Perasan tak, ada ketika kita mendengar anak-anak mengadu bosan pada mak ayah. Sedangkan waktu itu dia sedang bermain dengan barang mainan dan tak kurang juga sedang mengahadap telefon.
Sampaikan mak ayah pun pelik, apa yang sampai anak-anak mengadu bosan sedangkan kat tangan ada permainan. Mungkin itu telahan mak ayah.
Tak mustahil juga mak ayah mula sogokkan dengan telefon atau gajet supaya anak-anak tak mengadu bosan. Dengan anggapan, anak boleh duduk diam dan tidak ‘buat perangai’.
Sebenarnya, apa yang mak ayah lakukan ini adalah salah. Jangan terus berikan penyelesaian bila anak mula menyebut rasa bosan. Ada cara lain yang boleh mak ayah lakukan untuk elak rasa bosan.
Ada tip daripada Dr Rozanizam Zakaria untuk mak ayah praktikkan tatkala anak-anak mula mengadu bosan.
1. Bila anak-anak mengadu bosan, ramai ibu bapa yang akan panik dan cepat-cepat beri penyelesaian kepada masalah anak yang bosan. Maka macam-macam mainan dibeli, gajet diberi sebagai pengisi masa atau terus mengarahkan anak berbuat itu dan ini.
Ads
2. Sebenarnya bukan penyelesaian segera sebegitu yang kita perlukan. Sifat panik dan kemudian beralah dengan memberi penyelesaian langsung kepada anak sebenarnya hanya memuaskan ego kita sebagai ibu bapa. Mungkin sebab kita kurang beri perhatian kepada anak-anak secara peribadi, kita terus bertindakbalas dengan anak – selalunya didorong rasa bersalah (damage control).
3. Menghadapi kebosanan adalah satu kemahiran yang penting dalam perkembangan anak-anak! Cara mereka menghadapi kebosanan akan membentuk kemampuan mereka untuk meneroka imaginasi, membina keyakinan diri, ‘self assertion’ (kemampuan menguruskan keinginan sendiri), individuation, menguasai inisiatif sendiri (mengenalpasti masalah, meneroka segala kemungkinan dan mencuba penyelesaian yang difikirkan sendiri).
4. Bila anak mengadu bosan, jangan terus ‘react’ tetapi ‘reflect’ dulu.
REACT – terus bagi penyelesaian.
REFLECT – guna teknik “Wait, Watch dan Wonder”
WAIT – beri anak-anak masa untuk merasa bosan. “Jangan terus bagi first hand solution”
WATCH – perhati bagaimana dia menguruskan perasaannya sendiri. Duduk di sisinya dan mendengar pun suatu langkah besar dalam mendidik mereka menguasai kemahiran ini. Setiap minit dia bertahan dengan perasaan ‘bosan’ tanpa menangis atau merengek sebenarnya adalah ‘learning period’ untuknya.
WONDER – bantu dia mengenalpasti perasaan tersebut dan beri dia ruang meneroka penyelesaian. Tunjukkan hint jika perlu tetapi jangan beri jawapan.
“Adik rasa bosan macam mana?””Abi pun kadang-kadang rasa bosan..tak tahu nak buat apa?
Ads
Fahami apa erti bosan pada mereka – mungkin kebosanan itu bukan sebab tidak ada apa yang hendak dimain tetapi hendakkan perhatian kita/ hendakkan rakan sepermainan.
5. Rangsang pemikirannya untuk cari penyelesaian sendiri. “Kalau papa bosan, Adik rasa apa Abi boleh buat?”
“Cuba tengok sekeliling, apa yang adik rasa adik boleh buat”
“Jom kita pusing keliling rumah, tengok kalau-kalau ada ubat untuk bosan, kalau ada, Adik ambil 2 sebab Abi pun nak guna kalau Abi bosa nanti”
“Cuba Abi geletek kaki Adik, selalunya nanti akan keluar idea..”
6. Gunakan kreativiti anda untuk meransang kreativiti mereka. Barulah sel-sel otak mereka berhubung!
7. Nak didik anak mampu menguasai kebosanan, kita juga perlu ada kemahiran itu. Kalau kita 24 jam isi masa lapang dengan telefon, gajet, televisyen (sebab kita sendiri tak tahan bosan), jangan harap anak-anak boleh handle. Itu masalah genetik namanya!
#psikologisikecil
Ads
MW: Ada macam-macam cara yang boleh mak ayah lakukan untuk anak-anak. Jangan beri gajet semata-mata untuk selesaikan masalah dengan mudah. Ada cara untuk rangsang kreativiti anak yang tak perlu guna gajet pun!
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Mingguan Wanita : Layanilah anak sebaik mungkin, jika diikutkan mak ayah hanya ada masa 12 tahun saja bersama anak-anak. Selebihnya apabila mereka sudah besar, mereka selesa dengan dunia sendiri. Jadi hargai masa yang ada sebaik mungkin.
Sekarang ini dah canggih, sebelum bayi keluar, mak ayah dah boleh tengok wajah permata hati waktu dalam perut lagi. Mak biasanya yang lebih teruja nak scan 3D/4D bayi dalam kandungannya. Ayah pun boleh merasai pengalaman indah ini. Pengalaman sebegini memang menyeronokkan.
Sebab itu waktu nak buat imbasan 3D/4D ultrasound ayah perlu ada di sisi. Barulah emosi teruja isteri dapat dihayati. Tidaklah, isteri scan babynya sendirian. Nak tahu sebab apa?
Ini 5 Sebab Mak-mak Teruja Scan 3D/4D
Kredit foto : thesurreyparkclinic.co.uk
1. Kenangan Masa Bayi Dalam Kandungan
Inilah masanya untuk mak-ayah simpan kenangan wajah janin masa dalam kandungan. Sesetengah doktor yang prihatin akan berikan mak-ayah gambar janin versi bercetak. Kebiasaannya mereka cuma dibekalkan dengan gambar-gambar yang disimpan dalam CD.
2. Merasai Kebesaran Yang Maha Pencipta
Waktu disahkan hamil, syukurnya kita pada hadiah Allah ini sukar nak diterjemahkan dengan kata-kata. Bila dapat tengok muka bayi dalam kandungan melalui scan 3D/4D, semakin terasa dekat dengan kekuasaanNya. Bertambah kerdil rasa diri ini melihat sifat ar Rahman Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang.
3. Nak Tahu Bayi Kita Sihat Atau Sebaliknya
Pemeriksaan rutin mak-mak dah sedia maklum dengan perkembangan kesihatan bayi dalam kandungan. Dengan scan 3D/4D mak-mak boleh tengok dengan lebih detail tentang hal ini; raut wajahnya ikut siapa, pergerakannya macam mana, air ketubannya terlebih atau terkurang, kedudukan tali pusat atau tulang belakangnya sempurna atau bagaimana, degupan jantungnya dan fizikalnya yang comel-comel belaka.
4. Makin Kasih Pada Isteri/Suami
Bila scan bayi, suami kenalah temankan isteri di sebelah. Waktu scan dibuat, suami isteri akan rasa lebih dekat, lebih kasih setiap kali mendengar penerangan doktor tentang anak mereka. Tapi katakan, suami tak dapat nak meneman. Isteri jangan pula merentan, sebaliknya redha dan jalani setiap keputusan imbasan dengan bahagia.
5. Masa Yang Sesuai
Sebaiknya lakukan scan 3D/4D ini masa kandungan dah mencecah 7 bulan ke 8 bulan. Jangan lewat sampai 9 bulan, sebabnya nanti tak nampak keseluruhan keputusan seperti yang diharapkan. Kalau awal sangat pun tak digalakkan. Masa itu, pembentukan bayi dalam kandungan belum sempurna. Bimbang ibu terkejut dan patah hati bila tak dapat lihat sebagaimana yang ibu angan-angankan.
Kredit foto : youtube.com
Semasa Dalam Kandungan, Ini Yang Bayi Belajar
Pegang perut mak mengandung 7 bulan. Seronoknya bila dapat rasa gerakan janin ke kiri, ke kanan, atas-bawah. Mak beri salam, “Assalammualaikum sayang…” Lagi laju dia berpusing. Allah… hati mak berdegup bahagia.
Mak dapat rasa, janin dalam perutnya juga merasakan perkara yang sama. Dia mendengar salam ibunya. Dia sambut dengan gerakan bahagia. Rupa-rupanya janin yang duduk di alam rahim pun belajar 3 perkara ini.
Pertama : Bayi Boleh Terjemahkan Perasaan
Sejak dalam kandungan, bayi telah mengekspresikan perasaan sebagai contoh ketika melakukan ujian imbasan (scan) bayi anda akan tersenyum. Begitu juga dari segi pemakanan, bayi akan cenderung atau gemarkan makanan yang ibunya makan ketika dirinya berada di dalam kandungan.
Pemakanan ini akan mempengaruhi rasanya ketika dilahir kelak. Oleh itu, jagalah pemakanan kerana andalah yang menentukan apa makanan yang anak anda gemari.
Kedua : Bayi Kenal Suara Ibu Sejak Dalam Rahim
Anda salah jika beranggapan bayi mula mempelajari bahasa atau bunyi setelah dilahirkan. Sebaliknya dari dalam kandungan, bayi sudah mula mengenal bahasa di sekelilingnya. Jika tidak, bagaimana dia terasa begitu akrab dengan ibunya sebaik sahaja dilahirkan kerana dia telah mula mengenali suara ibu sejak di dalam perut.
Ketiga : Bayi Pun Belajar Bertutur
Pada trimester terakhir, mekanisma otak dan pendengaran telah berhubung dengansebaiknya. Oleh itu, berikan ruang buat janin mempelajari sesuatu seperti mendengarkan dia muzik dan memberi kata-kata positif buatnya. Anda perlu sentiasa bercakap dengan bayi yang anda kerana mereka mendengar apa yang anda katakan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kalau anak ramai, kadang-kadang mak-mak sebut nama anak pun tertukar. Nak cakap pada anak sulung tapi tersebut anak nombor dua. Ini belum lagi kalau mak-mak marah, mahu semua nama disebutnya.
Begitulah mak, marah macam mana sekali pun nama anak tak pernah lekang dari bibir. Marah hanya di mulut tapi dalam hati siapa yang tak sayang anak kan!
Samalah juga bila mak-mak berdoa, jangan lupa selitkan nama anak. Berkat doa mak sangat mustajab.
Sudah tentu kita sebagai mak ingin melihat anak berjaya dunia akhirat. Jadi anak yang baik dan kelak dapat membalas jasa kedua orang tuanya.
Perkongsian ini jugalah yang boleh dijadikan panduan bersama. Hebatnya doa ibu yang mampu melembutkan hati anak yang sebelum ini kerap hadapi masalah bila bersama dengan orang tuanya. Mustajabnya doa ibu.
Wahai para ibu agar jangan engkau tidur tiap malam sebelum kau angkat kedua tanganmu sambil menyebut satu persatu nama anak-anakmu dan khabarkan kepadaNya bahwa engkau redha atas mereka masing-masing.
Begini doanya:
“Allohumma innii usyhiduka annii roodhiyah ‘an ibnii/ibnatii* … (sebut nama anak-anakmu satu persatu)… tamaamar-ridho wa kamaalar-ridho wa muntahayir-ridho. Fallohumma anzil ridhwaanaka ‘alaihim biridhooii ‘anhum”
(Ya Allah aku bersaksi kepadaMu bahwa aku redha kepada anak-anakku (…….) dengan redha yang paling sempurna. Maka turunkan ya Allah keredhaanMu kepada mereka demi redhaku kepada mereka).
Kisah Ibu Yang Mendoakan Anaknya
Seorang ibu yang mendoakan anak lelakinya yang berumur 22 tahun. Sejak melahirkan dia, hidup ibu ini derita kerananya. Dia tidak pernah solat, jarang mandi dan sering bertengkar dengan ibunya. Kerap mengherdik dan tak pernah menghormati ibunya.
Suatu hari, terbaca sesuatu di media sosial anaknya. Lalu, ibu ini mengambil keputusan untuk mendoakan anaknya.
Selang seminggu, nada suara anak ini lemah lembut bila bercakap dengan ibunya. Sampaikan pertama kali ibu ini dapat tidur dengan lena sekali. Bukan itu saja, anaknya mula mandi tanpa perlu ibu menyuruhnya.
Masuk minggu kedua, ibu ini terus mendoa seperti yang ibu ini inginkan. Takdir tentukan, apabila anak ini menegur dan bertanya kahbar ibunya dengan suara yang lembut dan tak pernah di dengar oleh ibunya sebelum ini.
Paling menggembirakan ibunya, bila dia menelefon dan mengatakan dengan nada yang cukup berbeza.
“Ibu, saya berada di masjid dan baru selesai solat.”
Si ibu tidak mampu menahan tangisan kerana sebelum ini tidak pernah solat dan bertanya dengan lembut pada ibunya.
“Sejak bila kamu mula solat,” tanya ibunya.
“Entahlah, saya sendiri tidak tahu, bila melihat masjid, hati ini tergerak untuk solat,” jawabnya.
Sejak dari itu, kehidupan ibu ini berubah dan anaknya tidak lagi menjerit atau memarahi, malah makin menghormati ibunya. Barulah ibu ini tahu erti bahagia yang ditunggu-tunggu selama ini.
Doa Ibu Mustajab
Kesibukan seharian ibu, membuatkan ia lupa untuk mendoakan untuk anak-anaknya. Malah, kononnya dengan menghatar anak ke kelas tuisyen dan sebagainya dikatakan jalan lebih baik untuk perkembangan anak-anak.
Sedangkan, kita tahu, doa ibu adalah jalan tersingkat untuk mencapai kebahagiaan anak-anak dunia akhirat. Jangan kata “anak masih kecil dan tak perlu didoakan.”
Jadi, doalah untuk mereka sekarang dan jadilah ibu yang bermurah hati dengan doa-doa untuk anak.
Mingguan Wanita : Pastinya mak-mak ingin melihat kejayaan anak-anak. Sebutlah satu persatu nama anak, moga menjadi anak yang soleh dan solehah, berjaya dunia akhirat. Aamiin.
.
RM175 sebulan belanja barang basah, isteri kongsi tip jimat makan sekeluarga. Di kala ramai yang mengeluh harga barang dapur naik melambung, seorang isteri, Nabila ...