Boleh tak para suami bayangkan, ditakdirkan suatu hari isteri tiada atau meninggal dunia, tinggal anak-anak yang makin membesar. Kehidupan perlu diteruskan tapi sudah tentu segalanya akan berubah dalam sekelip mata.
Mungkin suami kehilangan pasangan dan belum diberi rezeki anak, bolehlah uruskan diri sendiri. Tapi, bila isteri tiada, segalanya perlu diuruskan seorang diri, sementelah kalau ada anak-anak kecil.
Kalau dahulu, segala urusan rumah, isteri seorang yang uruskan baik dari kerja rumah, memasak, jaga anak dan sebagainya. Harapkannya dia seorang yang buat. Bila isteri tiada, barulah rasa dunia gelap seketika.
Nak tak nak kehidupan diteruskan, walaupun isteri tiada di sisi. Tapi dunia akan jadi lain, selainnya. Rumah jadi sepi, tiada lagi aura dan hilang seri sebuah keluarga.
Perkongsian ini cukup menyentuh hati dan memberi pengajaran buat suami di luar sana. Jangan harapkan kerja rumah hanya isteri seorang yang lakukan. Boleh bayangkan bagaimana keadaan bila isteri tiada. Suami kena ada tanggungjawab dalam membantu isteri.
Rumah masih ramai setelah pulang dari pemakaman, kepalaku masih pusing kerana tak mampu menahan tangis melihat jasad terakhir isteriku dimasukkan ke dalam liang lahad. Aku makin tak mampu menahan airmata saat melihat anak-anak menangis memandang orang-orang yang menimbun tubuh ibu mereka.
Lama aku diam di pemakaman, mengingat kembali ketika isteriku masih ada. Aku ingat semua dosaku, kesalahanku, mulut kasarku, ketidakpedulianku, bahkan yang paling aku ingat membiarkan dia berfikir sendiri tentang kewangan keluarga.
Aku fikir saat di pemakaman adalah momen tersedih yanag aku alami sepanjang hidupku, ternyata itu belum apa-apa. Banyak kepiluan-kepiluan lain yang membuatku serasa hancur.
Mulai saat malam setelah rumah ini kosong, anak-anak seperti tidak mahu tidur tanpa ibunya. Mereka masih menangis. Aku hanya mampu memeluk mereka tanpa mampu menyembunyikan kesedihan di wajahku.
Puteriku yang berusia 5 tahun beberapa kali berlari ke bilik sambil memanggil ibunya. Sepertinya dia lupa bahwa ibunya telah tiada. Kemudian ia keluar lagi dengan wajah kecewa.
Malam berlalu tanpa aku mampu melelapkan mata sedetik pun. Aku memandang anak-anak yang tidur dengan gelisah. Sebentar-sebentar terbangun dan putera pertama kami yang berusia 9 tahun ternyata menangis sambil melekatkan wajahnya di bantal. Adiknya laki-laki berusia 7 tahun sudah tertidur, namun sesekali mengingau memanggil ibunya. Sungguh aku tak tenang malam itu.
Rasanya rumah ini hampa.
Ads
Uruskan Anak Sendirian
Beberapa hari masih dengan suasana yang sama, masih ada kerabat yang membantu masak dan menyapu rumah hingga hari ketiga. Masih banyak tetangga yang memeluk dan menguatkan anak-anak.
Hingga tibalah hari yang membuat aku amat sedih iaitu hari ketika mereka mulai masuk sekolah.
Pagi itu mereka semua sudah bangun, aku kebingungan, anak-anakku juga seperti bingung tidak tahu nak buat apa. Biasanya pagi kami selalu dibangunkan, disuruh mandi dan solat, disiapkan pakaian, dibuatkan sarapan dan kami berangkat dalam keadaan rapi dan perut yang sudah kenyang. Hari ini semua kami hanya diam.
Aku menyuruh anak-anak melihat makanan di dalam peti ais tapi yang hanya bahan mentah.
Rumah yang biasanya rapi nampak berantakan. Aku pergi membeli sarapan untuk kami berempat. Saat membayar aku berikan duit dalam jumlah yang besar sampai lupa minta bakinya. Padahal selama ini aku memberi wang dalam jumlah yang sama kepada isteriku cukup untuk makan kami sampai malam. Kadang-kadang aku marah-marah kalau dia minta tambahan.
Aku bawa sarapan pulang dan anak-anak sudah menunggu di meja makan. Sudah jam 7.30 biasanya mereka sudah di hantar ke sekolah semuanya dihantar isteriku, sementara aku baru pulang beli sarapan.
Ketika ingin makan, aku tidak tahu di mana pinggan dan sudu, mahu pun mengambil air, gelas tidak tahu di mana. Sebab selalunya, isteri aku yang melayan semua ini. Aku makin merasa bingung sebab jam 8 pagi, anak-anak belum lagi di hantar ke sekolah. Aku benar-benar kehilangan seorang dewa dalam rumah kami. Inikah yang selama ini dilakukan isteriku? Mengapa aku selalu menganggap dia tak ada kerja bila di rumah.
Jangan Anggap Surirumah Senang
Selalu menganggap mudah pekerjaan seorang ibu. Aku masih sedih bila di tempat kerja. Masih banyak kawan yang datang mengucakpak takziah. Sampaikan, penjaga di tadika anakku telefon untuk aku datang mengambil anak.
Selama ini aku tak tahu satu pun jadual mereka. Aku hanya bekerja dan tak peduli dengan itu semua. Anakku yang besar pulang jam 2 petang. Jadi, aku tidak boleh balik ke tempat kerja. Sampai d isekolah anakku, aku masih melihat di depan sekolah masih ada bekas darah ketika isteriku mrngalami kemalangan 3 hari lalu. Kemalangan inilah yang meragus nyawa isteriku ketika mengambil anak sulung dari sekolah.
Sampai di rumah anak-anak nampak kelaparan, biasanya isteriku sudah siapkan makanan sebelum mengambil anak sulung pulang. Ternyata aku tidak tahu uruskan waktu sehebat arwah isteriku.
Ads
Aku harus ke kedai makan lagi untuk pergi membeli makan siang. Begitu pun nantinya makan malam. Boleh dikira makanan untuk mereka lebih kurang RM100 sampai ke malam. Mula aku terfikir, itu sehari. Kalau sebulan? Gajiku tidak akan cukup untuk kami berempat.
Malam ini anak-anak juga mengingatkanku tadi mereka tidak ada yang belajar mengaji kerana tidak ada yang menghantarkan ke tempat mengaji mereka.
Dugaan Buat Suami
Ya Allah
Indah sekali caramu menegurku,
Begitu kacaunya hidupku tanpa isteriku, anak-anak tak terurus, makanan kegemaranku tidak ada lagi. Rumah dan tanaman seperti hilang aura kerana tak ada yang menjaga dan membersihkan. Aku masih sempat merasa wanita di luar lebih cantik dari isteriku.
Andai aku mampu menebus apa pun yang telah aku lakukan kepada isteriku selama ini aku ingin memperbaikinya. Aku ingin membantunya, menyayanginya sepenuh hati dan tak akan pernah berkata kasar kepadanya.
Dia begitu lelah setiap hari, tapi sepulang kerja aku masih sering membentaknya. Saat dia minta tambahan belanja aku berkata kasar kepadanya. Dia saat aku jadikan isteri rela berpisah dengan anggota keluarga besarnya, hidup susah payah dan sederhana denganku.
Maafkan aku isteriku, andai aku mampu menebus semua kesalahanku, satu hari saja tanpamu kami seperti anak ayam kehilangan induknya. Berserakan.
Selepas solat, aku kembali menangis sejadi-jadinya
Andai mampu kutebus, aku ingin menebus meskipun dengan nyawaku. Aku mahu dia yang hidup menjaga anak-anak dan biarlah aku yang menghadap-Mu. Ini sangat berat bagiku apalagi bagi anak-anakku. Demikian do’a tengah malamku.
Ads
Aku tak tega melihat pakaian anak-anak yang kusut tak terurus, tiada yang masak untuk mereka dan aku tak tega melihat mereka kekurangan kasih sayang.
Jujur selama ini aku tak dekat dengan anak-anak. Mereka selalu bersama ibunya. Aku hanyalah kerja, pulang, tidur dan kerja lagi. Aku tak tau apa-apa tentang urusan anak dan rumah.
Pahala Buat Isteri
Isteriku, aku berdoa semoga lelah mu jadi ibadah, semoga semua yang kau lakukan untuk kami membawamu ke syurga, berbahagialah di alammu. Kali ini aku benar-benar menangis tersedu-sedu sambil membayangkan wajahmu.
Kau tak pernah mengeluh dengan pekerjaanmu, kau tak pernah meminta sesuatu yang aku tak sanggup membelinya. Kau jalani semua dengan sabar dan aku merasa mengambil tahu tentang dirimu, perhatikanmu dan jarang bertanyakan tentang anak-anak kita dan hari-harimu.
Engkau ibu yang luar biasa bagi anak-anak kita. Semuanya terlihat saat engkau telah tiada kemurungan selalu menyelimuti wajah mereka. Mereka sering menangis, sering salah memanggilmu sepulang sekola, berlari ke bilik kita seolah-olah engkau masih ada.
Kekasih hatiku
Mengapa aku jatuh cinta padamu selepas engkau tiada. Tidak akan ada yang menggantikan dirimu dihatiku. Mengapa rasa cinta ku padamu menggebu-gebu saat dirimu sudah berada di pusara.
Maafkan aku isteriku.
Aku terlambat jatuh cinta padamu
MW: Moga ia jadi panduan buat suami di luar sana. Jangan siakan isteri bila ada di depan mata. Bila ‘tiada’, menyesal pun tidak guna lagi. Hargailah isteri selagi ada.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Kuasa pelukan mempunyai ‘magisnya’ yang tersendiri. Mampu memberi kesan positif baik pada pasangan suami isteri mahupun anak-anak. Pesanan buat mak ayah biasakan memeluk anak-anak dengan pelukan kasih sayang sejak mereka kecil dan teruskan rutin tersebut sehingga mereka meningkat remaja dan dewasa. Tak kiralah baik pada anak lelaki mahupun perempuan, dan lihatlah kesannya nanti.
Jangan berhenti memeluk anak-anak baik lelaki atau perempuan.
Pelukan ayah ibu dapat meredakan ledakan emosi yang dialami anak. Apabila anak-anak mengalami ‘temper tantrum’ atau tekanan, anak menghadapi masalah dengan regulasi emosi. Pelukan mengurangkan hormon stres (cortisol) dan menaikkan hormon kasih sayang (oxytoxin) yang meredakan emosi.Bukan itu sahaja, pelukan anak-anak juga dapat meredakan tekanan yang sedang dialami ayah dan ibu.
Jika dari kecil diamalkan, tidak ada sesiapa yang akan merasa kekok. Jika baru hendak bermula, teruskanlah, tidak ada salahnya. Tidak haram bagi ibu memeluk anak lelaki dan tidak haram bagi ayah untuk memeluk anak perempuan.
Jika ada yang melarang ayah dari memeluk anak perempuan dan sebaliknya, itu bermakna orang yang melarang itu mungkin pernah mengalami pengalaman yang tidak elok dengan ayahnya atau dengan lelaki dewasa rapat dalam keluarganya. Oleh itu nasihat tersebut tidak releven untuk keluarga normal dan harmoni seperti keluarga anda.
Peluklah anak lelaki dan anak perempuan anda. Itulah cara termudah dan termurah untuk membina ‘connection’ pada zaman di mana kita sering sibuk terkejar-kejar masa.Pelukan tidak menjadikan anak lelaki lembik, sebaliknya ia memberi kekuatan dalaman kepada mereka.
Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Biasakanlah memeluk anak-anak kita dengan penuh kasih sayang sejak dari kecil dan penuhilah ‘tangki emosi’ mereka. Ia bukan sahaja mampu meredakan emosi, mengawal sikap anak-anak, malah menjalin hubungan erat di antara mak ayah dan anak-anak.
Satu keputusan yang agak susah nak dibuat selepas sah jadi suami isteri, elok duduk rumah mentua atau rumah sendiri?
Haaa… kalau duduk rumah mentua mesti ada sebab, bukan? Mungkin suami anak tunggal, mak ayahnya kurang sihat atau boleh jadi salah satu sebab yang dikongsi saudara Firdaus Shakirin ini.
Cuba semak dulu dan in shaa Allah ada akan dapat buat keputusan terbaik.
Rumah Mertua Atau Rumah Sendiri?
Perkara yang selalu bermain di fikiran bakal-bakal isteri, lepas berkahwin, duduk dengan mertua atau rumah sendiri (meskipun menyewa). Ada yang kata, duduk jauh-jauh bau wangi, duduk dekat-dekat bau busuk. Namun perkara ini terpulang pada situasi yang dialami setiap pasangan.
Jika di dalam rumah kita terdapat ramai adik beradik yang dah berkahwin, yang belum kahwin, atau ada adik / abang lelaki yang masih bujang, maka sebaiknya, carilah rumah sendiri. Sebab?
1) Nak jaga aurat isteri, kehormatan isteri dari pandangan lelaki ajnabi lain (ipar, biras, adik atau abang lelaki), nak mudahkan isteri untuk pergi mandi, berpakaian, dan breastfeeding ketika berada di dalam rumah.
2) Nak jaga perbelanjaan keluarga sendiri daripada menanggung keluarga-keluarga atau individu lain selain daripada ibu bapa sendiri.
3) Nak bina asas rumah tangga, kepercayaan dan peraturan di dalam keluarga kecil sendiri.
Jika di dalam rumah tiada sesiapa disebabkan adik beradik yang lain dah berpindah keluar, hanya kita yang tinggal dengan ibu bapa, dan kesihatan ibu bapa tidak mengizinkan kita untuk meninggalkannya, maka sebaiknya tinggal dgn ibu bapa tetapi :
1) Maklumkan kepada bakal isteri, yang dia akan tinggal sekali dengan mertua, dan beritahu tentang keadaan ibu bapa kita. Sekiranya dia tak boleh terima, maka belum terlambat lagi untuk kita memutuskan hubungan itu.
2) Sekiranya dah berkahwin, sediakan tempat tinggal, bilik yang selesa untuk isteri, dan kemudian, ajarkan isteri tentang perangai-perangai ibu bapa kita, apa yang boleh buat, apa yang tak bleh buat di dalam rumah itu. Apa yang mak kita suka dan apa yang mak kita tak suka dan sebagainya, supaya isteri bersedia untuk “berperang” menghadapi karenah orang tua kita.
3) Selalu tanya isteri, hari ke hari, masa ke masa, tentang apa perasaan dia, apa yang dia rasa? Kita sebagai anak bertanggung jawab menjaga ibubapa kita, bukan isteri.dan sekiranya isteri melakukan tugas itu semasa ketiadaan kita, maka itu EHSAN dirinya untuk kita. Hargai, dan balas ehsan isteri dengan berbuat baik kepadanya.
4) Sesekali, jika adik-beradik lain berpeluang untuk menjaga ibu bapa, maka gunakanlah masa ini untuk membawa isteri pergi bercuti, berjalan bagi merehatkan diri, menyegarkan semula dirinya. Isteri sangat-sangat memerlukan ini, iaitu masa bersama suami,”hanya dengan suami sahaja”.
Jika isteri boleh menjadi menantu yang baik untuk keluarga kita, maka kita sebagai suami, perlu lah menjadi menantu yang LEBIH BAIK untuk keluarga isteri.
Suami itu contoh kepada isteri… nak isteri rajin, maka kita rajin dahulu. Nak isteri baik, maka kita jadi baik dahulu.. Nak isteri solehah, maka kita jadi soleh dahulu.
Keperibadian suami akan membentuk perangai isteri.
Sebenarnya tinggal sendiri atau tinggal dgn mertua, itu terpulang… jika nak rumah tangga bahagia, maka buatlah sesuatu keputusan yang dapat menggembirakan kita, suami dan isteri.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tabiat merokok memang membahayakan kesihatan diri bukan sahaja buat golongan dewasa apatah lagi peringkat umur kanak-kanak. Masih ingat kanak-kanak lelaki umur 2 tahun yang gambarnya pernah viral kerana asyik menghisap rokok dulu.
Dilaporkan kanak-kanak lelaki berusia dua tahun berasal dari Suka Bumi, Indonesia yang viral kerana tabiat merokok, dilaporkan sudah mula meninggalkan tabiat buruk itu.
Media antarabangsa melaporkan, Rapi Ananda Pamungkas, yang sebelum ini merokok sehingga dua kotak sehari, kini sudah tidak meminta rokok selepas diberi susu dan biskut.Ibu Rapi, Maryati, memberitahu anaknya itu diberi rokok untuk menenangkannya, dan akan mengamuk jika kehendaknya tidak dipenuhi.
Selepas kisahnya viral, beberapa pihak, antaranya pihak jabatan kesihatan dan doktor, melawat Rapi dan keluarganya di kediamannya mereka di Sukabumi.
Diberikan Susu, Biskut & Mainan
Selain bekalan makanan susu dan biskut serta alat mainan selama setahun, mereka juga memberikan Maryati nasihat bagaimana mahu mengelakkan Rapi merokok.
“Antara cara yang boleh digunakan adalah menunjukkan gambar-gambar mengerikan tentang kesan merokok. Kami juga akan terus memantau keadaan Rapi selepas ini,” kata Maman Surahman, Ketua Pengarah Jabatan Kesihatan Cibadak.
Maryati memaklumkan, Rapi sudah tidak merokok sejak Isnin lalu.
“Sudah beberapa hari dia tidak minta rokok. Malah apabila nampak rokok, dia hanya tengok sahaja,” kata Maryati.
Menerusi laporan berita sebelum ini, beberapa keping foto yang memaparkan budak lelaki berusia dua tahun sedang menghisap rokok tular di laman sosial dan mencetuskan kebimbangan orang ramai.Kanak-kanak itu,kelihatan selamba memegang rokok sambil menghembus asap seperti seorang lelaki dewasa.
Dia dirakam melakukan aksi itu di gerai milik ibunya di Sukabumi, Indonesia.Aksi itu turut menarik perhatian orang ramai yang berjalan melintasi gerai tersebut.Dia didakawa mengalami ketagihan rokok dan berupaya menghisap sehingga satu kotak dalam sehari.
“Pada mulanya, dia kutip puntung rokok di lantai, sekarang dia dah pandai hisap pula.Saya beri sahaja sebab tak mahu dia meragam dan mengamuk”
“Dia tak akan tidur dan mengamuk serta menangis sehinggalah saya beli rokok untuknya setiap hari,” ujar ibunya, Maryati yang berusia 35 tahun.
Setiap kali cuba menghalang perbuatan itu, Maryati dan suaminya, Mishabudin terpaksa berhadapan dengan amukan anak kecilnya itu. Sementara itu, bapanya yang juga seorang perokok mengakui kagum dengan kebolehan anaknya.
“Saya pun tak merokok sebanyak itu. Saya merokok di tempat kerja sahaja,” ujarnya.
Pasangan suami isteri itu kini memohon bantuan orang ramai termasuk pakar kesihatan untuk menghentikan ketagihan anaknya.
Sungguh tak faham macam mana mak ayah boleh tergamak beri anak yang masih kecil dengan rokok, walau apa pun alasannya. Mingguan Wanita mengharapkan semoga anak kecil ini, menghentikan terus tabiat merokok yang sungguh tak bermanfaat dan membahayakan kesihatan ini.
Live TikTok Fattah, Amira raih lebih 50 juta ‘likes.' Pasangan baharu mendirikan rumah tangga, Fattah Amin, 35, dan Amira Othman, 32, sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila sesi siaran langsung mereka di TikTok mencatatkan lebih 50 juta tanda suka selain ditonton lebih 150,000 kali setakat jam 10.40 malam, Isnin.