Sibuk mana pun kita mencari rezeki, jangan sesekali lupakan ibu dah tua di kampung. Sekali pun duduk sembumbung, jangan pernah penat nak mendengar bebelannya. Suatu masa, suara itu lah yang akan dirindui.
Dan sebolehnya, sebelum buat keputusan ke mana-mana, berbincanglah dengan ibu yang dah tua. Nampak ibu tak kisah, tapi ada ibu sedih dalam diam. Nak disuarakan, tak nak anak kecil hati. Rela makan hati dan akhirnya padam sendiri.
Kalau ikutkan ada banyak cerita tentang ibu bila anak-anak semakin dewasa dan punya keluarga sendiri, secebisnya tercatat elok dalam perkongsian saudara Akhtar Syamirini. Jemput renungkan.
Bila Ibu Dah Tua
Ibu kita ini sering kesunyian. Ibu sering ketakutan. Ibu sering dilanda kerinduan. Dahulunya hidup si Ibu bertemankan suaminya yang dicintai. Kini teman sehidupnya telah lama pergi. Janji semati tidak mampu lagi ditepati. Tinggallah si Ibu sendirian meniti hari.
Jika kita letak diri di tempat Ibu sebegini, mampukah kita menjawab soalan-soalan yang bermain di fikirannya? Dapatkah kita mendengar bisikan hatinya tanpa menitiskan sedikit pun air mata?
Nah, rasakan sedikit apa yang bermain di fikiran Ibu kita.
“Suamiku, kenapa kau pergi dulu? Kenapa tinggalkan sayang sendirian? Suamiku, sayang rindu, bagaimana sayang nak menjalani kehidupan ini? Sayang takut, sayang sunyi. Sayang tak boleh hidup seorang diri. Tolong la kembali suamiku. Sayang tak biasa. Kita selalu buat semua benda bersama. Kenapa pergi dulu? Apa sayang nak buat ni? Sayang takut sangat.”
Ads
Pada ketika dan saat saya menaipkan ayat di perenggan di atas, saya benar-benar menangis teresak-esak seperti anak kecil. Itu baru sedikit sebenarnya. Tak mampu untuk saya selami lebih dalam lagi. Hati saya terasa amat kecil seperti dipicit-picit menjadi sekecil guli. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Janganlah ditegur kenapa Ibu sering teringatkan apa yang arwah Ayah suka dan sering lakukan bersama. Berpuluh tahun lamanya, pasti ada perkara yang akan melekat di dalam fikiran Ibu selama-lamanya. Pasti setiap yang pernah disentuh, akan terasa, setiap kebahagiaan yang pernah dikecapi, akan diingati.
Jangan berani cakap mengenai “move on” dan hidup mesti diteruskan. Jika kita tidak pernah merasakan kehilangan teman yang berpuluh-puluh tahun lamanya bersama, kita tidak akan sekali-kali pun faham kerinduan dan kehilangan yang telah Ibu lalui sehinggalah kita laluinya sendiri nanti.
Usah Bincang Pasal Pengganti!
Jangan kamu biadap mencadangkan pengganti. Ibu sudah tahu siapa menunggunya di syurga nanti. Orang yang paling dicintai iaitu si suami.
Ads
Ibu kita sering disalah erti. Selalunya Ibu sebenarnya tidak maksudkan apa yang kita tafsirkan. Kadang-kala Ibu terlebih berterus-terang kerana telah penat selama ini menahan diri, menjaga hati dan sentiasa mengendahkan sensitiviti.
Kita sebagai yang lebih muda, kita sebagai anak perlulah bersabar. Walaupun kadang-kala ianya pahit untuk ditelan, tetapi kita kena terima seadanya Ibu kita itu sebagaimana Ibu menerima kita seadanya semenjak dari kecil lagi.
Bagaimanakah kita tergamak untuk tidak tahan dengan bebelan ibu sedangkan si Ibu inilah yang melahirkan kita? Bagaimanakah kita tergamak meninggikan suara kepada insan yang memperkenalkan kita pada dunia? Jika kamu pernah melayan Ibu seperti ini, tidak ingatkah kamu akan dosa, anak derhaka?
Layanlah Perkongsian Seorang Ibu
Bila kali terakhir kita tanya Ibu kita apa yang ingin Ibu lakukan? Jika ada, cubalah realisasikan. Jika belum, buatlah secepat mungkin. Kita tidak tahu mungkin itu hasratnya yang terakhir atau mungkin hasrat yang direalisasikan itu bakal memberinya semangat untuk terus hidup lebih bertahun-tahun lamanya.
Ads
Pada tahap umur sebegini, Ibu memang suka bercerita. Kadang-kala perkara yang sama. Yang pastinya kebanyakannya perkara yang lama. Berilah perhatian kepadanya. Layanlah percakapan serta perkongsiannya. Hanya itu yang tinggal di minda Ibu, perkara yang lalu. Memori kehidupan sejuta warna. Saat-saat kegembiraan, kesusahan, teladan dan sempadan. Selagi daya, ambillah semua. Seraplah perkongsiannya. Semoga dapat kita contohi melalui pengalaman hidupnya.
Umur yang tua membawa seribu kesakitan. Amalkan bertanya bagaimana keadaan kesihatan Ibu kita. Temanlah Ibu ke hospital bila perlu. Sekarang semuanya sudah terbalik. Ingatkah kita pada saat kita kecil dahulu? Betapa kita takut untuk berjumpa Doktor? Namun, pimpinan tangan Ibu menenangkan segalanya. Sama seperti sekarang. Ibu kita seperti anak kecil yang ketakutan, percayalah yang dia amat memerlukan penenang jiwa iaitu kita anaknya.
Ibu Selalu Ada
Akhir kata, janganlah kita jadi anak yang tidak mengenang jasa. Di saat kita dalam kesusahan, Ibu antara yang pertama menghulurkan tangan. Setiap kali kita rasa mahu marah kepada Ibu, fikirkan apa yang telah kita sumbangkan kepadanya? Adakah sama dengan yang pernah kita terima? Jika tidak, lebih baik diam sahaja dari berkata-kata. Kerana tanggungjawab kita tidak akan setara. Betapa banyak pun emas permata dalam dunia, kita tidak mampu memberi Ibu nyawa.
Sekian nukilan hati saya mengenai Ibu. Semoga dapat membuka mata dan minda.
Kongsikan penulisan ini untuk tatapan lebih ramai orang lagi dan sebagai tanda anda menyayangi Ibu anda
Jika Ibumu sudah tiada, panjatkan doa dan bersedekahlah melalui manfaat yang pernah diberikannya dan atas namanya. Semoga ini dapat membantunya di akhirat kelak.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kalau ditanya siapa yang tidak mahu menjadi kaya. Tentu saja jawapannya semua orang mahu menjadi kaya. Cuma rasa kaya yang bagaimana yang diri inginkan?
Adakah dengan melihat kehidupan orang lain yang lebih baik di media sosial, lalu kita pun menginginkannya. Atau bila melihat suami orang lain lebih romantik, maka mula memaksa suami pun jadi sebegitu.
Bak perkongsian Siti Suryani Yaakop ini, jika begitulah keinginan hati. Maka, penatlah kita nanti.
Lama Tak Buka Facebook, Orang Tunjuk Macam-macam
Semalam kawan saya bagitahu. Lama dia tak tengok FB. Sebab dia boleh jadi stress. Orang tunjuk macam-macam. Tapi suami dia sedang ada masalah dalam kerja. Jadi untuk bagi tenang, dia tak tengok. Takut boleh jadi teringin nak juga.
Betul lah tu.
Saya ingat. Ada satu masa tu, ada seseorang ajak saya join dia bisnes. Dia kata saya nampak macam memerlukan.
Saya cuba buat tak tahu. Tapi entah. Malam tu, tak boleh brain dah. Asyik terfikir apa maksud dia. Akhirnya saya tanya juga pada suami.
Suami saya gelak je. Entah macamana dia boleh rasa benda tu lucu saya pun tak tahu. Bila saya tanya, dia cuma jawab,
“Hanya sebab orang kata awak nampak memerlukan, tiba-tiba pulak awak rasa memerlukan. Sedangkan selama ni awak tak pernah kata apa pun. Rasa okay. Rasa cukup. Maknanya kalau begitulah, awak masih hidup bergantung pada pandangan makhluk. Penat tu“.
Betul. Pun betul.
Saya pakai kereta Malaysia.
Beg pun main sauk apa yang ada.
Kasut pun jenis pakai yang sama saja.
Barang kemas pun tak bergayut mana.
Baju pun takdak jenama apa.
Biasa je semua.
Mungkin hidup kita yang biasa ni nampak miskin di mata orang. Tak pun kita rasa kita miskin di mata orang. Padahalnya kita okay je. Tapi sebab orang kata. Dan sebab kita tengok. Boleh saja perasaan ‘kaya’ tu hilang habis ke mana-mana.
Lalu Rasa Kaya Itu Macamana
Perasaan kaya tu apa?
Rasa kaya tu rasa cukup.
Cukup.
Selama ni cukup. Walau tak banyak tapi takda apa yang kurang. Nak buat apa pun semua senang. Boleh lagi bantu orang. Nak memberi ni bukan nak kena tunggu harta bergunung ganang. Yang takda cumalah sebanyak-banyak dan semewah-mewah barang.
Tapi begitulah.
Mudahnya mata, telinga, rasa, nafsu dan ingin kita berubah dek mata, telinga, rasa, nafsu dan ingin orang lain. Kita okay je selama ni. Takda masalah apa. Tapi sikit je orang kata, habis hilang rasa syukur dan redha. Dan betapa mudah juga mata, telinga, rasa, nafsu dan ingin kita berubah dek tengok orang lain.
Suami kita baik. Dia okay. Walau bukan jenis reti buat kerja rumah tapi bila minta tolong, dia tolong. Dia takda la bagi duit nafkah sampai beribu tapi kita tak pernah lagi makan sampai bercatu. Memang dia tak bagi emas berkati tapi dia juga tak pernah sakitkan kita punya hati.
Anak kita baik. Dia okay. Walau dia bukan top student tapi dia takda masalah di sekolah. Walau dia bukan budak paling cemerlang tapi semangat nak belajar tak pernah hilang. Walau kadang dia buat kita marah tapi ada masa dia bantu urusan kita jadi mudah.
Kawan kita baik. Dia okay. Biasa la kalau dia bergurau kasar, terkutuk, terkata. Kita pun faham dia. Tak kisah mana. Dia pun ada baiknya juga. Dah kita pun bukan lah sesuci mana. Kita anggap benda macam tu biasa.
Kita faham. Dunia ini ujian. Ada benda kita dapat. Ada benda kita cuma boleh lihat. Dan kita aman sampailah kita dengar apa orang kata. Kita baca apa orang tulis. Kita takut apa orang fikir. Kita malu apa orang tengok. Padahal takda apa yang salah pun dengan hidup kita. Dan kita pun tak buat salah juga.
Akhirnya begitu saya belajar. Boleh lihat dengan mata. Boleh dengar dengan telinga. Boleh baca di mana-mana. Tapi bukan kena ikut semua.
Kita tak boleh kawal orang.
Yang boleh dikawal, kita.
Yang baru jenguk tahun 2022,
Siti Suryani Yaakop
#kaknis
Mingguan Wanita : Bila mana rasa syukur mengatasi segala, lihatlah apa pun yang terhidang depan mata. InsyaAllah, hati akan lebih berdamai dengan rezeki dan ketentuan tuhan.
‘Sebelum ajalnya, luangkan waktu bahagiakan orang tua.’ Jangan sampai yang tinggal hanya penyesalan. Lupakan segala sengketa dan dendam, pulang berhari raya bersama orang tua.
Mak ayah kita meniti hari-hari tua dan belum tahu berapa lama lagi mereka akan bersama kita. Apa saja yang berlaku, maafkan saja dan binalah bahagia untuk untuk orang tua.
Kongsi Rohana Saad & Bik Garage Zambri Bik, tidak ada mak yang sempurna.
Datanglah jika Mak memanggilmu hari ini, kerana esok Mak mungkin tidak akan memanggil lagi. Jangan sakiti Mak, Mak sakit melahirkan kita, tapi Mak gembira.
Luangkan Waktu Bahagiakan Orang Tua
Jangan sakiti Mak, Mak sudah banyak terluka, tapi Mak sabar dengan kita. Jangan sakiti Mak, kerana Mak tiada gantinya.
Tidak ada Mak yang sempurna, tetapi banyak Mak yang bersedia mengorbankan nyawa untuk anak-anaknya.
Mak memiliki hati yang ikhlas sehingga tak pernah meminta membalas jasanya yang menjadikanmu seperti sekarang.
Pertikaian harta pusaka pengasas produk kecantikan terkenal, Dnars, Allahyarhamah Faziani Rohban Ahmad memasuki episod baharu. Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu, hari ini memerintahkan suami arwah, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 48, untuk mendepositkan sejumlah wang tunai milik Allahyarham ke dalam akaun pentadbir bersama dalam tempoh 30 hari.
Akaun itu dikendalikan bersama oleh Ahmad Shah Rizal dan anak sulung Allahyarham, Aqbar Hakim Jasman, 25, sebagai pentadbir harta pusaka.
Hakim Zaini Sulaiman membuat ketetapan tersebut selepas membenarkan permohonan ahli waris arwah. Menurut perintah mahkamah, wang yang sebelum ini berada di dalam peti besi dan kini dalam milikan peribadi Ahmad Shah Rizal perlu dipindahkan ke akaun tersebut sebelum mahkamah memutuskan tuntutan harta sepencarian.
“Wang tunai milik Allahyarham yang diambil plaintif perlu didepositkan ke akaun pentadbir bersama harta pusaka sebelum keputusan tuntutan harta sepencarian dibuat,” jelas Hakim Zaini di hadapan mahkamah.
Keluarga Allahyarham diwakili peguam Shaharuddin Mohamed dan Naimah Saupi, manakala Ahmad Shah Rizal diwakili Mohd Firdaus Mohd Tamrin dan Ismail Mohd.
Peguam keluarga arwah, Shaharuddin, menegaskan bahawa Ahmad Shah Rizal wajib mematuhi perintah mahkamah itu. Sekiranya ingkar, beliau boleh dikenakan prosiding komital, suatu tindakan undang-undang terhadap pihak yang melanggar perintah mahkamah.
Sebelum ini, Ahmad Shah Rizal telah memfailkan tuntutan harta sepencarian di Mahkamah Tinggi Syariah, termasuk wang tunai berjumlah RM1.3 juta yang pernah disimpan di dalam peti besi.
Gambar Hiasan
Bagi keluarga Allahyarham Faziani, keputusan ini bukan sekadar soal wang, tetapi soal keadilan dalam mengurus harta peninggalan Allahyarhamah.
Untuk rekod, Allahyarhamah Faziani Rohban, meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya di Pattani, Thailand pada 18 Mei 2019. Beliau meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah dan tersepit di bahagian penumpang hadapan kereta yang dinaikinya.
Suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, juga cedera dalam kemalangan tersebut. Faziani dan suaminya dalam perjalanan ke sebuah pondok di Yala, Thailand untuk memberi sumbangan ketika kejadian berlaku. Kemalangan itu melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka dengan sebuah lori.
Apabila aku dengar DPP bagitahu terdapat kesan air mani di dalam dubur anak aku .YA ALLAH gelapnya dunia .Tergamak kau buat anak aku yang baru 9 bulan. Kau tak layak dipanggil manusia!!! Kau memang binatang!!!