Tugasan Khamis lepas diatur lebih awal apabila kenalan baik ada bagi contact tentang sebuah keluarga ni yang membela binatang semata-mata nak elakkan anak mereka terlalu terdedah dengan gajet. Mula-mula tu ingat sekadar kucing atau arnab jelah kan.

Maklumlah ramai kan budak-budak kat luar suka binatang macam-macam tu jer. Balik-balik kucing, balik-balik hamster, takdelah ekstrem mana. Nama pun kanak- kanak riang. Ettapi bila hubungi mak dai dan ambil sikit latar belakang, rupanya bukan sekadar binatang yang kiut-miut tu yer. Mirza yang berusia 11 tahun ni ada bela beberapa jenis reptilia, ular, cicak, biawak, mengkarung.

Dalam banyak-banyak tu ada jugak spesis bintang yang pertama kali kita tengok. Memang seumur hidup tak pernah tahu ada binatang namanya Guinea Pigs dan lagi satu hedgehog serta tak sangka adik Mirza ni membela binatang-binatang yang rare.

IKLAN

Walaupun kita ni penggeli tetapi cuba mengawal keadaan itu supaya adik jurugambar yang cun melecun tak lari balik rumah sebelum dapat snap gambar paling indah. Hedgehog tu comellah sebenarnya, tetapi adik Mirza ni hebat orangnya. Bukan sekadar minat binatang itu dan ini, tetapi dia kumpul segala maklumat tentang satu-satu binatang apabila dia ingin bela.

Tanya apa sahaja kepada bakal doktor haiwan ini, Mirza kenapa haiwan ni berkelakuan macam tu? Mirza kenapa kita tak boleh cium binatang ini? Binatang ini macam mana tahu dia stres? Serba serbi dia tahu kerana ibunya, Maizura akan belikan buku dan tak kurang juga bahan bacaan internet tentang spesis haiwan yang ingin dikajinya.

IKLAN

Selain Mirza, ibu dan bapanya juga memang gemar membela haiwan. Adiknya, Misha juga miliki minat yang sama tetapi tidaklah seekstrem Mirza yang katak pun nak bela. Kadang-kadang ibunya geleng kepala dengan permintaan Mirza yang inginkan binatang yang bukan-bukan.

IKLAN

Tetapi memang nampak perubahan positif pada Misha apabila minatnya pada binatang disokong ibu dan ayah. Menurut ibunya, anak-anaknya jarang sekali sentuh gajet dan menonton televisyen, mereka memang leka uruskan binatang peliharaan masing-masing. Oleh sebab itu segala binatang ditempatkan di ruang tamu.

Paling menarik, hanya bermodalkan RM150 untuk membeli sepasang hengehog, kini Mirza dapat menjana pendapatan sendiri apabila dapat menjual lebih banyak anak-anak hendehog. Malah hasil jualan itu juga dapat Mirza gunakan untuk membeli binatang yang dia inginkan tanpa membebankan ibu dan ayahnya.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI