Surirumah jarang dianggap sebagai kerjaya. Jadi surirumah, pekerjaannya tidak dibayar gaji. Tidak seperti isteri yang bekerja dan terima duit gaji bulanan dari majikan. Sebab itulah ada yang beranggapan surirumah ini bukan satu kerjaya.
Ada suami yang faham, mereka memberikan duit gaji kepada isterinya. Beruntung isterinya. Namun, bukan itu bersoalannya. Walaupun tanpa diberikan duit gaji, seharusnya suri rumah itu masih perlu berbangga dengan ’title’ yang dipegangnya itu.
Sekalipun jadi surirumah tak menambah duit masuk, mereka masih juga berperanan membantu mengurangkan cash flow keluar dalam rumah tangganya.
Sebagaimana ibu ini, Salida Amran berasa selesa dengan kerjaya yang digalas sejak 15 tahun lamanya. Yang mana, kerjaya sebeginilah hakikatnya menjadi idaman ramai para isteri.
Cuma, masih ada yang belum berkemampuan lagi dan perlu bekerja di luar. Ibu ini berkongsi pandangan.
Surirumah Jarang Dianggap Kerjaya Bagi Orang Ramai
“Sebelum ini kerja apa?” Saya jawab, saya surirumah sepenuh masa. Dah 15 tahun, Alhamdulillah dan saya belum pernah turun ke sebarang lapangan kerjaya.
Ini soalan yang kerap kali saya terima saat berkenalan dengan rakan-rakan baru di sini. Rata-rata bertanya, kerjaya saya dan agak rare juga bagi mereka apabila mendengar saya tidak pernah berkerjaya.
“Menantu ni kerja apa?” Soalan ini arwah ibu mertua saya terima, saat beliau memperkenalkan menantu yang satu ini kepada saudara mara. Ringkas beliau menjawab, surirumah. Suram dan mendatar suaranya. Seketika kemudian beliau sambung lagi, “tapi dia ambik tempahan buat kuih tradisional macam kuih talam tu. Kek-kek pon buat juga. Kalau nak tempah apa-apa boleh roger“. Kali ini dengan nada lebih bersemangat, ceria dan gembira lagaknya.
Surirumah jarang dianggap sebagai kerjaya bagi ramai orang. Apabila diberitahu diri ini surirumah, pasti akan ada susulan soalan “takde buat kerja lain?” “tak buat kerja sampingan?” “ada meniaga kecil-kecilan?”.
Soalan susulan begini sering membuatkan surirumah rasa tidak selamat (insecure) jika bertugas melakukan hal ehwal rumahtangga semata-mata. Pandangan masyarakat, surirumah lebih berjaya jika ada kerjaya sampingan lain, sekalipun di jalankan hanya di rumah.
Sebelum ini, disamping jawatan surirumah memang saya pegang portfolio lain juga seperti yang dicanangkan arwah ibu mertua tadi. Ya, saya berniaga kuih tradisi dari rumah dan dalam masa yang sama saya juga berdagang saham di Bursa Malaysia.
Selesa Jadi Surirumah Sepenuh Masa
Tapi berdasarkan pengalaman, saya lebih selesa memegang jawatan surirumah sepenuhmasa tanpa ada jawatan sampingan lainnya. Mengenali kelebihan dan kekurangan diri sendiri, memegang banyak jawatan dalam satu masa adalah bukan kepakaran saya.
Saya diseliputi rasa bersalah apabila terpaksa bergelut setiap malam di dapur menyiapkan tempahan sedang suami pada ketika itu baru pulang dari pejabat dan menginginkan rehat bersama isteri sambil menonton tv. Saya rasa ralat juga tidak dapat menemankan anak bermain-main role play bersama berikutan saya sibuk menyiapkan tempahan yang diterima masuk.
Pada hujung minggu pula, demi meneruskan perjalanan dagangan saya di Bursa Malaysia saya sebetulnya harus menghadiri seminar, bengkel dan kelas. Ianya memakan masa yang panjang. Adakalanya memakan masa 2 – 3 hari penuh. Keterbatasan untuk meninggalkan anak yang pada ketika itu masih menyusu dan anak-anak lainnya tidak betah ditinggalkan lama menjadi kekangan buat saya menghadirinya.
Berikutan perkara inilah, saya selesa menggalas jawatan utama sebagai surirumah tanpa ada yang lainnya.
“Ala..sayanglah bakat dah ada, ilmu dah ada tak dapat di kembangkan dan dibiar begitu sahaja. Boleh pergi jauh ni. Boleh kembangkan lagi bisnes yang dah mula“. Begitu respon yang saya terima. Ada pihak seakan kecewa bila saya memilih untuk menjadi surirumah sepenuh masa.
Baca : Surirumah Bukan Pemalas, Tapi Inilah Kerja Paling Susah Sampai Diri Pun Terabai
Jadi Surirumah Bantu Kurangkan Cash Flow Keluar
Kawan-kawan, saya melihat surirumah sebagai kerjaya. Jadi inilah kerjaya pilihan saya. Sebagai surirumah, saya mungkin tidak punyai list kerja yang panjang berjela, namun menyelesaikan segala tugasan yang ada itu memakan masa yang lama.
Walaupun sekitar pusing-pusing kepada memasak, mengemas, membasuh dan mengasuh, namun ianya berangkai dan mendambakan masa serta komitmen yang tinggi.
Menjawab persoalan samada kerjaya sampingan bagi seorang surirumah adakah satu keperluan atau kemestian, ianya bergantung kepada kemampuan individu melaksanakannya. Saya sudah cuba dan saya rasakan saya tidak mampu menggalas jawatan lain selain tugasan utama saya. Ianya tiada betul dan tiada salahnya. Bergeraklah atas kapasiti kemampuan dan kemahuan diri sendiri.
Berkaitan hal suri membantu ekonomi keluarga, saya pernah ulas dulu. Sekalipun kita tidak membantu menambah cash flow yang masuk, InsyaAllah kita membantu mengurangkan cash flow yang keluar.
Saya sayangkan diri saya untuk saya bertugas menyayangi yang lain di bawah pimpinan saya. Saya harus pastikan saya punya masa yang cukup untuk rehatkan diri dan minda agar saya mampu melunaskan tugasan saya dengan sempurna. Justeru saya tidak perlu bebankan diri saya dengan tugas lainnya dalam satu masa.
Buat masa sekarang, ini pelaburan saya. Menggunakan masa dan tenaga yang ada membesarkan anak-anak dengan kudrat semampu daya. Melihat anak meningkat usia setiap detiknya dihadapan mata. Moga nanti pelaburan ini menjadi saham saya kalaupun bukan di dunia, tapi diakhirat sana. Biiznillah.
Sumber/Foto : Salida Imran, Ibu CEO
Sometimes baker, fulltime mother.
Jom daftar sekarang!!! KELAS JAHITAN KREATIF
Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 9.30 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI