Bila datang perasaan tak percaya, kurang yakin dengan pasangan dan rasa pasangan dah tak peduli, mulalah ‘syaitan’ masuk jarum. Masa inilah boleh timbul pertengkaran yang kecil boleh jadi besar. Begitulah dugaan pasangan dalam perkahwinan.

Kalau jenis pasangan yang tak sabar. Boleh berlaku macam-macam. Paling tak diingini sampai bercerai berai. Hebat betul penangan ‘perasaan’ ini.

Bagi memastikan perkahwinan kekal bahagia, hilangkan perasaan in terutamanya buat isteri. Inilah yang boleh jadi punya meroyan dan rasa serabut bila tengok pasangan. Apa yang dikongsikan oleh Siti Suryani Yaakop ini boleh diambil pengajaran dan panduan.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Pentingnya ‘Me Time’, ‘We Time’ Untuk Suami Isteri, Sebulan Sekalipun Dah Cukup!

Suami Isteri Ambillah Peluang ‘Pillow Talk’ Sebelum Tidur, Inilah Cara Kekalkan Momentum Cinta

Info Lebih Menarik DI SINI

Perasaan, Buang Jauh-Jauh

Ni bukan tip.

Saja nak cerita. Pengajaran dan pelajaran yang aku dapat setelah 15 tahun berkecimpung dalam bidang perkahwinan ni. Untuk aku dan mungkin la jugak ada samanya untuk kamu.

1. Suami ni kan lelaki. Dari kecik kan jenis tak reti diam kalau budak lelaki ni. Dah tua pun sama. Ada je kerja dia. Tak pernah lagi jumpa kedai khas untuk mainan masak-masak. Barbie ke. Tapi cuba tengok kedai Gundam. Kedai Lego. Kedai game. Kedai kereta kontrol. Laku.

IKLAN

“Dulu masa kecik tak mampu nak beli ni”. Cliche. Tapi okaylah minat benda gitu. Dari dia minat perempuan. Eh!

2. Bila kahwin ni, perasaan adalah benda paling last kita kena letak. Kalau dilayan, boleh meroyan. Kalau diikut, boleh jadi takut. Kalau dia lemah, boleh jadi goyah. Kalau dia kuat, kita jadi hebat Tapi tu lah. Bukan mudah nak jadi kuat tu. Jadi aku pilih benda yang buat aku kuat je. Untuk aku baca, tengok, dengar. Dan ikut.

3. Dua perkataan yang ringan nak sebut tapi berat di mulut. “Terima kasih” dan “Minta Maaf”. Tak payah tunggu masa benda tu besar. Cukup walau kecil. Cepat-cepat sebut. Dua perkataan ni kalau diringankan selalu, hati pasangan pun jadi ringan sama.

4. Suami tak suka kita bandingkan dia. Sama la. Kita pun tak suka kan. Cuba suami kata tadi masa kat Lotus, dia ternampak Mira Filzah, “Kecik je orangnya”. Terus kau terasa. “Kenapa, saya besar ke?”. Hmmmm…kau ke situ je lah. Tak pasal-pasal je kau ni Jah.

5. Suami ni macam budak jugak. Suruh sekali tak dengar. Tapi suruh banyak kali dia tak suka dengar pulak. Jadi suruh sekali kemudian tunggu. Lepas tu suruh lagi. Lepas tu tunggu lagi. Lepas tu last sekali…kita pegang je sendiri. Masa tu komfem, laju dia lompat nak buat. Ha…setel.

IKLAN

6. Bacalah sampai lapan belas ratus buku pun. Pergi lah lima ribu kali kursus rumahtangga pun. Akhirnya yang utama aku rasa cumalah kena kuat rasa sabar. Dan terima pasangan seadanya. Termasuklah semua perubahan diri dia.

7. Jangan cakap benda yang dah lepas. Dia tak ingat. Jangan cakap benda depan sangat. Dia kadang belum boleh nampak. Ambik yang sederhana. Kemudian bersama ke hala sama.

8. Kalau dah kahwin dengan pasangan, semua hal dan masalah keluarga dia kena jadi milik kita juga. Benda suami minta tolong, kita tolong. Benda suami kata kena biar, kita jangan sibuk. Lagi penting, jangan jadi batu api. Kalau jadi batu api, nanti masuk api neraka.

9. Kahwin ni rezeki. Dapat pasangan yang baik tu rezeki. Ada yang sempoi je, tapi kekal. Ada orang macam-macam buat dah. Tapi jodoh tak panjang. Yang kita ni, nak dengar boleh. Nak cakap jangan. Usah komen kecuali benda baik yang baik-baik. Kita tak tahu apa masalahnya dengan masalah orang.

10. Akhir sekali, rumahtangga ni tak boleh berubah dengan nak mengubah sesiapa. Kena ubah diri kita. Benda yang wajib ke atas kita kena setel kat kita dulu. Moga dengan itu, Allah limpahkan rahmah dan barakah.

IKLAN

Buat kita rasa ringan walau sebesar masalah.
Buat kita diberi bantu semuanya jadi mudah.
Buat kita dilembutkan hati untuk berubah.
We might start as zero.
But we can end as hero.

Mingguan Wanita : Paling best, kita pergilah kursus perkahwinan beratus kali pun, yang perlu kita pegang ialah kuat dan sabar. Insya Allah, kekal hingga ke jannah.

Sumber: Siti Suryani Yaakop

 

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI