
Bila bersilaturahim dengan orang disekeliling, pastinya kita akan bertemu dengan soalan prihatin “bila nak kahwin” (bagi yang masih bujang) dan “bila nak ada anak” (bagi yang masih belum dikurniakan cahaya mata. Mengikut Prof Datuk Dr. Muhaya, cara untuk mendepani soalan sebegitu adalah dengan menjaga pertuturan dan menjawab dengan berhemah.
Jaga tutur kata dan jangan bersikap negative dengan membalas soalan sebegitu dengan jawapan sinis. Sebaiknya dan secara profesionalnya, jawablah soalan seumpama itu dengan jawapan, “mohon doakan saya cepat bertemu jodoh yang baik,” ataupun “doakan saya semoga saya dikurniakan zuriat yang baik,”.
Allah S.W.T ada berpesan, jika kita mahukan sesuatu dan berkeinginan, mohon dan berdoalah pada Allah. Insya-Allah bila tiba masa dan waktu yang tepat, doa kita dimakbulkan . Perkongsian manis dan menyejukkan jiwa ini dikongsikan oleh pakar motivasi terkenal, Prof Datuk Dr. Muhaya menerusi Instagram rasminya. Beliau akan berkongsi perkongsian menarik menerusi slot istimewa yang dikendalikan bersama Siti Elizad secara bergilir-gilir setiap minggu. Selain beliau, Datuk Fadzilah Kamsah, Prof. Dr. Muhaya dan Imam Muda Asyraf turut diundang bagi mengupas isu yang bersesuaian sempena keberkatan Jumaat dalam slot Inspirasi & Kerohanian serta Motivasi.
Temui beliau dalam program bula bicara Mingguan Wanita ini berdurasi 60 minit dan bakal bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 11 pagi di saluran Astro Prima (105) dan Prima HD (121). Program bual bicara Mingguan Wanita ini juga boleh diakses menerusi aplikasi Astro Go dan perkhidmatan on demand.
Kalau Isteri Dah Bersalin, Pandai-pandailah Jaga. Bukan Pakai Buang!

Bila isteri dah bersalin, kebanyakan lelaki hanya tahu serah bulat-bulat isteri berpantang kepada mentua atau bagi orang lain jaga. Atas alasan, tak pandai nak usruskan isteri masa berpantang.
Ada duit lebih boleh upah orang, tetapi sebenarnya zaman sekarang semua boleh belajar, tinggal nak dengan tak nak saja.
Sekurang-kurangnya isteri boleh rehat dan ada masa nak tenangkan emosi selepas bersalin. Tetapi kalau dapat suami yang langsung tak pernah nak tolong isteri, akibatnya tubuh badan isteri pun tak terjaga. Akhirnya satu badan menggelebeh dan mulalah suami kritik kata body dah tak cantik macam dulu!!
Tak ke sakitnya emosi seorang isteri bila dikritik suami sendiri. Lagi kasihan, suami mula memuji perempuan lain. Nah, bagi luas sikit pemikiran kaum suami tentang jaga isteri yang berpantang, jemput baca perkongsian daripada Juru Urut Bertauliah dan Pengamal Warisan Perbidanan Melayu Lama, Puan Siti Aishah ini.
Isteri Pakai Buang
Selepas bersalin adalah dimana sang suami akan nampak sifat dan sikap sebenar siapa isterinya.
Tetapi ramai tak tahu bagaimana keadaan isteri selepas bersalin adalah gambaran bagaimana suami tu jaga isteri dalam pantang.
Jangan pandai merungut isteri tak cergas, isteri lembik, isteri pemalas, isteri gemuk, isteri tak pandai jaga a**, bla…bla….bla….. selepas bersalin.
Cuba tanya diri,
Anda beri isteri rehat secukupnya tak masa berpantang?
Anda beri peruntukan untuk isteri membeli ubat dan menempah tukang urut tak?
Anda ringankan beban kerja rumah isteri tak masa berpantang?
Masalahnya zaman sekarang ramai kaum lelaki yang sudah bergelar suami menyelar amalan berpantang selepas bersalin.
Outdated katanya.
Kolot.
Syirik!!!
Wah… wah… wah…
Bila si isteri dah dapat penyakit akibat tidak berpantang elok-elok, disebabkan nak taat dengan perintah anda agar tidak berpantang….mengapa hanya pandai merungut?
Kemudian tempat lampisan luahan hati “suami yang teraniya” ni pula ditujukan pada kaum perempuan yang teman tapi mesra.
Dan perempuan tu pula yang tak pernah bersuami dan beranak, heboh mencanang mengapa si lelaki ni bermain kayu tiga. Alasan…isteri tak pandai jaga suami.
Peranan Suami Bila Isteri Dah Bersalin
Wahai suami-suami,
Kalau isteri awak dah awak rosakkan… pandai-pandailah jaga. Bukan pakai buang.
Kalau awak jaga isteri awak elok-elok cara orang Melayu berpantang, isteri awak boleh jadi lagi elok dari anak dara kat luar sana tau.
Dan jangan ingat awak kahwin anak dara, dia lagi elok.
Anak dara sekarang pun dah melambak ada masalah keputihan, masalah hormon, kentut vagina bagai.
Wahai adik-adik.
Selagi kamu tak pernah hamil dan bersalin jangan suka-suka cerca orang.
Awak tak tahu bagaimana isteri teman tapi mesra awak tu berkorban nyawa dan tubuh badan untuk melangsaikan amanah sebagai seorang isteri dan ibu.
Silap-silap awak kahwin dengan lelaki jenis macam tu.
Awak pun akan terpakai buang juga akhirnya.
3 Panduan Urus Duit Anak Ini, Boleh Tunai Impiannya Jadi Haji Muda!

Macam-macam cara boleh mak ayah lakukan dalam usaha nak tunaikan impian anak-anak jadi Haji Muda. Salah satunya menyimpan. Duit raya anak tempoh hari pun bukan seringgit dua, ada yang cecah ratusan malah ribuan ringgit. Kalau tak diurus dengan baik, habis macam tu saja.
Mak ayah kena faham konsep DUIT ANAK tu macam mana sifatnya. Ini perkongsian daripada Puan Hana Shahadan yang mempraktikkan 3 tip menyimpan. Sasarannya adalah mahu tunaikan HAJI bersama anaknya sekaligus si kecil pun jadi haji muda.
Duit anak-anak ni, kita tak boleh pakai tau. Lagilah kalau duit raya, duit tu hak mereka. Walau seringgit. Hukum menggunakan duit raya anak adalah sama seperti kita menggunakan duit orang lain. Seperti konsep berhutang. Dan hutang wajib di bayar. Sekiranya dalam keadaan kita terpaksa pakai duit anak, pastikan kita membayar semula duit mereka dengan segera.
Yang penting, bila dapat duit anak anak tu kita kena menyimpan.
Macam mana cara nak asingkan dan simpan tu? Mudah je. Simpan la sikit sikit, lama lama berbukit.
1. Pastikan Buka Acc Bank Anak Sejak Dari Kecil
Ambil berkat, mommy mulakan dengan buka akaun bank di tabung haji. Terpulang tau nak buka bank apa, tak kisah nak simpan dekat bank mana. Yang penting anak ada akaun bank. Dulu betul-betul mommy habis pantang 44 hari, Mommy terus buka pilih tabung haji, yela nanti nak pergi haji dengan Fateh. Jadi, semua duit yang Fateh dapat mommy dah masukkan dalam tabung haji.
2. Letakkan Target Simpanan Bulanan Untuk Anak
Kalau macam Fateh, mommy dah letak target mesti ada amount RMXXXX sebulan at least untuk simpanan dia sendiri. Kiranya kalau fateh dah 10 bulan, mesti ada RMXXXXX untuk dia. Target tu tak kisah nak letak berapa, ikut kita. Faham ke? Kalau nak senang, pecahkan ikut hari. Setiap hari kena simpan berapa. Tak ada lah rasa terbeban sangat nanti.
3. Asingkan Siap-siap Duit Anak Dalam Satu Bekas Lain
(macam tabung khas anak pun bollen)
Ini yang mommy praktis dekat rumah. Macam Fateh, mommy dah siapkan bekas duit. Kiranya bekas tu memang dah macam tabung cuma lebih besar dan khas untuk letak duit Fateh. Tiap kali papa dia ada duit kecil-kecil masuk dalam tu, tiap kali orang bagi duit, pun letak dalam tu. ( Bekas ni duit anak, bekas dilarang usik tau)
Nota Tambahan
Lagi satu, kita tak boleh menggunakan duit anak untuk membeli lampin atau pun keperluan harian anak kerana semua tu adalah dalam tanggungan kita sebagai ibu bapa.
Cuma yang penting kita sebagai ibu bapa dah menjadi tanggungjawab untuk menguruskan duit anak dengan lebih baik. okay semua?
Semoga usaha mak-mak menyimpan dari kecil membolehkan anak-anak anda menunaikan ibadah haji dalam usia muda dan bergelar HAJI MUDA!
Amin
Sumber/Foto: Hana Shahadan (MommyHana) via Mingguan Wanita
Mak Ayah Tak Suruh Ikut Tapi Anak MESTI Tiru, Tunjuklah Yang Baik-Baik

Bila berumah tangga dan mempunyai anak, sudah tentu kita sebagai mak ayah perlu tunjuk yang baik-baik. Sebabnya, apa yang ktia lakukan itu, anak mesti tiru. Perumpamaan yang biasa kita dengar, ‘macam mana acuan, begitulah kuihnya.
Sebagai mak ayah, jangan sesekali salahkan anak, bila dia menunjukkan sikap yang membuatkan kita rasa geram dan marah. Semuanya sebab anak tiru apa yang kita telah buat. Semua ini adalah daripada pemerhatian dan rujukan dari kita sendiri.
Jadi, nak anak yang dengar kata, patuh dan sebagainya, tunjuklah yang baik-baik di depan mereka. Percayalah, bila anak tengok apa yang kita mak ayah, secara rak langsung, itulah yang akan ditiru.
Seperti perkongsian daripada Firdaus Mokhtar ini. Ia turut menekankan perkara yang perlu mak ayah tunjuk depan anak-anak. Kitalah guru pertama mereka dan belajarlah untuk jadi mak ayah yang terbaik untuk anak-anak.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Doa Ibu Mustajab, SEBUTLAH NAMA Anak Satu Persatu Untuk Kebahagiaan Dunia Akhirat
Suami Jangan Pulang Muka Masam, Elak Isteri Dan Anak ‘Tawar Hati’
Info Lebih Menarik DI SINI
Tunjuk Yang Baik-baik Depan Anak
7 perkara ibu bapa kena tunjuk depan anak-anak.
Anak-anak akan belajar menggunakan deria penglihatan dan pendengaran. Sekali pun kita tak suruh ikut, apa sahaja yang mereka lihat dan dengar, mereka akan tiru.
Maka ini yang ibu bapa kena selalu buat depan anak-anak.
1. Selalu buat kerja rumah sama-sama. Iya, kalian kena selalu membantu pasangan sendiri. Macam yang biasa cakap sebelum ini, tak semua tugasan rumah kerja isteri. Suami yang suka membantu lebih baik.
Bantu kerja rumah saat isteri sedang sibuk uruskan kerja lain. Contohnya isteri sedang memasak, kita jaga anak. Isteri uruskan anak, kita menyapu atau mop lantai. Basuh kain dan sidai kain pun tak salah untuk suami, buatlah.
Anak-anak akan belajar kehidupan berkeluarga adalah tentang bantu-membantu.
2. Selalu ucap terima kasih pada pasangan kalian. Ucapan ini disebut jelas dan penuh rasa bersyukur. Sekali pun yang kita dapat cuma hal yang kecil, ucap sahaja terima kasih itu depan anak-anak.
Kita tunjukkan depan anak-anak yang kita sangat hargai pasangan. Nanti mereka juga akan hargai kita.
3. Buat kebaikan di hadapan mereka. Bukan niat menunjuk tapi untuk mendidik. Contohnya bersedekah, bantu orang tua atau buta melintas jalan, kutip sampah sekitar masjid atau surau, bersihkan tandas awam lepas guna dan sebagainya.
Beritahu juga sebab kenapa kita kena buat semua itu supaya anak-anak faham hidup kena selalu memberi.
4. Tunjukkan kasih sayang depan anak-anak.
Peluk pasangan atau pegang tangan pasangan depan anak-anak, itu cara terbaik
kita zahirkan kasih sayang.
Itu tanda kita pasangan yang punya sifat penyayang yang tinggi.
5. Bila berhadapan dengan konflik, jauhkan daripada berlaku di hadapan anak-anak. Selalu bila kita di luar kawalan emosi, kita akan cenderung berkata yang tak baik, perkataan yang tak elok, marah-marah dan meninggi suara.
Jika ini kerap berlaku depan anak-anak, kalian sedang merosakkan minta dan emosi anak-anak itu sendiri. Jadi, elakkan ya.
6. Sembahyang dan mengaji depan anak-anak. Boleh juga buat selalu ambil wuduk depan anak-anak. Ini supaya mereka belajar dan adalah keutamaan dalam hidup. Apa yang tak boleh tinggal, wajib kita buat.
Balik kerja penat atau sibuk macam mana pun, sembahyang tetap kita tunaikan. Jadi selepas daripada itu, mudah kita nak tanya mereka pula;
“Kakak dah solat ke belum? Adik-adik dah mengaji?” Haa, begitu.
7. Amalkan sikap selalu meminta maaf jika bersalah.
Benar, anak-anak akan belajar untuk tidak malu mengaku salah dan terus meminta maaf. Sesama mereka adik-beradik, dengan ibu bapa mereka atau pun dengan kawan-kawan nanti.
Begitulah kawan-kawan. Bila dah jadi ibu bapa ini sekali gus kita akan jadi guru pertama buat anak-anak.
Maka, segala-galanya kena teratur dan dirancang. Sekian.
Firdaus Mokhtar,
Masih belajar jadi walid.
MW: Kadang-kadang, kita sebagai mak ayah tidak sedar apa yang kita buat itu boleh menyebabkan anak tiru. Jangan nak salahkan mereka sebab kitalah yang menjadi guru pertama anak-anak. Ingat ye!
Sumber: Firdaus Mokhtar
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita