Bila isteri bekerja, suami jangan buat-buat lupa beri nafkah. Dalam kehidupan berkeluarga, tanggungjawab seorang suami sebagai ketua keluarga tidak hanya terletak pada kepimpinan, tetapi juga dalam memenuhi kewajipan nafkah kepada isteri dan anak-anak.
Bila Isteri Bekerja, Suami Jangan Buat-buat Lupa Beri Nafkah
Walaupun isteri bekerja dan berpendapatan sendiri, suami tidak boleh abaikan tanggungjawab memberi nafkah. Ini adalah amanah besar yang dituntut dalam agama dan perlu dilaksanakan dengan penuh keikhlasan.
Hak Isteri Yang Wajib Ditunaikan
Nafkah merupakan kewajipan suami yang merangkumi:
Makanan Dan Minuman
Suami bertanggungjawab menyediakan keperluan asas makanan dan minuman untuk isteri serta anak-anak. Walaupun isteri bekerja, tugas ini tidak boleh diserah bulat-bulat kepada isteri.
Tempat Tinggal
Menyediakan tempat tinggal yang selamat, selesa, dan sesuai untuk keluarga adalah tanggungjawab utama suami.
Pakaian Dan Keperluan Asas
Keperluan berpakaian yang bersesuaian dengan kemampuan suami mesti diberi kepada isteri dan anak-anak.
Perbelanjaan Perubatan Dan Pendidikan
Suami bertanggungjawab memastikan keluarga mendapat akses kepada perubatan yang baik dan pendidikan yang sempurna untuk anak-anak.
Kenapa Suami Masih Perlu Memberi Nafkah Walaupun Isteri Bekerja?
Tanggungjawab Asal Suami
Islam menetapkan bahawa suami adalah pemimpin keluarga yang wajib memberi nafkah kepada ahli keluarganya. Pekerjaan dan pendapatan isteri bukan alasan untuk suami melupakan tanggungjawab ini.
Firman Allah SWT dalam Surah An-Nisa’, ayat 34:
“Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah membelanjakan hartanya…”
Ayat ini jelas menyatakan bahawa tanggungjawab kewangan adalah kewajipan suami, bukan isteri.
Pendapatan Isteri Adalah Harta Peribadi
Pendapatan yang diperoleh oleh isteri hasil daripada kerjanya adalah hak mutlak isteri. Suami tidak boleh menganggap pendapatan isteri sebagai alasan untuk tidak menyediakan nafkah. Sekiranya isteri membantu, ia dianggap sebagai satu bentuk keikhlasan, bukan kewajipan.
Ads
Menghargai Pengorbanan Isteri
Jika isteri bekerja, ini bermakna dia berkorban masa, tenaga, dan emosi untuk membantu keluarga. Memberi nafkah adalah salah satu cara suami menghargai dan menyatakan rasa tanggungjawab terhadap pengorbanan tersebut.
Akibat Jika Suami Mengabaikan Nafkah
Ketidakharmonian Rumah Tangga
Isteri mungkin akan berasa tidak dihargai dan tertekan jika suami mengabaikan tanggungjawab nafkah. Hal ini boleh mencetuskan konflik yang menjejaskan keharmonian rumah tangga.
Khilaf Di Sisi Agama
Mengabaikan nafkah adalah satu dosa besar di sisi agama. Rasulullah SAW bersabda:
“Cukuplah seseorang itu dianggap berdosa jika ia mensia-siakan orang yang menjadi tanggungannya.” (Riwayat Abu Daud)
Menggugat Kepercayaan Isteri
Suami yang tidak bertanggungjawab akan kehilangan kepercayaan isteri. Hubungan akan menjadi rapuh dan penuh kecurigaan.
Anak-Anak Terabai
Jika keperluan asas tidak dipenuhi, anak-anak mungkin akan merasa kurang kasih sayang dan perhatian. Ini boleh memberi kesan negatif kepada perkembangan mereka.
Bagaimana Suami Boleh Menjalankan Tanggungjawab Dengan Baik?
Merancang Kewangan Keluarga
Suami perlu bijak dalam menguruskan kewangan keluarga dan memastikan keperluan asas isteri serta anak-anak diberi keutamaan.
Ads
Komunikasi Yang Baik
Berbincang dengan isteri mengenai perbelanjaan bulanan dan keutamaan kewangan dapat mengelakkan salah faham serta membantu menyusun perbelanjaan keluarga dengan lebih efisien.
Bersikap Adil Dan Bertanggungjawab
Jangan mengambil kesempatan atas pendapatan isteri. Bersikap adil dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas sebagai suami akan memastikan kebahagiaan keluarga.
Sentiasa Berusaha Menambah Pendapatan
Jika pendapatan sedia ada tidak mencukupi, suami perlu berusaha mencari sumber rezeki tambahan. Allah SWT menjanjikan ganjaran kepada mereka yang berusaha mencari rezeki halal untuk keluarganya.
Suami jangan sesekali lupa bahawa memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak adalah tanggungjawab utama yang wajib ditunaikan. Walaupun isteri bekerja dan berpendapatan sendiri, itu bukan alasan untuk suami lepas tangan. Rezeki yang diberi dengan ikhlas dan penuh tanggungjawab akan membawa keberkatan kepada keluarga.
Sebagai ketua keluarga, suami perlu menjalankan amanah ini dengan sebaik-baiknya kerana kebahagiaan rumah tangga bermula daripada sikap tanggungjawab, kasih sayang, dan hormat-menghormati antara satu sama lain.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Celik saja mata waktu pagi, kepala mak-mak terus berkira-kira apa yang patut dilakukan untuk hari ini. Inilah kerja hari-hari yang mak ayah buat. Memikirkan dan mencari rezeki demi membesarkan anak-anak.
Apabila anak sudah berjaya, giliran anak-anak untuk membantu dan membalas jasa mak ayah. Namun, berapa ramai yang mampu berbuat demikian. Kononnya, anak-anak sudah mempunyai keluarga sendiri pula.
Akhirnya, ada mak ayah yang kerja sehinggalah usia lanjut. Sedihnya. Sebagai anak, jangan abaikan tanggungjawab dan ingat apa yang telah mak ayah korbankan semasa kita kecil.
Malah, mak ayah sebenarnya tahu apa yang ada pada anaknya. Perasan tak, mak ayah tidak pernah sekali meminta duit belanja daripada anak-anak. Dia tidak mengharapkan, cuma sebagai anak kenalah fikir tanggungjawab dan balas jasa mereka.
Daripada perkongsian Dr Ahmad Samhan, cukup menyentuh perasaan tatkala berbual bersama pesakitnya yang agak berusia. Bersyukur kerana anak-anaknya mampu membalas jasa mak ayah.
Sebaiknya suami.. hibahkan harta untuk isteri dan anak-anak siap-siap sementara hayat masih ada. Sebabnya, semasa suami masih bernyawa, indah saja sekelilingnya. Adik beradik baik segala, sebaik suami menutup mata hubungan jadi keruh.
Isteri tak lagi menjadi ipar yang disayangi, kerana harta suami yang menjadi tuntutan sama adik-beradik suami. Sudahnya, isteri yang cuma seorang suri rumah berpendapatan kecil inilah terkontang-kanting sendirian mempertahankan haknya.
Sebaknya, membaca kisah benar yang dikongsikan ibu tunggal ini. Bila mana suami meninggal dunia, adik-beradik suami mula menuntut haknya. Tinggallah isteri, sendirian berjuang akan haknya. Yang mana, semua itu tak perlu pun terjadi kalau suami dah siap-siap sediakan untuk ahli keluarganya.
Pesanan yang disampaikan Puan Marliya Ramliini banyak benarnya. Janganlah biar isteri derita selama-lamanya. Semoga boleh ambil ikhtibar dari perjalanan hidup yang memilukan ini.
DERITA SELAMA-LAMA
1 – Tuan-tuan ambillah sedikit masa. Semak bersama-sama… Berapa jumlah simpanan yang isteri tuan-tuan ada?
2 – Berapa banyak yang isteri tuan-tuan mampu jana pendapatan keluarga? Andai tuan-tuan tiada, isteri mampu urus segala?
3 – Andai Tuan-tuan meninggal dunia, apa yang dihibahkan pada isteri jelita? Berapa banyak jumlah wang dan emas simpanan yang tuan-tuan sedia agihkan?
4 – Anak-anak tuan-tuan akan ada tempat tinggal? Isteri tuan-tuan punya hati kental yang sanggup bertahan? Berapa lama?
5 – Saya 16 tahun bekerjaya sebagai HR ya tuan-tuan… Saya dah tengok abang kakak dan adik beradik yang tuan-tuan sanjung anggap baik segala, merekalah bakal jadi si celaka yang menyusahkan.
Adik-beradik Pun Sama Sibuk Hitung Harta..
6 – Merekalah yang sibuk menghitung harta pusaka dan insuran syarikat yang tuan-tuan tinggalkan. Tuan-tuan masih hidup segalanya baik belaka. Tuan-tuan meninggal esok, anak isteri tuan-tuan merempat tak apa… Yang penting mereka mahu bahagiannya.
7 – Haloba manusia tak kenal sesiapa. Baik ibu bapa tuan-tuan atau saudara mara. Selagi bernafas dan punya nyawa, pandanglah wajah anak isteri tuan-tuan.
8 – Tuan-tuan jangan tunggang agama berserah pada takdir semata-mata. Selagi jasad menghirup udara, ambil lah langkah berjaga-jaga.
9 – Pastikan isteri tuan-tuan punya sebuah rumah namanya. Pastikan isteri tuan-tuan tahu menjana wang untuk anak-anak tercinta.
10 – Jika isteri tuan-tuan surirumah atau berpendapatan kecil saja, segera hibahkan harta. Agar pemergian tuan-tuan tidaklah meninggalkan DERITA SELAMA-LAMA.
Salam sayang dan ya, saya isteri juga.
MW : Sekarang ini dah mudah nak buat urusan hibah ini. Cuma nak dengan tidak saja nak buatnya.
Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilanjutkan hingga 14 April. Jadi ini masanya untuk kita merancang kewangan kita dengan lebih baik sepanjang tempoh PKP ini. Mak, ayah seharusnya beringatkah ketika berbelanja setiap hari.
Perlu juga diingat, PKP bukan tempoh honeymoon, jadi mak ayah kena rancang dan kawal perbelanjaan harian kerana belum tentu esok, lusa kita masih bergaji atau tidak kerana masing-masing masih berada di rumah.
Berdasarkan situasi semasa, jika keadaan ini berlarutan dan tempoh kawalan pergerakan ini dilanjutkan, maka apa yang kita perlu buat sekarang ialah :
1. Belanjalah untuk apa yang perlu sahaja. 2. Kurangkan memasak pelbagai jenis lauk-pauk. 3. Jimatkan penggunaan bekalan makanan di rumah. 4. Tak perlu panic buying, tapi make sure bekalan asas yang ada mencukupi untuk kegunaan harian. 5. Simpan duit, kawal pengaliran keluar duit supaya kita ada duit simpanan sekiranya majikan sudah mula potong gaji. 6. Kurangkan kekerapan keluar dari rumah untuk membeli kelengkapan dan keperluan dapur. 7. Jangan bermewah-mewah sepanjang tempoh berada di rumah ini.
Bila Terjejas, Gaji Tiada
Dalam dua minggu, tak banyak yang boleh diselesaikan oleh pihak berkuasa andai tiada kerjasama daripada orang ramai… Jika dilanjutkan tempoh ini, banyak majikan dan syarikat yang akan terjejas dan oleh sebab itu juga, kebarangkalian untuk mereka mengurangkan pekerja atau tidak membayar gaji pekerja itu ada…
Prepare for the worst… Jangan anggap tempoh ini tempoh untuk anda honeymoon bersama keluarga dan mencuba pelbagai resepi viral…
Kawal perbelanjaan, rancang kehidupan anda untuk kelangsungan hidup hari-hari yang mendatang…
MW: Tidak dinafikan berkurung di rumah membuatkan kita punyai masa untuk mencuba pelbagai resipi dan teringin untuk makan itu dan ini. Tetapi demi kesenangan di masa depan, adalah tindakan yang bijak jika mak, ayah mula mengawal perbelanjaan harian. Tidaklah terlalu banyak menu, memadai satu menu tetapi mengenyangkan. Sekadar cadangan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Air mata terakhir Zara Qairina, bersumpah & nafi mencuri sebelum temui ajal. Inkues kematian pelajar, Zara Qairina membuka kisah memilukan apabila arwah dilaporkan menitiskan...