Suami yang baik dia akan benarkan isteri buat apa dia suka. Tanpa menghalang minat isteri. Malah, memberi galakan dan rangsangan baik sokongan emosi mahupun bantuan fizikal.
Dan inilah yang dilakukan oleh BroOhsem, Akhtar Syamir yang tak menghalang hasrat isteri mahu buat apa saja yang dimahukan. Lagi-lagi di musim PKP kena duduk rumah saja.
Ini Minat Isteri Saya, Suka Deko, Mengemas, Menyusun
Dinding rumah saya ni sudah dicat berkali-kali oleh kontraktor berbaju kelawar sorang ni. Tak cukup dengan itu, wallpaper pun dan 2 kali rasanya.
Dulu dia selalu buat bila saya keluar bekerja. Sekarang saya dah bekerja di rumah. Dia suruh saya duduk dalam bilik dan buat kerja. Tak mahu mengganggu dan tak mahu diganggu.
Inilah minat isteri saya. Suka mendeko, suka mengemas, suka menyusun. Kalau masa saya bekerja dulu, sedar-sedar bila balik kerja, ada je yang ditukarnya. Meja tukar tempat, sofa beralih, almari yang besar gedabak tu pun dia boleh alih sorang diri. Peti ais yang berat pun dia boleh tukar tempat banyak kali.
Memang tak sia-sia ikutkan kehendak selera makan dia. Kuat sungguh kederat dia. Haha..
Bila kita bagi isteri kita buat apa yang dia minat dan suka, kesannya akan berbalik kat kita tau. Terutamanya pada musim PKP yang ke lapan belas ni.
Tertekan Asyik Di Rumah
Nak bawa dia keluar jalan-jalan pun tak boleh. Jadi, dia akan terperap je kat rumah.
Dengan anak-anak yang celik mata je terus realisasikan perancangan sebelum tidur setiap malam untuk sepahkan rumah.
Tertekan sebenarnya asyik di rumah sahaja. Memanglah banyak benda boleh buat. Tapi ada kalanya dah puas buat.
Jadi, bila dia intro tunjuk gambar cat rumah warna itulah, warna inilah, saya dah faham dah.
Saya cakap kat dia, buatlah macam mana pun, saya setuju. Asalkan dia suka. Ade je masa cat yang dia pilih tu dia jadi tak suka lepas dah cat. Tapi biarlah, takde masalah pun. Yang mengecatnya dia, yang menukar catnya pun dia juga.
Bila Isteri Gembira Buat Apa Dia Suka, Kesannya Berbalik Pada Suami
Saya hanya minta dia senaraikan sahaja apa yang perlu dibeli dan senaraikan dengan lengkap. Jangan anggap yang saya faham apa yang dia fikirkan. Nak barang apa, tulis betul-betul dan cukup-cukup. Kalau takde, saya akan cari sampai ada.
Memang akan ada kos sikit, tapi kalau ini boleh buat dia gembira, apa salahnya. Sebab bila dia gembira buat apa yang dia suka, dia akan rasa puas. Dia akan rasa berbaloi apa yang dia buat tu. Dia jadi seronok. Dan akhirnya dia akan kembalikan semua perasaan yang bagus-bagus tu pada suami dan anak-anak.
Jangan tak percaya benda ni. Isteri yang gembira pasti akan menggembirakan.
Tanya apa isteri minat. Tanya betul-betul, ada tak benda yang dia nak buat. Pasti ada. Jauh di sudut hati itu ada hasrat yang dia pendamkan kerana tidak dapat diluahkan. Tetapi jika kita bukakan jalan, jika kita beri sokongan dan kebenaran, akan keluarlah semangat yang luar biasa dari diri mereka.
Kali ini memang cantik pilihan warnanya, saya pun suka. Semua dia cat sendiri. Tapi yang bestnya kali ini, anak saya Jasmine pun turut sama membantu.
Jika anda pernah tertanya-tanya “apa sebenarnya yang isteri aku ni suka?” Mungkin anda kena berhenti tanya diri sendiri dan mula tanya pada empunya diri.
Semoga penulisan ini dapat memberi manfaat. Nanti saya kongsikan hasilnya ye.
Suami tak kedekut belanja keluarga, isteri akan rela keluar duit untuknya.
MW : Tak rugi pun kan bila suami beri keizinan pada isteri buat apa dia suka. Sebab macam mana pun, kesukaan isteri tu akhirnya akan berbalik pada suami dan anak-anaknya.
Sumber/Foto : Akhtar Syamir
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI