Innovative University College (IUC) terus mengukuhkan kedudukannya di peringkat antarabangsa apabila termeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Renewal Energy Promotion Cooperatives (Jepun) di EXPO 2025 Osaka, Kansai, Jepun, hari ini.
Presiden IUC, Shahawati Umar memberitahu, inisiatif tersebut adalah bukti komitmen IUC dalam melahirkan pemimpin masa depan yang mampu bersaing dalam ekonomi global yang sangat dinamik.
“Kerjasama ini bukan sahaja memperluaskan horizon pelajar kami, malah membawa misi IUC ke pentas global.
“Kami percaya pendedahan awal kepada persekitaran industri antarabangsa seperti di Jepun akan membentuk graduan yang lebih bersedia, berwawasan dan mampu
menyumbang kepada masa depan tenaga lestari,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Majlis menandatangani MoU antara IUC, UiTM dan Pumar Solar Power bersama Renewal Energy Promotion Cooperatives berpengkalan di Jepun bertujuan memperkukuh kerjasama dalam bidang tenaga boleh diperbaharui serta membuka laluan kerjaya global kepada pelajar IUC, khususnya dalam industri tenaga solar Jepun yang berkembang pesat.
Ads
Tambah beliau, MoU ini menetapkan tiga objektif utama iaitu pendidikan dan kerjaya global dengan menyediakan laluan kepada pelajar IUC untuk menjalani latihan industri, pendedahan antarabangsa dan peluang kerjaya di Jepun.
“Kedua, mengukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Jepun dalam bidang
tenaga baharu dan boleh diperbaharui.
“Ketiga bagi menyokong pertukaran kepakaran dan pembangunan teknologi melalui penyelidikan bersama serta program pembangunan modal insan,” jelas Shahawati.
Ads
Melengkapkan Graduan Malaysia
Selain itu, kolaborasi ini turut merangkumi inisiatif pemindahan teknologi dan
penyelidikan bersama yang akan memperlengkap graduan Malaysia dengan kemahiran masa hadapan dan menjadikan Jepun sebagai rakan strategik dalam kelestarian serantau.
“Ia sekali gus membuktikan komitmen IUC untuk menyediakan pendidikan yang relevan, berimpak tinggi dan bertaraf global.
“Ia juga selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan graduan yang bukan sahaja berdaya saing tetapi turut menyumbang kepada agenda
kelestarian sejagat,” ujarnya lagi.
Ads
Majlis menandatangani MoU itu turut disaksikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Mad Zaidi Mohd. Karli.
Turur hadir pada MoU bersejarah ini termasuk Muhammad Anas Mohd Bukhori
(C.A.(M)) (Pemangku Naib Canselor), Prof Datuk Wira Dr. Azizan Osman (Ahli Lembaga Pengarah), Dr. Muhammad Syamil Mohd Shamsul (Pengarah Projek), Muhamad Afiq
Hakim Shamsul Anuar (Pengurus Projek) dan Ainaa Nabilah Mohd Nazri (Pengurus Projek).
Sebahagian delegasi IUC yang hadir ke Pavilion Malaysia di EXPO 2025 Osaka, Kansai, Jepun hari ini.
Tak ketinggalan wakil UiTM, Prof. Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin (Naib Canselor), Prof. Dr. Haji Mohd Sazili Shahibi (Timbalan Naib Canselor), Prof. Ir. Dr. Nofri Yenita Dahlan (Pengarah Institut Penyelidikan Solar), Prof. Madya Dr. Zuhaila Mat Yasin (Ketua Kampus Solar dan Large Scale Solar) dan Muhammad Azfar Shamil Abd Aziz (Pegawai Penyelidik).
Manakala Pumar Solar Power Sdn. Bhd pula diwakili Nor Azam Haji Kamisan (Presiden) dan Masliza Abu Bakar. Sementara itu, Renewal Energy Promotion Cooperatives berpengkalan di Jepun disertai Akagi Takaaki (Pengerusi) dan Sato Toshiaki (Pengarah Luar).
Penggunaan kenderaan elektrik (EV) semakin popular di Malaysia, terutamanya dengan penambahan stesen pengecasan di kawasan bandar utama. Namun, perjalanan ke Pantai Timur sering dianggap mencabar oleh pemilik EV kerana infrastruktur pengecasan yang masih terhad.
Baru-baru ini, saya diberi kesempatan menyertai konvoi khas untuk pemandu wanita anjuran MyZEVA, dengan kerjasama TNB Electron, Gentari, dan ChargeSini. Konvoi ini membawa kami menjelajah Pantai Timur selama tiga hari, melalui perjalanan yang menyeronokkan, apatah lagi memandu beberapa jenama kenderaan EV yang baharu dan semakin dikenali di Malaysia.
Pengalaman Mengujakan
Ini merupakan kali kedua penulis berpeluang mengikuti konvoi khas anjura MYZEVA ini di mana tahun lalu, kami memandu kereta EV ke Kuantan, Pahang. Tapi kali ini perjalanan semakin ‘jauh’ sehingga ke Kelantan dan Terengganu.
Pengalaman memandu kenderaan EV tahun lalu telah membuka ruang dan peluang untuk saya memiliki sendiri kenderaan EV setelah merasai sendiri keseronokan dan kelebihan memandu kenderaan EV terutamanya di ibu kota.
Perjalanan bermula dari TNB Bangsar, Kuala Lumpur, menuju Kota Bharu sejauh 600km. Saya berpeluang memandu GAC Aion Y Plus, MPV elektrik lima tempat duduk yang menawarkan reka bentuk “one-box” unik dengan ruang dalaman yang luas. Aion Y Plus menyokong pengecasan AC sehingga 6.6 kW dan pengecasan DC sehingga 80 kW, membolehkan pengecasan pantas sepanjang perjalanan kami ke Pantai Timur.
Meskipun terdapat beberapa stesen pengecasan sepanjang perjalanan antaranya termasuklah di antaranya Pahang Technology Park di Gambang. Di sini, pengecas DC 60kW Gentari membantu mengecas bateri dalam masa hanya 20 minit, membolehkan kami meneruskan perjalanan tanpa kebimbangan.
Selain itu, jika anda tidak ingin berhenti di RnR, anda juga boleh merancang untuk singgah ke Petron Kampung Gemuruh di mana jaraknya kira-kira 124km dari RnR Paka. Di sini, Petron dengan kolaborasi bersama TNB Electron telah menyediakan stesen pengecas EV – menawarkan output sebanyak 34kW yang boleh diakses menggunakan aplikasi Go To-U.
Harga pengecasan yang ditawarkan adalah RM1.40 per kWh, menjadikannya pilihan yang berpatutan untuk pengecasan sebelum sambung perjalanan ke Kota Bharu.
Sepanjang perjalanan dari Paka ke Kota Bharu, saya berpeluang mencuba Neta X. Ia dilengkapi motor elektrik berkuasa tinggi 120 kW, NETA X mampu mencapai kelajuan 0-100 km/h dalam masa 9.5 saat. Bateri LFP 62 kWh memberikan jarak pemanduan sejauh 480 km (NEDC) dengan satu cas penuh, sesuai untuk perjalanan jarak jauh.
Untuk mengekalkan penggunaan tenaga yang optimum dengan baki jarak dari Petron Kg. Gemuruh ke Hotel Perdana sekitar 147km, mod perjalanan yang digunakan adalah mod ECO. Ini bagi memastikan penjimatan tenaga yang baik sebelum tiba ke lokasi pengecasan yang seterusnya.
Hotel Perdana di Kota Bharu juga menyediakan kemudahan pengecasan yang komprehensif, membuktikan usaha meningkatkan akses pengecasan EV di Pantai Timur semakin giat dilakukan.
Untuk tetamu yang menginap di hotel, anda disarankan untuk menggunakan pengecas AC dengan kuasa output 11kW dan 22kW. Ini bagi menjimatkan kos pengecasan – yang mana ia ditawarkan pada harga RM0.90 per kWH.
Selain dua pengecas AC, Hotel Perdana Kota Bharu juga turut menampilkan satu pengecas DC 60kW dengan dua nozel CCS2yang boleh digunakan untuk pilihan pengecasan pantas pada harga RM1.50 per kWh. Hari pertama perjalanan ke Kota Bharu, Kelantan tamat dengan jayanya dan masa untuk berehat.
Hari kedua pula, saya berpeluang memandu Xpeng G6 yang memiliki kecekapan penggunaan yang sangat bagus dengan purata penggunaan tenaga sekitar 15Wh/100km atau 6.67km bagi setiap 1kWh.
Secara teori, bateri 87.5kWh membolehkan Xpeng dipandu sejauh 583km untuk satu pengecasan penuh. 2. Xpeng G6 hanyalah seberat 2025kg – sebuah kenderaan elektrik yang menawarkan gabungan antara kuasa dan keselesaan.
Sebelum bergerak ke Kuala Terengganu, kami sempat singgah di Dataran Rehal, Kota Bharu bagi sesi merakamkan gambar kenang-kenangan bersama kenderaan yang terlibat dalam konvoi media wanita ini.
Kami mengucapkan selama tinggal buat bandar Kota Bharu sekitar jam 10.30 pagi di mana kami meneruskan perjalanan ke destinasi pertama kami iaitu Petron Selising. Di sini, kami berhenti untuk makan tengahari sambil menerokai stesen pengecas terbaru oleh TNB Electron di cawangan Petron ini.
Petron Selising ini merupakan stesen minyak yang pertama hadir dengan stesen pengecasan untuk kenderaan elektrik di Kelantan. Penambahan lokasi pengecas EV di Petron Selising akan menjadi lokasi strategik terbaru bagi TNB Electron untuk memudahkan akses pengguna EV di kawasan ini.
Menurut TNB Electron, penawaran ini adalah selari dengan misi mereka – di mana kira-kira 100km perjalanan, anda akan menemui stesen pengecas EV yang seterusnya (jarak antara Petron Kg Gemuruh ke Petron Selising adalah sekitar 117km).
Langkah ini bukan sahaja meningkatkan jaringan stesen pengecasan di sepanjang laluan Pantai Timur tetapi juga membantu mempromosikan penggunaan EV dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong.
Dengan adanya pengecas DC berkapasiti tinggi iaitu 100kW di Petron Selising, pemandu EV kini mempunyai pilihan untuk mengecas dengan pantas ketika melalui laluan ini. Kemudahan pengecasan ini diharap dapat memudahkan perjalanan jarak jauh, khususnya bagi mereka yang melakukan perjalanan dari Lembah Klang ke Pantai Timur dan sebaliknya.
Selepas selesai makan tengahari, konvoi meneruskan perjalanan ke Pantai Penarik sebelum tiba ke destinasi seterusnya. Sebelum menamatkan hari kedua yang bakal melabuhkan tirainya di Raia Hotel & Convention Centre, konvoi berhenti di Mydin Gong Badak untuk menerokai stesen pengecasan EV yang disediakan oleh ChargeSini.
Dengan kehadiran ChargeSini di pusat membeli-belah kegemaran rakyat Terengganu, nampaknya, pengguna EV di kawasan Terengganu mungkin akan lebih tersenyum lebar. Ini kerana langkah ini memberi peluang kepada pengguna untuk mengecas kenderaan mereka sambil membeli-belah atau menguruskan urusan harian di pusat beli-belah tersebut.
Stesen pengecasan yang disediakan oleh ChargeSini ini menawarkan satu pengecas DC 60kW dengan dua nozel CCS2. Dan untuk pengecasan di pengecas ini, harga yang ditawarkan adalah RM1.39 per kWh.
Fahami Kenderaan EV Anda
Berdasarkan pengalaman rakan-rakan media yang membuat perjalanan pulang ke Kuala Lumpur pada hari ketiga, rata-rata sudah mula memahami ‘rentak’ pemanduan kenderaan EV berbanding hari pertama perjalanan ke Kota Bharu.
Mana tidaknya, kenderaan elektrik bukan sahaja tampil dengan prestasi yang bertenaga tetapi juga menawarkan pelbagai ciri bantuan pemanduan yang menjadikannya stabil dan mudah dikendalikan walaupun dalam perjalanan jarak jauh.
Mengenai pengecasan pula, untuk perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Kuala Terengganu, kami berhenti hanya berhenti sekali untuk pengecasan iaitu di Pahang Technology Park di Gambang. Ini kerana ia merupakan destinasi yang paling ideal untuk berhenti sebelum meneruskan perjalanan semula ke TNB Bangsar, Kuala Lumpur.
Masa Menunggu
Disebabkan konvoi ini menampilkan bilangan kereta EV yang banyak, maka ia beri kesan kepada tempoh menunggu kami di Pahang Technology Park. Ini kerana jarak perjalanan dari Kuala Terengganu ke Pahang Technology Park agak jauh, sekitar 328km. Jadi, apabila tiba di stesen pengecasan Gentari ini, masing-masing mempunyai peratus bateri yang rendah iaitu kira-kira 5% hingga 10%.
Pengalaman memandu tiga model EV yang berbeza selama tiga hari ini benar-benar membuka mata saya tentang potensi kenderaan elektrik. Memandu kenderaan elektrik (EV) dari Lembah Klang ke Pantai Timur merupakan pengalaman yang cukup berbeza dan menarik.
Sebelum memulakan perjalanan, perancangan rapi adalah kunci. Pengguna EV perlu menyemak lokasi stesen pengecas sepanjang laluan, terutamanya di kawasan luar bandar yang masih terhad infrastrukturnya.
Aplikasi navigasi EV dalam kenderaan menjadi sahabat setia sepanjang perjalanan. Selain itu, memastikan bateri dicas penuh sebelum bertolak adalah langkah penting untuk mengelakkan sebarang kebimbangan.
Salah satu momen yang menarik adalah ketika berhenti di stesen pengecas. Ia memberikan peluang untuk berehat seketika, menikmati pemandangan atau mencuba makanan tempatan seperti lemang di Bentong atau ikan patin masak tempoyak di Temerloh. Pengecas pantas biasanya mengambil masa sekitar 30-45 minit untuk mengecas 80%, memberikan masa yang cukup untuk merehatkan badan.
Range Anxiety? Tak De Hal La!
Perjalanan ini bukan sahaja menjimatkan kos tetapi juga mengurangkan pelepasan karbon. Perasaan bahawa anda menyumbang kepada usaha memelihara alam sekitar sambil menikmati keindahan semula jadi Pantai Timur menjadikan pengalaman ini lebih bermakna.
Walaupun bilangan stesen pengecasan di sepanjang laluan Pantai Timur maish lagi terhad, namun disebabkan perancangan yang teliti tentang jarak dari satu stesen ke stesen yang lain yang masih lagi dalam jumlah kilometer yang tidak jauh, ia sedikit sebanyak membantu mengurangkan kebimbangan kehabisan kuasa bateri.
Untuk pengetahuan anda, menjelang tahun yang mendatang, TNB Electron turut menyasarkan untuk membuka lebih banyak lagi stesen pengecasan bateri – dengan jarak dari satu stesen ke stesen yang lain sekitar 120km menjadikan pemanduan lebih tenang dan selamat.
Jika anda seorang pemandu wanita yang ingin mencuba pengalaman memandu EV sambil menikmati keindahan Pantai Timur, itinerari ini mungkin menjadi panduan terbaik untuk anda. Perjalanan ini bukan sahaja mendekatkan saya dengan keindahan alam, tetapi juga menunjukkan kepada saya bahawa masa depan pemanduan benar-benar berada dalam tangan teknologi elektrik.
Memandu kenderaan EV ke Pantai Timur adalah pengalaman yang memerlukan sedikit perancangan tetapi memberikan kepuasan tersendiri. Selain menjimatkan kos dan mesra alam, ia juga membuka perspektif baharu tentang masa depan pengangkutan di Malaysia.
Secara keseluruhannya, pengalaman memandu EV ke Pantai Timur menawarkan cabaran, tetapi juga keseronokan yang tiada bandingan, dengan manfaat alam sekitar yang lebih bersih dan pengalaman pemanduan yang lebih nyaman.
Bagi wanita yang ingin mencuba, pastikan anda bersedia, dan nikmati perjalanan anda dengan tenang dan yakin!
Perkembangan dunia fesyen memberi pelbagai impak dan implikasi terhadap jenama fesyen yang telah lama bertapak di industri fesyen tempatan. Pasti para penggemar jenama Minaz mengetahui tentang hasrat pemiliknya menamatkan koleksi baju raya digelar MINAZ Blooming Raya selepas memasuki tahun ke 15 tahun ini.
Kini, jenama ini membuka lembaran baharu dalam industri fesyen tanah air, dengan memperkenalkan koleksi istimewa dikenali sebagai Seluruh Jiwa. Menariknya, ia bukan sekadar koleksi pakaian, tetapi menjadi simbolik kepada transformasi jenama MINAZ ke arah fesyen yang lebih sopan dan eksklusif.
Menjadi visi dan misi jenama ini yang berhasrat menjadi pelopor fesyen yang menitikberatkan aurat wanita, Ketua Pegawai Eksekutif MINAZ, Hafiza Abd Hamid menjelaskan bahawa koleksi terbaru ini memberi fokus utama kepada abaya, hijab, dan telekung.
Kenangan 15 Tahun dan Langkah Berani ke Hadapan
Pengenalan koleksi ini merupakan permulaan peralihan besar dalam perjalanan MINAZ dalam industri fesyen tempatan.
“Tahun ini adalah tahun terakhir untuk MINAZ Blooming Raya. Sebagai pengganti, kami memperkenalkan MINAZ Abaya, Basic, dan Telekung sebagai langkah baharu yang lebih segar dan bermakna. Saya amat berharap agar MINAZ Lovers terus menyokong koleksi ini seperti mana mereka setia bersama Blooming Raya selama ini,” katanya penuh harapan ketika ditemui media baru-baru ini.
Ketika ditanya mengapa mengambil pendekatan berbeza itu, Hafiza atau lebih mesra disapa Pija ini semamngnya tidak menafikan wujud rasa gementar namun tetap optimis dengan penerimaan masyarakat terhadap koleksi abaya yang semakin mendapat tempat di hati pencinta fesyen Muslimah.
“Walaupun MINAZ Abaya masih baru di Malaysia, kami melihat trend di mana abaya bukan lagi sekadar pakaian untuk Raya Haji, tetapi juga digayakan ke majlis sosial dan rasmi. Syukur, kami menerima banyak maklum balas positif sejak pelancarannya,” tambahnya.
Kesopanan Dalam Berfesyen
“Saya melancarkan MINAZ Basic kerana ingin mengeksklusifkan aurat wanita, InsyaAllah,” jelasnya dengan penuh iltizam untuk merealisasikan impiannya itu.
Hafiza menegaskan bahawa ini bukanlah pengakhiran, sebaliknya permulaan kepada bab baharu MINAZ dalam menghasilkan koleksi yang lebih berkualiti dan bermakna.
“Ramai yang tertanya-tanya mengapa ini menjadi tahun terakhir MINAZ Blooming Raya. Alhamdulillah, kami telah berjaya mewarnai industri fesyen, namun jujurnya, saya akan merindui momen setiap pagi raya, menanti MINAZ Lovers ‘tag’ raya OOTD. Tetapi saya yakin, dengan pembaharuan ini, kami masih dapat mencipta vibe yang sama. Mungkin selepas ini, Abaya akan menjadi signature MINAZ,” ujarnya lagi.
Sambutan Luar Jangkaan
Percaturan MINAZ sememangnya membuahkan hasil meskipun ia baru sahaja dilancarkan,tetapi telah berjaya memenangi hati para penggemar jenama ini. Menurut Hafiza, tempahan hijab daripada koleksi ini hampir habis terjual dalam tempoh yang singkat.
“Untuk koleksi raya, kami telah membuat tempahan awal, dan kini hampir sold out kerana trend pembelian baru bermula. Tetapi saya sangat sebak melihat sambutan di luar jangkaan ini,” katanya.
Malah, kempen Seluruh Jiwa untuk MINAZ Hijab menyaksikan tempahan sebanyak 200,000 helai tudung oleh stokis, manakala koleksi Basic telah terjual sebanyak 180,000 helai.
“Saya meletakkan harapan yang sangat besar kepada MINAZ Hijab,” tambahnya penuh rasa syukur.
Lembaran Baharu MINAZ di Pentas Fesyen
MINAZ melancarkan koleksi Seluruh Jiwa di pentas pertunjukan fesyen sebagai simbolik kepada perubahan besar dalam jenama ini. Dengan penekanan kepada kepelbagaian dan inklusiviti dalam rekaan, koleksi ini membuktikan bahawa MINAZ bukan sekadar jenama fesyen, tetapi juga peneraju gaya hidup Muslimah moden yang penuh kesopanan dan keanggunan.
Tangisan tidak selalu datang bersama air mata. Kadangkala, ia terpendam dalam sebaris kata-kata kecil yang keluar dari mulut seorang anak.
“Babah dah meninggal. Babah di syurga.” Itulah yang dilafazkan oleh Mohamad Adam Haris, 6 tahun, saat dia diberitahu bahawa ayahnya, Allahyarham Koperal Muhammad Akmal Muhamad, tidak akan pulang lagi.
Foto: Facebook Noor Hasliza Mohd Hadzri
Arwah merupakan salah seorang daripada sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam nahas menyayat hati di Jalan Chikus–Sungai Lampam, Teluk Intan pada 13 Mei lalu. Meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak yang masih kecil, pemergiannya bukan hanya meninggalkan kekosongan, tetapi juga satu ruang sunyi yang sukar diisi.
Kini, Noor Hasliza Mohd Hadzri, 32, isteri arwah, kini memikul tanggungjawab besar membesarkan anak-anak mereka, Mohamad Adam Haris dan adiknya, Nur Aqeela Nadine yang baru berusia lebih setahun.
“Adam nampaknya lebih faham. Tapi Aqeela… dia masih panggil ‘Babah’ berulang kali. Kadang dia pusing-pusing dalam rumah macam tengah cari ayah dia. Hati saya luluh setiap kali tengok.”
Meskipun perasaan kehilangan itu masih segar, Noor Hasliza kelihatan tabah. Namun di balik senyuman itu, tersimpan pelbagai rasa memujuk diri untuk bangun semula demi dua cahayamata yang masih kecil dan bergantung sepenuhnya kepadanya. Ibu kepada dua cahayamata ini bertugas di bahagian pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh kini masih dalam tempoh bercuti untuk menguruskan keperluan keluarga.
Rindu Tetap Rindu
Memetik petikan Harian Metro, ada sesuatu yang sayu menyentuh naluri kewanitaannya berkait pemergian suami tersayang.
“Masa saya kenal pasti jenazah… ada darah, tapi saya terhidu bau wangi. Orang kata itu tanda pemergian dalam husnul khatimah. Tapi walau macam mana baik sekalipun pemergian itu… rindu tetap rindu.”
Kata-kata itu keluar perlahan, seolah-olah menyusun kekuatan dari hati yang sedang dipaksa menerima realiti baru.
Selain itu, antara tinggalan arwah yang masih disimpan olehnya termasuklah baju seragam, tag nama dan lambang FRU – simbol kepada pengorbanan dan tanggungjawab yang dipikul arwah sebagai anggota keselamatan negara.
“Saya belum beri anak-anak pegang atau lihat semua barang tu lagi. Tapi saya simpan… sebab satu hari nanti, saya nak mereka tahu siapa ayah mereka. Apa sumbangan arwah pada negara, dan betapa ayah mereka seorang lelaki yang berani.”- Noor Hasliza
Dalam saat paling getir, kasih keluarga menjadi kekuatan. Ibu bapa mentuanya, Muhamad Razali dan Ruzita Razali, kini tinggal bersama mereka buat sementara waktu selepas berpindah dari Kelantan. Kehadiran mereka umpama bahu tambahan yang sudi memeluk cucu-cucu yang sedang mencari kembali rasa selamat.
Jenazah Koperal Muhamad Akmal telah dikebumikan dengan penuh penghormatan polis di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Mubarak, Kampung Teluk Pial, Kuala Kurau.
Dalam suasana penuh hiba dan keinsafan, keluarganya menerima kunjungan YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang turut menziarahi waris mangsa kemalangan melibatkan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Unit 5, Ipoh.
Konvoi Ziarah KASIH berkunjung ke kediaman 4 anggota yang terkorban iaitu Allahyarham Kpl Akmal Muhamad, Allahyarham Sjn Mohd Roslan Abd Rahim, Mendiang Sjn Perumal Sugunanathan dan Allahyarham Kpl Amiruddin bin Zabri. Kesemua keluarga mangsa menerima sokongan moral serta bantuan awal daripada pihak kementerian melalui JKM dan YKN.
Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan syuhada dan keluarganya terus diberi kekuatan menghadapi hari-hari mendatang.
Bapa kepada arwah Nurin Jazlin membuat permintaan menyentuh hati untuk menyunting gambar bersama arwah anak, mengundang sebak rakyat Malaysia. Baca kisah penuh dan pengajaran di sebaliknya.