“Ada luka yang tidak kelihatan di wajah, tetapi terbaca di status. Ada tangisan yang tidak kedengaran, tetapi deras mengalir di ruangan komen.”
Media sosial, pada asalnya dicipta untuk menyatukan manusia, kini berubah wajah menjadi ruang terapi terbuka. Di situlah wujud fenomena trauma dumping, meluah segalanya tanpa tapisan, daripada kecewa rumah tangga hingga retak hubungan keluarga.
Kesedihan peribadi yang sepatutnya terpendam, kini bertukar menjadi tontonan umum.
Bagi sesetengah wanita, ia bukan sekadar coretan emosi, tetapi jeritan minta tolong.
Mereka mungkin tidak punya sahabat yang benar-benar mendengar, atau ruang selamat untuk meluah tanpa dihakimi. Lalu, media sosial menjadi bilik maya yang dipenuhi wajah asing, namun mampu memberi kata semangat.
Sokongan segera walau daripada orang yang tidak pernah dikenali yang membawa rasa lega, seolah-olah ada yang memahami.
Namun, di sebalik rasa lega itu, tersembunyi sisi gelap. Meluah tanpa batas ibarat pedang bermata dua. Niat asal mahu mencari simpati, akhirnya mengundang celaan.
Aib keluarga yang dibuka mungkin memberi kesan panjang. Anak-anak menanggung malu, pasangan terasa dikhianati, hubungan kekeluargaan jadi rapuh.
Ads
Lebih parah, setiap bait yang ditulis kekal di alam maya, menjadi bayang-bayang yang menghantui.
Dalam dunia wanita, isu ini begitu dekat. Kita terbiasa diajar untuk menjadi penyimpan rahsia keluarga, menjadi benteng rumah tangga.
Namun dalam diam, beban emosi boleh jadi terlalu berat. Ketabahan seorang isteri, seorang ibu, seorang anak perempuan sentiasa teruji di titik paling rapuh.
Bila tiada telinga untuk mendengar, jari-jemari yang menulis di media sosial terasa seperti jalan keluar yang paling mudah.
Tetapi benarkah ia menyembuhkan? Atau hanya menambah luka baharu dengan komen pedas, pandangan sinis, dan empati yang terhad?
Drama Sebagai Cermin Kehidupan
Di sinilah hadirnya Rumah Tanpa Luka, sebuah drama yang bukan sekadar hiburan, tetapi cermin realiti.
Ads
Ia membuka mata bahawa luka yang tidak diurus bukan sekadar membebankan seorang individu, tetapi boleh meresap ke dalam institusi keluarga.
Dari sekecil rahsia yang dipendam, ia boleh melahirkan generasi yang mewarisi trauma.
Rumah yang sepatutnya menjadi syurga, berubah menjadi ruang penuh bisu, marah, dan air mata. Lantas, drama ini mengingatkan kita. Meluah itu perlu, tetapi biarlah di ruang yang tepat.
Diam itu emas, tetapi ada waktunya suara kita harus sampai ke telinga yang benar-benar mampu menyembuhkan, bukan sekadar bergema di ruangan maya tanpa sempadan.
Ads
Akhirnya, wanita tetap menjadi nadi keluarga. Meski sering memendam, merekalah penjaga jiwa dan penyembuh luka.
Ketabahan, empati, dan kasih sayang mereka menjadi cahaya. Namun, jangan sampai ketabahan itu menjerut.
Jangan pernah merasa bersalah jika hati itu rapuh. Menangis bukan tanda kelemahan, meluah bukan tanda kalah.
Tetapi pilihlah dengan bijaksana tempat untuk meletakkan luka. Jika media sosial hanya menambah pedih, carilah pelukan sahabat, suara ibu, atau ruang doa yang menenangkan.
Ingatlah, seorang wanita tidak dicipta hanya untuk menampung luka orang lain. Anda juga layak dirawat, dipulih, dan dicintai tanpa syarat.
JomUsha Rumah Tanpa Luka setiap Isnin hingga Khamis hanya dengan Astro One atau aplikasi sooka.
Majlis Buka Puasa “Embrace Gift of Life” Di Shangri-La Kuala Lumpur: Menggetarkan Hati Dengan Kebaikan. Pada malam yang istimewa minggu lalu, Grand Johor Ballroom di Shangri-La Kuala Lumpur bercahaya dengan sinar kasih sayang dan kegembiraan.
Majlis tahunan “Embrace Gift of Life” menyatukan 140 tetamu yang mewakili kepelbagaian masyarakat termasuk 60 anak-anak yatim dan asnaf dari Rumah Qaseh Ibu dan juga anak-anak penerima Embrace bersama keluarga mereka.
Majlis Buka Puasa “Embrace Gift of Life” Di Shangri-La Kuala Lumpur
Majlis ini tidak sekadar sekadar majlis berbuka puasa tetapi satu usaha bersama untuk menyokong program amal yang telah berlangsung sejak 1985.
“Embrace Gift of Life” merupakan tangan kasih kepada kanak-kanak yang menghidap penyakit jantung bawaan atau penyakit jantung yang serius. Dana yang dikumpul pada malam itu dan di setiap majlis sebelum ini, membawa sinar harapan kepada keluarga yang memerlukan.
Pengurus Besar Shangri-La Kuala Lumpur, Daniel Kaeflein, menyuarakan rasa terima kasih kepada semua yang hadir. Beliau menegaskan komitmen hotel untuk menjadi sebahagian daripada komuniti yang prihatin.
Menggetarkan Hati Dengan Kebaikan
Baginya, “Embrace Gift of Life” bukan sekadar program amal, tetapi satu panggilan untuk bersama-sama membina masa depan yang lebih baik untuk anak-anak kita.
Pada malam itu, semangat kebaikan begitu kuat. Para tetamu dan sukarelawan berkongsi senyuman dan cerita, seolah-olah masa berlalu tanpa bebanan, tanpa kesedihan.
Melihat kegembiraan di wajah anak-anak dari Rumah Qaseh Ibu menikmati makanan penuh berselera dan bermain ternyata kasih sayang ini turut menyatukan semua orang.
Istimewanya, majlis ini turut mendapat rakan penaja yang prihatin. Bas Hop On Hop Off telah menyediakan pengangkutan bagi anak-anak dari Rumah Qaseh Ibu, memastikan mereka tiba dengan gembira dan selamat selain kerjasama dengan Nanyang Press.
Persembahan anak-anak Istimewa dari Heavenly Star Music Academy turut memeriahkan majlis. Bakat-bakat kecil berusia 3 hingga 12 tahun memukau hati para tetamu dengan bakat mereka yang mengagumkan. Di antara nada-nada yang indah, kita merasakan betapa berharganya setiap momen yang kita miliki.
Shangri-La Kuala Lumpur dengan tegas mengulangi komitmen mereka untuk menyokong program “Embrace Gift of Life” dan inisiatif komuniti lainnya.
“Tudung is my hair. Kalau tak ada tudung, rasa macam botak. Masak pun pakai tudung, tidur pun dengan tudung…inilah perkongsian dari artis legenda, Bonda Noor Kumalasari.
Dalam pertemuan Mingguan Wanita bersamanya, bintang kesayangan ramai ini turut sebak dan mengalirkan air mata tatkala bercerita tentang hijrah 30 tahun lalu mengenai pemakaian tudung yang dilakukannya seterusnya memilih untuk tidak lagi bergelar anak seni walau menerima banyak tawaran.
Mengimbau kenangan lalu, kata Bonda Noor, dahulu balik dari Makkah, dirinya masih tidak menutup aurat dengan sempurna biar ada dinasihati oleh suaminya kerana mati itu akan berlaku tanpa kita tahu.
“Ketika itu Kak Noor cakap, Kak Noor nak pakai ikut kata hati. Kak Noor minta pada Allah dan itulah yang berlaku hingga ke hari ini. Tak pernah tanggal langsung dah. Dah macam rambut.
“Lagi satu bila kita memilih bertudung, kena tanya pada hati kita. Kita pakai untuk siapa? Pakai untuk diri sendiri? Untuk suami? Atau kerana Allah? The best thing pakailah kerana Allah kerana itu adalah syariat dan tuntutan menutup aurat bagi wanita. Ya itulah kita kena lakukan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kemeriahan Karnival Usahawan Wanita Malaysia 2024 yang berlangsung di IOI Grand Exhibition and Convention Centre, Putrajaya baru-baru ini turut dimeriahkan oleh Jalen sebagai salah satu daripada 100 vendor yang mengisi acara tersebut.
Menariknya, Jalen menampilkan pelbagai produk berkualiti tinggi yang menarik minat pengunjung, termasuk produk makanan dan perasa yang menjadi pilihan ramai. Semasa Karnival Usahawan Wanita Malaysia 2024 yang berlangsung di IOI Grand Exhibition and Convention Centre, Putrajaya, Jalen Sdn Bhd mempamerkan pelbagai produk makanan berkualiti tinggi.
Antara produk yang ditawarkan termasuk kicap soya, sos cili, sos tomato, sos perisa tiram, cordial berperisa, cuka tiruan, sos lada hitam serta taucu.
Kehadiran Jalen di karnival tersebut bukan sahaja mempromosikan produk mereka, tetapi juga menyokong usahawan wanita tempatan dalam memacu ekonomi negara.
Pengunjung berpeluang untuk mencuba dan membeli produk Jalen, serta mendapatkan maklumat lanjut mengenai jenama tersebut. Karnival ini turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti talkshow inspirasi bersama usahawan berjaya dan selebriti, persembahan artis popular, serta pelbagai pertandingan yang menambah kemeriahan acara yang berlangsung selama tiga hari itu.
Memacu Ekonomi Wanita
Karnival Usahawan Wanita Malaysia 2024, dianjurkan oleh Mingguan Wanita dan Nona dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) serta MyMall, berlangsung selama tiga hari di IOI Grand Exhibition and Convention Centre, Putrajaya, bermula 8 November 2024.
Bertemakan “Usahawan Wanita Pemacu Ekonomi Negara”, karnival ini menampilkan lebih daripada 100 reruai yang mempamerkan pelbagai produk daripada usahawan wanita tempatan, termasuk produk kecantikan, makanan, dan fesyen.
Acara ini turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti bengkel dan forum keusahawanan, sesi santai bersama selebriti usahawan, serta persembahan artis tempatan.
Selain itu, platform e-dagang MyMall, yang diterajui oleh KUSKOP, menyediakan sesi taklimat untuk para usahawan tempatan, membantu mereka memahami kaedah mengembangkan perniagaan melalui strategi digital terkini.
Karnival ini bertujuan mencetuskan gelombang perubahan dalam kalangan komuniti, terutama golongan wanita, untuk mendalami ilmu dan potensi perniagaan mereka, serta memperkukuh jaringan perniagaan dalam komuniti keusahawanan wanita.
Hari kedua prosiding inkues kematian pelajar tingkatan satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir, mendedahkan fakta baharu yang sekaligus menepis pelbagai spekulasi.
Pakar patalogi Hospital Queen Elizabeth, Dr. Jessie Hiu, menjelaskan bahawa mesin basuh yang ditemui di tempat kejadian hanyalah mesin basuh kegunaan rumah biasa, bukannya jenis industri.
“Berat si mati lebih kurang 53 kilogram. Saya tidak pasti sama ada tubuh seberat itu boleh dimuatkan ke dalam mesin basuh, tetapi yang pasti, mesin tersebut tidak akan berfungsi dengan beban seberat itu,” katanya ketika memberi keterangan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.
Selain itu, Dr. Hiu turut melakukan demonstrasi di mahkamah bagi menunjukkan bagaimana kemungkinan Zara boleh terjatuh, sekali gus membantu mahkamah memahami situasi sebenar.
Menepis Spekulasi
Kematian tragis Zara sebelum ini mengundang pelbagai spekulasi di media sosial, termasuk dakwaan kononnya beliau meninggal dunia selepas dimasukkan ke dalam mesin basuh. Pendedahan pakar ini sedikit sebanyak menolak andaian tersebut, sekaligus mengembalikan fokus kepada bukti saintifik dalam mencari punca sebenar kematian.
“Nak bantu supaya bekas suami tunaikan tanggungjawab, agar kami semua sama-sama menuju ke syurga” itulah antara luahan Raja Azura apabila ada segelintir netizen menyifatkan...