Bila pasangan sakit, tentu hati serba tak kena. Dia demam pun hati dah risau dan bimbang. Suami isteri satu hubungan yang dimeterai dengan ijab dan kabul. Dua insan yang dahulunya asing kini diikat dengan tali perkahwinan. Segala susah senang dikongsikan bersama.
Bila Suami Jenis Perahsia
Manusia memang banyak jenis dan ragam. Begitu juga dengan suami. Ada suami yang jenis sentiasa nak tunjuk macho dengan isteri. Kalau sakit atau dilanda apa-apa masalah, dia lebih suka pendamkan saja dan tak suka berkongsi dengan isteri.
Ada yang bagi alasan dia tak nak isteri susah hati. Sebab itu dia tak suka nak beritahu apa masalah yang dihadapi. Lagi pula, takut isteri membebel. Aduh bang. Isteri bebel tanda sayang dan dia prihatin dengan suami. Kalau tak bebel, makna tak sayanglah tu (ye ke?).
Ada juga yang memang jenis tak suka kongsi dengan orang lain walau pun dengan pasangan sendiri. Memang itulah sikapnya daripada dulu. Isteri yang dah faham sikapnya itu sejak awal kahwin, reda je lah.
Foto: Pexels
Bila Suami Bab Sakit Pun Tak Nak Kongsi
Itu bab masalah. Kadangkala dia tak sihat pun, tak suka nak kongsi dengan isteri. Tak nak susahkan isteri dan buat isteri bimbang katanya.
Tapi naluri sebagai suami, dia tetap nak diberi perhatian oleh isteri, sebagai orang yang paling rapat dengannya.
Jadi, isteri kenalah prihatin. Kalau nampak suami tak sihat seperti demam, ambil tahu. Mungkin suami tak nak susahkan isteri sebab tengok isteri sibuk dengan anak-anak.
Ads
Pun begitu, isteri kena alert dengan suami. Kasihan suami. Apa salahnya urut badannya, buatkan bubur nasi dan ambilkan dia ubat. Tentu kurang sakit yang dialaminya itu. Percayalah.
Ketika suami tidak sihat, waktu inilah isteri kena ambil inisiatif untuk mendampingi suami. Tunjukkan rasa prihatin, pasti tersentuh hati suami walau pun semacho mana pun dia.
Faham, isteri sibuk dengan anak-anak. Belum lagi yang bekerja. Terkejar-kejar nak uruskan anak-anak, rumah tangga dan kerja.Tapi, macam mana isteri risau dan jaga anak bila sakit, macam itu jugalah kita tunjukkan pada suami ketika dia sakit. Belum lagi sakit kronik kan. Itu cerita lain pulak tu.
Suami Kisah Sebenarnya
Mungkin nampak suami tak kisah tapi dalam hatinya, dia kisah ye. Cuma dia tak nak susahkan isteri yang nak urus macam-macam.
Ads
Walau macam mana macho dan gagah pun suami, isteri kena sentiasa ingat, bila sakit, dia tetap perlukan perhatian isteri. Suami mana tak suka isteri caring dan prihatin pada dirinya bila dia tengah sakit kan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bila buat kerja rumah, ada sesetengah perempuan dia tak ambil kira bab penat. Janji semua settle dan teratur. Itu yang kadang ada perempuan cepat stress dan serabut. Suka paksa diri sebab nak tengok benda sempurna.
Haaa… kalau ada sikap macam ni dalam diri, tolong beringat. Kongsi perasaan tu awal-awal dengan kaum suami, sekurang-kurangnya dia tahu dan boleh tolong mana yang patut.
Macam yang saudara Firdaus Shakirin kongsikan ini, nak hasilkan yang terbaik pun biar berpada-pada. Jangan sampai emosi terganggu.
Buat Kerja Rumah Takat Yang Mampu
“Nak jadi isteri yang baik itu boleh, tapi jangan ‘terlalu’ berusaha untuk menjadi yang terbaik…”
Buat setakat yang mampu, setakat yang awk boleh then minta suami untuk faham keterbatasan awak dalam menjadi seorang isteri, seorang ibu dan juga seorang pekerja.
3 status yang dipegang seorang perempuan setelah mendirikan rumahtangga.
Dia menjadi seorang isteri kepada suami, dia seorang ibu kepada anak-anak dan dia juga seorang pekerja kepada majikan (jika bekerja) dengan kudrat sebagai seorang perempuan. Anda rasa, sampai bila anda mampu untuk menggalas ketiga-tiga status itu dengan baik? Dan boleh melakukan semuanya dengan sempurna?
Please know your limit…
Tahu kemampuan dan batas awak, jangan buat semuanya terlalu sempurna sebab lama-kelamaan awak akan letih, awak akan penat. Bila awak letih, bila awak penat, awak akan beremosi dan cepat sensitive.
Awak akan moody dengan suami, awak cepat marah dengan anak-anak. Awak dah almost fully utilize fizikal awak, mental awk.
Kalau tak sempat buat kerja rumah tu hari ni, buatlah esok.
Perempuan Bukan Robot
Jangan paksa diri untuk buat juga bagi setel ari ni. Bezakan kerja rumah apa yang perlu dibuat dahulu, kerja rumah mana yang boleh dibuat dihujung minggu dan sebagainya. Jangan anggap semua kerja-kerja rumah tu perlu dibuat dalam hari yang sama, perlu disiapkan dalam hari yang sama. Jangan seksa diri sendiri untuk semua ni. Jangan paksa diri semata-mata untuk semuanya kelihatan baik dan sempurna.
Jangan… anda bukan robot.
Anda perlukan rehat yang mencukupi untuk terus berbakti dan anda juga perlu untuk terus sihat dalam menjadi seorang isteri dan seorang ibu.
Sayangilah diri anda sebelum menyayangi diri orang lain.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mengandung lagi! Aduhai nak pengsan dibuatnya. Terutama bagi golongan yang mengalami alahan teruk. Ada yang muntah seharian, lembik dan melepek. Macam-macam peel ketika hamil sehinggakan ada yang serik.
Paling tidak tahan, di awal kehamilan mual yang melampau. Buka saja mata mual sehingga muntah. Penat je makan belum sempat hadam dah muntah. Sebenarnya ada cara untuk kurangkan mual dan atasi alahan mengandung. Jom semak…
9 Cara Rawat Ibu Hamil Yang Alah Teruk
1. Set minda agar positif. Dengan cara ini otak menghantar mesej pada tubuh agar positif dan kuat.
2. Elakkan makan jeruk, ia tidak elok untuk kesihatan ibu dan bagi. Gantikan dengan buah-buahan segar.
3. Waktu pagi, jangan terus bangun. Tenangkan diri, mengiring kemudian baru bangun perlahan-lahan dari katil. Bangun secara mengejut akan buat anda pening dan sakit pinggang.
4. Jangan terus gosok gigi sebaik bangun pagi. Makan sedikit biskut untuk elak loya. Selepas 15 minit baru mandi dan gosok gigi.
5. Jangan biar perut lapar ia menyebabkan perut masuk angin. Akhirnya akan muntah.
6. Makan sikit tapi kerap. Makan sekaligus dalam kuantiti banyak akan buat kita muak dan muntah.
7. Elak makanan yang berminyak.
8. Boleh juga kulum gula-gula pudina untuk hilangkan loya tapi jangan ambil berlebihan.
9. Minum jus limau dapat bantu hilangkan loya dan elak muntah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Susahnya nak rapat dengan ibu mentua, apa lagi nak jadi menantu pilihan. Tak boleh salah sikit, habis kita dihamunnya. Mungkin betul lah kata orang, wanita mana yang rapat dengan mentua dia memang cukup beruntung!
Haaa… Jangan main-main, untungnya sampai boleh mengalir pada cucu.
Jangan risau, sebenarnya ada ‘Top Secret’ yang anda perlu tekankan dalam hubungan menantu mentua. Cuba semak sini…
Pikat Hati Mentua
1. Jadikan ibu mentua sebagai guru masakan anda. Pasti dia gembira.
2. Rajinkan diri bertanya khabar dengan menghubungi ibu mentua. Paling tidak satu minggu sekali.
3. Berikan ibu mentua hadiah semasa hari lahirnya.
4. Apabila bercuti ke mana-mana, pastikan ada cenderahati untuk ibu mentua. Lebih bagus sekiranya cenderahati itu memang menjadi minatnya
5. Banyakkan merujuk masalah dengan ibu mentua walaupun hanya perkara kecil. Secara automatik membuktikan bahawa dia adalah orang penting.
Macam mana pula cara untuk lebih dekat di hati? Haaa… kenalah ambil ilmu ini.
Masuk Dunia Keluarga Mentua
1. Anggap keluarga pasangan seperti keluarga sendiri.
2. Terima pandangan daripada ipar-duai dengan hati terbuka.
3. Tanamkan rasa hormat antara satu sama lain.
4. Bersikap lebih terbuka dan menerima.
5. Jadilah seorang yang ringan tulang.
6. Belajar jaga hati masing-masing.
7. Bertolak ansur.
8. Amalkan sikap saling memaafkan.
Mungkin masih ada yang tak ngam dengan mentua tetapi apa salahnya rapatkan hubungan dengan ilmu curi hati mentua ini! Janji tak peningkan kepala encik suami.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...