Rasa Diri Tak Cantik

Kebanyakan wanita akan rasa dirinya semakin kurang cantik apabila usia semakin meningkat. Dia berasakan dirinya semakin kurang daya tarikan di mata suami hinggakan timbul syak wasangka suami mula ‘intai’ wanita lain! Malah dia lebih gemar duduk di rumah saja kerana diselimuti rasa rendah diri. Ini semua gara rasa rendah diri yang mula menyelubungi diri disebabkan penampilan diri tak secantik dahulu.

Sebagai suami anda boleh memainkan peranan untuk membantu isteri rasa selesa dan yakin dengan perubahan fizikal dirinya. Berikut diberikan beberapa tip yang boleh dilakukan.

Bila Isteri Rasa Dirinya Dah Tak Cantik, Apa Suami Boleh Bantu?

Jaga Mulut Ketika Bergurau

Ada suami yang gemar bergurau senda dengan isterinya. Kata-kata seperti, ‘awak ni comel, macam beruang.” Atau ‘ awak tu dah macam papan keping. Lurus je…takde shape langsung”. Agak-agak isteri akan rasa marah tak? Sebenarnya kata-kata suami walau pun dalam nada gurauan boleh mengguris hati isteri dan membuatkan isteri terasa hati. Akhirnya timbul rasa rendah diri dengan fizikalnya. Jadi, jaga mulut anda ye wahai suami, walau pun sekadar dengan niat nak bergurau!

IKLAN

Puji isteri

Isteri sentiasa menganggap suami adalah lelaki terbaik untuknya. Tidak kira anda boroi, botak atau sebagainya, bagi mereka, anda tetap lelaki paling handsome dan ‘sweet’ di mata mereka. Jadi, apa salahnya anda menganggap isteri anda begitu juga. Walau pun mungkin bentuk fizikalnya sudah semakin berubah, tapi sentiasa puji isteri dengan kata-kata manis. “tak apalah awak badan besar. Yang penting awak sihat dan awak tetap cantik di mata abang…” Wah, cair hati isteri bila mendengarnya.

Hadiah Tanda Penghargaan

Isteri mana yang tidak terharu kalau suami belikan sesuatu untuk dirinya walau pun dia mampu membelinya sendiri. Itu adalah salah satu bentuk penghargaan suami buat isteri. Anda boleh belikan set mekap atau belanja isteri memanjakan diri di spa. Kalau nak isteri cantik, anda perlu bantu dia untuk capai matlamat itu. Belikan dia pakaian yang bersesuaian dengan usia dan personaliti dirinya agar penampilannya lebih kemas dan anggun.

IKLAN

Bila Isteri Rasa Dirinya Dah Tak Cantik, Apa Suami Boleh Bantu?

IKLAN

Sekiranya isteri ingin ke spa, apa salahnya anda ambil alih tugas mengasuh anak-anak supaya dia dapat menikmati masa ‘me time’ dengan selesa. Apabila hatinya gembira, pasti akan menyerlahkan lagi kecantikan luarannya.

Beri Galakan

Sekiranya isteri ingin diet dan bersenam untuk lebih langsing, sentiasa sokong hasratnya itu. Dalam masa yang sama, katakan padanya anda tetap terima diri dia seadanya dan cinta anda terhadapnya takkan pernah berubah walau pun fizikalnya sudah berubah. Jadi tidaklah dia rasa tertekan untuk kurus. Yang penting, bersenam untuk sihat bukan? Selain itu, sentiasa suntik kata-kata semangat untuknya supaya mencintai dirinya sendiri. Apabila dia sayangkan dirinya dan tidak memandang rendah pada diri sendiri. Itu penting ye!

Sentiasa ucapkan kata-kata sayang

Walau pun sudah semakin berusia, sentiasa ucapkan rasa sayang anda pada dirinya. Dengan itu dia akan rasa diri tetap disayangi walau pun dia sudah tidak secantik dahulu. Sebagai orang yang paling rapat dengan isteri, anda perlu bantu dia menerima diri dia seadanya. Tidak kira apa pun saiznya, yang penting dia sentiasa menjaga penampilan diri. Ramai orang yang berbadan besar atau ‘keding’ yang tetap cantik dan manis dipandang bukan? Yang penting, seorang wanita harus yakin dengan kelebihan yang dimiliki dan menerima perubahan wajah dan tubuhnya dengan hati yang terbuka. Jangan sesekali membandingkan kecantikan diri dengan orang lain atau kecantikan ketika remaja dahulu. Makan hati jadinya!

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI