Jadi mak-mak, perlu uruskan anak-anak dan rumahtangga memang tak mudah. Ada masanya rasa diri cukup lelah, jiwa gelisah dan fikiran mula tepu dan tak menentu. Inilah masanya perlu ‘Pause’, iaitu berhenti sekejap daripada melakukan kerja-kerja rumah yang tak pernah habis mahupun menguruskan anak-anak.Penting,mak-mak untuk fokus fikirkan mengenai diri sendiri seketika terlebih dahulu, agar kembali bersemangat dan bertenaga untuk menguruskan semuanya.

Baca perkongsian daripada Puan Siti ‘Aisyah Rozalli ini sebagai rujukan;

Mak-mak.
Takpe tau kalau nak PAUSE.

Akan sampai satu waktu, dalam hidup kita, yang kita rasa macam tepu sangat.

  • Anak menangis pun kita rasa bunyi nya tu macam gegak gempita betul.
  • Terpijak lego kecil pun kita rasa macam sakit nak menangis kuat-kuat.
  • Bangun tidur, rasa macam takde mood sangat.

Hmm…

Sebenarnya…
Kita dah penat tu.

Mentally exhausted.

Sebab tu kita tidur banyak mana pun, kita tetap tak rasa hilang letihnya.

PAUSE penting tau, mak-mak.

PAUSE ni apa?

IKLAN

PAUSE tu maksudnya, kita berhenti kejap.

  • Berhenti fikir pasal sekolah anak.
  • Behenti risau baju tak lipat.
  • Berhenti rasa lekit kat lantai.
  • Berhenti baca posting kawan pergi vacation.
  • Berhenti baca tips parenting yang kita tahu tak boleh nak buat sekarang.
  • Berhenti risau jiran sebelah ngumpat apa.

PAUSE

PAUSE

Letak je tepi handphone tu.
Simpan dalam laci pun takpe.
Tak payah hirau apa-apa yang bukan hidup kita.

Fokus Pada Hidup Sendiri

FOKUS pada hidup kita je.

  • Ajak anak baring kat ketiak sambil termenung pandang siling ke.
  • Mandi lama-lama sikit ke.
  • Pasang K-Drama ke.
  • Karaoke lagu nasyid ke.
  • Masukkan RM80 dalam akaun dan berbelanja online ke.

Apa-apa lah.

IKLAN

Apa-apa yang boleh buat mak-mak fikir pasal diri sendiri je dulu.
Kejap je. Tak lama pun sebenarnya. Kita dapat dalam 1 jam pun best dah.

Buat masa anak dah tidur, atau masa anak belum bangun tidur.
Mana-mana yang sesuai.

Ambil hari Sabtu atau Ahad, waktu anak-anak cuti.

Nanti, bila rasa dah energized semula, baru RESUME kerja-kerja kita tu.

Lagi satu, tak perlu kita risau nak perfection rumah masa zaman anak-anak kecil ni.

IKLAN

Buat penat je.

Nanti diorang dah besar sikit, OK lah tu.

Take it easy on yourself tau.

Salam sayang,
MakAnakEmpatKecikKecik
MakRumahSepah
MakTerpijakLegoTadiPagi

P/S: Jemput SHARE untuk support mak-mak yang kelelahan

Baca Lagi Di Sini:
‘Me Time’ Yang Terbaik, Biar Isteri Ada ‘Quality Time’ Dengan TuhanNya
Jangan Persoal Bila Isteri Minta REHAT, ‘Me Time’nya Takkan Sama Dengan Suami

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Ada benarnya bila rasa lelah, letih dan tepu, mak-mak tak perlu paksa diri. Penting amalkan ‘Pause’, berhenti sekejap daripada urusan yang tak pernah habis dan fikirlah keperluan diri sendiri dahulu.

Sumber: Siti ‘Aisyah Rozalli

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI