Kanak-kanak lahir dengan deria perasa pada badan, namun ada kalanya fungsi deria tersebut mengalami gangguan. Ketahui lebih lanjut tentang ciri-ciri deria yang terganggu dalam perkembangan kanak-kanak.
Gangguan deria atau sensorik kanak-kanak sebenarnya boleh dikenal pasti seawal mungkin kerana kebanyakan kanak-kanak akan mengalami gangguan kecil pada masalah sensorik mereka ketika mereka membesar.
Gangguan ini juga sering berlaku kepada kanak-kanak autisme dan yang mengalami hipersensitif pada sistem penghadaman.
Ia turut berkait rapat dengan gangguan perilaku lain seperti anak menjadi kurang tumpuan, emosional dan ada beberapa keadaan menyebabkan gangguan pada proses mengunyah dan juga percakapan kanak-kanak.
Terdapat tujuh deria asas pada badan kanak-kanak, jika fungsi derianya mengalami gangguan, masing-masing akan menunjukkan gejala yang berbeza:
1. Deria sentuh
Deria sentuh mendapat rangsangan daripada sentuhan, suhu, rasa sakit atau geli. Gangguan pada deria ini boleh dikesan dengan:
√ Tidak suka disentuh
√ Tidak suka label pada baju
√ Geli dengan permainan yang berbulu
√ Tidak suka rambut disikat
√ Berjalan jinjit
2. Deria dengar
Deria pendengaran menangkap suara-suara dari luar. Gangguan pada sensorik ini boleh dikenal pasti dengan gejala:
Ads
√ Takut pada suara tertentu seperti pengering rambut, penyedut hampagas atau bunyi daripada mesin pengering tangan.
√ Menangis berlebihan jika mendengar suara yang tiba-tiba kuat.
√ Perhatian anak mudah beralih kepada suara yang disukainya.
3. Deria bau
√ Sukar untuk membezakan bau. Tidak sukakan makanan dengan bau yang tertentu.
4. Deria penglihatan
Deria penglihatan dapat menangkap cahaya, warna dan gerakan. Jika deria penglihatan si kecil anda terganggu, ia boleh dilihat dengan:
√ Mudah silau
√ Suka bermain dalam suasana gelap dan redup
Ads
√ Tidak boleh menulis dalam satu garisan yang lurus pada kertas kosong
√ Sukar membezakan warna, bentuk dan ukuran.
5. Deria rasa
√ Suka memilih makanan
√ Sering memasukkan barang ke dalam mulut
√ Mengalami kesukaran dalam mengunyah, menelan dan menghisap
6. Deria Propioseptif
√ Suka merempuh diri ke badan orang lain
√ Suka gemeretuk gigi
Ads
√ Tidak dapat mengawal kekuatan ketika melakukan sesuatu (selalunya melakukan dengan kekuatan penuh)
7. Deria vestibular (keseimbangan)
√ Takut dengan ketinggian
√ Tidak suka naik buaian atau gelongsor
√ Takut naik tangga eskalator
Pada Sesetengah Keadaan, Gangguan Deria Ini Akan Hilang
Pada beberapa keadaan, gangguan pada deria kanak-kanak biasanya akan hilang secara semula jadi dengan bertambahnya usia mereka. Namun ada beberapa terapi yang boleh dilakukan untuk mengatasi gangguan ini.
Mengusap pada bahagian kepala, bahu, tangan, pinggang, paha, kaki, telapak kaki yang bertujuan untuk menenangkan otot-otot anak yang tegang.
Mengusap di bahagian kaki khususnya untuk anak yang suka berjalan jinjit. Tidur mengiring dan mengusap perut anak. Ini bertujuan untuk mendapatkan keseimbangan kanan dan kiri.
Walaupun begitu, selain terapi di rumah, jika permasalahan ini anda kesan pada peringkat awal dan berlanjutan sebaiknya anda mendapatkan nasihat daripada pakar kanak-kanak dan dapatkan rawatan yang sewajarnya buat si kecil anda.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Seram sejuk bila tengok rakaman CCTV yang dipercayai cubaan culik terhadap budak lelaki yang mulai tular di media sosial semalam. Rakaman dengan durasi 31 saat tersebut jelas kelihatan sebuah van putih sedang ‘menanti’ kehadiran mangsanya. Namun, tindakan bijak dan pantas budak lelaki tersebut berjaya mematahkan hasrat mereka.
Aduh, memang bahaya betul..Risau betul dengan keselamatan anak-anak sekarang ni.
Berikut merupakan susulan daripada kejadian tersebut yang dipetik daripada sumber Harian Metro.
“Tindakan pantas budak lelaki berusia 12 tahun mengayuh basikal ke rumah jiran menyelamatkan dia daripada kemungkinan diculik beberapa lelaki yang menaiki van putih di Taman Ayer Panas, Setapak, Jumaat lalu.
Dalam kejadian 11.41 pagi itu, Alang, 12 (bukan nama sebenar) baru pulang dari sekolah agama selepas menduduki Peperiksaan Sekolah Rendah Agama (PSRA) dan video kejadian berkenaan tular di laman sosial hari ini.
Menurutnya, dia berasa tidak sedap hati dengan kehadiran van putih yang diparkir berhampiran rumahnya.
“Apabila ingin membuka pintu pagar rumah, saya rasa seperti ada sesuatu menghampiri menyebabkan saya mengayuh basikal ke tempat yang ada orang.
“Saya perasan van itu mengekori saya hingga ke simpang menyebabkan saya menyorok di rumah jiran yang sedang berpindah,” katanya ketika ditemui di rumahnya, hari ini.
Menurut Alang, ibunya sering berpesan supaya mengambil langkah keselamatan jika ada sesiapa yang mengekorinya.
“Ibu selalu telefon dan pantau bila saya dan adik-beradik lain balik sekolah untuk pastikan kami selamat.
“Ibu juga sering nasihat dan ingatkan kami untuk larikan diri ke tempat selamat dan ada orang jika ada sesiapa yang tidak kenal ikut,” katanya.
Sementara itu, ibunya, Nur, 42 (bukan nama sebenar) berkata, sebaik melihat anaknya tidak masuk ke rumah dan van putih itu mengundur mengikuti anaknya, dia terus keluar rumah.
“SAYA hanya memikirkan keselamatan anak saya. Sebaik melihat melalui CCTV (kamera litar tertutup) anak saya tidak jadi masuk ke rumah dan van putih itu mengundur, saya terus berlari keluar,” katanya
“Dalam kejadian 11.41 pagi itu, saya menunggu Alang pulang ke rumah sambil memerhatikan CCTV. Saya menyedari kemuculan van putih itu namun tidak mengesyaki apa-apa.
“Bagaimanapun, setiba Alang di pintu pagar rumah, tiba-tiba ada lelaki membuka pintu van belakang dan mengundurkan kenderaan menghampiri Alang,” katanya.
Menurutnya, cemas melihat keadaan itu, dia terus keluar rumah untuk mendapatkan anaknya.
“Saya keluar dan lihat Alang sudah tiada manakala van putih itu berada di simpang berhampiran rumah saya.
“Takut jadi apa-apa kepada Alang saya ambil bayi di dalam rumah dan menghidupkan enjin kereta sebelum melihat Alang patah balik ke rumah kira-kira lima minit kemudian,” katanya.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif ketika dihubungi berkata, pihaknya ada menerima laporan mengenai kejadian berkenaan dan siasat sedang dijalankan”.
Sumber:Harian Metro
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Membuka tirai 2018 dengan khabar gembira, tahniah buat pasangan pelakon Azad Jazmin dan Eira Syazira yang menyambut kelahiran anak ketiga mereka semalam. Ia sekali gus melengkapkan tiga orang anak perempuan yang dimiliki oleh pasangan selebriti ini.
Azad yang terkenal dalam melakonkan watak-watak komedi didalam filem mahupun dramamenerusi satu video pendek yang dimuat naik di Instagram (IG)nya melahirkan rasa syukur kerana kedua isteri dan anaknya berada dalam keadaan sihat. Pengumuman yang disampaikan secara bersahaja dan berseloroh berjaya mencuit hati follower beliau.
“Isteri saya selamat melahirkan anak perempuan yang ketiga. Azad ada tiga anak perempuan, YA anak perempuan. Alhamdulillah, terima kasih, syukur pada pada Allah,” ujarnya.
Dalam pada itu, disebabkan ketiga-tiga anaknya adalah perempuan Azad sambil berseloroh memberitahu masih ada peluang untuk dirinya memiliki anak lelaki.
“Ini bermakna saya masih ada harapan lagi untun anak lelaki, terima kasih kepada peminat yang mendoakan. Nanti saya akan ‘update’ tentang anak dan juga isteri saya,” katanya ketawa.
Terdahulu, dua orang cahaya mata pasangan ini adalah Amarra Sofea Rose, 4, Ameisya Leanne Rose berusia setahun.
Team Mingguan Wanita mengucapkan tahniah buat pasangan ini, semoga kehadiran baby baru, memberi sejuta rahmat, rezeki dan kebahagiaan buat pasangan selebriti ini. Kepada Iera Syazira, selamat berpantang!
Ada sesetengah orang, cukup berkira nak duduk dengan orang tua sendiri, itu belum lagi kes jaga mentua!
Sebelum anda terus hanyut dengan ego sendiri, sedarlah bahawa jaga orang tua sendiri atau mentua adalah BONUS dari Ilahi.
Nak tahu kenapa? Baca pekongsian oleh saudara Mohd Fadli Salleh ini…
Untungnya Duduk Dengan Orang Tua
Bil letrik sampai tengahari tadi. Aku tengok dan senyum. Nanti gaji aku bayarlah. Macam selalu. Hari pertama gaji masuk terus aku bayar segala jenis bil secara online.
Tengok bil ini, aku tak terkejut. Memang purata bil api rumah aku kebelakangan ini rm250-rm280. Rumah aku 3 bilik. Semua bilik ada aircond.
Semua bilik rumah aku ada penghuni. Aku kat master bedroom, bilik ke dua adik ipar dan bilik ketiga untuk emak mertua.
Bilik mak pun ada bilik air. Kiranya macam master bedroom kedua lah. Emak tinggal dengan aku setelah ayah mertua dijemput Illahi beberapa bulan lepas.
Aku bersyukur sangat emak sudi nak tinggal dengan aku. Bila mana emak menyatakan hasrat untuk tinggal dengan aku, berikut ayat pertama aku bagitahu kat puan isteri aku.
“Alhamdulillah. Mak nak duduk dengan kita. Walau mak duduk dengan kita, baby Ammar tu kena hantar kat pengasuh juga.
Jangan bebankan mak jaga anak kita. Mak nak duduk dah rahmat besar dah.
Jangan larang mak buka aircond semata-mata nak jimat letrik. Kalau mak selesa ada cahaya, biar je mak buka lampu berjaga sampai subuh.
Barang dapur kita yang beli. Dan jangan suruh mak masak melainkan mak yang nak tolong.
Soal bil letrik tak payah risau. Jangan sesekali merungut depan mak. Abang bayarkan walau berapa jumlah pun.
Ada orang tua dalam rumah kita satu rahmat besar dah. Setiap hari ada doa dari mak. Setiap hari ada orang yang baca Quran dalam rumah kita. Beruntung kita.”
Beberapa kali aku terbaca iklan adanya servis meng’ejas’ meter letrik, walau banyak mana kita guna, tapi bil datang tak mahal. Ala, macam tipu meter lah.
Aku tak nak berlakon malaikat kat kau orang. Hati ini terdetik sangat nak hubungi dan buat benda tu. Tapi bila fikirkan semula, buat apa jimat letrik kalau kita ‘mencuri’ dengan cara itu?
Dosa yang ada tak tertanggung dah, nak tambah dosa free setiap hari dari kegiatan mencuri elektrik? Tak sanggup aku.
Biarlah berapa jumlah sekali pun bil elektrik dan air rumah aku. Aku akan bayarkan. Kalau tak mampu bayar penuh, aku bayar sebahagian dulu. Ada rezeki lebih, boleh bayar lebih. Kederat ada untuk bekerja, apa nak susah.
Yang pasti, aku takkan sesekali minta mak dan adik ipar jimatkan penggunaan elektrik; aircond khususnya. Benda tu untuk keselesaan, gunalah.
Biar mak selesa selalu. Kerana bacaan ayat suci dan doa dari mak setiap hari itu tidak ternilai harga. Lebih mahal dari dunia dan segala isinya. Sungguh!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tiga wanita Singapura — Dr. Pairah Satariman, Dr. Salha Mohamed Hussain dan Dr. Abidah Bibi Kader Asana Marikar — membuktikan bahawa usia bukan penghalang kejayaan akademik apabila mereka berjaya menggenggam PhD di UPSI. Kejayaan wanita Singapura rai PhD ini menjadi inspirasi buat semua pencinta ilmu.