Bila Rindu Pada Yang Tiada, Doakan & Buat Amalan Baik Kemudian Niatkan Untuknya

Share

Sesungguhnya bila rindu pada yang tiada, doakan kebaikan dan buat amalan baik kemudian niatkan untuknya. Hanya itu caranya kita menghilangkan rindu pada yang tiada.

Ternyata rindu pada yang tiada amat pedih. Ianya tak sama seperti mana rindu pada yang masih hidup. Kadang-kadang rasa rindu itu tak terungkap dek kata-kata.

Oleh itu mungkin dengan cara ini, bukan sahaja sedikit terubat kerinduan, malah dalam diam mak ayah telah belajar berbuat kebaikan tanpa sedar.

Bila Rindu Pada Yang Tiada

Kongsi Ustaz Khairul Anuar Basri, rindu pada manusia ini sakit. Rindu pada manusia yang sudah tidak ada, lagilah sakit.

Kalau kita rindu pada manusia yang masih hidup, kita boleh ambil phone, kita call dia. Paling tidak pun, kita whatsapp dia bertanya khabar. Selepas itu hilanglah rindu kita itu.

Tapi kalau kita rindu pada manusia yang sudah meninggal dunia, kita sudah tidak boleh buat apa-apa. Tahan sajalah rindu itu walaupun terpaksa menitiskan air mata.

Baca Juga Di Sini:

Prof Muhaya Mohon Maaf “Mendoakan Wanita Berjaya, Berbahagia Dunia Akhirat, Mendapat Reda Allah”

Adab Bersedekah & Menerima Sedekah, Ada Caranya Nak Doakan Pemberi Dan Penerimanya

Tasha Doa Allah Berikan Ganjaran Pahala, Kesudian Mendoakan Kesejahteraan & Kesihatan Ibu Bapanya

Doakan & Buat Amalan Baik Kemudian Niatkan Untuknya

Apa boleh kita buat bila kita rindu pada seseorang yang sudah meninggal dunia?

Kita boleh doakan dia dengan kebaikan. Kita boleh doakan agar Allah masukkan dia ke dalam syurga.

Selepas itu, kita boleh buat amalan-amalan yang baik macam sedekah dan niatkan untuk dia. Itu cara kita nak nyatakan rindu kita kepadanya.

Ada Rindu Yang Berfaedah

Selamat pagi para perindu.

Ada rindu yang ada pahala. Ada rindu yang tidak ada faedah. Pilihlah rindu yang ada pahala. Barulah berbaloi rindu kita tu.

#KAB
– nak jadi orang baik yang dirindui –

Mingguan Wanita: Kadang-kadang ziarah kubur mereka yang telah pergi juga membuatkan rasa rindu itu berkurangan. Al-Fatihah buat yang telah pergi.

Sumber: Ustaz Khairul Anuar Basri

JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW

Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya:  https://t.me/bangkitwanitaMW

Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.

Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.

Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.

Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40

Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran  //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Youtube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

IKLAN