Kalau dah namanya perempuan, sifatnya tentulah manja, merajuk, kadang-kadang mood ke laut dan sebagainya. Inilah sifat yang berbeza dengan lelaki. Sebab itulah pasangan perempuan adalah lelaki.
Dalam rumahtangga juga, sifat-sifat ini tetap ada dan mungkin akan bertambah lagi sifatnya bila dah ada anak. Itulah namanya perempuan. Sebagai suami mesti kena faham, tak perlu mengeluh sebab dialah penghibur terbaik untuk suami. Bersyukurlah.
Perkongsian daripada Khairul Johari ini ada betulnya tentang seorang yang bernama perempuan dan isteri. Mungkin ada lagi bolehlah tambah ye.
Kalau takde tudung yang match dengan baju, maknanya dia TAKDE tudung ok. Walaupun tudungnya penuh almari.
Kalau baju yg sama dia dah pakai selalu selama 3-6 bulan, maknanya dia TAKDE baju ok. Walaupun bajunya dah tak muat almari.
Keronsang yg dia beli RM10 dpt 20 biji tu, boleh habis tau walaupun dia kata dia tak makan keronsang tu. Dan dengan muka macam orang dah ambil keronsang dia, dia akan kata, tak taulah pegi mana semua keronsang tu.
Ads
Beratnya 50 kg tapi kawannya 49.5 kg, dia dah rasa dirinya gemooookkkk sangat. Esoknya dia start diet.
Dia yang buat hal, lepas tu dia yang merajuk.
Kalau orang usik tudung yang dia dah gosok cantik licin bagai telur rebus baru dikupas, dia boleh meletup bagai bom atom tersimpan beribu tahun lalu. Walhal boleh je gosok balik. Tak pun ejas je baik-baik. Dah pakai kang kedut gak balik.
Dia boleh pakai tudung dengan pelbagai cara lipatan, lilit sana sini, pin sana sini kat kepala dia, siap buat tutorial lagi, tak pun dia gigih ikut tutorial orang lain, tapi lipat kain dia malas.
Orang marah anak dia tak boleh, tapi dia marah anak dia sampai hujung kampung boleh dengar, tak pe pulak.
Dia tahu sakit bersalin tu macam nyawa di hujung rambut, tapi seriknya sekejap je. Tak lama, dia nak mengandung lagi.
Sakit bersalin dia boleh lalui berulang kali tapi jarinya kena pisau sikit dah meraung macam apa.
Ads
Di mata lelaki, warna ada 12, ikut kaler pensil anak kat sekolah. Yakni hijau is hijau, biru is biru dan seterusnya. Tapi di mata perempuan, kaler ada 36++ macam warna stabilo yang kotak besar tu, itupun tak cukup tau. Hijau je ada 6-8 warna, hijau lumut, hijau pucuk pisang, hijau mint, hijau tua, hijau muda, hijau tua sikit, hijau bla bla bla… Itu baru hijau ok. Itu belum lagi ungu biji kundang, ungu ros, ungu kuat, ungu pelan, arggghhhh macam-macam la… so, jangan silap kaler ok.
Mulutnya kata lain sedangkan hatinya nak lain. Lepas tu bila orang tak paham, dia sedih. Huhuhu….
Dia tahu sakitnya dianiaya orang yang dia sayang, tapi dia tak pernah serik bagi peluang lagi dan lagi walaupun dia tahu dia akan disakiti lagi dan lagi. Sedangkan tak semua yang mengerti.
Dia boleh jadi dragon fly yang comel, boleh jadi dragon fire yang menakutkan, tapi dia adalah dragon ball yang susah nak dapat walaupun dah banyak episod. Dah dapat pun boleh terlepas balik ok.
Itulah perempuan, penghibur terbaik yang Allah kirimkan buat semua kita di dunia. Selagi dia tak minta di luar kemampuan kamu, turutilah. Andai tak mampu, betulkanlah dia secara berhemah. Dia bidadari kamu di syurga nanti. Kat sana nanti, walau hodoh mana dia di dunia, dia akan jadi paling cantik, Insya Allah.
Mingguan Wanita : Kadang-kadang pelik jugak, diciptakan untuk jadi kaum hawa tapi perangai macam lelaki, begitu juga sebaliknya. Bersyukurlah dengan anugerah yang Allah berikan ini.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
‘Mak singa buat anak menjadi?’ Elak mengaum ikut emosi, tapi mak-mak marahlah anak dalam keadaan rasional. Di saat anda dapat memikirkan kesannya ke atas anak-anak.
Tidak dinafikan ramai yang berpendapat mak singa atau mak yang garang buatkan anak-anak menjadi atau patuh. Itu adalah jawapan mengikut logik akal.
Sebaliknya mengikut sains, ikuti perkongsian Puan Wawa Shauqi dan fahami apa yang disampaikan:
Mak Singa Buat Anak Menjadi?
Baru-baru ni, baby Cikgu Muhammad Nazmi demam lepas jadi saksi bapanya ditempik dan dimaki. Boleh bayang lah level tempikan tu dasyat mana sampai budak pun boleh demam.
Macam mana boleh sampai demam?
Betul ke budak bila terlalu rindu pun boleh demam?
Ya, boleh bila badan anak bertukar ke mode Toxic Stress.
Kebiasaannya, bila otak kita terima ancaman, dia akan bagi arahan kat badan untuk keluarkan ADRENALIN dan KORTISOL.
2 hormon ni adalah hormon stres, yang membuatkan kita punya badan jadi alert terhadap ancaman.
Contoh keadaan : Lari bila nampak ular. Asyik terkejut-terkejut lepas nampak lipas yang kita geli. Jadi alert lain macam bila dengar ada benda mengilai atas pokok. Laki kita tetiba melompat dari sofa dan tiba-tiba ligat buat kerja lepas dengar suara kita menjerit marahkan anak.
Itu antara tanda badan kita dah ada Adrenalin dan Kortisol yang buat kita alert.
Elak Mengaum
Alert inilah contoh Positive Stress yang bantu kita terus survive. Berterima kasih kat 2 hormon ni. Asbab 2 hormon tu, manusia boleh survive berjuta-juta tahun tanpa pupus.
TAPI!!!
Lain yang jadi kalau badan kita terima hormon stress ni secara berterusan.
Kalau setiap hari anak dipekik, dipukul, didera, dimaki, disumpah seranah, dilayan macam anak tiri, Adrenalin dan Cortisol jadi berlambak-lambak dalam badan.
Dan membuatkan badan kita berada dalam keadaan TOXIC STRESS.
Macam anak cikgu Najmi, oleh kerana beliau masih bayi, toleransi dia terhadap stres sangat rendah. Menyebabkan badan dia detect sebagai ancaman secara berlebihan. Dah jadi Toxic Stress.
Anak kita pulak macam mana?
Imagine, badan anak berada dalam keadaan alert sepanjang masa. Sentiasa rasa diancam. Maka tahap ni, otak primitif anak menjadi semakin dominan berbanding otak rasionalnya.
Tapi Marahlah
Apa jadi bila otak primitif lebih dominan?
Badan anak akan keluarkan respon Fight, Flight, Freeze secara berlebihan.
FIGHT : Anak akan jadi cepat marah, suka memberontak dan impulsif dalam bertindak.
FLIGHT : Otak anak mengenalpasti kita sebagai ancaman. Jadi dia menjauhkan diri dari kita. Atau diam bila kita ada berdekatan.
FREEZE : Anak jadi super pendiam dan takut nak buat apa-apa bila kita ada berdekatan mereka.
Sekali sekala mengaum tak salah. Cuma jangan la sampai diri sendiri pun letih dan stres.
Dengan Tujuan Mendidik
Kalau boleh, elakkanlah mengaum ikut emosi. Marah waktu emosi hanya akan kecutkan otak otak kita.
Tapi marahlah dalam keadaan rasional. Dengan niat mendidik dan highlight ketegasan.
Kalau kita perasan anak kita berada dalam keadaan Toxic Stress, bantu anak keluarkan Hormon Oxytocin. Iaitu hormon yang power untuk membunuh hormon stress dalam badan.
Cara untuk keluarkan Hormon Oxytocin adalah, dengan belai anak, peluk, cium dan beri kata-kata indah. Seindah macam kita mengayat isteri kita sebelum kahwin dulu.
Mingguan Wanita: Marah anak-anak itu perlu dengan niat mendidik dan mengajar. Tetapi janganlah terlalu mengikut emosi hingga membunuh perasaan anak-anak.
Tanggungjawab dari segi penyediaan tempat tinggal, tanggungjawab dari segi memberi makan minum, tanggungjawab dari segi pakaiannya, tanggungjawab dari segi batinnya…
Ianya menyeluruh…cover semua… Kebajikan isteri itu, dari hujung rambut sampai hujung kaki…
Bukan bila sudah bagi tempat tinggal, maka yang lain-lain isterilah pula kena buat…
Bukan bila sudah bagi makan minum, yang lain-lain isterilah kena tanggung… Tak selesai tanggungjawab kalau buat satu saja, pastu kira macam sudah buat semua…
Jangan Sampai Berhutang Tanggungjawab
Masih “berhutang” lagi tanggungjawab serta kewajipan yang lain pada isteri… Itu hak yang patut dia dapat bila mana dia sendiri sudah menjalankan tanggungjawab serta kewajipan dia sebagai seorang isteri…
Benda ini, bukanlah jadi “tak manis” dipandang orang ke, apa ke…
Bila kita letak sesuatu itu pada tempat yang tak sepatutnya, maka itu tak adil… Itu sudah jadi satu penganiayaan, itu sudah jadi satu kezaliman…
Dosa kalau kita menganiayai isteri dalam perkahwinan… Dosa kalau kita biar isteri buat apa yang sepatutnya kita buat dalam rumah tangga…
Jadi, tolong cakna dengan tanggungjawab serta kewajipan suami… Buat apa yang sepatutnya suami buat, tunai apa yang sepatutnya suami tunai… Jangan biar isteri “tanggung” keluarga…
MW: Sebagai suami dan ayah, lelaki harus peka dengan tanggungjawab sebenar selepas mendirikan rumah tangga dan memiliki keluarga. Memang tak mudah tapi jika seorang suami mengutamakan tanggungjawabnya dalam segala hal, insyallah rumah tangga akan bahagia.
Wanita rata-rata tak kisah apa bentuk hadiah suami berikan. Tak kiralah hadiah mahal atau murah tetapi ianya pemberian ikhlas daripada suami tercinta. Jadi suami tidak perlulah berkira beri hadiah pada isteri.
Betul ke bagi hadiah pada isteri dapat pahala? Iya bagi hadiah dapat pahala, rupanya banyak fadilat suami gembirakan hati isteri atau beri hadiah.
Ikuti perkongsian Hafizul Hakim dan fahami penjelasannya tentang fadilat memberikan hadiah kepada isteri.
Rupanya Banyak Fadilat Suami Gembirakan Hati Isteri
“Eh, beri isteri hadiah dapat pahala tak?”
“Ish mestilah. Ko senyum pun dapat pahala. Apalagi mengembirakan pasangan hidup.”
Nah, ingin saya kongsikan harini sedikit ilmu tentang fadilat memberikan hadiah kepada isteri. Moga dibaca dengan hati yang tenang dan jiwa yang besar.
Ia simbol kasih suami terhadap isteri. Menggembirakan hati isteri. Mencetuskan rasa hormat dan taat dalam hati isteri terhadap suami. Mewariskan rasa cinta dan menghilangkan kekotoran hati. Sabda Nabi, “Hendaklah kalian saling memberi hadiah kerana hadiah itu dapat menghadirkan rasa cinta dan membersihkan berbagai kekotoran hati dan jiwa.” Mendatangkan rasa saling cinta-mencintai, menyatukan hati dan memunculkan kasih sayang.
Bagi Hadiah Dapat Pahala
Imam Tabrani meriwayatkan daripada Aisyah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Biasakanlah kamu saling memberi hadiah, nescaya kamu akan saling mencintai.” Juga diriwayatkan oleh Bukhari dalam Adabul Mufrad, no. 594. Ibnu Hajar berkata, “Sanadnya shahih.”
Melakukan kebaikan kepada isteri adalah sebahagian tanda Muslim sejati.
Suami baik sedar bahawa dirinya menanggung amanah besar dalam soal menjaga kepentingan isteri.
Sabda Rasulullah saw bermaksud:
“Orang yang baik di antara kamu ialah orang paling berlaku baik terhadap isterinya dan akulah orang paling baik terhadap isteri daripada kamu.” (Hadis Riwayat at-Tarmizi).
Hadis lain dalam Riwayat at-Tarmizi bermaksud: “Mukmin yang paling sempurna imannya ialah mukmin yang paling baik akhlaknya dan paling lemah lembut terhadap isterinya.”
Rasulullah juga suka memberi hadiah kepada isteri-isteri baginda. Apabila pulang dari mana-mana perjalanan, baginda sering membawa pulang hadiah untuk isteri-isteri baginda.
Pernah suatu ketika, baginda terlupa membawa pulang hadiah, baginda berpatah semula ke pekan lalu membelikan hadiah untuk isteri baginda.
Sweet kan. Role model kita sebagai seorang orang mukmin. Insyallah. Begitulah.
MW: Wahai suami, apa salahnya gembirakan hati isteri dengan memberi hadiah. Bila isteri bahagia, rumah tangga pun semakin ceria. Insyallah.
Siti pesan, Umairah jangan lupa mak ayah. Sebagai ibu saudara dan juga Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza memberi nasihat cukup bermakna buat penyanyi...