Masa muda-muda dulu, kalau boleh semua benda kita impikan dan ingin miliki. Berangan-angan untuk kepuasan diri sendiri. Tapi bila dah tua, perasan tak semua ini dah tak perlu dah. Cuma sekarang nak rilek dan ‘chills’ saja.
Baik masa muda, kalau boleh nak ‘perfect’ dan terbaik untuk diri sendiri. Masa itu jugalah berangan untuk dapat sebuah keluarga yang lengkap dan bahagia dengan kemeriahan anak-anak.
Ini belum lagi dalam bergaya dengan pakaian lip lap-lip lap. Tak nak mengalah ni, apa saja yang juga, kalau boleh semua nak dibeli. Cuba lihat sekarang, bila dah tua, rasanya semua itu tak perlu kot.
Cukuplah dengan apa yang ada. Dikelilingi anak cucu dan bahagia dengan pasangan pun dah cukup. Tak perlulah nak berlagak macam orang muda, cukup-cukuplah dengan kita lalui sebelum ini.
Zaman dah berubah dan kita semakin berusia. Bergayalah dengan cara kita sebagai orang tua. Antara perkongsian daripada Latifah Mohamad ini yang boleh dikatakan bila dah tua ni, jadilah diri kita yang sebenar.
Kalau dulu-dulu kita impikan rumah yang kita miliki besar, ada bilik cukup bilangan anak satu sorang, dapur pulak nak wet kitchen, dry kitchen. Ada bilik khas buat surau, bilik membaca, bilik kerja, bilik tetamu, bilik itu bilik ini, ruang itu ruang ini!
Bila usia tua, kita mulai nak rumah yang seminimum mungkin kecil, cukup ruang dekat-dekat, tak perlu berjalan jauh-jauh sebab dah tak larat. Kita mulai terfikir bagus betul kalau rumah kita sekarang dekat dengan surau atau masjid.
Kalau dulu, kita sering impikan dapat travel sana sini, melancong ke serata negara melihat kecantikan negara orang. Seronok bila setiap kali dapat travel dan bercuti.
Bila kita tua, lain pula citarasanya. Dah tak kisah dan ghairah untuk terbang sana sini melainkan dua tempat sahaja kita sentiasa nak pergi iaitu Mekah & Madinah.
Itulah satu-satunya destinasi yang kita rindui.
Ads
Kalau dulu kita saling tanding menanding bertukar kereta. Dah ada H, kita impikan Merc. Dah dapat Merc mari pula nak kereta peti sejuk, kemudian ferari lah, ada je silih berganti.
Bila kita dah tua, kita cuma inginkan kereta yang paling mudah maintain dan service, asal sampai jer ke mana kita tuju, lain-lain tak penting dah. Kalau ada pun kereta kayangan kita lebih senang simpan jer kat garaj, pakai sekali sekala, last-last sekong kat situ bagi jer kat anak-anak bawak.
Kalau dulu dapat shopping cukup seronok dan happy seolah dapat bonus. Bila dah lanjut usia, kita tak teruja lagi. Kita lebih suka duduk santai-santai minum kopi kat cafe sambil berbual santai-santai bercerita.
Selain kebanyakan barang kita dah ada, juga telah lali melalui fasa membeli membelah ni, dah tak ambik kisah dah!
Cukuplah Penampilan Sederhana
Kalau dulu kita sangat pentingkan imej, gaya dan penampilan berpakaian, tudung yang sempurna dan warna yang sepadan, kini kita lebih gemar pakaian yang selesa dan tudung paling simple dengan warna tak sama pun tak mengapa !
Kalau dulu semua gaya tudung kita ada, yang lilit, ropol, pin, kembang, kuncup semua fesyen kita nak. Sekarang yang sarung sekali saja juga yang kita pakai. Lain-lain dah masuk almari tunggu untuk disedekahkan.
Kalau dulu cepat saja kita baran, pantang silap nak berdebat, berhujah mana betul, siapa kalah. Bila dah tua, kita banyak diam dan mengalah. Malas dah nak bergaduh, biarkan mereka menang, kita hanya nak tenang-tenang saja.
Masa muda, semua penyanyi kita tahu, lirik lagu hafal, rap kat bilik air pun mampu ingat! Filem, neflex , movie, semua tahu.
Ads
Bila usia emas, kita mudah letih dan mengantuk. Tak ghairah movie apa pun sesekali tengok jugaklah filem tamil untuk gelak seronok. Banyak waktu kita mulai beralih kepada al Quran, kitab, hadis dan riwayat. Tak ambik tahu dah pasal lagu ke, artis ke, malas !
Dulu kita sentiasa busy, rumah hiruk pikuk dengan suara tangis, teriak, gaduh anak-anak rasa nak sangat rumah sunyi dan tenang, fikiran tak keletihan.
Bila dah tua, anak-anak dah dewasa ada kehidupan sendiri, rumah terasa sunyi dan sangat sepi. Kita mulai rindukan bising suara anak macam dulu dan rindukan nostalgia itu!
Dulu-dulu kita nak makan sedap, baratlah, korea lah, timur tengah lah, jepun lah.
Semua ingin rasa, nak cuba, sukalah McD, KFC, pizza, dan sebagainya, western punya.
Sekarang selera kita bertukar, paling sedap tetap sambal belacan, nasi panas ikan goreng!
Waktu muda kita asyik sembur sapu perfume sana sini kasi wangi. Bila tua, kita asyik-asyik sembur minyak angin buat hilang kebas sana sini.
Ads
Bila dah tua, kita hanya rindukan anak-anak dan berharap kepulangan mereka .
Bila dah tua kita hanya berdua dengan pasangan sahaja untuk menjadi teman.
Bila dah tua kita semakin dekat dengan Pencipta.
Bila dah tua, jangan lah duk tiru gaya orang muda-muda kerana kita tiru macamana sekalipun tetap tak sama, kita tetap kelihatan tua ! Lebih manis jadi diri sebenar, orang tua, tapi orang tua yang anggun bergaya!
Mingguan Wanita : Bila dah berusia ni, nak hidup tenang-tenang saja. Malas nak fikir yang remeh temeh, buat sakit kepala saja. Tak perlu cari penyakit sangatlah.
Tanyalah mana-mana pasangan atau keluarga, pasti akan pernah mengalami keadaan seperti ini. Seperti bunyi orang bermain guli, perabut atau kerusi di tarik dan tak kurang juga barang terhempas. Biasanya, keadaan ini berlaku bila tinggal di rumah bertingkat, pangsapuri dan sebagainya.
Fikirkan ada jiran di tingkat atas mengemas rumah, lebih teruk bila fikirkan jiran ‘tersangat rajin’ bila tengah-tengah malam masih lagi mengemas rumah. Ada juga yang pernah terkena keadan ini, sedangkan rumah di bahagian atas tidak ada penghuninya.
Kenapa keadaan ini berlaku dan sebab apa. Adakah rumah yang kita diami itu ada masalah atau mungkin itu rumah atas sahaja.
Ini perkongsian daripada Tengku Daeng Mawelle tentang persoalan ini.
Ramai yang salah faham bila dengar bunyi perabot diseret , bunyi guli , bunyi pasir jatuh atas atap, bunyi barang dihempas, bunyi bertukang sedangkan di rumah jiran kita tu tiada orang. tak kira lah rumah flat, apartment dan condo.
Bunyi-bunyi macam tu bukan sebab rumah jiran kita tu berhantu , Tapi itu tanda dari rumah kita atau diri kita ni ada sesuatu berkaitan dengan gangguan jin/saka/sihir dan yang berkenaan.
Rumah kalau dah tak hidup dengan ibadah , sunnah nabi , dan mengaji al-quran , Memang tak pelik benda tu tinggal sekali dengan kita , Hanya kita saja yang tak nampak , Tapi segala tanda tu mesti ada yang benda tu ada di dalam rumah kita.
Hidupkan Rumah
Kalau masuk rumah tu rajin-rajinlah bagi salam, baca surah lazim ke, kebersihan kena jaga terutamanya dalam tandas, Maghrib dan subuh rajin-rajinlah mengaji quran, Tengah malam bangun solat tahajud. Rumah pun ada istilah rumah mati dan hidup.
Rumah yang hidup adalah rumah yang hidup dengan sunnah-sunnah Nabi S.A.W , Bila rumah hidup dengan ibadah, Malaikat pun selalu berada di rumah kita. Tapi kalau rumah yang sekadar rumah buat tempat makan tidur berak dan tidak ada ibadah yang dilakukan, Jin Syaitan pun suka dan tumpang tinggal sekali dengan kita.
Ada Gangguan
Jadi jangan salahkan orang lain hantar santau dan sebagainya, kalau ada gangguan, kelibat makhluk halus dan bunyi-bunyi yang kita dengar, kalau diri kita pun malas nak beribadah dan hidupkan sunnah Nabi dalam rumah sendiri.
Selalu lah berdoa meminta perlindungan dari Allah, kita hanya usaha dan ikhtiar seperti mana yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W dan para ulama untuk menjauhkan gangguan jin/syaitan. Hanya Allah yang Maha Berkuasa melindungi dan memberikan kita pertolongan.
MW: Moga dijadikan panduan dan iktibar. Hidupkan rumah dengan amalan sunnah.
Sumber: Tengku Daeng Mawelle
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Aduhai! Kalau sudah jenis yang kaki gosip di hospital pun masih nak menjaja cerita. Jaga-jaga takut nanti aib sendiri yang terbuka. Masa sakit pun masih terfikir untuk mengumpat orang.
Manusia jenis ini memang tidak pernah sedar Allah sedang mengujinya. Sakit itu adalah ujian daripada Allah agar kita muhasabah diri. Sebelum sibuk nak audit orang lain baik kita audit diri sendiri dulu.
Tidak perlu ‘mengorek’ rahsia orang, tak payahlah nak jaja cerita si polan itu kepada pesakit lain. Jika kita tahu aib seseorang lebih baik kita tutup mulut…Jika kita menutup aib seseorang maka Allah akan menutup aib kita. Justeru cukup-cukuplah mengumpat dan menjaja cerita, biarkan perihal yang memalukan itu menjadi rahsia.
Tutup Aib Sendiri & Saudara Muslim
Sebenarnya dalam Islam, kita diajar untuk menutup aib baik aib diri sendiri mahupun orang lain. Perkara yang tidak baik, usah didedahkan sebaliknya kita berusaha perbaiki dan tanganinya. Begitu juga ketika kita mengetahui aib seseorang, jika tidak mampu membantu kita rahsiakan kelemahannya. Dengan cara itu, kita memelihara aib dan maruah seseorang.
Hentikan tabiat buruk mengumpat.
Menurut hadis riwayat Imam Muslim ( 2590) dalam sahih-nya
Maksudnya: Barang siapa yang mencari-cari aib ( atau kelemahan) saudara yang muslim, nescaya Allah akan membuka aibnya walaupun dia berada di dalam rumahnya.
Perbuatan menyebarkan aib orang lain termasuk dalam sunnah sayyiah yang berdosa jika diteruskan oleh orang lain.
Perkara silam jangan diungkit, kita sebagai manusia sentiasa melakukan kesilapan. Berubahlah ke arah kebaikan. Jangan menghukum seseorang atas kesilapan lalu yang mereka lakukan. Maafkan diri kita jika kita bersalah dan maafkan orang yang bersalah dengan kita. Jangan ada dendam dalam hati kerana kita tidak akan temui ketenangan.
Manusia boleh berubah, kita juga berubah. Apabila usia semakin bertambah, kita akan menjadi lebih matang. Ramai antara kita yang mengalirkan air mata menyesal dengan segala kesilapan lalu. Itu tidak mengapa, kita jadikan semuanya sebagai pengajaran. Tapi jangan sesekali kita terperangkap dengan kisah silam. Jangan biar kisah malang itu menarik kita tenggelam dalam kekecewaan dan kesedihan. MOVE ON!!!
Tinggalkan yang silam, mulakan kehidupan baru. Beri peluang kepada diri dan orang sekeliling untuk berubah dan mulakan hidup baru. Jalani hidup kini ( present) dengan sebaik mungkin dan rancang masa depan dengan usaha dan iringan doa. Insya-Allah kita akan menjadi insan yang lebih bertuah apabila kita mendapat hikmah daripada musibah.
Dalam hidup ini, kita perlu sentiasa berlapang dada dan menerima orang lain seadanya. Berdoa agar kita berubah dan berdoa agar orang di sekeliling berubah menjadi insan yang lebih baik. Jangan mendoakan orang ditimpa musibah. Biar ALLAH sahaja yang menghukum.
Kita tidak mempunyai hak berbuat demikian kerana kita juga seorang insan yang lemah, punyai banyak kekurangan. Kita tidak sempurna, jadi lebih baik kita saling melengkapi dengan insan di sekeliling.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Biarpun bergelar ibu tunggal dan dalam masa yang sama membesarkan anak-anak, wanita cekal ini tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap mak dan ayahnya yang terlantar sakit. Apatah lagi kedua mak dan ayahnya merupakan orang kelainan upaya(OKU) fizikal.
Berat mata memandang, lagi berat bahu memikul. Selain anak-anak, mak dan ayahnya bergantung harap pada Intan Zulina Osman. Namun dirinya tidak pernah mengeluh malah tetap cekal melunaskan tanggungjawabnya sebagai “anak” kepada orang tuanya dan ibu kepada “anak-anaknya”.
Akur dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membuatkan kehidupan mereka sekeluarga agak terjejas apabila dirinya tidak dapat keluar bekerja seperti biasa.
Menjadi Tempat Bergantung Harap
“Ibu saya akan mengetuk tin manakala bapa saya pula hanya mampu menggamit jika mereka perlukan sesuatu,” kata Intan Zulina Osman, 34 tahun.
Ibu tunggal kepada tiga orang anak ini berkata, menjadi rutin hariannya sejak 18 tahun lalu menguruskan kedua ibu bapanya Siti Zabedah Saidin, 74, dan Osman Jusoh, 80, yang juga orang kurang upaya fizikal terlantar.
Katanya, dia hanya mencari rezeki dengan mengambil upah membuat kuih karas dengan pendapatan kira-kira RM25 sehari namun akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dia hilang pekerjaan itu.
“Kini saya menampung hidup dengan menjual pembersih tangan dan membantu mempromosi rakan berniaga makanan dalam talian.
“Saya tak boleh bekerja luar kerana perlu menguruskan ibu bapa saya, jadi apa saja kerja yang mampu buat dari rumah, saya akan buat asalkan jadi duit,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kodiang Lama Luar, Kubang Pasu, hari ini.
Intan atau lebih mesra dipanggil Kak Chik berkata, dia sangat bersyukur mempunyai anak-anak yang dapat membantunya menguruskan kerja di rumah.
Katanya, anaknya yang sulung Aiman Haikal Aidi Fikri, 15, banyak membantu mendukung nenek dan datuknya untuk mandi setiap hari dan menyuap makanan.
Bercerita lanjut, Intan berkata, bagi menampung perbelanjaan anak-anak yang bersekolah, dia turut menerima tempahan membuat kuih raya ketika Ramadan.
Bagaimanapun, pada tahun ini hasratnya terbantut apabila ketuhar yang dibeli rosak awal Januari lalu.
“Mujurlah ibu bapa saya mendapat bantuan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) sebanyak RM500 sebulan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat RM350 sebulan. Wang itu digunakan untuk membeli lampin pakai buang, susu serta ubat-ubatan mereka.
“Anak-anak saya pula mendapat bantuan bulanan RM100 sebulan daripada JKM. Duit itu dapat digunakan untuk menampung duit poket mereka ke sekolah,” katanya yang juga anak tunggal.
Bagi orang ramai yang ingin membantu Intan Zulina, dia boleh dihubungi menerusi nombor telefon 011-26437074.
Sumber: Harian Metro
MW: Semoga ibu tunggal ini tabah menghadapi ujian dan dikurniakan kekuatan dalam menempuhi liku-liku hidup. Sesiapa yang ingin membantu keluarga ini dapatlah kiranya menghubungi nombor di atas. Hulurkan bantuan, ringankan beban.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Datuk Aaron Aziz terkejut & kecewa! Sebelum ini heboh tentang konflik antara keluarga Aaron dan pempengaruh media sosial, Sharina Richiei ianya bermula selepas tular...