dia sebaik-baik Pemberi.
Sebagai manusia biasa kita tak lari daripada mengharapkan balasan kasih sayang atau tanda penghargaan daripada pasangan kita. Kadang-kadang apabila kita terlalu berharap, kita akan merasa kecewa bila harapan kita hanya tinggal harapan.
Ikuti perkongsian Puan Nur Farhana Fizal dan fahami apa yang cuba disampaikan:
“Jangan takut untuk lebih dahulu memberi, dan menjadi yang lebih mencintai.”
Ada kawan minta saya huraikan sikit tagline motivasi diri saya ini.
Pertama dan selamanya, saya ajar diri, untuk selalu letakkan niat dalam hati, aku memberi dan mencintai ini, demi meraih cinta Allah. Bukan cinta suami atau isteri, bukan balasan daripada suami atau isteri. Jika kita dapat, itu bonus.
Pengharapan Pada Manusia Selalu Buat Kita Kecewa
Kita memberi dan mencintai pasangan tanpa syarat. Tanpa perlu ada walau sezarah, rasa ingin dibalas pemberian kita, walau dalam bentuk apa sekalipun. Sebab kita letak keyakinan dalam diri, yang akan balas itu Allah.
Namun, sebagai manusia biasa, ada hati ada perasaan, ada juga nafsu, maka akan hadir juga dalam pemikiran kita, dan pengharapan kita untuk mendapat kembali balasan daripada pasangan, hatta hanya kata-kata penghargaan.
Waktu ini, memujuk hati dan mendidik diri dengan istiqomah melakukan ‘positive self-talk’ sangat penting. Bercakap dengan diri kita bahawa, perbuatan memberi yang kita lakukan adalah untuk meraih cinta Allah juga membina kehidupan kita di syurga.
Beritahu juga pada diri, pengharapan kita pada manusia akan buat kita kecewa. Letaklah harap kita pada Allah, dengan Allah pasti akan beri yang sebaik-baiknya pada kita.
Bila kita tahu dan sedar, apa kita dapat daripada pasangan, adalah apa yang Allah beri, kita mudah berlapang dada.
Self-talk ini setiap hari. Kalau boleh prescribe self-talk ni macam makan ubat tu. Sehari, mesti bagi positif self-talk 4 kali, 5 kali pada diri kita. Supaya kita beri affirmation yang baik pada diri kita.
Cakap pada diri kita, “Akulah pemberi paling baik!” Setiap hari, tanpa jemu. Bukan untuk orang lain, tapi kita beri, untuk kebaikan diri kita semula.
InsyaAllah.
#senimenjadiisteri
MW: Cubalah menjadi isteri yang banyak memberi, insyallah dengan setiap pengorbanan dan keikhlasan yang mak-mak berikan akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT.
Cukup bahagia bila membaca kisah penghijrahan Abby Abadi, daripada artis yang tidak memakai tudung sehingga dia mampu menutup aurat dengan sempurna. Malah lagi gembira melihat cara dia mendidik anaknya sehingga mampu menjadi anak soleh dan solehah.
Terbaru, Abby Abadi sendiri ada trowback kisahnya menerusi Instagram macam mana dia boleh menutup aurat dan begitu istiqamah melakukan perubahan dalam hidupnya. Jemput renungkan dan moga boleh menjadi inspirasi untuk kita semua dan kepada mereka yang masih belum menutup aurat dengan sempurna.
Throwback Umrah March/April 2012 ♥️
Google benda lain, jumpa artikel ni: Sekembalinya daripada mengerjakan umrah pada 26 Mac lalu, pelakon popular Abby Abadi mengambil keputusan untuk terus berhijab. Katanya, keputusan untuk bertudung bukan kerana sudah mengerjakan ibadat umrah, tetapi menyedari ia adalah tuntutan sebagai seorang wanita beragama ISLAM.
“Alhamdulillah, apa yang saya lakukan ini semuanya kerana ALLAH SWT. Ikutkan niat untuk bertudung sudah lama, Cuma saya tidak mahu lakukan atas desakan orang lain. Saya mahu perubahan itu biarlah daripada hati saya sendiri. Dan bila berada di sana, saya terbuka hati untuk terus bertudung.
“Saya juga bersyukur kerana sepanjang berada di sana segala ibadah saya dipermudahkan oleh-NYA. Saya rasa lebih tenang dan belajar banyak perkara yang mana sebelum ini saya buat sambil lewa sahaja. Saya rasa inilah satu-satunya peluang yang ada untuk saya perbetulkan apa yang kurang dalam diri saya,” kongsi Abby yang menganggap pemergiannya ke Kota Mekah sebagai satu kenangan yang cukup indah”
Nota:
Tergerak untuk mengerjakan Umrah yang pertama ni sebab kecewa dengan cinta manusia (bukan Oman) Dah tak tahu mana nak pergi masa tu, baru pandai cari ALLAH (padan muka). Syukur sangat-sangat ALLAH SWT terima saya sebagai hamba yang memerlukan DIA (nasib sempat) . ALLAH lalukan semua kesalahan2 Sy sewaktu disana. Allahu..tak terluah dgn kata2. Sblm balik, depan Kaabah, Sy minta peluang sekali lagi pada ALLAH, utk tebus segala kesalahan Saya dan Alhamdullillah, saya dapat rasakan ALLAH bagi ruang pada saya. Hidayah Petunjuk Milik ALLAH. Itulah hadiah dan peluang yang ternilai untuk saya.
A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on
Throwback lagi…
Tak ingat ni gambar tahun bila, yang Saya ingat masa ni pakai tudung waktu shooting je. Suka pakai tudung bukan sbb ALLAH, tapi sebab rasa mcm cute bila pakai. Pastu pakaipun ikut suka, pakai ikut majlis, pakai bila rasa nak pakai. Pakai bila ada org meninggal. Cam apa je saya la tu dulu.
Kesilapan besar kalau begitu Sahabat, sebab bila kita beragama ISLAM, wajib faham yang wanita ISLAM yang sudah akil baligh wajib menutup aurat seluruh badan kecuali muka & tapak tangan. Tapi sakitnya Sy dulu, tahu dah tentang ini. Tahu tak pakai tudung berdosa, tapi nak pakai terus. Memang taklah! Sebab rasa cam hot sgt rambut mengerbang sana sini. Pergi saloon berjam-jam sebab nak blow rambut (lelaki pulak tu yang basuh & potongkan) Paling sakit, sibuk pagi petang siang mlm nak cantik-cantik, nak bersiap-siap, sampai tak heran pun nak solat sebab sayang ank padam make up. Kalau solat pun, tah iya ke tah tidak dulu. Kejap solat. Kejap tak. Perangai macam apa je, Aduhai. bertahun mcm tu. Bila teringat semula, malu dekat diri sendiri. Paling malu dengan ALLAH.
ALLAH SWT bagi pinjam macam-macam nikmat kt kita. Tapi solat taknak, tutup aurat taknak, tak sedar diri la tu. ALLAH cipta kita ni utk beramal ibadat pada DIA semata-mata. Dah bila kita tak taat pada DIA, tak solat, tak tutup aurat, tak jaga pergaulan dan sebagainya, Kita buat yang ditegah olehNYA, kita berpakaian menjolok mata, tertonjol tang sini, terdedah tang sana. Kita ikut siapa? FIKIRLAH SENDIRI YE.
Antara sebab saya disini… sebab nak share perkara-perkara macam ni la. Biar jadi peringatan bersama. ALLAH sedarkan saya supaya kembali pada DIA & Sy terpanggil untuk share pengalaman, sebarkan dan bagi peringatan tentang janji-janji ALLAH setiap hari disini, sebab dulu takde siapa ingatkan saya tentang semua ni. Saya letakkan diri saya bekerja dengan ALLAH sekarang ni. Kalau ada yang tak suka pun, tiada masalah pada saya kerana semua milik ALLAH. Ingatkan utk solat kerana ALLAH. Saya berusaha Sahabat nak tebus kesalahan-kesalahan dan saya tak nak ulang lagi kesalahan yang sama. Sy usahakan juga unuk sedarkan ahli keluarga saya, sahabat-sahabat lain juga supaya hidup dan mati kita biarlah semata kerna DIA. Dan bergantunglah hanya pada DIA. Solat jangan tinggal. Rugi mati tak solat.
A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on
Nampak tak macam mana Allah mudahkan satu-satu apa yang Abby Abadi perlu, sebenarnya semua wanita mampu. Cuma nak atau tak nak sahaja, jika mahu mulakan… sila bergerak ke arah itu perlahan-lahan. Moga penghijrahan kita akan menjemput rezeki yang lebih berkat dan berganda!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Salah seorang daripada tiga bayi kembar perempuan dilahirkan pramatang di Hospital Melaka berada dalam keadaan membimbangkan. Ketahui perkembangan terkini bayi kembar tiga pramatang kepada pasangan Mohd Fikry Amri dan Sabrina Hakiem.