Bila Saiz Tubuh Isteri, Hati Suami Pun Ikut Berubah!

Setiap manusia dilahirkan unik, dengan sifat dan keinginan yang berbeza-beza. Tengok saja, selera makan pun tak sama, begitu juga saiz badan.

Dalam soal memilih pasangan hidup, sejauh manakah kebenaran bahawa saiz badan juga penentu kebahagiaan dalam rumah tangga?

Bila Saiz Tubuh Isteri Berubah, Hati Suami Pun Ikut Berubah!

Sebelum Dan Selepas Kahwin

Ramai yang mengalami perubahan saiz fizikal selepas kahwin terutama para wanita, lebih-lebih selepas melahirkan anak.

Jika sebelum kahwin, badan langsing dan solid. Tapi selepas bersalin, bentuk tubuh mula berubah, badan makin berisi dan tak lagi seksi di mata suami. Malangnya, ada suami yang menjadikan ini sebagai punca untuk dia berubah hati! Dah tak ‘taste’ pada isteri sendiri!

Topik Nafsu dan Saiz ini menjadi pilihan untuk diketengahkan dan dikupas di dalam Mingguan Wanita Talkshow yang bersiaran pagi tadi jam 11 pagi hingga 12 tengah hari, di Astro Prima 105 dan Prima HD 121.

Topik hangat ini telah dibincangkan oleh para tetamu yang hadir iaitu Prof Madya Dr. Nik Salida Suhaila, Prof Madya Dr. Kamal Kenny dan Atu serta isteri, Syafeeqa.

Antara perkara yang menarik telah dikongsikan:

Profesor Madya Dr. Kamal Kenny

Menurut Naib Pengerusi Persekutuan Persatuan Reporudktif Kesihatan Malaysia ini, dalam hubungan suami isteri, faktor komunikasi sangat penting.

Pasangan perlu berkomunikasi dengan terbuka setiap masalah dan kekurangan dalam rumah tangga. Misalnya jika suami tak selesa dengan perubahan bentuk badan isteri, kena ada komunikasi berkesan digunakan, agar isteri tidak rasa kecil hati.

Namun tak dinafikan, ada yang menganggap saiz badan dan penampilan fizikal pasangan perkara besar dalam rumah tangga. Beza di antara lelaki dan perempuan, perempuan lebih fokus pada emosi dan lelaki pula lebih kepada fizikal. Mungkin disebabkan itu lelaki akan ambil serius perubahan badan isteri.

IKLAN

Ada juga isteri yang memiliki self esteem yang rendah, membuatkan dirinya sendiri berasakan dirinya tak menarik lagi dan suaminya dah tak sayang. Bermaksud dia yang berfikiran begitu sedangkan suami tidak ambil serius soal itu.

Jika ini terjadi, berbincang dari hati ke hati dengan suami, apakah benar suami makin hilang tarikan pada diri mereka kerana sudah berubah fizikal?

Atu & Isteri

Pasangan muda ini mengakui sikap mereka sangat berbeza namun itu yang membuatkan hubungan mereka akrab. Menurut Atu, dia ada menegur isterinya berkaitan berat badan tetapi secara gurauan dan isterinya Shafeeqa dapat terima dengan terbuka.

Walau bagaimana pun, dia menganggap soal fizikal bukan perkara utama yang boleh membuatkan dia berubah hati. Yang penting, isterinya memiliki sikap tegas dan serius, hidupnya lebih teratur selepas kahwin.

Manakala untuk Syafeeqa pula, dirinya sendiri yang rasa tidak selesa dengan perubahan fizikalnya dan mengambil inisiatif untuk menurunkan berat badan. Syafeeqa bersyukur kerana Atu memberikan sokongan iaitu dengan menjaga anak-anak bila dia pergi bersenam dan sebagainya.

Bila Saiz Tubuh Isteri Berubah, Hati Suami Pun Ikut Berubah!

IKLAN

Profesor Madya Dr. Nik Salida Suhaila

Dalam mencari pasangan, ada beberapa ciri yang patut diambil perhatian utama iaitu seseorang yang paling memahami.

Lain-lain seperti paras rupa adalah bonus. Bukan mudah kerana tiap manusia pelik dan ada personaliti tersendiri. Bukan mudah untuk berjumpa dengan orang yang boleh faham diri pasangan. Selain itu, seseorang itu mesti mudah memaafkan diri pasangan dan sentiasa memberikan semangat serta dorongan pada pasangan.

Orang yang mudah berubah hati adalah disebabkan dia hanya nampak fizikal sebagai perkara utama sedangkan banyak lagi perkara lain yang menonjol, seperti isteri yang baik dan sebagainya.

Walau bagaimana pun, isteri kena terbuka dan bersedia untuk menambah baik penampilan untuk mengambil hati suami. Manakala si suami pula perlu lihat isteri dengan ‘mata positif’, jangan lihat yang buruk pada isteri.

Isteri juga perlu ‘develop’ sesuatu yang boleh ‘mengikat’ hati suami. Misalnya, sangat cekap dalam urusan rumah tangga hingga suami fikir, kalau dia kahwin dengan lain, takkan ada wanita yang secekap itu.

IKLAN

Namun, tak dinafikan, hal remeh boleh menjadi punca perceraian seperti kes isteri tidak membuang lemak ayam ketika mencuci ayam. Suami sudah tidak dapat bertahan lagi selepas 25 tahun berkahwin dan ambil jalan untuk bercerai.

Memang panas topik hari ini. Jangan lupa saksikan episod ulangan Mingguan Wanita Talkshow ini di Astro Prima 105 dan Prima HD 121 pada pukul 5 petang ini. Siti Elizad, Norman Hakim dan Erra Fazira akan membincangkan topik ini bersama tetamu-tetamu istimewa yang akan memeriah perbincangan di studio MW.

Sebarang komen dan perkongsian boleh menghubungi Talian Teman Setiap Wanita di 03 89389647.

#MingguanWanitaTV

#MingguanWanitaTalkShow

#MingguanWanita

#TemanSetiapWanita

#AstroPrima105

#PrimaHD121

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI