
Jatuh cinta mungkin mudah, tersuka atau tersayang juga mudah. Tetapi untuk setia pada hanya seorang itu agak payah bagi lelaki. Kadang-kadang dari suka-suka dan tanpa niat. perasaan cinta makin bercambah.
Sebenarnya apabila hadirnya wanita lain dalam hidup anda, ketahuilah hidup anda sedang diuji Allah. Allah nak lihat sejauh mana setianya suami pada isterinya. Jadi, sentiasa beringat dan setialah pada yang satu setelah bergelar seorang ‘SUAMI”.
Ikuti perkongsian, Firdaus Shakirin :
Jika Allah SWT nak uji kesetiaan kita dalam hubungan senang sahaja…
Dia hadirkan seseorang yang lebih baik daripada pasangan kita…seseorang yang pada pandangan kita, ada apa yang pasangan kita tidak ada…
Mungkin lebih berketerampilan, lebih berharta, lebih cantik, lebih solid, lebih bergaya, lebih memahami, ada masa untuk kita, pandai bergurau senda dan pandai memujuk kita di saat kita rasa berduka…
If the timing right, then kita akan jatuh ke dalam “perangkap” tersebut… Maka mulalah ada perasaan membandingkannya dengan pasangan yang kita ada…
Dia menepati citarasa kita, dia tick all the boxes… Sifatnya, caranya, gayanya, tingkah lakunya… Sempurna bagi kita…
Tergugat kesetiaan kita pada yang sudah ada depan mata…
Tapi adakah ianya baik utk kita?
Boleh jadi sesuatu yang kamu suka itu bukanlah yang terbaik untuk kamu dan boleh jadi sesuatu yang kamu benci itu sebenarnya itulah yang terbaik untuk kamu… Ini Allah SWT yang berfirman…

Peringatan dari Allah SWT…
Maka, ingatlah akan ayat ini sentiasa supaya kita tidak terpesona dan terpedaya dengan apa yang di uji-Nya terhadap kita…
Setia itu mahal, jangan mengharapkannya dari mereka yang murah…
Sumber: Firdaus Shakirin
MW: Semoga perkongsian ini dapat dijadikan inspirasi untuk setiap pasangan menjadi lebih setia dalam hubungan. Jika anda ingin pasangan setia hujung nyawa, cubalah untuk menjadi seorang yang setia juga.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mujur Tindakan Pantas Tya Arifin, Selamatkan Arif Daripada Terjerumus Dalam Baldi Ketika Sedang Cuci Kereta!

Berderau darah melihat rakaman video yang dikongsikan oleh Asyraf Khalid,26 yang merupakan anak tiri kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza baru-baru ini.
Video yang dimuat naik didalam akaun instagram anaknya, Arif Jiwa Asyraf menunjukkan anak lelaki comel pasangan ini, hampir terjerumus didalam baldi yang berisi air ketika sedang membantu mencuci kereta! Mujur tindakan pantas ibunya Tya Arifin,25 berjaya menyelamatkan anak kesayangan daripada insiden tidak diingini yang mungkin boleh berlaku.
Ibuuuu @tyaarifinnw help meeee
A post shared by Arif Jiwa Asyraf (@arifjiwaasyraf) on
Namun disebalik kejadian tersebut, reaksi spontan Tya yang mencampak span serta merta serta mengelap buih-buih yang ada pada muka anaknya dengan kain yang dipakai mendapat perhatian ramai.Ramai yang memuji tindakan pantas yang dilakukan oleh Tya ini.
fara_jamal Good reaction time tya and a mother’s quick rescue pakai apa yang ada untuk quickly get rid of the buih on his face..tapi si gendut ni cute sangat.
randynaingolan Memang ibu selalu yang pertama… Tengok anak dalam bahaya, sponge pun dilemparnya.
alwinauti_sunardi tak tau nak kesian ke nak gelak..tapi ibu @tyaarifinnw memang superb & stail betul lap muka arif pakai kain camtu je.
thehouseofsongket1710 Ibu yang begitu muda tapi the way you treat your son proves that you are really matured @tyaarifinnw even an older woman can’t be like you. Such a good influence.
linsulaimanukm Saya rasa sebak tengok reaksi spontan Tya..She is a good mom.
lina_shazwani Aduhai @arifjiwaasyraf berderau jantung onty… Memang mom always a hero la. Tabik @tyaarifinnw
anisfarhin Ya Allahh risaunyaaa ingatkan dia tengah sorang. Nasib mommyyy jaga dekat boleh terus tolong and perut juga tolong hihi
Disamping itu, ada juga yang menitipkan pesanan agar Tya agar lebih berhati-hati ketika mencuci kereta, sentiasa berwaspada dan jangan biarkan anak bermain dengan air sendirian.
mon_rossamira_rahman Alhamdulilah.nasib baik ibu cepat nampak dan ada dekat situ..jika tak ada boleh lemas… hati-hati ye.. anyway so cute dia tolong ibu cuci kereta dan main-main air sabun. Perut gendut sangkut kat baldi hehee

ctnuraini_ Sempoi la tya!! By the way, hati-hati ya. Jangan dibiar anak dengan air.
syira_is Jangan ambil mudah ye. Anak kawan saya meninggal sebab lemas dalam baldi macam ini lah. Waktu itu usianya sama dengan arif ni. Semoga lebih berhati-hati.
sherynjaafar Alhamdulillah selamat. Hati-hati kerana kejadian baby lemas dalam baldi banyak berlaku tanpa pengawasan orang dewasa.
Memang risau sebab banyak terjadi insiden bayi lemas dalam baldi akibat tanpa pengawasan orang dewasa ni.Mohon mak ayah lebih berhati-hati dan pantau pergerakan anak-anak terutamanya yang masih kecil dan gemar bermain air.
Pasangan bahagia ini berkahwin pada November 2015 dan telah 3 tahun mendirikan rumahtangga.Asyraf dan Tya memang sering berkongsi keletah dan gambar-gambar comel anak lelaki mereka, Arif Jiwa yang kini berumur 1 tahun 3 bulan didalam akaun instagramnya yang telah mencecah 518 ribu pengikut.
Sumber:Instagram Arif Jiwa Asyraf
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kalau Tak Mampu Beranak Ramai, Pandailah Rancang Jangan Sampai Anak Terabai

Isi Kandungan
ToggleAnak ramai atau sikit bukanlah satu perlumbaan yang akhirnya menentukan siapa yang menang, siapa yang kalah. Sebaliknya setiap anak yang dikurniakan adalah amanah yang tidak ternilai, untuk menguji sama ada mak, ayah mampu atau tidak menjalankan tanggungjawab.
Dalam erti kata lain, kalau mak ayah tak mampu beranak ramai, pandailah merancang. Bimbang jika terlalu ramai anak hingga ada anak yang tercicir dan terabai.
Anak Amanah, tanggungjawab atau menyusahkan?
Ikuti perkongsian Nurul Haslinda dan fahami sedalamnya :
Anak adalah anugerah Allah kepada setiap pasangan yang telah berkahwin. Ada yang rezeki orang dapat anak cepat iaitu selepas berkahwin terus bunting pelamin.
Ada juga yang kahwin bertahun-tahun baru dapat anak malah ada yang berkahwin bertahun tidak dapat anak lagi. Ada yang mudah mengandung tapi tak ada rezeki kerana keguguran dan ada juga dapat anak tetapi tidak sihat dan tidak sempurna.
Apapun keadaan itu, semua adalah urusan Allah. Allah yang memberi dan Dia juga boleh mengambilnya.
Setiap Manusia Berbeza Rezeki
Ada orang rezeki dia dapat anak ramai dan ada orang rezeki dia anak tak ramai. Namun atas keupayaan dan kemampuan masing-masing lah untuk menjaga dan mendidik anak-anak sendiri menjadi baik atau sebaliknya.
Kerana setiap anak yang lahir itu ibarat kain putih yang bersih, atas kita sebagai ibu bapa lah untuk mencorak kehidupan mereka. Kalau tak mampu mempunyai anak ramai, pandai -pandailah merancang supaya tidak ada anak kita yang terabai dan keciciran.
Ini tidak kita tengok ada antara mereka yang berebut-rebut nak lawan anak siapa paling ramai, ada yang berlawan sesama adik beradik ipar dan sebagainya padahal dari segi kemampuan memang tak mampu.
Kalau mampu tidak kisah lah kalau nak anak ramai manapun. Tapi Ini tidak mampu dari pelbagai segi. Kesian tengok hidup anak-anak yang terabai. Sepatutnya kita perlu jadikan anak kita anak yang berkualiti bukan semata-mata kuantiti.
Mampukah Mendidik Anak
Memang bangga anak ramai dan kita subur tapi mampukah kita mendidik mereka sama rata? Memberi yang terbaik untuk anak-anak kita kelak? Tepuk dada bukalah minda. Semua itu di tangan kita.
Bagi yang mempunyai anak, ini nak pesan malah pesanan inipun untuk diri sendiri kalau kita marah anak, jangan marah dengan mengeluarkan kata-kata yang boleh buat mereka hilang semangat dan rasa diri mereka menyusahkan hidup orang lain.
Anak-anak ini, lebih-lebih yang tengah membesar ni, jiwa mereka sangat lembut dan lemah. Mereka perlukan kita untuk memberi semangat kepada mereka.
Jadi sebagai ibu bapa kita didik dan tegurlah mereka dengan cara yang baik dan berhemah supaya kita dapat membentuk akhlak mereka menjadi lebih baik. Menghormati ibubapa dan orang sekeliling mereka.
Jangan suka mengeluarkan perkataan yang tidak elok kelak mereka akan ikut dan terbawa-bawa ke dalam kehidupan seharian mereka seperti mencarut dan macam-macam lagi perkataan yang tidak elok.
Fikir Dahulu Sebelum Marahkan Anak
Memang diakui kadang-kadang kita juga boleh hilang sabar dengan kenakalan anak-anak kita. Betul tak? kadang-kadang tanpa kita sedar kita memarahi mereka dengan teruk dan mengeluarkan kata-kata yang tidak baik kepada mereka.
Lepas tu mesti kita akan merasa menyesal, betul kan? Jika itu yang kita rasa maknanya kita memang seorang yang penyayang sebenarnya. Mengucaplah banyak-banyak sambil merenung anak-anak kita itu. Lebih-lebih lagi waktu mereka tidur.
Kenanglah susah payah kita semasa mengandung dan melahirkan mereka. Malah kehadiran mereka sangat kita nanti-nantikan. Sepatutnya kita bersyukur Allah bagi kira rezeki anak, berbanding dengan orang lain yang sudah lama kahwin malah sehingga akhir hayat mereka tak pernah merasa menjadi ibu atau bapa.
Jadi bila nak marah tu, marahlah dengan percakapan yang baik-baik. Rotanlah dengan tidak mencederakan. Sebab kita berhak mendidik mereka. Masa depan anak-anak kita terletak pada didikan kita masa kini.

Kasihanilah Anak Yang Tak Bersalah
Akhir kata, kita semua tidak sempurna. Malah cara didikan dan ajaran kita semasa kecil dulu tidak sama. Ada yang hidup bahagia dan gembira ada yang dibesarkan dengan kebencian dan kekejaman.
Namun sedarilah tak kan kita nak turunkan cara didikan kita dulu yang tidak elok itu kepada anak-anak kita? Kasihanilah mereka kerana mereka tidak bersalah dan tidak tahu apa-apa.
Bagi mereka kita sebagai ibu bapa mereka inilah malaikat mereka yang melindungi dan menyayangi mereka. Tenunglah mata anak kalian masing-masing, adakah kita mahukan kehidupan mereka akan datang kucar kacir?
Jika tidak mahu, didiklah mereka dengan cara yang baik dan sempurna. Sesungguhnya yang baik tu datangnya dari Allah dan yang tidak baik itu adalah dari kelemahan diri kita sendiri.
Sekian… Terima kasih sudi membaca
Sumber: Nurul Haslinda
MW: Semoga perkongsian ini menjadikan mak,ayah lebih bertanggungjawab dalam membesarkan dan mendidik anak-anak. Jangan jadikan pengalaman buruk yang lalu merosakkan masa depan anak-anak yang tidak berdosa. Hargailah amanah yang Allah berikan.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini Kejadian Sebenar Yang Berlaku, Tragedi Anak 2 Tahun Maut Akibat Sesak Nafas Selepas Tertinggal Dalam Kereta

Isi Kandungan
ToggleAllahu, luluh rasa hati tersentuh jiwa bila membaca berita kejadian sebegini. Tragedi yang baru berlaku semalam di Port Dickson, Negeri Sembilan ini, seorang ibu terpaksa meratap sayu kehilangan anak tersayang akibat terlupa selama 4 jam yang anaknya tertinggal dan masih berada didalam kereta.
“Maafkan ibu.. maafkan ibu sayang, ibu tak sengaja,” jerit Hasmah Masroh, 32, apabila anak perempuannya, Nur Awfa Humaisha Muhammad Ali Riduan, 2, maut akibat sesak nafas selepas tertinggal dalam kereta selama empat jam di parkir sebuah kolej kemahiran di Batu 3, semalam.
Suasana sedih menyelubungi perkarangan bilik mayat Hospital Port Dickson (HPD) di sini, apabila wanita terbabit terpaksa ditenangkan ahli keluarga dan kenalan.
Ratapan Hasmah menyebabkan hampir 30 rakan sekerja yang hadir untuk memberikan sokongan dan dorongan semangat turut sama mengalirkan air mata.
“Ibu minta maaf sayang, ibu betul-betul terlupa… ibu tak ingat, ibu menyesal. Malam tadi Awfa okey saja, hari ini Awfa dah pergi tinggalkan ibu,” kata wanita itu.
Letak Anak Ditempat Duduk Belakang
Hasmah turut memberitahu rakannya, pagi tadi beliau mengangkat anaknya yang sedang tidur di rumah di Taman Hartamas, Sunggala dan meletakkannya di tempat duduk belakang kereta PROTON Saga miliknya.
Katanya, sebaik tiba di kolej itu, dia terus mematikan enjin kereta lalu memasuki pejabat hingga tidak sedar anak yang dibawa bersamanya.
Sementara itu, rakan Hasmah yang enggan dikenali berkata, rutin harian Hasmah yang juga tenaga pengajar di kolej berkenaan ialah menghantar anak sulungnya berusia lima tahun ke tadika di pekan Port Dickson sebelum menghantar mangsa ke rumah pengasuh di Kampung Paya, sebelum memulakan tugas.
“Kejadian pagi ini di luar jangkauan. Dia sudah menghantar anak sulung ke tadika, namun terlupa anak kecilnya itu tidak dihantar ke rumah pengasuh,” katanya ditemui di HPD, di sini.
Beliau berkata, Hasmah mungkin tertekan dengan lambakan kerja dan mereka turut menerima lawatan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) hari ini.
Suami Hasmah, Muhammad Ali Riduan, 30-an pula berkata, beliau mengetahui kejadian jam 1.30 tengah hari itu selepas dihubungi isteri ketika berada di tempat kerja di Pejabat Tanah Daerah Seremban.
“Saya reda dengan ketentuan dan sesungguhnya Allah lebih menyayanginya,” katanya menahan sebak dan enggan mengulas panjang.
Ditinggalkan 4 Jam
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad berkata, siasatan awal mendapati mangsa ditinggalkan dalam keadaan pintu dan tingkap kereta tertutup bermula jam 9 pagi hingga 1 tengah hari.
Katanya, wanita terbabit hanya menyedari anaknya ditinggalkan selepas empat jam, lalu bergegas lari ke keretanya untuk mendapatkan anaknya.
“Malangnya budak itu sudah tidak sedarkan diri dan dibawa ke Klinik Kesihatan Port Dickson tetapi disahkan meninggal dunia dan dirujuk ke HPD,” katanya.

Zainudin berkata, hasil bedah siasat mendapati budak berkenaan meninggal dunia disebabkan strok haba atau kepanasan melampau dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Mingguan Wanita mendoakan semoga wanita ini dan keluarganya terus tabah menghadapi ujian dan ketentuan yang telah ditakdirkan. Buat para pembaca, usah menuding jari dan mudah menyalahkan sesiapa diatas kejadian ini.Tiada seorang ibu pun yang inginkan tragedi ini berlaku, lebih-lebih lagi akibat kecuaian diri sendiri. Penyesalan pasti dirasai seumur hidup.
Sebaliknya, jadikan kisah ini sebagai satu pengajaran,semoga kita lebih berhati-hati serta banyakkan berdoa agar dielakkan daripada kejadian begini berlaku pada kita.
Sumber: bharian
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI