Bila Suruh Tulis Maklumat, Macam-macam Yang Jadi, Tolonglah Isi Dengan Betul
Gambar sekadar hiasan.

Sebenarnya, rakyat Malaysia ini dah betul-betul bersedia ke teruskan kehidupan dalam norma baharu, PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan). Setiap kali masuk mana-mana premis perniagaan, atau pasaraya, wajib isi maklumat diri yang betul.

Memanglah SOP itu dijalankan, tapi ketelusan perlaksanaannya adakah betul-betul dilaksanakan. Hadamkan teguran Dr Yazeed Hair Johari ini, mengapa penting setiap daripada kita mengisi maklumat yang tepat dan betul.

Waima tulis di dalam buku log yang disediakan mahupun semasa mengisi info pengimbasan QR Code yang ada di premis pusat membeli belah.

Bila Suruh Tulis Maklumat, Macam-macam Yang Jadi, Tolonglah Isi Dengan Betul
Imbas kod sebelum memasuki premis, norma baharu yang perlu dipatuhi.

Mengamuk Bila Disuruh Isi Maklumat Sebelum Masuk Ke Premis?

Semenjak PKPB diumumkan pada 4 Mei, kebanyakkan kedai sudah dibuka semula . Kerajaan membenarkan netizen untuk keluar berbelanja dengan SOP yang ketat dan terkawal agar penularan wabak covid dapat dibendung .

Kita pun dah biasa dengan norma baharu , Sebelum masuk ke kedai , kita wajib disaring terlebih dahulu . Pengambilan suhu badan, Isi maklumat peribadi dan guna hand sanitizer .

Selain mengisi maklumat peribadi, Ada juga premis yang menggunakan Aplikasi code scanning. Tapi sejak dua menjak ni, masa aku isi maklumat peribadi, ada juga aku perasan maklumat yang lain.

IKLAN

1- Tulisan cakar ayam dan tidak jelas
2- Ramai yang menggunakan nama samaran , nick name , dan sebagainya
3-Nombor Telefon – Ada yang tak cukup nombor , Ada yang tak boleh baca lansung nombor tu .
4- Ada yang marah / Mengamuk bila diperiksa
5- Ada yang mengamuk bila terlupa bawak mask dan tak dibenarkan masuk

Mungkin ramai yang dah mula rasa “annoying”, atau meluat dengan prosedur ni.

Kenapa Nak Kene Isi Maklumatkan?

Setiap kali nak masuk kedai .. Leceh .. Asik nak kena isi maklumat dan ambil suhu badan
Sebenarnya.. sangat penting untuk isi maklumat yang BETUL.

1- Pastikan isi nama penuh sebenar .
Kenapa? Kalau kau letak nick name, kebetulan kalau pihak berkuasa call, tak ada siapa kenal nama nick name tu.
2- Pastikan isi nombor telefon yang betul. Mesti ramai yang bantai letak nombor mengarut kan? Ada jugak yang letak nombor tak lengkap.

Kenapa maklumat ini penting?
Maklumat ini sangat penting untuk kkm kenal pasti asal kluster yang wujud, lebih mudah untuk dikesan dan diuruskan.

Semua orang dah mulakan kehidupan masing-masing . Hanya KKM yang sedang menjadi tunggak utama untuk menangani isu covid ni dengan bantuan frontliners yang lain.

Baru baru ni kluster tempatan dah mula meningkat semula .
Jangan kembalikan sejarah PKP lagi. Dengan cara ini sajalah korang boleh bantu KkM menangani wabak ni.

Bila kita nak masuk rumah orang, kena kasi salam dulu. Tak boleh la nak marah-marah.
Anggaplah detail yang kita tulis untuk untuk membantu. Bukan sekadar bantu KKM, tapi bantu orang lain juga.

Inikan norma baharu. Jangan lupa, Virus Sars Cov 2. Masih ada lagi di luar sana.
Staff KKM masih lagi berdepan dengan virus ni. Orang lain di depan sedang korbankan nyawa.

Kenapa kita di belakang, masih tak faham?

MW : Asal nak keluar, memang ada bekal hand sanitizer sendiri. Sesetengah hand sanitizer premis tu, dia punya cair sampai macam air.

Sumber/Foto : Yazeed Hair Johari * Artikel diterbitkan dengan keizinan penulis.