Bila Mak-mak Mula Marah, Susah Senyum, Rasa Nak Pukul Anak Menangis, Mintalah Suami Time Off Sebab Itu Tanda Jiwa Kacau

Share

Jangan cop isteri mengada-ngada jika dia mula meminta ‘Time Off’ untuk dirinya. Bila suami nampak isteri jiwa kacau, mula nak marah-marah anak, susah sangat nak senyum, dengar anak menangis mula naik tangan.. bila isteri minta ‘Time Off’ berikanlah.

Tak perlu sampai sehari pun. Kadang cuma 5 minit pun dah boleh meredakan emosi tak stabil jiwa kacau isteri itu. Time Off tu bermakna bebas dari segala beban kerja rumah mahupun urusan rumah tangga.

Kerana, apa yang dikongsikan oleh Puan Intan Dzulkefli ini ada banyak benarnya. Bak kata beliau, mak-mak jangan bandingkan diri dengan orang lain. Ada mak-mak yang tak perlukan Me Time sebab nak sentiasa dengan anak-anak. Itu mereka. Cara mereka.

Mak-mak yang perlukan Me Time mintalah pada suami. Moga para suami memahami yang isteri juga ada masanya akan alami JIWA KACAU.

TIME OFF BUAT ISTERI

Ada satu hari tu, tak tahu kenapa tiba-tiba otak rasa tepu sungguh. Bila anak-anak menjerit bergaduh & kemudian masing-masing menangis membuatkan terasa begitu bingit mencucuk kepala & serabut sungguh.

Saya cuba untuk calm down dengan istighfar & kawal pernafasan, tapi akhirnya terasa semakin teruk.

INNER PEACE SEDANG KACAU BILAU.

Astaghfirullah. Ya Allah… rasa nak lari. Nak lari kejap dari keserabutan ni.

Akhirnya, terus mesej suami.

“Abang, boleh tak harini lepas maghrib, nak minta izin keluar sekejap. Time-off. Alone.”

Mulanya suami ralat juga sebab isterinya ini rabun & ada T-junction yang menjadi lokasi banyak kemalangan. Ditawarkan untuk belanja makan, bawa jalan-jalan untuk menceriakan hati isteri. Namun, hari itu, si isteri ini tak rasa tertawan dengan pelawaan itu.

Okay, tak apalah. Pergilah. Tapi drive jangan ikut jalan yang tu. Ikut jalan lagi satu. Drive safe. Nanti abang jagakan anak-anak,” Akhirnya suami yang baik hati mengalah.

Alhamdulillah, pulang ke rumah, suami menunaikan janjinya. Suami take over everything. Disuruh isteri bersiap.

Dalam anak-anak leka dengan abinya, saya terus menyusup keluar bagaikan The Flash.

Start enjin kereta, drive slowly. Terasa senyap sahaja dunia. Terus buka radio.

DETIK ME TIME YANG CUKUP BERHARGA

Dapat dengar butir di radio tanpa celahan suara jeritan anak-anak yang bergaduh.

Dapat ikut sama menyanyi lagu nasyid di radio yang kebetulan pernah dulu dihafal liriknya.

Dapat sight-seeing tanpa hati berdebar risaukan keselamatan anak-anak semasa memandu.

MasyaAllah…… macam nak berair mata. Preciousnya detik itu. Bersyukurnya rasa. Rasa lega seperti melepaskan satu beban berat dari atas kepala.

Bukan kita tak dapat terima kenyataan yang kita sekarang bergelar ibu & isteri yang akan menyerahkan seluruh masa, tenaga & hidup untuk anak-anak & suami. Tetapi kadangkala, kita memang perlu sangat ‘escapism’ dari perkara rutin, jerit pekik, gaduh anak-anak yang sedang melasak.

SUAMI PRIHATIN AKAN SENYUM LIHAT ISTERI CERIA

Alhamdulillah selepas uruskan urusan pengeposan barang customer (yang selalu diselesaikan oleh suami), saya kembali ke rumah dengan perasaan yang lebih stabil.

Buka pintu rumah & dengar suara anak-anak meminta perhatian abi yang berada di dapur, subhanallah, rasa sungguh rindu & sayang. Emosi berubah terus 360 darjah berbanding sebelum keluar tadi.

Saya ke dapur dengan senyuman. Suami juga tersenyum bila melihat saya nampak ceria. Saya peluk suami yang sedang memasak sambil sebelah tangan mendukung Insyirah & ucapkan terima kasih.

Dah okay dah? Happy tak?” Tanya suami dengan prihatin.

Alhamdulillah. 20 minit yang berharga.

JAGALAH INNER PEACE KITA

Ibu-ibu yang duduk di rumah, kalau kita dah rasa tak tertanggung, berbincanglah, mintalah time-off sekejap dari suami. Percayalah…. insyaAllah kita akan rasa lebih baik.

Jagalah ‘inner peace’ kita.

Kalau kita dah start asyik nak marah anak. Dah tak boleh nak senyum. Mula rasa nak memukul anak bila anak menangis, minta dilayan… itu tandanya inner peace kita dah kacau bilau. Bahaya.. bahaya..

Anak-anak perlukan ibu yang stabil emosi & bahagia untuk mereka membina bahagia mereka juga.

Jangan rasa rendah diri jika minta time-off dari suami, jangan bandingkan diri kita dengan orang yang kadang kata mereka tak perlukan me-time, mereka memang taknak berpisah dengan anak-anak. Jangan… kita bukannya sedang bertanding siapa supermom & siapa tidak. After all, we are just a human. Kalau kita tak tahan, kita rehat. Jujurlah dengan diri sendiri, untuk jaga kestabilan & kebahagiaan ‘inner peace’ kita.

SUAMI BERALAH LAH DENGAN ISTERIMU

Para suami pula, beralahlah dengan isteri. Kasihanilah isterimu. Mereka tak minta banyak pun. Kadang cuma minta 5 minit untuk mereka mandi & menguruskan diri tanpa gangguan si kecil yang tak mahu berenggang sepanjang hari. Malam nanti apabila kalian sedap berdengkur pun isteri kalian tak nyenyak tidur bangun menyusukan anak-anak selang sejam, selama bertahun-tahun.

Jangan pula dikatakan isteri itu mengada-ngada. Jangan pula dikeji hina seolah isteri yang duduk di rumah itu tiada sumbangan apa-apa. Isteri itu cuma meminta pertolongan agar ‘taufan’ dalam dirinya dapat diredakan. Bantulah mereka wahai lelaki yang budiman!

Kadang ada suami approve time-off sampai berjam, tetapi si isteri ni sebenarnya kalau dapat 15-20 minit keluar ke stesen minyak atau kedai eco RM2.12 pun dah rasa gembira ya robbi. Wallahi!

Sesungguhnya di belakang isteri yang happily married, emotionally & mentally stabilized, ada seorang suami yang tak pernah lokek untuk berlebih kurang.

Alhamdulillah ‘ala kulli hal.

Pernah bicara tentang depresi suri hati di catatan ini :

1) https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1724020740965668&id=100000732758787

2) https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1723344391033303&id=100000732758787

Sumber/Foto : Intan Dzulkefli

IKLAN