Asap Rokok Mengancam Kanak-Kanak

Saat bapa menyedut sebatang rokok, tanpa sedar ia membahayakan nyawa anak sendiri. Walau tidak menghisapnya, tapi asap rokok yang disedut menjadikan kanak-kanak dikategorikan sebagai perokok pasif.

Ini kerana kanak-kanak menyedut asap rokok basi yang disebarkan oleh perokok. Akibatnya, kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok basi mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan. Di antara masalah kesihatan yang mungkin dialami ialah :-

Bila Nak Cium Anak Tolak

  1. Bahaya rokok :-

Setiap kali membakar sebatang rokok, ada  600 bahan kandungan berbahaya yang  mengaktifkan 6000 bahan kimia setiap kali  menyala dan menyedutnya.

Bahan kandungan di dalam rokok adalah  bahan karsinogen  penyebab kanser, masalah jantung selain mengakibatkan sesak nafas.

Rokok juga mengakibatkan individunya mengalami perubahan pada bibir, gigi selain kuku yang akan menjadi kekuningan dan sedikit kehitaman.

IKLAN

Soalnya Kenapa Ayah Busuk…

Pengurangan bahaya tembakau (Tobacco Harm Reduction ) dengan beralih ke produk alternatif bebas asap Tobacco harm reduction (THR) atau pengurangan bahaya tembakau adalah gerakan yang dapat menyelamatkan jutaan nyawa di seluruh dunia.

THR menawarkan peluang kepada perokok beralih ke safer nicotine products (SNP) atau produk yang dengan risiko yang cukup rendah untuk kesihatan. Selari dengan kemajuan sains dalam industri ini, lahir produk alternatif seperti vape.

Menariknya, penggunaan produk alternatif ini kurang memberi mudarat berbanding rokok tradisional dan ia terbukti efektif dalam menurunkan kadar individu merokok di negara ini. Ianya bukan sekadar mengurangkan kemudaratan, tetapi juga berkesan dalam mengurangkan kekerapan merokok. Lebih menarik ia boleh menambah selera makan jika beralih ke e-vaping.

Ini dinyatakan oleh  Pakar Perunding Respiratori Institut Perubatan Respitori Prof Datuk Dr Abdul Razak Mutallif menjelaskan kandungan nikotin yang rendah dalam e-rokok mungkin menjadi penyebab mereka yang beralih daripada rokok tembakau mendapati selera mereka mungkin bertambah.

IKLAN

“Selalunya perokok amat kurus dan tidak mempunyai selera makan. Jadi apabila berhenti merokok, mereka akan mendapati selera mereka bertambah kerana kandungan nikotinnya telah berkurangan.

Perlu tahu bahawa Pendekatan Pengurangan Kemudaratan Tembakau (Tobacco Harm Reduction) semakin popular di peringkat global. Selain boleh membantu perokok mengurangkan kemudaratan, ianya juga boleh membantu perokok tegar untuk berhenti merokok melalui pengenalan produk alternatif yang kurang mudarat.

Bila Nak Cium Anak Tolak, Soalnya Kenapa Ayah Busuk…
Jadi berbanding rokok, e- rokok memang ada kebaikan kerana ia tidak mengandungi tar, hanya nikotin sahaja dan kandungan lain seperti formaldehid, glikol dan perisa.

Pilihlah kesihatan yang baik demi kebahagiaan rumahtangga

Jadi buat suami yang ingin berhenti tabiat merokok atau mengurangkan kemudaratannya, isteri boleh mempertimbangkan dan sarankan untuk beralih daripada rokok biasa kepada produk alternatif bebas asap rokok ini.

IKLAN

Ini kerana kandungan nikotin yang ada, perokok tetap rasa ‘puas’ merokok dan dapat memberikan pengalaman yang sama. Malah sebenarnya terdapat pelbagai jenis produk alternatif bebas asap rokok ini. Kategori produk seperti produk tembakau yang dipanaskan (HTPs), e-rokok (vape), snus dan kantung nikotin oral (oral nicotine pouches).

Kalau rokok biasa (tembakau) ada dua kandungan penting iaitu nikotin dan tar. Sebenarnya yang bahaya itu adalah tar yang menyebabkan kanser paru-paru, kanser buah pinggang, sakit jantung dan lain lagi.

Bagi nikotin, fungsinya hanya ada satu sahaja, untuk menyebabkan ketagihan. Jadi berbanding rokok, e- rokok memang ada kebaikan kerana ia tidak mengandungi tar, hanya nikotin sahaja dan kandungan lain seperti formaldehid, glikol dan perisa.

Bahkan dari bacaannya menurut Pengarah Unit Kajian Kebergantungan Tembakau, Barts And The London School Of Medicine And Dentistry, Prof Peter Hajek yang menilai kajian Farsalinos mengesahkan vaping adalah 95 peratus kurang mudarat daripada merokok.

Vapers tidak terdedah kepada tahap formaldehid yang membahayakan. Berdasarkan bukti-bukti didedahkan, saya mendapati e-rokok sekurang-kurangnya 95% kurang mudarat lebih daripada merokok. Perokok perlu digalakkan untuk beralih kepada vaping.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI